24 and 25 Oktober lepas maka berlangsunglah Sukan Tahunan sekolah I. Kitorang buat 2 hari. Hari pertama di stadium dan hari kedua di padang sekolah yang tak berapa nak rupa padanglah.
Di stadium berlangsung pembukaan sukan tahunan, pertandingan acara kawad kaki dan juga acara balapan.
U ols nak tau tugas-tugas khas I ape?
I merupakan Ketua Hakim Penamat. Terkejut I. Walaupun tahun lepas I cuma jadi anak-anak buah hakim penamat aje. But still, I tak faham konsep nak menghakimi ini. Before this, I tukang tengok kedudukan pemenang di tepi padang je. Kerja-kerja di belakang tabir I tak amek port pun. Pastu padan muka I. Hehe.
Cuma tahu dan faham bidang tugas on the day itself. Just with a simple explanation Memang sangat chaos at first and get used after a few acara. Biasalah, confuse sana sini. Budak ni berlari, semua sampai serentak. Tak ke pening anak-anak buah I nak pilih pemenang. So, I lah yang akan decide sesukahati I ikut logik arimetik. Haha.
Ini I masa mencari nama-nama pelari untuk di senaraikan ikut kedudukan. Luckily, I ni pergi terlebih rajin taip semula semua nama peserta. Lepas tu kan, I tambah rajin lagi warna ikut rumah masing-masing. Itu antara yang membantu I buat kerja dengan cepat. Alhamdulillah.
Tujuan senarai-senarai tu sebenarnya untuk dimasukkan ke dalam sistem. Lepas tu, sistem ni akan analisis atlit-atlit terbaik mengikut tahun masing-masing.
Hebatlah orang yang buat sistem tu kan? I baru tau ada sistem. Selama ni I ingat Team Statistik cari atlit terbaik ikut kategori masing-masing manually.
Ini pula I bersama Ketua Hakim Masa. Dia kena key in masa larian. Duduk sebelah-sebelah sebab kedudukan dan masa kena link. Kadang-kadang bila I confuse I akan tanya dia. Tapi no 1 sampai 3 je la. Sebab masa peserta-peserta selepas itu tidak dapat direkod.
Alhamdulillah, berjalan lancar dengan bantuan anak-anak buah I. Syukur sangat sebab selama ni I dihantui dengan perasaan, "Macammana kalau I tak dapat nak jalankan tugas ni dengan baik dan adil?"
Second day kat sekolah aje. Ada acara padang dan sukaneka murid tahun 1 dan 2.
Lupa lak nak cerita. I ni rumah Ultraman/Kuning. Ni masa I tolong kawan-kawan I uruskan peserta dan melekatkan nombor. FYI, masa sukan dua hari tu sebenarnya I tengah demam lite-lite, flu yang maha hebat dan batuk lite-lite. Tapi, kugagahkan jua la.....
Untuk hari ke 2, I jadi Hakim untuk acara sukaneka. Kumpul semua markah and cari juara sukaneka siapakah? Yang menang adalah rumah Superman/Biru. Congrates to them.
Gambar kat atas tu I dengan Cikgu Sasi. Yang duduk tu Ustazah Hanim dan jejaka misteri kat belakang tu adalah Cikgu Hasri.
Well done untuk semua team!
No comments:
Post a Comment