Suasana dalam kelas 6 Arif. Tahun ni tak ramai macam tahun lepas. Walaupun kurang 6 orang je, tetap memberi impact pada P&P. Murid-murid tahun ni dapat dikawal. Setakat ni, aku masih mampu mengesan mereka yang tidak menghantar buku dan tidak membuat kerja rumah. Anak-anak ini masih mendengar kata.
Bertungkus lumus menyiapkan latihan walau banyak alasan. Memang aku beri paksaan kepada mereka ini. Tak mahu ada yang terleka dan tertinggal.
Dalam sesi latihan, aku benarkan juga mereka ni buat study group sendiri. Memang jelas akan ada struktur ayat yang serupa antara satu sama lain. Dah katanya bincang kan? At least, yang tak tahu buat ayat tu, bila dia meniru, lama-lama akan terbiasa dengan struktur ayat yang betul.
Aku masih bersama anak murid UPSR 2011. Tanggungjawab semakin besar. Tahun lepas sekolah aku telah berjaya merangkul kejayaan terutamanya bagi subjek Bahasa Inggeris. Tahun ini perlu melipat gandakan usaha untuk mengekalkan prestasi sekolah.
Target aku dari Februari hingga Mei ini untuk memastikan my students master all tips and technique to answer UPSR paper. Yang penting, they know how to answer. Mana tau ada rezeki aku pindah bulan Jun ni, guru yang akan ambil alih tugas aku tu dah boleh fokus dengan latih tubi.
Macam tahun lepas, aku masih lagi mengajar kelas ELITE. Kelas ni untuk budak-budak target straight A's UPSR. Tahun lepas tak berjaya dapatkan seorang 5A's. But at least, semuanya LULUS and 3 of them manage to get A in English. Itupun sudah menjadi satu kejayaan besar buat aku. Diikutkan sejarah, belum ada lagi murid dari sekolah aku yang berjaya dapat A in English.
Tahun ni aku nak fokus on teaching je. Selesaikan segala amanah walaupun hati sudah tiada di sini. Sebab tu aku jarang cerita hal kerja aku. Terlalu banyak yang menduga hati dan kesabaran.
Biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Allah itu lebih besar kuasaNya. Yang penting jangan putus dengan doa kepadaNya.
No comments:
Post a Comment