Apakah rasionalnya?
"Kalau boyfriend, takper .. sekarang ni kawen. Tau tak kawen..."
Aku terfikir-fikir. Apakah yang salahnya bila aku dan other half decide untuk mendirikan rumahtangga?. Kami mahu berkasih-kasihan secara halal. Memenuhi syariat Islam dan untuk mendapatkan pahala.
Aku tidak mahu lagi bergelumang dosa. Berkepit ke sana-sini tanpa arah tujuan dan matlamat perhubungan yang sebenar. Cukuplah dengan dosa semalam dan jangan tambah lagi dosa yang aku ada hanya kerana mahu memenuhi kehendak hati kamu yang terpesong.
Aku mahu mencari keredhaan Illahi dalam kehidupan ini. InsyaAllah.
"Kalau dia dan keluarga dia dapat menerima awak seadanya. Kenapa awak tak boleh terima saya seadanya? Kenapa tidak boleh menerima perubahan saya?"
Ya Allah.... semoga kau memberi petunjuk kepada insan ini. Aku sudah letih dan penat untuk menjadikan diri ini diterima seadanya oleh dia. Tetapi, sebaliknya yang aku dapat. Ada saja kekurangan aku yang dia pertikaikan. Seboleh-bolehnya dia cuba membuat aku menangis kerana mungkin itulah kegembiraan untuk dia. Jadi, bagaimana untuk aku menerima dia seadanya sedangkan dia tidak pernah menerima aku dengan apa yang aku ada?
"Awak pergi la cari orang lain. Kita tidak serasi..".
Masih terngiang-ngiang kata-kata itu.
"Perkahwinan kerana kepentingan sendiri dan peribadi, tunggu saja akibatnya nanti. Skang dia belum dapat awak, tak kenal lagi awak. Awak pun sama tak kenal lagi dia. Esok-esok awak akan tahu langit tinggi atau rendah. Tunggu saja kemusnahan hidup awak..."
"Saya nak tunggu saat kemusnahan itu datang. Dan ketika itu saya akan sujud syukur kerana awal dah dapat balasan setimpal.. Awak musnahkan harapan saya, dan nanti Allah akan musnahkan harapan dan masa depan awak..."
Sungguh hebat dia menabur fitnah dan tohmah. Dia tak kenal my other half. Dia tak tahu isi hati ini. Dia tak tahu apa yang berlaku, tapi semudah itu dia membuat penafsiran. Yang aku sedih, doa-doa yang dia taburkan untuk kami berdua, sikapnya yang tidak mahu menerima hakikat dan realiti. Yang tidak sedar dan insaf dengan kesilapan yang dia lakukan terhadapku. Sakit luaran memang boleh hilang, tapi kehancuran hati?
Cukuplah aku katakan aku sudah cukup tersiksa. Malah sebelum hadirnya kembali "other half", hati ini sememangnya sudah tawar. Sudah tidak ada rasa pada lelaki itu.
Ya Allah, Yang Maha Besar dan Penyayang, kau bantulah hamba ini. Kau berikan dia petunjuk. Kau berikan dia kesedaran dan kekuatan. Kau ampunilah dia di atas setiap dosa dan perbuatannya. Ya Allah, lindungilah dia dan kurniakan lah dia insan yang lebih baik dariku.
Ya Allah, kau redhai dan berkatilah aku dan kekasihku. Kau permudahkanlah segala urusan kami menuju ke jalanMu. Kau titipkanlah kasih sayang dan rindu untuk kami berdua agar saling kasih mengasihani antara satu sama lain. Kekalkanlah kebahagiaan kami hingga ke syurgaMu.
Amin, ya rabbala'alamin....
Aku memohon padaMu Ya Allah.
Kau kuatkan hati kami dalam menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui.
4 comments:
tak abeh2 lagik.ish la.
ish ish.
pokok pangkalnya hati. macam u tak kenai kan....
alamak aku x tau hujung n pangkal...sdg bermain2 di fikiran ni...siapakah dia? siapakah 'other half'... mak yg busy body ni confuse..
kerlas kau nyah...
"dia" tu ex aku...other half is my future husband...
complicated to explain but i'm very happy with my decision...
Post a Comment