Sunday, November 25, 2012

MPAC

Ini antara yang berlaku semasa MPAC. Banyak lagi gambar nak share. Tapi rasa macam tak perlu la kot kan... Hehehe.


Pagi sebelum majlis bermula. Tengah aku dok amek feel sengsorang before menjalankan tugas penting kat staff room. Ada geng ajak bergambar.


Close friend. Teman bergaduh, baik, masam muka balik, baik semula and the list goes on. We are like siblings la pendek kata.


Haruslah korang tau kan tugas tetap dan berpencen aku apa pada hari tersebut. Event ni kita penting dan besar juga sebab VVIP yang dijemput adalah Setiausaha seorang menteri. Semuanya mesti berjalan lancar dan mengikut flow. Kena alert dengan suasana satu hal lagik. Cubalah teka dengan clue VVIP tu haruslah Sarawakian kan.....


Tarian ngajat sebagai tanda menyambut VVIP yang hadir.


Persembahan nyanyian dalam Bahasa Tamil.


Taridera.= Tarian + Drama Ulek Mayang


Saya yang sedang menjalankan tugas bersama co-MC.

Itu sahaja laporan di cuti sekolah. Banyak keja nak buat. Tak sempat nak cerita-cerita kat sini.


Sunday, November 11, 2012

MALAM APRISIASI

Bukan main susah nak menyebut Malam Aprisiasi ni. Susah dan menyusahkan.

6 November lepas maka berlangsunglah dinner untuk kami warga SK dot dot dot. Kitorang buat kat hotel yang famous tentang keenakkan makanannya di bandar ini. Sekolah I selalu sangat buat dinner kat hotel-hotel ni. Sampai pening kepala fikir nak pakai baju apa. Bab bayaran tak kisah sangat sebab segalanya ditanggung beres.

Bestkan?

Untuk tahun ni, I diamanahkan menjadi juruacara bersama kawan I Cik Kem.

Kerlass kau nyah!


Ini antara gambar bukti semasa penyampaian anugerah.

Malam Aprisiasi ni juga adalah masanya untuk pihak sekolah menyampaikan anugerah-anugerah kepada guru-guru yang dirasakan menepati kriteria-kriteria bagi setiap kategori.

I pun dapat anugerah jugak tau. Terkejut mak nyah!


Anugerah Early Bird. Untuk guru-guru yang selalu datang awal. I takde la datang awal sangat. Paling-paling pun kul 9 pagi bila I ada tugas-tugas khas yang perlu disiapkan. Tapi untuk guru sesi petang tu awal la kan. Dah macam keje ofis hour dah.

Ramai cakap kerja sebagai guru ni senang. Kerja half day. Cuti banyak. Tapi, pada yang berkata tu, silalah tukar profession dengan saya sehari dua dan merasainya. I'm not complaining, kalau aku complain takdanya aku nak dapat anugerah-anugerah ni, cuma geram dengan mereka yang memandang rendah terhadap profession perguruan.

Kitorang bukan setakat mengajar. Kerani, doktor, kaunseling, ibu, bapa, artis dan segalanya adalah kami.

Cuti panjang ke pendek kami bekerja juga. Bekerja dari rumah memandangkan sekarang ni semua sistem online. Terpulang masing-masinglah.

Ok, enough of pembebelan.


Seterusnya, anugerah Guru Paling Aktif. Terkejut jugaklah. Walaubagaimanapun, I bersyukur di atas ketentuanNya. Tahun ni rezeki I, tahun depan rezeki kawan-kawan I yang lain. Lagipun I banyak juga ajak kawan-kawan I join my team. Harap-harap usaha kami ni membuahkan hasil.

Tahun depan ada sasaran yang perlu I capai since tak dapat pindah ni. Huhu. Kalau dapat pindah, lupakan sajalah. Kita serah tugas pada orang lain. Kan?

Selain tu, cikgu-cikgu pun ada buat persembahan. Ada tarian dan nyanyian. Dengan cabutan bertuah bagai. I bertuah juga malam tu dengan mengumumkan nombor bertuah sendiri. Kedua MC dapat nombor bertuah, dan hadiah yang sama. Mangkuk ala-ala arcopal gitu. Haha.

Last but not least, enjoy the picture. Thanks to Cikgu Anis for the nice pictures. Cikgu Anis yang berkebaya dan bertudung hitam tu. Hihi.


Pose sebelum balik. Lega satu tugas selesai!


Pose bersama rakan semeja.


Busy tengok senarai penerima anugerah. Adakah connected with para pemenang? 
Pening ok masa ni.


Berposing dengan artis. Haha. Macam Erra Fazira kan yang sorang tu.


3 Suara..... Hahahahaha!


Bersama Iron Lady SK dot dot dot. Cikgu yang baju bunga-bunga tu la sebenarnya yang banyak membantu dalam setiap kejayaan tugas-tugas yang diberikan kepada aku. 

Belajar, dan mengajar.

Sesungguhnya profession ini banyak mengajar aku makna kehidupan kerana segalanya bermula di sini. Dan gurulah juga permulaan kejayaan seorang insan.

Sekian.

Tuesday, November 6, 2012

TUKAR? PINDAH?

Permohonan pertukaran kami ke JOHOR tidak diluluskan.

Kecewa sket la sebab ingatkan ada harapan nak dapat since dalam statistik kata Johor masih memerlukan guru opsyen Pemulihan Khas (mrhusband) and Pengajian Inggeris (mrswife).

Tapi, perasaan tak diluluskan memang ada atas sebab beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Aku baru setahun setengah di Miri while mrhusband baru setahun di Miri. But, the fact is... dah hampir 5 tahun kitorang bermastautin di Sabah dan Sarawak.

Mrhusband tu takde respons pun. Cuma GB dia ada kenakan dia dengan mengatakan dia dapat pindah.

Ada kawan tanya kalau mrhusband sorang je yang dapat pindah cemaner?

Memang la takmo dah berjauhan. Banyak perkara tentang mrhusband aku tertinggal. Dah tak mau lagi lalui saat itu. Hakikatnya pahit walaupun akhirnya manis. Tapi, kalau itu untuk kebaikkan kami, dia dan kepentingan perkhidmatan. Kenalah berkorban sekejap. Miri to JB satu flight je kan?

Kenapa kami nak pindah sedangkan kami dah dapat pun duduk serumah?

Sebab we want to be near to our family.

Sebab senang nak rancang masa depan. Beli rumah, beli harta etc. Boleh je beli kat Sarawak, tapi adakah kami akan terus tinggal di sini? Sudah tentu tidak. Dah tentu jugak lepas ni, tiap kali permohonan kami isi.

Sebab banyak usaha TTC terpaksa di holdkan dulu. Kat sini tak banyak tempat yang dapat kami pergi. Nak berurut pada siapa? Nak jumpa doktor mana? Kalau nak buat IUI, IVF segala kat mana? I say KALAU.

Belum rezeki kami lagik. InsyaAllah, semoga satu hari nanti Allah perkenankan niat kami untuk pulang ke kampung halaman.

Amin.


Wednesday, October 31, 2012

DOA

Ya Allah,

Jadikan dia baik, mithali, penyayang, memahami, mendengar, membantu, memberi dan menerima seadanya dan sentiasa ada.



Sunday, October 28, 2012

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH SAYA

24 and 25 Oktober lepas maka berlangsunglah Sukan Tahunan sekolah I. Kitorang buat 2 hari. Hari pertama di stadium dan hari kedua di padang sekolah yang tak berapa nak rupa padanglah.

Di stadium berlangsung pembukaan sukan tahunan, pertandingan acara kawad kaki dan juga acara balapan.

U ols nak tau tugas-tugas khas I ape?

I merupakan Ketua Hakim Penamat. Terkejut I. Walaupun tahun lepas I cuma jadi anak-anak buah hakim penamat aje. But still, I tak faham konsep nak menghakimi ini. Before this, I tukang tengok kedudukan pemenang di tepi padang je. Kerja-kerja di belakang tabir I tak amek port pun. Pastu padan muka I. Hehe.

Cuma tahu dan faham bidang tugas on the day itself. Just with a simple explanation  Memang sangat chaos at first and get used after a few acara. Biasalah, confuse sana sini. Budak ni berlari, semua sampai serentak. Tak ke pening anak-anak buah I nak pilih pemenang. So, I lah yang akan decide sesukahati I ikut logik arimetik. Haha. 


Ini I masa mencari nama-nama pelari untuk di senaraikan ikut kedudukan. Luckily, I ni pergi terlebih rajin taip semula semua nama peserta. Lepas tu kan, I tambah rajin lagi warna ikut rumah masing-masing. Itu antara yang membantu I buat kerja dengan cepat. Alhamdulillah.

Tujuan senarai-senarai tu sebenarnya untuk dimasukkan ke dalam sistem. Lepas tu, sistem ni akan analisis atlit-atlit terbaik mengikut tahun masing-masing.

Hebatlah orang yang buat sistem tu kan? I baru tau ada sistem. Selama ni I ingat Team Statistik cari atlit terbaik ikut kategori masing-masing manually.


