Saturday, July 31, 2010

CERITA HANTARAN

Me: U, I tak jadi la nak beli handbag ribu-ribu tu as hantaran...

Him: Susah sangat ke u nak lupa pasal handbag tu?

Me: Errm... sebab tu kan impian perkahwinan I....

Him: I minta maaf banyak-banyak...


Jadi, akak tak jadi la nak beli Coach as one of my hantaran. Bila pikir balik, nak kawen ni banyak pakai duit. Mungkin separuh dari beli Coach tu aku boleh guna untuk benda lain ke kan.

Contohnya nighties yang seksi meksi. Muahahahah!~

Tapi sebenarnya terharu dan syahdu bila my other half minta maaf sebab tak dapat penuhi impian perkahwinan aku. Susahnya nak jumpa lelaki yang willing to say sorry untuk apa yang dia tak mampu buat untuk kita. Tak tau la, mungkin bayangan silam tu still mengganggu fikiran aku.

That's why I appreciate him very much.

Takpela, lama aku nak hidup dengan dia. Banyak lagi episod kehidupan yang kami akan tempuh. Susah senang bersama.

Walaupun mak aku kata, masa ni la nak minta macam-macam. Tapi aku rasa, this guy bukan jenis tu. I know he is a responsible man. Seboleh-bolehnya dia akan cuba buat yang terbaik untuk aku.

So, for now... please called me KIMORA ok....because I'm going to buy Babyphat handbag and wallet.... Meriah la sket kan?

Thursday, July 29, 2010

SEHARIAN DI PASAR TAWAU

Last weekend sangat hectic sebab pergi Tawau dua kali dalam seminggu. Kalau nak diikutkan, jarang la aku nak keluar ke bandar tu. Selalunya paling kerap pun sebulan sekali je.

Baik kan I kat Semporna ni?

So, we went to Pasar Basah Tawau mencari habuan buat bekalan untuk beberapa minggu. Masak sendiri lagi best dari makan kedai. Takde la kata sedap tapi kepuasan hati itu penting.

Tengah ronda-ronda tu, sekali sentap weh.

Bapak besar pnya ikan pari ni. Masa aku dengan Linda lalu, org ni tgh mensiat kulit ikan pari tu....

Terkesima. Cuba beza saiz ikan dengan saiz lelaki tersebut. Sumpahan ke ape nih?

Ikan bergigi. Tiap-tiap hari dia gosok gigi. Putih berkilat kan?



Inilah ikan buntal dari pandangan depan. Sangat menakutkan sbb macam orang pun ada muka dia. Aku masa memula nampak ingat ikan ni ikan sumpahan sebab menderhaka dengan mak ke kan.

Terus insaf mode.

Wednesday, July 28, 2010

MARI MEMBUAT AYAT ANAK-ANAK KU

Alhamdulillah. Selesai sudah menyemak Ujian Excel Peringkat Negeri Sabah. Ada peningkatan untuk budak-budak ni cuma yang buat kecewanya, student harapan tidak dapat mencapai target yang disasarkan.

Mungkin dia keliru. Atau terlalu yakin. Ramai juga yang bermasalah dan belum boleh menguasai untuk membuat ayat.

Simple sentences pun bercelaru. Jadi, aku telah gunakan teknik "timetables".

Lukis kotak kat depan. Dan bercerita pada diorang tentang gambar tersebut sambil terangkan maksud setiap perkataan.

OBJECT

VERB TO BE

(is/are)

VERB + ING

CONJUNCTION/

PREPOSITION

DESCRIPTION

The boy

Is

The girl

Is

The manager

Is

The cashier

Is

The customers

are

This is what I did to them. Pada aku, sesuai untuk budak-budak yang lemah Bahasa Inggeris. At least, terhasil jugak satu ayat yang dapat difahami kan?

Lepas tu aku panggil sorang-sorang untuk isi table yang aku lukis kat blackboard.

This is Afiq. Alhamdulillah, ada improvement dalam Ujian Excel.

Next is Jayson. Dia ni takde masalah sangat dalam buat ayat sebab dia memang ber
Bahasa Inggeris di rumah. Nama pun Jayson Esquerna kan?

My lovely kids.

So, I guess.. lepas ni tiap kali bagi latihan untuk kertas dua Bahasa Inggeris, kena sediakan table ni jugak ini mereka.

