Monday, February 21, 2011

#1 : MISTERI NUSANTARA



Hari tu aku bual dengan anak murid aku tapi bukan nama sebenar ye.

"Faizul, berapa adik beradik kamu?"

"13 orang teacher"

"Ramainya......... berapa adik kamu?"

Sambil mengira-ngira.

"Lima orang."

"Abang?"

"Tiga"

"Kakak?"

"Tiga."

Aku pulak mengira-ngira. Eh?

"Tu baru 12 orang. Mana lagi sorang?"

"Ada adik kami tu. Kecil. Besar jari saja teacher. Tak pandai besar..."

" Hah? Jadi siapa menjaga? Macammana tu?"

"Dipakaikan dia kain, menangis dia teacher. Jadi kami sangkut dia di rumah-rumah. Kalau tidur, ada disimpan dalam bekas..."

"Rumah-rumah???? Apa dia makan? Susu?"

"Tak. Makannya setiap hari rabu. Di bagi nasi kuning sama telor..."

Aku dah mula rasa pelik dan ganjil. Sebelum balik sekolah, aku borak-borak la dengan cikgu-cikgu yang lain.

"Kak, ada ke org yg ada anak dia kecik, tapi digantung di rumah-rumah..."

"Ohhhhhhh... ada tu sama kami dulu. Iya, anak orang... macam tu laa....Dibuatkan rumah untuknya"

Sebenarnya, akak tu takmo layan pon soalan aku tu. Aku tanya lagi macam-macam pun dia takmo layan....

Last-last, satu hari kawan aku pun bukak cerita. Dia pun korek cerita tu dari local people.

Sebenarnya, mengikut kepercayaan kaum-kaum tertentu. Bila ada orang yang keguguran, dan bayinya lahir cukup sifat. Bayi itu akan diawet dan dipuja. Sebab tu la digantung di rumah-rumah dan disimpan di dalam bekas. Ia juga diberi makan pada hari-hari tertentu.

Mereka percaya bayi yang gugur itu akan memberi kebaikkan dan rezeki kepada mereka sekeluarga jika disimpan dengan baik.

Itula agaknya yang anak murid aku maksudkan. Benda tu mungkin adik dia yang keguguran.

6 comments:

Anonymous said...

sCARY OKEH!!!! SIAP NAK BAGI2 MAKAN PLAK. AKU INGATKAN BUDAK TU YANG SAIKO! LOLZ ^^

-PIEJA-

Teh said...

Hahahaha. Aku pun memula ingat imaginasi dia je...

Sekali, memang betul daaaaaaaaaaa.....

Naik bulu roma aku bila membayangkan....

Dark @ng3L said...

mampos scary nokkkkk....

Teh said...

kan???

masa budak tu cite aku tak scary sangat...

tapi bila part perbincangan dengan rakan-rakan sekerja... baru aku rasa seswatuuuuuuuuuuuuuu

Iron Butterfly said...

oh fcuk.

(eh Teh, tak sempat nak reply msg FB ko, aku pon pakai hp, susah nak type panjang2. kalau aku pakai phone biasa time drive. bahaya sikit nk mengarang esei nih. haha)

Teh said...

Hahaha.

Seram kan Ajah.

Aku masa mula dengar cite ni kan, naik bulu roma ok....

Takpe... aku pon tak reply2 lagi msg ko...

Rabu sampai Jumaat aku look like busy... Hahaha...