Ini pula I bersama Ketua Hakim Masa. Dia kena key in masa larian. Duduk sebelah-sebelah sebab kedudukan dan masa kena link. Kadang-kadang bila I confuse I akan tanya dia. Tapi no 1 sampai 3 je la. Sebab masa peserta-peserta selepas itu tidak dapat direkod.

Alhamdulillah, berjalan lancar dengan bantuan anak-anak buah I. Syukur sangat sebab selama ni I dihantui dengan perasaan, "Macammana kalau I tak dapat nak jalankan tugas ni dengan baik dan adil?"

Second day kat sekolah aje. Ada acara padang dan sukaneka murid tahun 1 dan 2.


Lupa lak nak cerita. I ni rumah Ultraman/Kuning. Ni masa I tolong kawan-kawan I uruskan peserta dan melekatkan nombor. FYI, masa sukan dua hari tu sebenarnya I tengah demam lite-lite, flu yang maha hebat dan batuk lite-lite. Tapi, kugagahkan jua la.....


Untuk hari ke 2, I jadi Hakim untuk acara sukaneka. Kumpul semua markah and cari juara sukaneka siapakah? Yang menang adalah rumah Superman/Biru. Congrates to them.

Gambar kat atas tu I dengan Cikgu Sasi. Yang duduk tu Ustazah Hanim dan jejaka misteri kat belakang tu adalah Cikgu Hasri.

Well done untuk semua team!

Saturday, October 27, 2012

MENCARI KEBERKATAN

Mencari keberkatan rezeki adalah satu rempah penting dalam kehidupan. Tapi dari siapa kita meminta keberkatan itu? Sudah tentulah dari Allah SWT.

Yang mana lebih baik?

Melakukan sesuatu untuk mencari pujian manusia atau melakukan sesuatu untuk mencari keberkatan dari Allah SWT.

Saya rasa, my readers mesti tahu jawapannya dan pilihan jawapan saya dah tentu apa yang my readers pilih. Sudah tentu kita semua mempunyai akal dan fikiran yang waras dalam menentukan sesuatu yang baik dan buruk dalam kehidupan kita ini kan?

Saya amat rasa kecewa dan sedih dengan sikap segelintir manusia di sekeliling saya yang sentiasa mengharapkan pujian dalam setiap perkara yang dilakukan. Saya tahu itu adalah pemangkin tetapi bukankah lebih indah jika yang diharapkan adalah keberkatan dari Yang Maha Esa?

Saya sedaya upaya cuba untuk memuji dan menghargai. Tapi saya sering terlupa kerana saya pada asasnya seorang yang cepat marah. Bila saya rasa perkara yang dibuat itu tidak betul, saya terus diam, kaku dan act like I shoul act. Itu kelemahan saya dan saya sedang belajar untuk mengatasi dengan menerima setiap keadaan dalam penerimaan positif.

Saya mahu mendidik, membimbing dan memimpin anak-anak murid  dan rakan-rakan saya dengan cara pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W bilamana pertama kali membaca kesan dan impak terhadap cara dan tindakan Rasulullah dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, bila rakan-rakan dalam kumpulan saya berjaya menyelesaikan satu-satu tugas yang diamanahkan kepada kami, saya sepatutnya memuji mereka beserta dengan impaknya sekali...

" Terima kasih ye sebab sama-sama membantu menyelesaikan tugas kita pada hari ini. Alhamdulillah, tugas kita hari ini berjalan dengan lancar dan saya pun mudah menyelesaikan tugas saya dengan bantuan kamu semua.... Saya harap kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang dan saya amat selesa bekerja dengan kamu semua..."

Secara jujurnya, saya jarang menjadi seorang yang positif. Saya fikirkan dengan belanja makan adalah salah satu penghargaan terbaik. Tapi, jangan salah langkah kerana belanja itu boleh melencong ke arah rasuah tau.... Sebenarnya, dengan pujian, kata-kata semangat dan impak positif sudah mampu membuat anak-anak buah dan anak-anak murid kita rasa lebih bersemangat untuk bekerja di masa akan datang.

Samalah bila bersama dengan anak murid....

"Tahniah, awak dah rajin belajar dan menulis sekarang. Bila awak rajin macam ni, saya percaya awak akan menjadi seorang yang cerdik satu hari nanti...."

Itupun saya selalu terlupa. Kadangkala hati lebih menguasai akal fikiran. Kalau anak-anak yang terlampau nakal selama ini, tiba-tiba sahaja rajin dan bersemangat mahu belajar, sepatutnya saya menghargai mereka. Dan jangan gunakan pendekatan mengugut kerana itu akan memberi satu impak negatif pada emosi anak-anak.

Contohnya bila anak murid kita nakal, tak sepatutnya kita mengugut begini...

" Cikgu akan telefon mak ayah kamu, kalau kamu memukul kawan kamu lagi..."

Adalah lebih baik menggunakan pendekatan begini....

"Kalau kamu tidak memukul kawan kamu, cikgu akan sayang kamu, mak ayah kamu akan sayang kamu, kawan-kawan kamu akan sayang kamu. Kamu juga akan jadi seorang yang baik dan pandai...."

Itu antara azam saya pada sesi persekolahan tahun hadapan. Saya berazam untuk bekerja dengan ikhlas bagi memastikan keberkatan rezeki saya. Saya akui rasa malas itu selalu wujud tetapi saya mesti lawan kerana bila kita malas dan segala rasa negatif, perkara yang tidak baik akan menguasai kehidupan kita.

Just my 2 cent.

Murah je. Tak sampai ribu-ribu pun pesanan khidmat masyarakat ni. Hehe.

Friday, October 26, 2012

KUASA MEMAAFKAN

Kalau orang buat kita marah, buat kita kecewa, buat kita sedih, aniaya kita, kita maafkan dia. Lupakan segala salah dia dan teruskan hidup kita seperti biasa.

Pasti Teh akan rasa bahagia sentiasa.

That was what I've been told by one of my good friend here.

Secara khususnya,

Dia ustazah.

Tapi, bukan ustazah pun boleh menasihati bukan?

Dan setelah itu perlahan-lahan saya cuba untuk menjernihkan rasa ganjil di dalam hati. Perlahan-lahan cuba sucikan kotoran yang melekat disanubari. Rasa tidak patut membenci sedangkan diri sendiri pun tidak sempurna. Dan hasilnya, diri saya rasa lebih tenang dan bahagia.

Kenapa? Sebab bila dendam masih bertamu di hati, kita akan terus-terusan berfikir tentang keburukan dan kesalahan orang itu terhadap kita. Selalu teringat-ingat kejadian ngeri yang berlaku antara kita dengan orang itu. Keadaan yang buat kita rasa diri kita teraniaya. Sangat tak seronok bila semua ni bermain-main di fikiran. Kenapa bermain difikiran? Sebab kita mencari sebab kenapa kita dendam dan marah dengan orang itu.

Jadi, bila memaafkan dan melupakan, kita secara automatiknya dan tak fikir dah perkara yang telah berlaku.

Orang puteh kata, what past is past.....

Dan lahirlah satu rasa yang amat bahagia dan tenang. Dapat bekerja dalam suasana yang menyeronokkan.

Maafkanlah insan lain kerana dia tak sempurna. Mungkin dia insan terpilih untuk diuji oleh Allah dengan sikap-sikap melukakan. Atau belum lagi dibukakan hatinya untuk sedar kesilapan.

Dari pengalaman diri,

Patutlah, bila nak bercerita dengan mrhusband tentang perasaan geram dan tak puas hati itu dan ini, suami hanya diam. Kadang-kadang dia menggeleng-geleng kepala. Tu tandanya tak nak dengar atau suruh berhenti bercakap.

Tapikan,

Kalau bercerita tentang perkara-perkara yang melibatkan unsur-unsur positif seperti kawan tu beli ni, kawan tu beli tu, suasana yang berlangsung di satu-satu event, atau cerita pengalaman melaksanakan tugas baru, barulah terima isyarat respond positif dari dia.

Tiada geleng-geleng.

Kadang-kadang, dah sejam berlalu cerita yang diceritakan, dia tanya balik soalan berkaitan cerita tersebut.

Tapi, kalau yang ada negatif vibe...... tetiba mrhusband tu jadi kaku.

Geram jugak dengan dia, tapi lama-lama dah biasa sebab dah faham dia tak suka menambah-nambah masalah yang remeh. Memikirkan perkara-perkara yang tak penting.

Life dia cukup simple walaupun pada awalnya aku rasa he is too complicated dan sukar difahami. Cuma tolak ansur dia tu ada kurang sikit la. If he say NO, means NO. Kalau dia dah MALAS, memang MALAS la jawabnya. Tapi, kalau 50-50 tu, ada lagi la harapan.

Sekarang dah takde rasa kecewa atau sedih bila permintaan tidak dapat ditunaikan. Kalau tak dapat, tak apa. I will find another solution to eat fancy food like Oldtown Kopitiam, Mee Jawa 9 Hole dan sebagainya because I have Amy, my partner in food hunting sbb semua makanan kegemaran tersebut tidak digemari oleh mrhusband.

He loves mamak and will only food hunting at Semenanjung.