I have to work hard. Really-really work hard. Tu pasal 3 hari dalam seminggu kena kerja macam office hour.

Demi anak bangsa Malaysia, ku harungi juga... InsyaAllah, berkat doa semua.... Sape-sape ada tips, please share... :)

56 hari lagi UPSR 2010.

APA MASALAHNYA?

Apakah rasionalnya?

"Kalau boyfriend, takper .. sekarang ni kawen. Tau tak kawen..."

Aku terfikir-fikir. Apakah yang salahnya bila aku dan other half decide untuk mendirikan rumahtangga?. Kami mahu berkasih-kasihan secara halal. Memenuhi syariat Islam dan untuk mendapatkan pahala.

Aku tidak mahu lagi bergelumang dosa. Berkepit ke sana-sini tanpa arah tujuan dan matlamat perhubungan yang sebenar. Cukuplah dengan dosa semalam dan jangan tambah lagi dosa yang aku ada hanya kerana mahu memenuhi kehendak hati kamu yang terpesong.

Aku mahu mencari keredhaan Illahi dalam kehidupan ini. InsyaAllah.

"Kalau dia dan keluarga dia dapat menerima awak seadanya. Kenapa awak tak boleh terima saya seadanya? Kenapa tidak boleh menerima perubahan saya?"

Ya Allah.... semoga kau memberi petunjuk kepada insan ini. Aku sudah letih dan penat untuk menjadikan diri ini diterima seadanya oleh dia. Tetapi, sebaliknya yang aku dapat. Ada saja kekurangan aku yang dia pertikaikan. Seboleh-bolehnya dia cuba membuat aku menangis kerana mungkin itulah kegembiraan untuk dia. Jadi, bagaimana untuk aku menerima dia seadanya sedangkan dia tidak pernah menerima aku dengan apa yang aku ada?

"Awak pergi la cari orang lain. Kita tidak serasi..".

Masih terngiang-ngiang kata-kata itu.

"Perkahwinan kerana kepentingan sendiri dan peribadi, tunggu saja akibatnya nanti. Skang dia belum dapat awak, tak kenal lagi awak. Awak pun sama tak kenal lagi dia. Esok-esok awak akan tahu langit tinggi atau rendah. Tunggu saja kemusnahan hidup awak..."

"Saya nak tunggu saat kemusnahan itu datang. Dan ketika itu saya akan sujud syukur kerana awal dah dapat balasan setimpal.. Awak musnahkan harapan saya, dan nanti Allah akan musnahkan harapan dan masa depan awak..."

Sungguh hebat dia menabur fitnah dan tohmah. Dia tak kenal my other half. Dia tak tahu isi hati ini. Dia tak tahu apa yang berlaku, tapi semudah itu dia membuat penafsiran. Yang aku sedih, doa-doa yang dia taburkan untuk kami berdua, sikapnya yang tidak mahu menerima hakikat dan realiti. Yang tidak sedar dan insaf dengan kesilapan yang dia lakukan terhadapku. Sakit luaran memang boleh hilang, tapi kehancuran hati?

Cukuplah aku katakan aku sudah cukup tersiksa. Malah sebelum hadirnya kembali "other half", hati ini sememangnya sudah tawar. Sudah tidak ada rasa pada lelaki itu.

Ya Allah, Yang Maha Besar dan Penyayang, kau bantulah hamba ini. Kau berikan dia petunjuk. Kau berikan dia kesedaran dan kekuatan. Kau ampunilah dia di atas setiap dosa dan perbuatannya. Ya Allah, lindungilah dia dan kurniakan lah dia insan yang lebih baik dariku.

Ya Allah, kau redhai dan berkatilah aku dan kekasihku. Kau permudahkanlah segala urusan kami menuju ke jalanMu. Kau titipkanlah kasih sayang dan rindu untuk kami berdua agar saling kasih mengasihani antara satu sama lain. Kekalkanlah kebahagiaan kami hingga ke syurgaMu.

Amin, ya rabbala'alamin....

Aku memohon padaMu Ya Allah.

Kau kuatkan hati kami dalam menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui.

KEM BESTARI SOLAT

Hari Sabtu yang lepas, Alhamdulillah, team JQAF dan Pendidikan Islam sekolah telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahap satu.

Memandangkan mereka tak cukup kakitangan untuk menjadi fasilitator, aku telah sukarela menjadi salah sorang daripadanya. Di tambah dengan moral support dari "my other half", lagila bersemangat u ols.

