Wednesday, February 2, 2011

MY NEW FAMILY

Esok, mak, abah dan zazi dah nak pulang ke JB. Sedihnya rasa hati. Sunyi la rumah lepas ni. Kalau tak, meriah je rumah. Pastu keletung keletang kitorang ramai-ramai kat dapor prepare makanan.

First day, breakfast aku buat nasi lemak. Lunch biasa diorang tak makan. Petang lak, lunch + dinner kitorang masak kari ikan kembung, sayur sawi, ikan kembung goreng, udang goreng tepung dengan kerang rebus.

Esoknya, breakfast aku kukus kuih pau dan makan roti. Untuk lunch aku masak sotong masak kunyit, masak lemak ketam, sayur labu goreng. Kitorang makan sampai licin lauk. Berselera betul. Ditambah lagi sukun goreng yang mak bawak dari Bukit Besar.

Pagi tadi, aku gorengkan bihun goreng udang. Puas rasanya bila makanan yang kita masak, habis licin. Seronok sangat!

Beberapa hari bersama keluarga mertua sesekali buat aku terfikir. Aku bersyukur sangat dengan kurniaan dari Allah SWT. Mertua aku sangat baik. Sporting pun ye juga. Mereka layan aku seperti anak mereka sendiri. Diorang datang melawat aku pun salah satu sebab kerana anak. Bukan sebab lain.

Allah Maha Besar. Aku bersyukur sangat dengan apa yang Dia beri pada aku walaupun suami aku jauh di hutan sana. Sekurang-kurangnya aku masih ada keluarga mertua yang amat-amat mengambil berat. Kasih sayang mereka tu terasa jauh ke lubuk hati ini. Aku pun senang hati untuk bercerita dan mengadu jika masalah mengundang jiwa.

Sebenarnya, tak pernah terlintas di fikiran aku untuk berada di sini walaupun suami aku pernah termasuk dalam list calon-calon suami sejak tahun 2008. Tak pernah terbayang ia menjadi kenyataan. Inilah rahmat Allah.

Mungkin inilah hikmahnya juga atas kesengsaraan dan kesakitan yang pernah aku alami. Dulu, tak pernah ada siapa yang peduli jika air mata ini mengalir. Tak ada yang mahu peduli dengan sakit pening ini.

Alhamdulillah, syukur atas rahmatMu ya Allah.

Semoga kami sekeluarga sentiasa mendapat keberkatan dari Nya.

No comments: