Saturday, February 5, 2011

TERINGAT

Tetiba teringat lagi tentang mr husband.

Masa cuti pertengahan tahun, before dia balik ke Miri, dia ada call aku. Borak-borak pasal persiapan kami dan lain-lain.

Tiba-tiba dia cakap macam ni...

"Tu la.. dulu I ajak kawen you tak nak... Jual mahal...."


Aku gelak-gelak.

"Belum sampai jodoh lagi masa tu...."


Hakikatnya, aku ni menanti je kalau dia nak proposed aku lagi sekali selepas proposal yang pertama. Hati aku lebih kuat pada dia, walaupun aku tidak bercinta dengan dia. Sebab aku rasa lebih bahagia bila bersama dia.

No comments: