"Kamu adalah antara 3 guru yang terbaik di sekolah ini. Saya ada tugas untuk kamu semua. Mulai minggu depan, kamu semua akan mengajar sekumpulan murid yang terbaik di sekolah ini." beritahu Pengetua.
"Buktikan kepada saya yang kamu sebagai guru cemerlang sekolah ini mampu melaksanakan misi ini dengan cemerlang. Saya mahukan keputusan yang cemerlang dari murid-murid ini." tambah Pengetua lagi.
Dalam masa yang sama, Pengetua tersebut memanggil sekumpulan pelajar yang terlibat dalam misi tersebut.
"Saya ada satu misi khas untuk kamu semua." beritahu Pengetua.
'Kamu semua merupakan antara pelajar yang cemerlang di sekolah ini. Kamu semua akan diajar oleh 3 orang guru yang juga cemerlang di sekolah ini." beritahu Pengetua.
"Buktikan kepada saya bahawa kamu sebagai antara pelajar yang cemerlang di sekolah ini, mampu melaksanakan misi ini dengan cemerlang. Saya mahu kamu semua mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan besar yang akan kamu duduki nanti." jelas Pengetua.
Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan dan akhirnya, genap setahun misi itu dilaksanakan oleh 3 orang guru dan sekumpulan pelajar cemerlang sekolah itu.
Setelah keputusan peperiksaan diumumkan, kesemua pelajar tersebut mendapat keputusan yang cemerlang. Selesai majlis penganugerahan, ketiga-tiga guru dan kesemua pelajar tersebut sekali lagi dibawa masuk berjumpa dengan Pengetua sekolah mereka.
"Hari ini saya ingin membuka rahsia di atas kejayaan ini." beritahu Pengetua.
Mereka semua terpinga-pinga. Ada yang teruja ingin mengetahui rahsia tersebut.
"Sebenarnya, kamu semua bukanlah guru dan pelajar yang terbaik di sekolah ini. Tetapi, kamu semua merupakan guru dan pelajar yang bermasalah di sekolah ini. Walaubagaimanapun, saya percaya setiap manusia jika di beri penghargaan, semangat dan dorongan oleh orang terdekat dan rapat dengan mereka, sudah pasti sesiapa sahaja mampu melakukan yang terbaik."
"Itulah rahsia kejayaan kamu semua. KEYAKINAN YANG KAMU BINA DARI PENGHARGAAN."
Fitrah manusia apabila harga diri meningkat, seseorang akan mampu berusaha secara optimun dengan memafaatkan potensi, bakat dan kelebihan yang ada pada dirinya.
...............................................................................................
No comments:
Post a Comment