Kata dia,
"Pergila. Nanti boleh ajar anak-anak kita solat..."

Indahnya perasaan itu. Hihihi.

Terus akak transform jadi "USTAZAH TEH"

Tak susah sebab modul sudah tersedia. Aku ditugaskan untuk mengajar murid-murid tahun 3 tentang Rukun Solat dan Perkara-perkara yang membatalkan solat.

Sebab penat nak membebel. Jadi, aku buat praktikal pulak supaya ada yang mudah ingat. Tapi, ada pulak yang terkomfius dengan yang membatalkan solat. Tapi, faham sendiri la murid-murid yang aku ajar ni dari kelas mana. :)

Ni sikit sebanyak gambar. Semoga terhibur. Hihi.

Kusyuk ke semayang tu? Hihihi

Takbiratul Ihram. Sempat lagi tu tengok kamera.

Rukuk.

Sujud.

Ada yang tak biasa solat sebenarnya. Sebab tu kena bagi praktikal. At least diorang nampak gambaran kan?

Salam selepas tahiyat akhir,

Lepas bagi salam, lari bertempiaran ke dewan. Hahahahahahaha!

Ni masa selesai majlis penutup. Bersama baby Azim yang comel sangat-sangat.

Tak sabarnya nak ada beberapa orang.... Hihihi. (mode gatal)

Makan yang puas dan kenyang. Alhamdulillah. Rezeki hari Sabtu. Balik tu, tapau lagi Mee Rojak.

Tuesday, July 27, 2010

HAIL TO THE DRAMA KING

Pura-pura kecewa.

Itu lafaz kata yang paling jelas dan tepat untuk aku berikan pada lelaki itu.

Mengambil dari kata-kata si Diella,

"Bile break up mulelah bercakap pasal karma.."

Tapikan Allah itu lebih Maha Mengetahui. Setiap peraturan dan perancangan Nya adalah bersebab.

Aku paling tak suka nak mengungkit kisah-kisah silam ni. Tambah lagi dalam keadaan aku yang sedang meniti kebahagiaan yang hakiki ini.

Semudah perkataan yang dia lafazkan. Kalau betul dia terlalu sayangkan aku, kenapa selama ini mesti berdolak dalih. Seribu satu alasan yang diberikan. Tambah pakej lagi, sakit zahir dan batin ini disiksanya.

Hari ini dia kata dia menangis. Tapi tangisan aku selama 3 tahun yang lalu, pernah dia ambil peduli? Malah diherdik dan dihinanya aku. Kononnya mengada-ngada.

Dia kata sepatutnya aku beri dia peluang untuk berubah. Selama 3 tahun ini, peluang apa lagi aku tidak beri? Setiap peluang di pandang sinis. Setiap kasih sayang dan perhatian tidak dihargai langsung. Persiapan menyambut harijadi dia yang ke 31 awal tahun lalu pun di pandang sepi.

Biarlah. Biarlah dia nak mendoakan keburukkan tentang aku. Terpulang pada dia. Semua itu kehendak dan kuasa Allah. Kuasa dia Yang Esa. Siapa dia nak mengubah apa yang telah tertulis di Luh Mahfuz?

Aku cuma mendoakan kebahagiaan dia dunia dan akhirat. Semoga bertemu yang lebih baik dari aku. Yang mampu membahagiakan dia dan beri kekuatan.

Ala... semudah ABC bukan?

Sebelum kami break up dia pernah kata

"Ala, awak nak pergi, awak pergi la..Ramai lagi pompuan nak kat saya.... "

So, why should I care?

Monday, July 26, 2010

MY WEEKEND

My weekend was great.

Friday, pergi Tawau ikut Ustaz Harun and Kak Arini untuk servis kete. Aku dan Linda, berjalan-jalan bersama Kak Arini.

Malam tu, bergayut dengan other half sampai lebam. Gembira tak terkata. Dengar suara dia pun dah rasa bahagia sangat-sangat. I really love his voice tones. Macam best je dengar.... Terawang-awang. Macam-macam yang dibualkan. Termasuk lah cinta hati itu terpaksa overtime menyiapkan data aku. Dia kata dia nak elaun. Baiklah. Tunggu bulan sebelas.

Saturday, join sekolah jadi fasilitator untuk Kem Bestari Solat. Tak sia-sia other half bagi support...

