Mencari keberkatan rezeki adalah satu rempah penting dalam kehidupan. Tapi dari siapa kita meminta keberkatan itu? Sudah tentulah dari Allah SWT.
Yang mana lebih baik?
Melakukan sesuatu untuk mencari pujian manusia atau melakukan sesuatu untuk mencari keberkatan dari Allah SWT.
Saya rasa, my readers mesti tahu jawapannya dan pilihan jawapan saya dah tentu apa yang my readers pilih. Sudah tentu kita semua mempunyai akal dan fikiran yang waras dalam menentukan sesuatu yang baik dan buruk dalam kehidupan kita ini kan?
Saya amat rasa kecewa dan sedih dengan sikap segelintir manusia di sekeliling saya yang sentiasa mengharapkan pujian dalam setiap perkara yang dilakukan. Saya tahu itu adalah pemangkin tetapi bukankah lebih indah jika yang diharapkan adalah keberkatan dari Yang Maha Esa?
Saya sedaya upaya cuba untuk memuji dan menghargai. Tapi saya sering terlupa kerana saya pada asasnya seorang yang cepat marah. Bila saya rasa perkara yang dibuat itu tidak betul, saya terus diam, kaku dan act like I shoul act. Itu kelemahan saya dan saya sedang belajar untuk mengatasi dengan menerima setiap keadaan dalam penerimaan positif.
Saya mahu mendidik, membimbing dan memimpin anak-anak murid dan rakan-rakan saya dengan cara pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W bilamana pertama kali membaca kesan dan impak terhadap cara dan tindakan Rasulullah dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, bila rakan-rakan dalam kumpulan saya berjaya menyelesaikan satu-satu tugas yang diamanahkan kepada kami, saya sepatutnya memuji mereka beserta dengan impaknya sekali...
" Terima kasih ye sebab sama-sama membantu menyelesaikan tugas kita pada hari ini. Alhamdulillah, tugas kita hari ini berjalan dengan lancar dan saya pun mudah menyelesaikan tugas saya dengan bantuan kamu semua.... Saya harap kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang dan saya amat selesa bekerja dengan kamu semua..."
Secara jujurnya, saya jarang menjadi seorang yang positif. Saya fikirkan dengan belanja makan adalah salah satu penghargaan terbaik. Tapi, jangan salah langkah kerana belanja itu boleh melencong ke arah rasuah tau.... Sebenarnya, dengan pujian, kata-kata semangat dan impak positif sudah mampu membuat anak-anak buah dan anak-anak murid kita rasa lebih bersemangat untuk bekerja di masa akan datang.
Samalah bila bersama dengan anak murid....
"Tahniah, awak dah rajin belajar dan menulis sekarang. Bila awak rajin macam ni, saya percaya awak akan menjadi seorang yang cerdik satu hari nanti...."
Itupun saya selalu terlupa. Kadangkala hati lebih menguasai akal fikiran. Kalau anak-anak yang terlampau nakal selama ini, tiba-tiba sahaja rajin dan bersemangat mahu belajar, sepatutnya saya menghargai mereka. Dan jangan gunakan pendekatan mengugut kerana itu akan memberi satu impak negatif pada emosi anak-anak.
Contohnya bila anak murid kita nakal, tak sepatutnya kita mengugut begini...
" Cikgu akan telefon mak ayah kamu, kalau kamu memukul kawan kamu lagi..."
Adalah lebih baik menggunakan pendekatan begini....
"Kalau kamu tidak memukul kawan kamu, cikgu akan sayang kamu, mak ayah kamu akan sayang kamu, kawan-kawan kamu akan sayang kamu. Kamu juga akan jadi seorang yang baik dan pandai...."
Itu antara azam saya pada sesi persekolahan tahun hadapan. Saya berazam untuk bekerja dengan ikhlas bagi memastikan keberkatan rezeki saya. Saya akui rasa malas itu selalu wujud tetapi saya mesti lawan kerana bila kita malas dan segala rasa negatif, perkara yang tidak baik akan menguasai kehidupan kita.
Just my 2 cent.
Murah je. Tak sampai ribu-ribu pun pesanan khidmat masyarakat ni. Hehe.
No comments:
Post a Comment