Friday, February 18, 2011

EPAL, KAU PERIOD KAH?

Hari Jumaat lepas, aku balik dari sekolah. Tengok bawah tudung saji, mak tak masak apepepe...

Oit! Kau ingat kau budak sekolah kah? Kau tu cikgu ok... cikgu!

Sorry, lupa daratan sebentar....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Aku pun merengeh lapar dengan si Nik. Buka peti ais tade apa yang boleh dimakan kecuali makanan-makanan segera dan ringan. Pau yang perlu dikukus. Maggi yang perlu dijerang. Beger yang perlu digoreng.

Ah! Malas!

Walaupun aku sudah menjadi isteri orang. Aku tetap manusia biasa.

Sekali ternampak buah epal dan pear dalam peti sejuk hasil peninggalan adik iparku, Zazi. Dah 2 minggu berlalu, tp kelihatan sangat segar. Buah epalnya merah menyala.

Lalu aku merengek lagi kepada Nik. Lapar, nak makan buah tapi malas nak kupas.

"Mehla aku kupaskan...". Nik menyerah diri di atas kemengadaan aku itu.

"Yeay. Ok. Nanti kita makan sama-sama ok?".


Lepas aku golek-golek kat ruang tamu sambil tengok tv. Nik pun menghidangkan ini....


Yang ada warna merah tu buah epal. Macam period pulak buah epal tu aku tengok....

Nampak sangat banyak penggunaan pewarna tiruan.

Sungguh tak menyihatkan.

Jadi, berhati-hatilah membeli apa jenis barang sekalipun. Bukan sekadar risaukan barangan tiruan, malahan pewarna tiruan.

Sekian. Pesanan khidmat masyarakat ini tidak disponsor oleh sapa-sapa.

Maklumla, blog I ni takde nufnang... Buat la iklaan sendiri.

Wakakakakakakaka!!! (Tiru gelak mr husband)

No comments: