Wednesday, February 9, 2011

MARAH

Orang yang gagah ialah orang yang mampu mengawal kemarahannya.

Imam Ghazali menyatakan marah adalah pintu utama yang digunakan syaitan untuk masuk.

Contohnya apabila seorang suami memukul isteri dan anak, khianat, sabotaj, sihir dan banyak lagi perbuatan negatif yang menggambarkan kemarahan menunjukkan seolah-olah mereka yang marah itu lupa akan dosa dan pahala. Realitinya ini berlaku apabila seseorang itu tidak mampu untuk mengawal kemarahannya.

Tindakan yang lahir dari perasaan marah dan tidak terkawal ini amat meninggalkan kesan yang besar dalam kehidupan seseorang. Seperti orang yang panas baran, adakah dia disenangi oleh kawan-kawannya? Tidak ramai juga kawan yang mahu berkawan dengannya.

Begitu juga dengan majikan yang selalu memarahi pekerjanya, secara luaran, dia mungkin ditaati kerana ditakuti. Tetapi, sudah pasti perasaan benci tersemat di lubuk hati para pekerjanya. Anak-anak mungkin diam setelah dimarahi, namun perasaan dendam dan marah terhadap ibubapa mula berputik. Anak murid mungkin akan patuh apabila dimarahi oleh gurunya, tetapi disebaliknya akan menyebabkan anak murid ini tiada motivasi untuk belajar.

Situasi-situasi ini jelas menunjukkan betapa relevennya nasihat Rasulullah S.A.W supaya

"JANGAN MARAH".

No comments: