Saturday, July 3, 2010

KENAPA MEMILIH....


Dia dalam sekelip mata?

Semuanya bermula sejak tahun 2008. Dalam kehidupan aku yang terumbang-ambing, aku rasakan ada sesuatu yang sedang cuba mengisi hidup aku.

Pernah kami bertentang mata, panahan itu sangat menusuk ke dalam jiwa.

Tapi aku simpan, kerana terlalu banyak hati yang perlu di jaga termasuk hati yang tidak pernah menjaga hati aku. Mungkin kerana kasih dan sayang ini telah tertumpah pada hati yang sebenarnya tidak mahu disayangi oleh aku.

Mata yang berselindung itu sebenarnya ikhlas.

Butanya aku. Aku hampakan keikhlasan itu dan mengejar sebuah impian yang tak pasti dengan harapan hati yang tidak pernah menjaga hatiku akan berubah dan menerima aku dengan apa yang aku ada... Bila akhirnya aku rasa hilang harapan, perlahan-lahan aku melepaskan hati itu pergi. Tak sanggup lagi aku disakiti dan dikecewakan. Air mata juga sudah kering setelah 3 tahun mengalir tanpa henti.

Akhirnya aku bertemu kembali mata yang berselindung di sebalik sebuah cahaya yang terang sebagai petunjuk kepada aku menuju jalan yang lurus.

Kenapa dia?

Kerana dia ikhlas. Kerana kesungguhan dan keberanian yang dia ada. Kerana niat dan imannya. Redha dan tawakalnya kepada Allah SWT. Nasihat dan kata-katanya yang penuh berhikmah. Mengingatkan aku supaya sentiasa bersyukur kepadaNya atas kurniaan cinta dan kasih sayang ini.

Dia membawa dan menarik aku untuk lebih dekat kepadaNya. Mendidik diri ini. Membimbing dan memimpin.

Keserasian itu yang membuatkan hati ini dekat. Dia memberikan aku kebahagiaan, menenangkan dan menerima aku seadanya. Melayan aku dengan baik, tutur kata yang menyenangkan menyebabkan hati ini terpaut.

Menghargai diri ini lebih dari yang sepatutnya.


Ya Allah,

Sekiranya dia telah kau ciptakan untukku,
Dan jika dari rusuknya juga telah kau jadikan aku,
Kau titipkanlah kasih sayang dan rindu sebagai peneguh cinta kami,
Agar sentiasa cinta mencintai antara satu sama lain,
Agar hati sentiasa dekat dan saling ingat mengingati,
Redhakan niat dan impian kami ini,
Tetapkanlah iman dan hati kami agar sentiasa berserah kepadaMu,
Tabahkan hati kami dalam menghadapi dugaan hidup ini,
Kurniakanlah kami kebahagiaan dan temukan kami di syurga,
Jadikan zuriat kami insan yang soleh dan solehah,
Dan jauhi kami dari godaan syaitan yang direjam...

Amin....

Terima kasih Allah atas kurniaanMu ini....

2 comments:

ruru said...

bila harus memilih :)
kak teh, tau kan blog saya.

Teh said...

tau... ;)