Wednesday, July 28, 2010

KEM BESTARI SOLAT

Hari Sabtu yang lepas, Alhamdulillah, team JQAF dan Pendidikan Islam sekolah telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahap satu.

Memandangkan mereka tak cukup kakitangan untuk menjadi fasilitator, aku telah sukarela menjadi salah sorang daripadanya. Di tambah dengan moral support dari "my other half", lagila bersemangat u ols.

Kata dia,
"Pergila. Nanti boleh ajar anak-anak kita solat..."

Indahnya perasaan itu. Hihihi.

Terus akak transform jadi "USTAZAH TEH"

Tak susah sebab modul sudah tersedia. Aku ditugaskan untuk mengajar murid-murid tahun 3 tentang Rukun Solat dan Perkara-perkara yang membatalkan solat.

Sebab penat nak membebel. Jadi, aku buat praktikal pulak supaya ada yang mudah ingat. Tapi, ada pulak yang terkomfius dengan yang membatalkan solat. Tapi, faham sendiri la murid-murid yang aku ajar ni dari kelas mana. :)

Ni sikit sebanyak gambar. Semoga terhibur. Hihi.

Kusyuk ke semayang tu? Hihihi

Takbiratul Ihram. Sempat lagi tu tengok kamera.

Rukuk.

Sujud.

Ada yang tak biasa solat sebenarnya. Sebab tu kena bagi praktikal. At least diorang nampak gambaran kan?

Salam selepas tahiyat akhir,

Lepas bagi salam, lari bertempiaran ke dewan. Hahahahahahaha!

Ni masa selesai majlis penutup. Bersama baby Azim yang comel sangat-sangat.

Tak sabarnya nak ada beberapa orang.... Hihihi. (mode gatal)

Makan yang puas dan kenyang. Alhamdulillah. Rezeki hari Sabtu. Balik tu, tapau lagi Mee Rojak.

No comments: