Tuesday, February 22, 2011

RUMAH TRADISIONAL DI MALAYSIA

Ini kelas tahun 4B. Kelas ni aku mengajar diorang KT. Topik pada pagi Isnin ialah berkenaan dengan Rumah Tradisional di Malaysia dan Kepentingan Rumah.

Tapi aku bagi latihan untuk Rumah Tradisional saje.

Bagus! Kusyuk menyalin apa yang ada di papan hitam.

Wah! Kagum. Masih kusyuk lagi menyalin apa yang ada di papan hitam.


Sempat lagi handbag baby phat mak interprem. Budak-budak ni sempat lagi sembang. Maklumla, dah siap melukis.

Pelik ni... Kenapalah korang ni sangat gigih menyalin yang kat papan hitam tu? Padahal, selalunya sangat gamat dan riuh rendah kelas dikerjakan dek korang...

Aku pun penat nak melayan.


Ha! Ini dia. Patutla gigih. Tak pepasal kena lukis peta Malaysia. Ni dah macam budak sekolah menengah rendah je ni kan. Nasib korang la....

*tetibe kenangan belajar Geografi dengan Cikgu Makky menjelmaaa.......

Ada sebabnya aku suh diorang lukis peta ni.

Pertama sebab nak bagi diorang kenal negeri-negeri di Malaysia. Itupun terlepas Thailand, Indonesia dan Singapura pun termasuk dalam list.

Kedua sebab nak bagi diorang tahu kedudukan negeri-negeri di Malaysia dalam peta.

Ketiga nak bagi diorang nampak semenanjung dan bumi borneo tu cemane jarak dia.

Keempat, sebab aku sendiri yang nak buang masaaaaaaaaaa.... Lalalalalalala! Lama diorang menyalin, kuranglah aku bercakap.

Walaubagaimanapun, aku suka ok!

Sebab diorang skang dah tau. Indonesia, Pakistan, Singapore, Thailand, Go Head Go Stand... bukan negeri-negeri dalam Malaysia.

Yang paling aku suka bila diorang cakap, itu adalah Negara.

Alhamdulillah. Paham jugak korang akhirnya.

Tapi, kalau pasni ada yang buat lupa.... tatau la nak kata apa....

6 comments:

Miss CJ said...

Wah, Cikgu Makky mmg adalah kenangan. Dia buat apa pon pasti kenangan :-)

Teh said...

Cikgu Makky yang juga setia dengan Gerik.....

Dark @ng3L said...

wow..teacher ni pandai nye nukis peta...santekk je..
cube kalo suh aku yg nukissssss..
mampos jadi negara india trus..wakaakaka

Teh said...

hihihi.... biasa la i... kata ex-designer...(angkat bakul sket...)

Dark @ng3L said...

ok la kakak designerrrr...nghehehehehe

Teh said...

ngehehehehehehehehe.... baeklah akak QA! jangan reject keje saya selalu sangat ye... sebab saya pandai melukis peta....