Sunday, February 20, 2011

TAK SURUH

Aku ada masalah dengan komunikasi anak murid aku. Bukan sebab aku tak faham, tapi adakalanya membuatkan aku nak tergelak sorang-sorang.

Kang gelak depan diorang kang, ada yang kata aku gila kang.

Keadaan ini bukan menular dikalangan anak murid aku je. Dikalangan dewasa, dikalangan yang tua mahupun dikalangan yang berpelajaran.

Pernah la juga aku tanya anak murid aku kat kelas,

"Kenapa kamu tidak hadir ke sekolah semalam?"

"Semalam? Semalam mana sekolah teacher...."

Ok. Fine. Semalam diorang adalah malam tadi. Kau kenakan teacher ye......

Aku pun tukar ayat.

"Kenapa kamu tidak hadir ke sekolah kelmarin?"

Kelmarin? Kelmarin? Apa kelmarin?

Kalau hari ini Rabu, kelmarin Isnin la kan? Tapi aku bercakap tentang Selasa.

Aku yang salah ke, korang yang salah nih?

Takpe. Abaikan.

Ni jawapan anak murid aku.

"Mamak ku tidak suruh...."

Mamak? Mamak itu Emak.

Aku tatau pulak Emak boleh bertukar jadi Mamak. Kalau macam ni, semua Emak boleh bukak kedai mamak Pelita. Ish. Rindu nak lepak mamak tgh mlm macam masa zaman muda remaja.

Lagi rindu nak lepak NZ....

Tidak suruh?

Sampai skang aku tak faham kenapa mesti guna perkataan TIDAK SURUH. Takkan pergi sekolah pun kena disuruh-suruh?

6 comments:

Ibu Addinnasa said...

Salam perkenalan

Mengajar di mana ya?

Saya mula2 mengajar di Sarawak masa awal2 dulu pun pening tapi sebab adik kat sarawak pun pandai kelakar sarawak jd tu yg ada niat nak belajar cakap mereka. Alhamdulillah skrg dah tiada masalah komunikasi.

Teh said...

Salam perkenalan kak,

Saya mengajar di Sabah. Sebenarnya bahasa diorg ni sama je, cuma susunan ayat yang pening sket... Hehehe....

Akak mengajar di Sarawak? Samala macam husband saya. Dia pun di Sarawak... Skang ni, bukan main hebat lagi dia cakap Sarawak... sampai dengan saya pon tersasul bahasa Sarawak dia...

At other point, best juga belajar budaya org lain ni kan kak?

Norita Shaklee said...

Sabah Sarawak lebih kurang jek kan....suami kat mana? Akak kat Miri. Kalau jalan Miri, boleh kita gather2....

Teh said...

Kat Miri jugak. Tapi landed je airport Miri... tempat dia kat Baram nun jauh di sana...

InsyaAllah, cuti bulan 3 ni saya transit Miri... dr Miri terus ke JB...

Anonymous said...

SENGALLAH CITER KO! BUAT BUKU PLISSS :)

TAJUK BUKU: SAYA CIKGU SEMPORNA YG SEMPURNA

-PIEJA-

Teh said...

Hahahahaha!!!

Kena compile balik dari entry blog terdahulu la camneh..

Title buku tu akan dipertimbangkan... Kang ada yg muntah lak kang....