Aku tulis entry ni sebagai peringatan dan kenangan untuk aku. Sebagai panduan jugak untuk mana-mana guru yang terbaca my blog.
Jumaat lepas, mak yang
menuduh aku "belasah" anak dia datang sekolah untuk berjumpa dengan
Penyelia Petang. So, while she is waiting for my boss, sempat dia berbual
dengan rakan sekerja aku.
Antara ayat dia...
"Penyelia petang cuba
menyelindungi cikgu yang "belasah" anak dia..."
Bila aku nak masuk ke kelas
anak dia. Ok, sebenarnya aku baru 5 minggu mengajar kelas tu sebab take over
jadual cikgu diorg yang berkursus for 6 weeks.
Lepas ucap selamat dengan
murid-murid, mak budak tu datang jumpa aku.
Eh, rasa nak marah sangat.
Tapi control ayu.
Dari ekpresi muka dia,
sebenarnya dia terkejut Cikgu Teh adalah aku. Sebabnya lagi, anak dia sendiri
cakap aku sangat baik. Aku memang pernah bertindak garang dekat kelas tu tapi
tidak menakutkan mereka. Ada yang nangis, tp bukan sebab sentuhan kulit aku
dengan mereka. Aku belum pernah "belasah" mereka sampai menangis.
Selalunya budak-budak ni
menangis sebab bergaduh sesama mereka. Tak kisah la cikgu mana-mana pun yang
"belasah", takde nya derang nak nangis.
To be exact, this mother is
overprotective to her son tanpa penyiasatan terperinci. Sebab bestfriend aku
pun pernah kena tapi dia memang betul-betul buat. Cuma tak senang sebab cerita
dia tu over sangat. Dia kata kawan aku cubit sampai bengkak lengan anak dia
sebesar penumbuk. Nonsense.
Dia datang nak minta maaf
kat aku. Dia takut aku saman dia sebab fitnah aku depan Guru Besar, Penyelia
Petang and so called Cikgu Disiplin yang menurut kata mak budak tu, yang
mula-mula memetik nama aku.
Cikgu Disiplin tu kata, dia
nampak aku masa first period kat kelas tu dan masa tu waktu aku mengajar.
Come on la! Check jadual
dulu sebelum tuduh. Hari Selasa, jadual aku masa terakhir di kelas tu. Things
happened at 12.40 semasa sesi pagi masih di kelas. I am not a class teacher dan
tak da sebab aku nak meronda kat bawah tu sebelum jam 1. First period aku
selalu di tahun satu which is laluan bertentangan.
Sebenarnya dalam kepala aku
ni kan, disebabkan mak budak tu tak kenal dan tak tau pun nama aku, dan anak
dia pon cakap aku baik dengan dia, aku mentafsirkan puncanya sebab ada yang
pandai-pandai petik nama aku depan dua beranak tu. Si anak pulak tak reti
bercakap, angguk2 aje. Sampai rumah baru tell the truth. Itu detik hati aku yang
sebenarnya.
Sapa yang memetik tu aku tak
pasti. Tapi aku akan berdendam sampai nama aku dibersihkan.
Dalam situasi lain, aku
respek beberapa cikgu non-muslim yang bertindak secara rasional. Sebab kes ni
macam dah kecoh jugaklah. Tambah-tambah mak budak tu mmg suka bercerita serata
dunia, cikgu-cikgu non-muslim ni sebelum percaya dengan tuduhan mereka terhadap
aku, they consult budak-budak kelas tu, had a counseling session to tell the
truth. Hasilnya, tak ada yang cakap aku yang "belasah" budak tu. Yang
cikgu non-muslim lagi sorang pulak, bersungguh-sungguh check jadual sesi pagi
dan petang untuk siasat dan terbukti aku takda pasal nak lepak kat kawasan
kelas tu semata-mata nak bertindak ganas. Bukan kawasan jajahan aku pun masa
pukul 12.40pm tu.
Yang lagi buat aku terkilan,
yang tanya aku tu beriya-iya menyoal macamkan aku ni betul-betul bersalah.
Tapi, aku anggap tu mungkin cara dia sebab lepas tu dia tolong cover aku jugak.
Cuma aku rasa, next time they should soal siasat the kids first. Kerana kids
takkan pernah menipu.
No comments:
Post a Comment