Lagipun kuasa memaafkan dan melupakan banyak membantu untuk menghasilkan satu perasaan yang SANGAT BAHAGIA.

Tapi, ni bukan praktik dengan mrhusband sahaja tau sebab yang diceritakan itu hanya contoh, boleh juga dengan kawan-kawan. Kecik-kecik hati, marah-marah-marah, geram-geram-geram.... lepas tu baik balik like nothing happen and the cycle goes on... tp dengan rakan sebaya je ok?

Kalau dengan yang senior, amek kau makan kasut lepas tu. Hahaha!

REBATE 200

Semalam kan... ada satu kejadian aneh berlaku. Tengah makan-makan kat restoran yang meracuni suamiku itu, tiba-tiba je dia tanya

"Bila u nak beli Blackberry?"

Terpinga-pinga aku. Diam. Terkejut. Kenapa?

"Erm.. tengoklah dulu..."

"Cepat-cepat sikit beli tu...."

Tambah pelik aku ni. Kenapa pulak suruh cepat-cepat beli kan?

"Kenapa?"

"Kan rebate 200 tu dari umur 21 sampai 30..."

Aku senyum. Berbunga-bunga. Sebab insan yang aku sayang, yang aku rasa seperti tak peduli kan aku rupanya ingat my birthday is just around the corner.

Hakikatnya, mrhusband tu memang suka buat muka kering kalau mengadap muka aku. Nak kontrol ape ntah tak tau. Contohnya kan kalau kat dapor tu, dia tgh buat air, aku datang tegur-tegur dia. Mulalah buat muka takde perasaan atau muka gangster. Takut tergoda la tuh.... tak pasal-pasal jadi benda lain kat dapor tu kan?. Rileklah bang, kita berdua je kat rumah ni. Hahahahaha.

Melalut dah ni. Sambung-sambung......

"Oh! Ye kan. Birthday I dah nak dekat kan? Tapi bukan dia ada limit income kan? RM3000?

Aiyoh. Lagi beberapa hari je lagi I nak masuk 30 tahun!

"Gaji basic u dah RM3000 ke?"

Ye la pulak kan. Yang berlebih-lebihan tu sebab masuk segala jenis elaun kan.

Dia sambung lagik...

"I dengar kat radio tadi. You check balik la syarat dia tu...."

Aku diam. I already have my Iphone. Memang nak merasa guna Blackberry tapi sekadar nafsu.

"U kata u nak beli hp baru? Kalau I layak, you pakai la rebate I tu... I bukan nak sangat pun Blackberry tu...."

Baik dan solehah tak I? Tapi memang pelik sebab dia bagi aku shopping gadget-gadget ni.Target lepas ni apa?

Rasa macam nak rembat DSLR la....

Tuesday, October 23, 2012

DAH JUMPA!

Dah jumpa passport merah tu. Haha! Ada je dalam almari tu, terselit-selit. Maklumla, i ni kan rabun. Benda depan mata pun tak nampak.

So, boleh la pergi renew dalam minggu ini. Tak sabarnya nak pergi Brunei. Lagi-lagi mrhusband yang comel tu dah bagi duit nak ditukar kat sana. Baiknyerrrrrrrrrrrrrrrrr dia........

Kertas exam dah habis semak.

Hari ni gi sekolah before kul 11.30. Ingat dapat la rilek-rilek. Sekali.................. bila nak hantar mrhusband ke depan pintu pagar, (maklomlah isteri solehah)...... terkejut beruk i ok. Penuh ulat sampah berusaha nak masuk ke rumah. Masaalah! Masaalah!

Lori sampah ni kan................... Ish! Tak tau la nak menyumpah seranah ape. Tapi, geram I ....


Sunday, October 21, 2012

TRAUMA

U ols nak tau tak? I sebenarnya TRAUMA sejak kejadian dengan mak budak dan semua yang terlibat minggu lepas. I rasa stress dengan rasa TRAUMA ni.

Bencilah!

Bila I nak capai tudung oren. I akan terhenti tangan nak ambil dan berfikir macam-macam. Luckily, I dont have orange baju kurung. Ada la, tapi dah ketat. I sampai nak beli baju baru kaler oren pun pike 44 kali ok. Pagi Jumaat, acu tudung kat baju kurung yang nak dipakai hari tu. Semua tudung kaler tak matching, yang matching kaler oren je. Lepas pikir, I rasa ini adalah tindakan untuk I mengatasi masalah trauma I ni.

I cuba pakai tapi I rasa macam I sentiasa diperhatikan. Bencilah.

Trauma dengan warna oren!

Lepas tu, tiap kali I marah-marah budak. I terus sentap sorang-sorang. Lupakan kejap bila ada kawan-kawan ajak borak. Tapi, bila sampai rumah, mulalah I terfikir-fikirkan keadaan I marahkan budak tu. I cuba nak elak marah budak-budak tu. Tapi, kalau I tak tegur, makin menjadi-jadi pulak. U ols boleh ke nak hadapi budak-budak yang tak dengar cakap. I geram tau, bila I dapat tangkap budak-budak yang tak pergi perhimpunan nyorok dalam kelas, nampak je I terus lari. I mana larat nak kejar. Pastu, bebelan je la yang I dapat buat. I tak nak derang ni jadi tak disiplin sbb baru darjah satu. Belum yang nyorok bawah tangga masa perhimpunan. Macam jaga sekolah budak nakal pun ye. I bukan cikgu disiplin, tapi I bertugas di hari yang tak sesuai kot. Hari formal. Dan yang nakal tu budak-budak kelas yang I salu masuk.

Dah la hari Jumaat tu diorang pergi bertumbuk pulak dengan budak kelas lain. Cemaner tu?

Trauma jugak bila marah-marah budak!

I terkejut lagi sbb I dituduh sedangkan I tak buat. I terkejut sebab ramai parents yang tau pasal ni sbb mulut pompuan tu la. I terkejut sebab I letih tau ngajo kelas 2 Yakin tu. I terpaksa sedangkan I mmg tak suka masuk kelas tu. I marah juga dengan orang yang point ke nama I. Please ask the parents to discuss nicely with Guru Kaunseling before any further actions. Sbb pada I Guru Kaunseling ni adil dan saksama.

Seriously I memang dah takde semangat dah.

Rasa nak berhenti kerja. Tapi, jadi cikgu ni best. Kalau nak berehat boleh tak?

Saturday, October 20, 2012

DI MANA PASSPORT KU?

Lagi satu masalah pelupa aku yang kronik adalah satu keadaan tak ingat kat mana aku letak passport merah yang untuk pergi luar negara Malaysia tu.

Aku cuma lega sebab bukan passport husband dan juga bukan passport biru. Kalau tak, masalah akan menjadi lebih besar. Aku selalu masuk Sabah Sarawak pakai pasport biru je. Husband guna yang merah. Kalau dedua takde, maka kami akan terkandas di sini sampai masalah pelupa aku ni selesai.

Masalahnya lagi. Pasport tu dah kena renew. Dan masalahnya lagi, Bulan depan aku nak pergi BRUNEI!!!

Cemaner nak masuk negara orang ni kalau "buku merah" takde?

I baru perasan la, bila I nikah baru I merasa pergi over the sea....
Simpati ok dengan diri sendiri. Haha!

 Thank you mrhusband! And not thank you for just mengeluarkan ayat

"Carilah...."

Bila aku cakap passport aku misplace.

Simple tanpa satu situasi panik, gelabah, kelam kabut atau membebel-bebel. Pendek kata, jawab dengan muka takde perasaan.

Please bagi cadangan yang lebih bernas boleh tak?

Friday, October 19, 2012

SELAMAT PAGI YANG TAKDA TUJUAN

Haa! Amek. Pagi-pagi dah update blog kan?

Aku rasa masalah pelupa aku ni dah makin kronik la. Temenung jap aku pagi tadi bila memikirkan mana aku letak borang pencerapan yang original tu? Dah la the due date is just around the corner. Haiyoh!

Belum lagi aku lupa kerja-kerja yang patut aku buat. Aku rasa macam otak ni ada something wrong la.

Confirm aku cari Amy satgi sbb aku rasa dia tu organize sket memandangkan meja dia lagi kemas dr meja aku. Hahaha. Harap2 dia punya borang belum kena conteng. So boleh aku potostat kan aje.

Aku ni, orang cakap je rumah aku kemas, cantik, tersusun bla bla bla. Memang aku yang kemas tapi bukan sebab apa. Sebab kena sound dengan laki and takutttttttttttttttttttttttttttttt.... Honestly, aku mmg tak reti nak kemas-kemas ni. Dah bagitau awal2 kat bakal suami ketika itu. Dia kata takpe, boleh belajar. Haaa.... takpe,takpe... tp kadang-kadang ko membebel jugak kan? Hihihi.

Dia memang tak boleh tengok semak-semak. Kalau vacuum berjam-jam. Aku vacum tak sampai sejam dia dah mengomel. Bila aku suh check bersih ke tak, takmo pulak. Salu aku vacum pada hari dia malas vacum. Jadi, kalau you dah malas, maknanya I lagi la malas. Hahaha.

Masa memula pindah rumah ni, ada la anak-anak cicak, and semut. Kiranya petanda populasi serangga wujud kat rumah tu la. Dia cakap,

"Ni ada semut ni mesti ada cicak, bunuh semua cicak tu!"

Aku ke yang nak kena bunuh? Oh! My English!!!!

Memang tak la. Aku buat tak reti je la kan. Cuma teringin nak betulkan ayat dia tu... Cicak tu datang sebab dia nak makan semut tu. Kena bunuh semut dulu la, baru cicak tak datang sebab takde makanan. Eh? Betul ke teori aku tu?

Cicak makan semut kan?

Sebenarnya kadang-kadang nak tergelak juga bila terfikirkan gelagat mrhusband. Knowing you is the best gift I ever had. Skang jiwang la. Bila angin kus kus datang, Amy je tau cemaner. Haha.

Serius tak menyesal bernikah sebelum bercinta walaupun orang cakap susah nak mendatangkan bahagia. Mula-mula tu memanglah, fasa baru nak kenal sikap dan perangai masing-masing. Skang dah nak 2 tahun, dah tau apa tindakan seterusnya kalau apa-apa berlaku. Kenangan pahit masa 6 bulan pertama 2012 tu aku anggap fasa menguji tahap cinta kitorang ni. Sejauh mana kami ni saling memerlukan. Yerla, 6 bulan pertama duduk serumah. Ko ingat senang ke nak adapt ada housemate berlainan jantina walaupun malam-malam memang best? Siang pun boleh best, tapi I tak suka terang benderang.

Dah melalut sangat dah ni. Nak cite pasal anak, anak tengah dalam proses dok buat lagik. Kalau tak jadi bulan ni, mesti ada ingredient yang tertinggal. Kena la kaji apa lagi yang tak cukup kan? Ingredient utama membuat anak dah dipastikan mencukupi untuk proses bulan ini... (sebelum ni belasah aje, tak kira pun cukup ke tak).

Oklah. Hujung tahun ni I memang banyak keja. Rasa macam disaster pun ada tapi masih mampu membuang masa sebab I takde mood dan malas.

Exam? Tengah marking. Separuh lagi ada kawan baik bernama Ina nak tolong check. Yahooo. Kena la spare duit nak belanja dia.

SPPBS? Tengah key in jugak. Berpinar mata dengan internet slow yaamaats. Bukan internet tp server tu berjuta org masuk. Maklumla semua buat keje last minute. Haha.

Hari Sukan? Takpe, abaikan sebab memang takda semangat kesukanan pon pon pon.

SPBT? Ni yang seram ni. Dengan nak ada pelawatnya. Dengan nak kutip buku nya, nak hantar buku nya. Hakikatknya, dah dua bulan aku tak jengok bilik BOSS. Tengok dari luar je.

MPAC dan Malam Apresiasi? As usual I jadi MC. Tapi kali ni dengan kawan yang dah memang biasa mengarut, merepek, meraban. Ada orang request nak orang yang pandai buat lawak jadi MC. Aku ok je, tapi jangan la cakap dekat aku kan? Cakap la dengan Boss. Aku pun boleh buat lawak la, tapi takdela dengan ko. Kang salah buat lawak kang, sentap pulak.

EG TUKAR? Ada orang cakap aku komfem pindah. Aminnnnnnn...... Bukan aku happy sangat. Aku mestilah sedih weh nak tinggalkan kawan-kawan baik kalau aku bebetul pindah. Serious sedih sebab aku rasa kawan-kawan kat sini lagi best la. Lagi gila, and kalau ada isu tak puas hati pun kitorang hadapi dengan lawak. Eh, ntahlah. Tak tau nak cakap spesis apa kwn2 aku ni. Hahahaha. Spesis terancam dan hampir pupus ni aku rasa. Betul, aku tak tipu. Bagila apepe masalah pun, mesti diiringi dengan lawak dan gelak ketawa pastu melalut tak ke mana-mana.

Ok dah la. Ni pembebelan paling panjang dan tade tujuan.

Wednesday, October 17, 2012

P*OS M*ALAYSIA

Whats wrong with u P*os Malaysia?

Geram sangatlah. Rasa stress menunggu harta sampai hampir 2 minggu.

Aku faham kalau aku just guna parcel biasa. Bukan poslaju yang saaaaaangat laju tu. Cuma rasa takleh terima akal la dengan situasi macam ni.

Tengok gambar ni betul-betul.


Tukang jual pos on 8 Oktober. 10 Oktober dah sampai di Miri. So I assume, paling lambat on Friday which is on 12 Oktober. Sekali, tiadaaaaaaaa! Then, aku ingat on Monday lak which is on 15 Oktober. Tapi, takde jugak... Check online, tade action pun terhadap parcel tu.

Hari ni check, 17 Oktober 2012 barulah ada tertulis sending out. Habis on 15 and 16 tu korang buat kerja apa? Sedangkan benda tu dah sampai since 10 Oktober lagi. Aku faham kalau aku guna address rumah which is obviously takde banyak parcel nak dihantar sekali harung. So, bazir minyak dan tenaga.

Tapi, aku guna alamat sekolah yang hari-hari orang dok terima parcel. Bukan sebiji dua ok. Berbiji-biji parcel memandangkan kawan-kawan aku kat sini semua suka shopping online. Dah macam addicted la pulak kan.

Haih. Frust lah. Dulu kat Semporna. Cuba faham sebab kat ulu tu tade sapa pun nak monitor dan guide cara layan pelanggan di mana so called officer tu sangat kerek dgn ku....Tapi, kat Miri yang bernama bandar ni pun serupa jugak.

Geram sebab benda dah sampai Miri since 10 Oktober. Tak logik betul after a weeks baru nak sending out. Kota Bharu ke Miri lagi jauh kot nak dibanding dengan Miri ke Lutong.

Geramlah!

Geram lagi sebab tu bukan barang aku semata-mata. Kawan-kawan punya pun ada kat dalam tu. Haish!

Monday, October 15, 2012

WHY BLOGGING?

I blog since 2002 kot. Tak berapa nak ingat tapi itu masa my universiti time. Tapi delete lah semua blog tu. Asal ada bf baru je delete. Asal ada bf baru je delete. Haha! Tulah. Suka sangat cerita pasal bf kat blog kan. Keskeskes.

Bila dah matang sikit which is bila tercebur dalam bidang perguruan, cara penulisan pun perlahan-lahan berubah. Lagipun hidup tak selalu indah. Nak cerita pasal bf pun, asik kena marah sebab masa tu bf suka pasang kayu bukan tiga tapi banyak. Ops! Nak cerita pasal life as a teacher pun, takde semangat sangat sebab bukan tempat pilihan posting dan kerjaya sering dipandang hina oleh seseorang.

Rasa kerdil sangat nak cerita-cerita pasal life as a teacher ni.

Pendek kata takde kebebasanlah nak menulis.

Bila dan menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, rasa nak stop menulis. Tapi that is my nature. I love writing because I can membebel dan meluah rasa. So terlahirlah blog ini disaat hati telah kosong dan dilamar oleh suami yang dicintai sangat-sangat walaupun suami tu suka buat muka control tak mahu tunjuk kasih sayang berlipat ganda.

Tu la sebabnya, tempat mengurangkan rasa tekanan. Sebagai semangat dan kenangan. Selain tu untuk berkongsi ilmu pengetahuan.

Dan yang penting, sebab dah sebati dalam diri. Almost 10 years and keep continue......

PART 2 : THE INCIDENT


Aku tulis entry ni sebagai peringatan dan kenangan untuk aku. Sebagai panduan jugak untuk mana-mana guru yang terbaca my blog.

Jumaat lepas, mak yang menuduh aku "belasah" anak dia datang sekolah untuk berjumpa dengan Penyelia Petang. So, while she is waiting for my boss, sempat dia berbual dengan rakan sekerja aku.

Antara ayat dia...

"Penyelia petang cuba menyelindungi cikgu yang "belasah" anak dia..."

Bila aku nak masuk ke kelas anak dia. Ok, sebenarnya aku baru 5 minggu mengajar kelas tu sebab take over jadual cikgu diorg yang berkursus for 6 weeks.

Lepas ucap selamat dengan murid-murid, mak budak tu datang jumpa aku.

Eh, rasa nak marah sangat. Tapi control ayu.

Dari ekpresi muka dia, sebenarnya dia terkejut Cikgu Teh adalah aku. Sebabnya lagi, anak dia sendiri cakap aku sangat baik. Aku memang pernah bertindak garang dekat kelas tu tapi tidak menakutkan mereka. Ada yang nangis, tp bukan sebab sentuhan kulit aku dengan mereka. Aku belum pernah "belasah" mereka sampai menangis.

Selalunya budak-budak ni menangis sebab bergaduh sesama mereka. Tak kisah la cikgu mana-mana pun yang "belasah", takde nya derang nak nangis.

To be exact, this mother is overprotective to her son tanpa penyiasatan terperinci. Sebab bestfriend aku pun pernah kena tapi dia memang betul-betul buat. Cuma tak senang sebab cerita dia tu over sangat. Dia kata kawan aku cubit sampai bengkak lengan anak dia sebesar penumbuk. Nonsense.

Dia datang nak minta maaf kat aku. Dia takut aku saman dia sebab fitnah aku depan Guru Besar, Penyelia Petang and so called Cikgu Disiplin yang menurut kata mak budak tu, yang mula-mula memetik nama aku.

Cikgu Disiplin tu kata, dia nampak aku masa first period kat kelas tu dan masa tu waktu aku mengajar.

Come on la! Check jadual dulu sebelum tuduh. Hari Selasa, jadual aku masa terakhir di kelas tu. Things happened at 12.40 semasa sesi pagi masih di kelas. I am not a class teacher dan tak da sebab aku nak meronda kat bawah tu sebelum jam 1. First period aku selalu di tahun satu which is laluan bertentangan.

Sebenarnya dalam kepala aku ni kan, disebabkan mak budak tu tak kenal dan tak tau pun nama aku, dan anak dia pon cakap aku baik dengan dia, aku mentafsirkan puncanya sebab ada yang pandai-pandai petik nama aku depan dua beranak tu. Si anak pulak tak reti bercakap, angguk2 aje. Sampai rumah baru tell the truth. Itu detik hati aku yang sebenarnya.

Sapa yang memetik tu aku tak pasti. Tapi aku akan berdendam sampai nama aku dibersihkan.

Dalam situasi lain, aku respek beberapa cikgu non-muslim yang bertindak secara rasional. Sebab kes ni macam dah kecoh jugaklah. Tambah-tambah mak budak tu mmg suka bercerita serata dunia, cikgu-cikgu non-muslim ni sebelum percaya dengan tuduhan mereka terhadap aku, they consult budak-budak kelas tu, had a counseling session to tell the truth. Hasilnya, tak ada yang cakap aku yang "belasah" budak tu. Yang cikgu non-muslim lagi sorang pulak, bersungguh-sungguh check jadual sesi pagi dan petang untuk siasat dan terbukti aku takda pasal nak lepak kat kawasan kelas tu semata-mata nak bertindak ganas. Bukan kawasan jajahan aku pun masa pukul 12.40pm tu.

Yang lagi buat aku terkilan, yang tanya aku tu beriya-iya menyoal macamkan aku ni betul-betul bersalah. Tapi, aku anggap tu mungkin cara dia sebab lepas tu dia tolong cover aku jugak. Cuma aku rasa, next time they should soal siasat the kids first. Kerana kids takkan pernah menipu.

Friday, October 12, 2012

STRESS FREE

Seriously memang tak boleh stress sekarang ni.

Banyak cerita bergambar nak upload kat blogger ni. Tapi, tak tau kenapa new baby ni takleh read file transfer from Iphone.

Dapat baca blog sambil tengok gambar best juga kan?


THE INCIDENTSSSS THAT I CANT ACCEPT

Banyak s sebab ada beberapa incident yang berlaku pada aku sejak akhir-akhir ni. Rasa geram pon ya jugak. Marah lah semua ada. Tapi, waktu tu je marah. Bila mengadu-ngadu dengan rakan karib la. Lepas tu, riang ria semula.

Like I care!

Janji gaji aku masuk. Yeay.

First pasal makmal komputer. Pertama kali aku pakai untuk semester ni. Tu pun sebab terpaksa as I have to handle two class in a time. Pun pasal si punca kejadian berlaku. Kelas dia la yang aku bergolok gadai menjaga ni tapi lain lak jadi.

Hari Jumaat lepas, once I entered the lab, aku tengok ramai gila budak darjah enam tengah surf youtube. Hairan jugak aku. Bila aku soal selidik, derang cakap cikgu dot dot dot bagi kebenaran. Aku nak halau tak berani sebab manalah tau, cikgu dot dot dot tu diarahkan oleh pentadbir ngajo derang ni komputer ke kan. Tapi, aku tetap halau mereka since aku dah booking itu lab at 1 pm.

Yang aku terkilan kekurangan ajar mereka itu..

"Weh, blah blah.. cikgu nak guna makmal!"

Macamkan aku ni yang kacau ketenteraman mereka.

Pukul 2 pm habis kelas, budak darjah 6 tu dah ready depan pintu makmal. Yang cikgu dot dot dot message aku inform kata masa dah habis and cikgu lain dok cari anak-anak murid dia. Abaikan. Ko ingat senang nak mengurus budak nak dekat 100 orang tu turun tangga, pakai kasut, beratur dan berjalan dengan senyap sorang-sorang?

Aku geramkan sebab apa tau. Sebab juruteknik makmal tu macam menyalahkan aku pulak yang bawak budak-budak darjah 6 tu dalam makmal. Bila aku bagitau sapa punya angkara, he ignored je. Aku tau la cikgu dot dot dot tu besfren ko. Sampaikan pakcik PAR pun taknak bagi aku kunci makmal dengan pelbagai alasan sedangkan kunci tu memang dia pegang memandangkan technician bercuti seminggu.

Yang peliknya. Cikgu dot dot dot main sukati dia je kuar masuk makmal with the keys! Dan ada bukti memang dia yang mengangkut budak-budak tahun 6 tu masuk makmal bila kawan aku terdengar....

"Cikgu, hari ni masuk makmal ke?"

What the purpose bebudak tu tanya kalau bukan sebab selama ni memang kau yang bagi kebenaran. Lagipun, dah faham sangat dia tu nak jadi glamour among students.

Yang kedua,

Apekehalnya mak budak ni main petik je nama aku as cikgu yang mencubit dan membelasah anak dia?

Sometimes, aku memang garang. Sometimes aku memang mencubit atau menepuk. Tapi, aku pilih orang jugak. Yang aku dah target mak bapak nya kecoh, I just ignore. Takat bebel mulut je la. Dan aku tak pernah mencubit sampai tinggal bekas. Atau pukul sampai budak tu menangis. Budak-budak ni menangis kalau aku marah derang bergaduh sesama derang je. Nak minta belai la tu. Haha.

Dah la mak budak ni main petik nama aku di depan GB. Masa aku MC. Tapi satu perkara yang aku musykil, mak budak tu yang petik ke atau cikgu yang terlibat yang petik. Mana tau, cikgu yang terlibat dalam discussion tu petik nama aku dulu, lalu budak tu ye kan aje la...

Sebabnya, semalam Penyelia Petang sendiri call mak dia and suruh jelaskan semula. Betulkah cikgu Teh yang mencubit? Selepas aku sendiri buat pengakuan dan penjelasan.

Mak budak tu cakap...

"Tak, bukan Cikgu Teh. Cikgu Teh saaaaaaaaaaaaaaangat baik...."

Dah tu apekejadahnya tuduh-tuduh aku? Sebab aku saaaaaaaaaaaaangat baik, terus main petik je nama aku. Seriously, aku pun tak tau bila masa aku belasah budak tu sebab aku memang berjaga-jaga with my limits and territory.

Tapikan, mana la tau... sebenarnya tanda-tanda aku nak dapat pindah ke kan ni. Hahahaahaha. Atau mungkin Allah memberi aku wake up call untuk lebih berhati-hati and dont trust anyone. Dan jangan baik sangat dengan sapa-sapa.

Wednesday, October 10, 2012

BASUH SENDIRI

Semalam kan, balik dari sekolah dah gelap. Bukan sebab lewat sangat tapi sebab hujan. Tapi sebenarnya memang aku lepak-lepak kejap sementara tunggu traffic clear depan sekolah. Dapat juga borak-borak dengan Anis, Amy and the rest of my close friends at school.

Sampai rumah, masuk bilik study. Kat situ juga yang kitorang sidai baju bila cuaca tak mengizinkan. Terkejut sangat sebab nampak husband menyidai baju yang dia pakai pada hr yg sama.

Dia basuh sendiri! Handwash lagik!

Bukan nak terkejut sangat. Tapi happy sebab husband appreciate aku. Tak sangka rupanya selama ni dia memerhati tindak tanduk aku dalam diam. Baju yang dia pakai pergi kerja semalam memang selalu aku basuh tangan. Rasa dihargai sebab thats the most expensive shirt I bought for him. Gila tak gila... RM170 tu sepasang..... dan dia jaga elok2 baju tu. Hehe.

Dua hari ni pun menu dinner husband yang masak. Seriously aku takde mood nak masak this week.... Yang aku buat untuk mudahkan kerja husband, before gi sekolah tu.... siang ikan, cuci ikan, marinated ikan, kupas bawang and potong sayor. Resepi terpulang kat dia......

Alhamdulillah....

Monday, October 8, 2012

BERSYUKURLAH

Semalam, aku and mrhusband lepak rumah jiran sebab kitorang plan nak gi Brunei before cuti sekolah hujung tahun ni. Yerla, nak tau jugak jalan-jalan kat sana. At least, sampai Bandar Sri Begawan pon dah ok. Before this kitorang cuma sampai Pekan Tutong je.

Macam biasa, penuh makanan kat rumah jiran ni. Lagi-lagi tengah musim buah. Kenyang makan buah la kitorang petang semlm.

Sebenarnya nak cerita ni.

Masa kat rumah tu, tiba-tiba ada benda buat aku terfikir.

"Yang, buat air milo panas.."

"Nak kosong ke nak susu...."

"Susulah, bagi semua ni gemok."

Mrhusband lak cakap.

"Eh, tak payah... dia tak minum milo... Kamek, air ni jak pon ok". Sambil tunjuk air tin dengan air masak yang terhidang.

Terus aku terfikir dan terkenang dan termenung panjang.

Mrhusband tak pernah sekali pun mengarah-arah aku buatkan air itu ini. Tak pernah sekali pun mengarah-arah aku masak itu ini kecuali dia betul-betul teringin. Tu pun yang dia salu teringin is always Sambal Jawa! Bukan susah pun nk buat..

Tak pernah sekali pun suruh aku gosok baju-baju kerja dia. Even aku offer pun dia akan cakap, biar I urus sendiri.

Yang selalu berlaku bila aku ada aktiviti di sekolah hari Sabtu. Kain dah siap basuh dan berjemur. Rumah dah siap bervacuum. Dapur dah siap berkemas. Katil yang asalnya tak cukup tegang, dah jadi sangat tegang....

Semuanya siaplah pendek kata.

Jadi, kenapa aku mesti mengeluh dan merungut bila takdirNya, dia adalah jodohku?

Sesungguhnya, lelaki ini memang yang terbaik untuk aku.

Jika ada kekhilafan sedikit pun, aku juga insan yang punya kekhilafan. Bukan sedikit tetapi terlalu banyak.

Nobody is perfect and life is not always perfect!

Alhamdulillah. Syukur padaMu ya Allah. Semoga sentiasa dipelihara rumahtangga ini dari hasad dengki manusia lain. Semoga rumahtangga ini terhindar dari gangguan jin dan syaitan.


Wednesday, September 26, 2012

Friday, September 21, 2012

MY SUPPLEMENTS

Korang mesti dah selalu sangat dengar tentang produk ni kan?

Virgin Coconut Oil dari Catalyst.

Aku baru sangat consume produk ni dalam seminggu. Nak try sebab its all natural. Dan banyak sangat good testimonial dari pengguna-pengguna produk ni.

Alhamdulillah, dalam masa seminggu aku guna ni. Banyak perubahan diri yang aku rasa setakat ni.


VCO softgel ni aku makan 2 biji sehari. Satu pagi, satu malam. Tujuan aku ialah untuk menghilangkan parut-parut dan jerawat degil kat muka aku ni. Percaya atau tidak. I have two pimples atau aku rasa ni ibu resdung on my cheek. Dari parut rawatan lintah, seterusnya jadi jerawat yang tak nak surut-surut sejak bulan March hari tu.

Aku ada ambil gambar, tapi malu nak tunjuk. Will show to you guys one day sbb aku ada ambil gambar. Bila keberkesanan produk ni terbukti. Setakat ni, jerawat tu makin kecut dan terasa makin kering. Selain tu, ada juga jerawat-jerawat kecil yang mengering dan terus tertanggal dari kulit muka ni.

Selain untuk kulit, aku juga makan untuk kesihatan. Maklumla, dah tua-tua ni macam-macam penyakit yang datang. Sakit lutut totally dah kurang. Selalu bila solat, mesti seksa bila nak rukuk dan sujud. Tapi dalam seminggu ni, aku dah tak merungut tentang lutut yg sakit dan lenguh tu.

InsyaAllah, next month nak consume VCO Collagen pulak. Tambah supplements. Harga dia pun mmg tak mahal. Berpatutan la untuk aku yang golonga sederhana ni.


Another produk untuk kesihatan dalaman wanita. Terbaik dan tidak mengerikan bila makan. Rasa beri gitu. Selama seminggu consume ni, Alhamdulillah... sangat amazing sbb aku tak perlu pakai pantyliner lagik. Serius! Malu nak cite kalau ada reader lelaki baca ni. Serious no more discharge on my panty walaupun tak pakai pantyliner. Clean and clear. Pasal cycle period pula, setakat ni... period aku dikategorikan normal oleh doktor sebab every month mesti ada. Cuma nak bagi dia ngam2 around 28-30 days tu belum dapat dipastikan lagi.

Sejak aku consume both produk ni. The best thing yang aku sangat hargai ialah my energy. Dedua ni macam energy booster untuk aku. Dulu bangun Subuh, mesti rasa nak tidur balik. Sekarang takde la. Paling cikai pun aku duduk tengok tv kalau tak buat kerja rumah. Kat sekolah pun dah takde nak mengeluh-ngeluh penat atau letih. Mulut je berkata MALAS. Tapi pergerakan dan fizikal cergas. Yang paling penting, aku siap boleh mengajar dengan semangat untuk masa terakhir sesi persekolahan iaitu at 4.45 till 5.45. Before this, mmg selalunya itulah waktu aku sudah flat dan hanya mahu duduk sambil mengajar.

Alhamdulillah jumpa produk yang bagus dan baik. Aku belum jadi ejen tapi nak jadi ejen after 1-2 months consume it. Bukan sebab apa, sebab dapat berjimat babe!

So, sesapa yang interested nanti... bolehlah cari aku je. (Haha! Belum jadi ejen ni). Kalau yang berada di Sabah, Sarawak (Miri), Kedah dan Johor lagilah aku alu-alukan.

I am so in LOVE with CATALYST!

Friday, September 14, 2012

HAI

Hai.

Lamanya tak update blog ni. Sibuk sangat and terlalu banyak aktiviti bersama keluarga. Err.. keluarga macam besar sangat kan? Actually bersama suami.

Sejak cuti hari raya hari tu, rasa tak sabar sangat nak tunggu for our next cuti akhir tahun. Macam menggila pergi sekolah hari2. Nasib jugak, pas cuti raya tu banyak sangat event that make our days shorter.... Jadi, cepatla sket masa berlalu.

A week after cuti raya, datuk husband meninggal. Kitorang balik kampung seminggu. Lepaas tu sekolah seminggu. Lepas sekolah seminggu macam tak pergi sekolah juga sbb both of us were sent for a course. Best kan berkursus suami isteri. Senang satu jalan. 3 hari berkepitttttttttttt je memanjang. Hehehe. Daah in one room.. course yg sama. Untungnya berkahwin dengan profession yg sama kan? Hikhik.

Lunch hour kitorang kuar lah jalan2 sampai kul 2... Kul 4 balik rumah. Otw, singgah dinner dulu. Tak payah masak. Yeay.

Keje sekolah kalau tak buat stress tak sah. Eh! ntahlah. Maybe Im the one yang tak manage kot. Pastu, for 6 weeks I kena take over another English class year 2 tapi ditarik subjek elektif. Bestlah jugak. Harap2 boleh commit will all the subjek penting in my timetable. Then, dah hampir hujung tahun maka Penyelaras SPBT dah kena get ready untuk bekerja keras.... Pulang dan Agih buku teks. Skang ni pun tgh key in buku-buku yang baru sampai. Next week nak siapkan segala jenis fail. Dari hr tu kata nak buat, tak buat2 jugak. Suka sangat menangguh keje ni.

Ape lagi nak cerita?

Hari raya?

It was great at Miri. Ramai rupanya kawan-kawan yang tak balik and hari2 ada org datang rumah kami. Seronok melayan tetamu dan anak-anak kecik. Tambah best sbb konon naak beraya diperantauan, tapi tetap sampai juga ke Johor. Kira raya la kan sbb on the second week yang kitorang balik tu.

Pasal our life pulak. Me and my husband dalam perancangan untuk melakukan sesuatu bagi memantapkan keluarga kami. Yela, sampai bila nak stay macam ni. Duduk di takuk lama. Too many things to plan. Takot plan aje, tapi buatnya tidak. Harap2 usaha kali ni membuahkan hasil. Rezeki tu kan hak Allah tak kira dari apa segi pun. Harta dan anak. Dedua tu penting.

Memyself pun dan ready 100% to have kidssssssssssssssss.... Banyak ok ssss... Jadi faham2 lah. Umur pun dah meningkat masing2... Dah join the 3 series club punn. Selama ni bukan tak ready. Ready tapi malas nak berusaha. Sekarang ni dah semangat la nak berusaha dengan gigih lagi dengan mengurangkan bebananan kerja yang menyebabkan stress.

Semalam dapat result on my first step. Next step will be announce later.... Rasanya akan diceritakan kat blog ttc yang masih laagi kosong itu.

Oklah. Nak sambung key-in jumlah buku teks yang sampai.

Jumpa lagi dikala kerajinan melanda.

Saturday, August 25, 2012

JIKA

Jika ini adalah balasan atas dosa lampau yang bertimbun-timbun.
Aku redha dan pasrah dengan ketentuanNya.
Qada' dan qadar yang aku harus lalui....
Dia Yang Maha Mengetahui.








p/s: Kenapa sukar untuk melupakan walau sudah puas membenci?

Tuesday, July 31, 2012

PERSIAPAN RAYA?

Baru seminggu lebih sket puasa dah fikir pasal raya?

Haha.

Tahun ni pertama kali berpuasa bersama suami.
Tahun ni pertama kali tarawikh bersama suami.

Tahun ni pertama kali beraya diperantauan.
Tahun ni pertama kali beraya di rumah sendiri.
Tahun ni pertama kali beraya bersama suami sahaja.

Bahang raya tu dah mula ada.

Last weekend minggu pertama gerak gempur persiapan raya.
Tapi tu la mrhusband ni, kalau dia kata minggu tu jugak nak cari benda tu walaupun minggu depan sales untuk benda tu, dia tetap ikut plan dia..
Minggu depan carik barang lain kata dia.

Yahoooo! Shopping lagi.

Kuih raya? Yg beli baru dapat sejenis semalam. Tapi mrhusband kata, jangan beli lagi. Abang dan adik dia dah pos 5 balang.

Alhamdulillah. Rezeki.


Tuesday, July 24, 2012

MEMORY

Ku tanya diri,
Bintang bulan di langit,
Kemana siang?

Ini adalah haiku atau sajak Jepun yang aku karang sewaktu aku berada di tahun 5. Sajak aku ni menang hadiah saguhati untuk peringkat negeri Wilayah Perseketuan.....

Apa sebenarnya erti tersirat sajak ini ya?

Hanya aku yang mengerti. Itupun setelah menginjak dewasa. :)

Thursday, July 19, 2012

MY LIFE

Lama betul tak update blog. Update pun sikit-sikit. Rasa nak menulis, tapi tangguh. Lama-lama lupa. Kat sekolah, sekadar sempat baca-baca dan cari-cari bahan. Kat rumah, malulah nak online dari pc husband. Nanti kantoi ada blog camne? Dah la entry before2 ni banyak kisah-kisah jiwang melayan jiwa lara. Kahkahkah.

Selain dari busy dengan tugas-tugas khas di sekolah. Busy jugak dengan tugas-tugas wajib di sekolah. Betul-betul rasa tak menang tangan. Tapi belum ke tahap stress sebab bila di rumah ada pengubat jiwa yang setia menanti. (walaupun, bila aku sampai rumah dia tengah mandi atau solat maghrib.)

Alhamdulillah sangat-sangat. My life is getting better. I admit keadaan yang sangat haywired sebelum ni sangat-sangat mengganggu jiwa aku. Selepas kedatangan my mom, perlahan-lahan everything is on its track. Syukur.

Hari ni pegawai dari PPD datang melawat bilik BOSS. Alhamdulillah sekali lagi, everything went smoothly. Yang perlu diperbaiki adalah sistem fail. Memang aku mengaku. I am not organized dan aku rasa itu sangat membebankan. I wish Allah terangkan hati aku untuk belajar dan faham dan gembira untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut sebab sampai ke hari ini rasa susah hati bila melihat fail-fail tersebut hatta melipatnya dari sekeping fail hingga menjadi sebuah fail. Haha.

Serius rasa pelik menulis blog dan bercerita hal sendiri. Kenapakah? Sindrom 3 series ke? Eh belum lagi bahhhhhh


Tuesday, July 10, 2012

SIK TERKABE

Sik terkabe kamek ari tok. Bukan ari tok ja... ari-ari kamek sik terkabe.... Banyaknya keja mauk dimolah, dipolah, terpolah....

Mun dapat kamek rest, best juak....

Dah la every Sabtu ada aktiviti di school....

Now, tengah kelam kabut dengan KSSR...

Nasibla bilik BOSS ada geng yg tolong uruskan bersama

Boleh gila!

Sapa cakap keja I ni senang? Trylah jadi I sehari.

Wednesday, June 20, 2012

MY MOM IS HERE

My mom is here for a week. Tengokla tu, sikit-sikit menantu. Sikit-sikit dating dengan menantu. Kesian si anak yang seperti menumpang kasih je. Hehehe.

I am so happy and hidup terasa amat bermakna.

Monday, June 11, 2012

2 YEARS

We met in 2007. We don't be friend and we don't even care about each other. We flirted in 2008 but it doesn't work at all. We lost contact in 2009 and I almost forget about him. I guess him too. We arranged our first date today in 2010 and agreed for a marriage. And today in 2012, I am his wife and I am glad to be in his life. I love you so much mrhusband. Thank you Allah for this love.

Wednesday, May 23, 2012

I DONT CARE

Aku penat nak jaga hati semua orang and I dont care anymore because nobody care including him.

Monday, May 21, 2012

MENCURI RESEPI SUAMI

I can cook but not as good as my husband. Bila husband aku masak, segala jenis rasa ada. Tak pernah pun dia masak sayur yang cuma tumis bwg merah dan putih. (aku punya style la tu). Mesti ada perasa ikan bilis ke, udang ke atau yg sewaktunya. Tapi, kalau masak yang pedas, serius menangis2 aku makan.

Ada satu menu yang aku tak pernah pass dengan selera suami. Pernah dia request masak kicap. Tapi bila aku masak, sikit ja dia makan. Tak seselera bila aku masakkan kari atau sambal. I was so frustrated. Always kalau husband tak makan banyak. Sensitif lebih la kononnya kan.

So one day husband cakap dia nak makan ikan kerisi masak kicap. Aku dengan slamber nya cakap,

" Cemaner nak buat masak kicap? "

"Buat macam biasa la"

Selang lagi beberapa minit, aku tanya lagi.

"Kalau buat masak kicap tu kita kena letak kicap masin ke manis?"

Penat dengan persoalan atau maybe dia faham sendiri.

"Takpela. U defrost je ikan tu. Esok I masak."

Horey!!!

Dan bila mlm tu aku jamah masakan husband, akhirnya aku tahu RESEPI RAHSIA beliau and the list goes on.

Semoga dalam tempoh mengenali dan bersama dia ni (yela, umur kita tak tau sampai bila, aku pun tak bercinta before kahwin) aku akan dapat lebih faham kehendak dan kemahuan dia. Yang penting sekali, perut diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yang semakin comel itu.

Tuesday, April 10, 2012

THE LATEST ME

As request by Mama Sal. Dah lama kan aku tak tepek muka aku ni kat blog. Wakakakakaka. Malu la nak expose-expose. Chewahh! Feeling artis la pulak kan. Padahal... Nan ado.

Ni gambar masa Februari lepas kalau tak silap. Tak lama sangat kan. Tapi tak tau la dalam masa 2 months aku boleh transform secara drastik pulak kan.

Masa ni kitorang ada farewell and welcoming dinner kat sebuah hotel di bandar Miri.

Boleh la kasi share tengok 2 keping gambar. Buat pengubat rindu kawan-kawan yang semakin jauh, serta stalker-stalker yang dikasihi. Eh, stalker plak. Silent reader. Ihiks. :D

Me and my good friend and my BFF. BFF yang pakai shawl hitam tu. Kawan baik tu. Macam nak pecah perut melayan dia kalau kitorang melepak. Actually ada lagi dua org BFF yang sama tak center. Tapi, nnt la amek gambar sama2.

Atas tu version duduk. Version berdiri kat bawah ni.

Me and kakak yang paaaaaaaaaaaling baik kat sekolah ni. Tak peduli pasal orang lain and always positif. Sangat best la dia and senang kalau nak berbual dengan dia. Sebab dia pun kaki mengarut macam aku jugak.

Ok. Another 2 minutes to go to the class.... Huwarghhhhhh!!!!!

Nasib le esok cuti kan?

Saturday, March 24, 2012

KEBUN KAMI

Ni sikit je tau. Sebenarnya ada lagi beberapa janis pokok.

Pokok cili.

Anak-anak pokok kailan.

Dah tanam atas batas pon......

Friday, March 23, 2012

CUTI SEKOLAH PUNYA CERITA


Kitorang tak balik cuti sekolah yang lepas. Dan akan tak balik untuk cuti seterusnya. InsyaAllah hujung tahun. KALAU aku tak sarat la masa tu. Hahaha. Pregnant pun tak lagi, berangan.

Tu LAW OF ATTRACTION namanya.... Hihihi...

Disebabkan kitorang tak balik, maka mertua ku yang datang melawat kamiorang. Baguskan. Patutnya anak yang melawat parents kan?

Ni antara tempat yang kitorang pergi. Bukan jauh sangat pun... dekat je dengan rumah. Baru aku tau, kat sini sebenarnya tempat yang mrhusband aku pergi beli ikan.

Cantik... Masa ni dok tengah tunggu orang balik dari menangkap ikan.

Tiga beranak pinak. Pinak? Belum lagi...

Yours truely.

Thursday, March 22, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Bulan lepas sekolah aku join perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak yang diadakan di Miri.

Sekolah we ols menang perarakan tempat pertama u ols. Kitorang menang jugak tempat ketiga untuk kategori sepanduk tercantik.

Sepatutnya kitorang no satu ok. Dah macam pagar rumah dah aku tengok sepanduk kitorang ni. Takkan takleh menang kot kan?

Tapi, keputusan di tangan pengadil. Dia kata A, A lah dia.

Apepepun, Alhamdulillah.

Tak sesia aku berjalan sejauh 5 kilometer dari stadium sampai ke pasar return.

READERS

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!

