Sunday, July 11, 2010

KEM MOTIVASI UPSR

Kem Motivasi UPSR bermula 9 Julai hingga 11 Julai 2010 untuk semua anak-anak didik tahun 6 dan separuh dari tahun 5.

Masa memula dilantik jadi AJK ni, rasa tak best jugak sbb aku kan ada fix agenda on weekend. Tapi memikirkan amanah dan tanggungjawab, maka kita buang segala negative thought. Pastu, bila sendiri dah berada di tempat kejadian, rasa bertanggungjawab tu sendiri datang.

Tu pasal sepanjang program, balik-balik muka aku dengan Linda yang ada di sekolah walaupun ada masa tertentu aku lepak je kat bilik GB. Hihihi. (buat apela agaknya tu kan? sakan beronline.)

Ni sekitar hari pertama program 9 Julai 2010.



Murid-murid tahun 6 dan 5 sudah mula memacakkan khemah masing-masing. GB decided bagi derang tido khemah instead of ramai-ramai dalam kelas. Senang nak monitor katanya. Mereka dibahagikan ikut kumpulan khemah masing, dan pasang khemah sendiri. Hasilnya... berjaya!~

Program ni dah bermula dari pagi Jumaat di mana mereka ni dibahagikan ikut kumpulan masing-masing bersama dgn fasilitator. Aku pon terlibat jadi fasilitator group 7. Ok jugakla group aku tu sbb ketua dia bertanggungjawab. Senang keje Teacher. Nama group plak APACHE. Maksud dia ape pun aku tatau. Layankan....

Lukis jangan tak lukis. Macam crown joker pon ye jugak. Ikut korang la. Janji bahagiaaaaaaa macam Teacher korang ni ye tak?

Petangnya slot pertama dimulakan dengan slot Bahasa Melayu sebagai panduan mereka untuk menjawab kertas soalan peperiksaan UPSR. Riadah dan seterusnya solat berjemaah.



Aktiviti kerohanian. Solat maghrib dan isyak berjemaah diimamkan oleh Cikgu Ismail dan Ustaz Azman. Sekurang-kurangnya dapat juga mendidik diorg tentang solat berjemaah. Masa ni, terus akak transform jadi ustazah u ols!~ Ada pulak yang macam jakun tengok aku bertelekung. Ingat cikgu BI takleh pakai telekung ke?


Ini Cikgu Siti Haslinda. Another pok gad yang "on duty" malam itu. Sedang menjaga pintu surau. Hihihihi. Bagus juga ada Linda ni, sekurang-kurang ada la budak-budak ni tempat bermanja. Kalau dapat kat Teacher Teh, derang mengadu lapar pun aku rasa macam nak makan diorang.

"Sakit perutt? Lapar? Ada rasa macam nak mati tak? Kalau ye, baru teacher bagi makan..."



Mode ustazah solehah wal muslimah gitu.... Alamak! terinterprem diri sendiri laa pulak...


Ini pandangan dari belakang. Korang jangan ingat derang tgh kusyuk mendengar tazkirah yer. Sebenarnya diorg ni tengah rancak berbual. Hari pertama, takpe sabar... Hari kedua esok, kita tunggu Teacher mengaummmm....

Last shot dari tuan punya blog yang di shoot kan oleh Cikgu Linda. Aku je boleh bersandar kat dinding sambil berangan. Murid-murid, sila dengar tazkirah dengan kusyuk ye? Hihihihihi.

Next report? Tunggu!!!~ Kalau rajin.

p/s: Sengaja letak gambar pakai telekung. Baru la sejuk hati abah dan mak mertua tengok nnt. Ops!!~

No comments: