Tuesday, July 20, 2010

KISAH MURID AKU

Isnin yang blues.

Isnin jugakla aku ada banyak jadual anjal. Masuk 2 kelas untuk 3 masa. Masa memula dulu bosan gak. Tapi dah lama-lama rasa cepat pulak berlalu. Yerla, within that hours, nak kena monitor progress budak-budak ni. UPSR tak berapa hari je lagi.

Dah la lepas raya. Ko agak-agak derang ni buat exercise ke nnt tu?

Jadi, hari Isnin masuk kelas yang konon-konon bijak. Aku cari budak yang aku ambil bukunya minggu lepas. Bukan ape, suka-suka baca buku cerita Melayu waktu Bahasa Inggeris. Aku tatau la apa dosa aku ni sampai budak-budak ni buat aku macam kawan dia je. Nak kata aku tak hormat cikgu masa sekolah rendah dulu takde la pulak. menggatal dengan cikgu ganti ada kot .

"Mana Hafid? Ni teacher nak bagi balik buku dia ni..."

"Haaa... Tak tau teacher.. Hafid marah teacher..."

Ada budak bersuara.

Sentap aku.

Apehal pulak korang nak marah aku? Sedangkan sepatutnya korang la cari aku minta buku tu dan minta maaf kan?

Hangen akak u ols.

"Kenapa orang @#$@%@% tak pandai nak hormat guru? Tak berdisiplin dan kuat menjawab?"

Semua diam. Aku tahu aku dah bangkitkan isu perkauman. Tapi, itu yang aku rasa. Aku tak maksudkan semua but most of them. Tua atau muda, sama je.

Tapi, lepas tu aku cool down. Buat tatau dan meneruskan sesi pengajaran.

Bila time nak check kertas sorang-sorang, budak yang pandai-pandai kata Hafid marah aku tu memaksa-maksa pulak aku check kertas dia. Dia ni mmg masalah sket. Macam mengada-ngada pun ye jugak. Panggil ke depan dan aku pun cakap kat dia before aku tanda dan explain.

"Sebelum teacher tanda dan terangkan kenapa kamu salah, kamu nak ikut kata kamu atau kamu nak dengar cakap teacher?"

Dia diam.

"Sebab tu, walaupun kamu nampak hebat dalam kelas, kamu tak berjaya nak dapat A dalam Bahasa Inggeris. Sebab kamu tak nak dengar nasihat teacher...Ayat kamu tunggang langgang. Tak payah tunjuk hebat konon nak buat ayat bombastic tapi takde maksud..."

Bila aku bagi maksud perkataan Bahasa Inggeris, atau bagi perkataan yang sesuai untuk ayat dia nak buat, boleh pulak dia keluar ayat was-was dengan aku. Pastu mula la dia tulis mengarut-ngarut.

Contohnya : breech.

Aku tanya ape benda? Dia kata seluar panjang. Tulis je la pants atau trousers kan?

Oklah. Malas nak mengumpat anak murid sendiri lagi. Muahahahahahaha!

Tengokla sekeping gambar di bawah ye.

Inilah diorang semua pada hari rabu yang lepas dengan uniform masing-masing.

Akhir kata,
Teacher Teh risau ok!


No comments: