Abah komfem tak tau apepe. Tetiba je lepas raya baru dia dapat tau yang anak sulung dia ni nak kawen bila seluruh taman kelam kabut pilih tarikh dan persiapan. Cuma yang aku masih ingat dari kata-kata abah;
"Abah terima siapa-siapa bakal calon suami Teh asalkan dia mampu membahagiakan Teh kecuali ................................"
Memang sejak 2008 lagi abah sentiasa beri peringatan yanng sama.
Ummi pulak masa aku bgtau aku nak kawen dengan mr husband, dia susah juga nak terima. Sampailah kami berbincang dan ummi sendiri bercakap dengan mr husband, barulah langkah pertama dimulakan.
Nenek lagila terkejut sejak mr husband datang ke rumah masa bulan puasa tahun lepas. Terpinga-pinga dia bila aku kenalkan inilah bakal suami aku. Ada riak tak dapat terima kenyataan secepat itu aku berubah hati. Yela, aku mana pernah bagitau kisah aku yang lepas dengan nenek. Segala sakit perit aku simpan sendiri.
Adik-adik sudah tentu bergembira. Terutamanya adik bongsu lelaki aku. Realitinya, sejak aku menerima lamaran mr husband, sejak itu juga hubungan kami bertambah baik. Tersangat banyak perubahan yang berlaku di dalam keluarga aku di mana kami kelihatan semakin bahagia bersama.
Yang penting, bahagia atau tidak aku hanya keluarga aku yang dapat membacanya.
Bila keluarga mr husband menghubungi keluarga aku dan mengatur segala persiapan, ketika itu jugalah baru aku dan mr husband mula menyulam cinta dan kasih sayang. Selalu juga mr husband tanya pada aku;
"Selama ni, you dah mula sayangkan i ke?"
Susah juga nak jawab soalan mr husband ni. Yang penting sekali aku bersyukur kerana Allah telah menentukan jodoh kami. Aku yakin, inilah sebaik-baik takdir yang telah Allah tentukan untuk aku. Belum pernah lagi kami bertegang leher kalaupun ada kami bercanggah pendapat. Setiap permasalahan kami berbincang baik-baik. Baik sebelum berkahwin, mahupun sesudah sah menjadi suami isteri.
Mr husband tidak pernah meninggi suara atau berkata yang bukan-bukan terhadap aku. Dia memang sangat berlemah lembut dalam setiap tutur kata. Setiap nasihat dan peringatan dia penuh dengan hikmah yang buat kita berfikir. Selalunya, kami berdiam bila masing-masing memerlukan masa untuk muhasabah diri dari kesilapan kami. Itupun kejap je. Bila keadaan reda, keadaan pulih seperti biasa.
Alhamdulillah, adik-adik aku sangat mengidolakan abang ipar mereka. Mr husband is one of their favourite creature in our family. Selalu juga mereka memuji-muji abang ipar mereka ni.
"Ummi, bestnya kita dapat abang ipar macam abang zawi..."
"Ummi, baiknya kan abang zawi..."
"Seronoknya kita ada abang ipar....rajin la abang ipar kita tu"
Segalanya abang ipar dan abang zawi. Kaklong mereka ni? Hehehe. Sudah diabaikan. Maklumla, abang ipar diorang yang sorang ni rajin, klakar dan pandai masak. Pandai mengambil hati juga. Kalau malam-malam tu dia tengok nenek sorang je yang menonton TV, mr husband la yang melayan hingga larut malam.
Atas banyak sebab, aku bersyukur kerana Allah mengurniakan aku suami seindah mr husband.
No comments:
Post a Comment