Histeria lak tetiba kan.

Ada readers la rupanya blog ni.

Takottt...

Seram....

Ingat berpindah randah, tak dapat dijejak.

Rupanya ada jugaa yang terjumpa...............

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Takkan nak pindah lagikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk????

Monday, March 19, 2012

SALAHKAH BERTANYA KHABAR?

Astaghfirullah.

Itu perkara pertama yang muncul dari hati aku ni. Sambil tu mengomel dengan perasaan yang terlalu menyesal.

3 tahun. Takkan aku masih tidak kenal dia? Tidak faham sikap dia. Begitu mudah membuat persepsi. Terlalu senang untuk menghukum. Terus-terusan membuat tafsiran. Apa dia ingat aku ini tiada otak? Hilang iman?

Menyesal kerana tidak berfikir sedalam itu sebab aku yakin manusia itu berubah dan yang pasti, dia juga sudah berubah.

Tidak mahu menyakiti dan membenci.

Itu kata dialah.

Rindu itu ada. Tetapi tidak lebih dari nilai sebuah persahabatan. Mungkin bila dah jadi begini, tak patut rasanya aku letakkan ia atas nama sahabat. Malah sebagai kawan pun mungkin tidak layak.

Ego? Perasan bagus. Rasa diri dia sempurna. Itulah dia. Kerana setiap nama wanita yang pernah hadir dalam hidup dia, dan berlalu pergi rata-rata dilabelkan sebagai menyesal meninggalkan dia, mengalami masalah dalam hubungan baru atau dalam situasi retak menanti belah. Kononnya karma meninggalkan dia. Itu dia dari persepsi aku. Dari penilaian aku selama mengenal hati budi dia.

Tapi tula. Silap besarnya aku. Menegur dan niat bergurau disalahertikan.

Tak mengapalah, manusia itu tidak sempurna.

Yang penting, aku tau bagaimana kehidupan aku dan sedalam mana bahagia yang aku rasa.

Sekurang-kurangnya lelaki ini menyelamatkan aku. Lelaki ini menyayangi dan menyintai aku. Dan lelaki ini bersyukur kerana memiliki aku dan kami saling menerima di antara satu sama lain.

Saturday, March 17, 2012

KISAH SEMAYANG

Sekolah aku tak macam my previous school. Non muslim adalah majority. Yang Islam cuma ada 25% dari jumlah seluruh murid di sekolah baru aku ni. Baru tak baru sangat la kan.

Sekolah aku juga ada juga beberapa orang anak yatim yang bersekolah di situ.

Satu hari ada murid non muslim yang tinggal di rumah anak yatim baru mendaftar. Dia datang kepada cikgu dan mulakan cerita.

Salah satu cerita yang menarik hati ialah:

Mike : Cikgu, kat asrama kami ada hantu...

Cikgu : Iye? Betul ke ada hantu?

Mike : Betul cikgu. Sebab kami sembahyang satu minggu sekali je.

Cikgu : Oh. Okei.

Mike : Tapikan cikgu, orang Islam sembahyang lima kali sehari pun ada hantu.

Ok, kalau korang jadi cikgu tersebut, apa komen korang?

Friday, March 16, 2012

JANGAN PANGGIL CIKGU LAGI!

Karenah murid tahun satu ni macam-macam.

Ini cerita kawan aku...

Memandangkan ini tahun pertama aku betul-betul fokus dengan murid tahun 1 dan 2.  Jadi bykla ceritanya dengan budak-budak ni.

Penuh dengan excitement.

Tau je la kan perangai budak-budak ni. Kejap-kejap cikgu... kejap-kejap cikgu.

"Cikgu, dia ambil pemadam saya."

"Cikgu, dia jelir lidah kat saya.."

"Cikgu dia kata saya paloi"...

Dari sesimple-simple masalah hingga ke masalah negara, semua nak panggil cikgu.

Sampai satu hari, cikgu tak boleh nak sabar. Apa lagik, mengamuk la cikgu kan.... (sape ntah cikgu tu.)

"Sudah! Kamu ni, semuanya nak panggil cikgu. Lepas ni jangan panggil cikgu, cikgu lagi. Cikgu tak nak dengar lagi cikgu... cikgu...."

Tiba-tiba, seorang heroin berdiri dari tempat duduknya.

"Dengar tu! Jangan lagi panggil cikgu. Lepas ni panggil TEACHER!"

Ok. Fine. Message tak sampai.

Nak gelak ke nak marah?

Thursday, March 1, 2012

UPDATE SKET LAH

Tahun ni baru merasa, cerewet juga ye bila bertugas di sekolah bandar. Bukan mengeluh pasal kerja. Tapi mengeluh pasal sikap terlalu "concern" ibubapa dari benda sebesar zarah hingga sebesar2 alam. Yang peliknya, pengorbanan orang yang mendidik anak dia tu, takde pulak dia appreciate.

Biarlah.

Aku pun dah susun strategi baru untuk menyelamatkan diri dari tergolong dari yang dikomplen.

Life bersikap baik dengan aku sejak akhir2 ni. I'm trying to think positive on everything that happened before. Walaupun terusik hati ini, juga memberi kesan hingga ke hari ini... aku tetap akan berusaha jadi positif. BERUSAHA.

It is actually effect my confident.

I'm scared to make mistakes.

I'm scared to be myself.

I'm scared of everything.

Aku rindu untuk menjadi diri sendiri.

Terima kasih juga untuk sahabat rapatku Amy yang banyak membantu. Menegur bila aku terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Mendengar bila aku perlukan pendengar yang baik tetapi bukan penyelesai masalah. Dan aku bukan mencari orang yang smash aku balik bila aku perlukan seseorang untuk bercerita. Itu semua tiada dalam diri Amy.

Thats why dia org pertama yang aku cari bila sampai sekolah. Hihi.

Apepepun, aku sedang BERUSAHA menjadi yang lebih baik kerana aku tahu, tiada manusia yang sempurna.

Berkebun is also a theraphy right?

Tapi, daun pokok ciliku tu selalu dimakan cacing. Husband kata sebab dia tu kecik lagi. Hmmp.. kailan pun semakin membesar. Tak sabar nak tanam atas batas dan menikmati hasil titik peluh sendiri.

Saturday, February 18, 2012

TENTANG HATIhati

Ntahlah.

Kadang-kadang atau mungkin selalu, akan terfikir tentang kata-kata dari masa lampau.

Dan untuk beberapa alasan, aku perlu mengaku yang kata-kata itu benar.

I'm sorry for all my mistakes tetapi hidup ini perlu diteruskan walau pahit. Perlu yakin, manis itu akan datang jua akhirnya.

Ini jalan yang aku pilih dan aku rindu semua kenangan itu.

Tuesday, January 31, 2012

MALAS

Malas dan takde mood nak update blog dah.

Banyak cerita tapi segalanya berlalu begitu saja.

Ku pendam seribu luka kaedahnya.

Saturday, January 28, 2012

NENEK KU TAHUN LIMA

Panas! Panas!

Hehe.

Tahun ni aku mengajar tahun 1 dan 2. Fokus 100% dengan KSSR termasuk dengan menjadi guru kelas tahun 1 Amanah.

Dalam kelas aku ni ada sorang murid yang terabai.

Aku rasa dia ni kurang kasih sayang dan terbiar oleh ibubapa dia. Dari mula mendaftarkan diri lagi, selepas aku bercakap dengan ibu dia aku dah rasa sesuatu.

Hari Jumaat lepas ada satu insiden klakar aku rasa. Budak2 kalau di bawa berbual, memang menggelikan hati.

Dia tak bawa pensel, padahal aku dah bagi dia pensel aku hari Khamis.

Teacher : Mana pensel yang cikgu bagi semalam?

Murid : Tinggal di rumah.

Teacher : Siapa yang guna di rumah? Nenek kamu?

Murid : "Angguk"

Teacher : Nenek kamu sekolah ke?

Murid : "Angguk"

Teacher : Nenek kamu sekolah kat mana?

Murid : SK L*t**g.

Teacher : Ooo... sekolah sini jugak? Tahun berapa nenek kamu?

Murid : Tahun lima.

Aku dah nak tergelak dah. Budak sebelah dia pun dah sengih-sengih. Tapi aku nak tau lagi jawapan dia tu apa.

Teacher : Siapa nama nenek kamu? Biar cikgu jumpa dia.

Murid : Tak tahu....

"Nenek kau tahun 5, kau tahun 1. Habis tu mak kau pulak tahun berapa?"

Tu aku cakap dalam hati jek... Hehehe....

Aku berhenti setakat tu je sbb nak sambung mengajar. Tapi sebenarnya sampai ke malam aku memikirkan pasal budak tu. Lagi-lagi bila dalam beg sekolah dia ada muntah yang dia muntahkan kat dalam tu... Habis kena semua buku teks dan beg berbau masam.....

Misteri la....

Petang tu pulak, balik dari sekolah, ada lagi kes murid darjah satu yang parents dia jemput lambat. Klakar dan geli jugak aku melayan dia.

Tapi nnt la aku cerita.

Akhirnya berupdate jugak ini blog.