Kata dia...

"Esok senang u nak ajar anak-anak kita solat..."

Terus berbunga-bunga. Semangat nak join ni. He is really supportive in whatever I am doing. Kalau ada yang dia tak berkenan, dia setakat kata...

"U pikir betul-betul baik dan buruk k..."

Walaupun aku selalu suruh dia bagi arahan veto kat aku. Cemaner la hati ini tak makin hari makin sayang. Sejuk dan tenang bila bersama dia.... Kita pun automaticly akan ikut kehendak dan permintaan dia...

Bila dia rasa dia tak dapat penuhi permintaan aku, cepat-cepat dia minta maaf dan explain... I really feel that he is so perfect. Menyenangkan....

Sunday dia dah nak kembali ke pangkal jalan. Aku pula ke Tawau sekali lagi.

Pakwe i yang satu di dalam hutan tu... Sedih sangat ok. Tambah-tambah dia sibuk beli keperluan dan bekalan sampai bulan puasa hari Ahad. Jadi, we dont have much time to spend on the phone that day.

Tapi, akhirnya...

Sekali lagi dia buat aku terharu. Tak perlu minta. Dia tau bila nak buat hati ini gembira dan rasa di sayangi.

"Nanti I emel k. I sayang u. Ingat itu ok. Jaga diri u baik-baik."

Dan hari ini. Hati ini sudah mula rasa rindu.


Friday, July 23, 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH

First song he gave me during the proposal......



"Jauh I berjalan. Penat ke sana sini I mencari jodoh. Rupa-rupanya jodoh I di depan mata I...."

Few minutes before he off to the far far away land....

"U, I tengah dengar lagu Ketika Cinta Bertasbih, rasa macam I tengah berduet dengan u..."

He makes me missing him more, each and everyday. Tidak pernah gagal.

Thursday, July 22, 2010

HAPPY BIRTHDAY LINDA


To my housemate, roommate, schoolmate, deskmate, dailylifemate, makanmate, minummate, and segala jenis mate yang ada dalam dunia ini...

Selamat Hari Lahir yang ke 25 tahun. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah.

Oh! Sangat cliche ucapan ni kan?

Ok. Semoga cepat boleh buat anak dan meramaikan umat Islam di dunia ini.

Love you!

Tuesday, July 20, 2010

GADIS TUDUNG MERAH

Ni la lagu yang dia send kat aku last week.


Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha


Nota kaki: This picture was taken in the bus when I was on the way to Larkin, JB. Few hours I met him for the first time after a year.

KAD

Eh. Bukan nak cerita pasal kad jemputan kawen. Itu other half yang uruskan demi mengelakkan pembaziran dari bakal isteri dia yang bernafsu besar ini.

"Tapi.. itukan impian perkahwinan I...." (tiru idea mengescape dari Huda)

Dua tahun lepas, aku ada bagi dia kad masa kami jumpa untuk kali terakhir kononnya. Aku bagi sekali dengan coklat ferrero roche.

Kelam kabut gi beli dgn Zha bila dia bagitau dia nak jumpa aku before aku balik. Pelik pun ye, tapi hati sukaaaa sangat.

Agak-agak. Dia dah makan ke coklat tu?

Agak-agak. Dia simpan lagi tak kad yang aku bagi tu?

Kenapa ye aku bagi dia kad tu? Ntahlah. Aku pun lupa. Sedangkan masa tu, tak ada rasa apapa. Cuma rasa suka sebagai seorang kawan.

Ntah apelah yang aku tulis dalam kad tu kan?

KISAH MURID AKU

Isnin yang blues.

Isnin jugakla aku ada banyak jadual anjal. Masuk 2 kelas untuk 3 masa. Masa memula dulu bosan gak. Tapi dah lama-lama rasa cepat pulak berlalu. Yerla, within that hours, nak kena monitor progress budak-budak ni. UPSR tak berapa hari je lagi.

Dah la lepas raya. Ko agak-agak derang ni buat exercise ke nnt tu?

Jadi, hari Isnin masuk kelas yang konon-konon bijak. Aku cari budak yang aku ambil bukunya minggu lepas. Bukan ape, suka-suka baca buku cerita Melayu waktu Bahasa Inggeris. Aku tatau la apa dosa aku ni sampai budak-budak ni buat aku macam kawan dia je. Nak kata aku tak hormat cikgu masa sekolah rendah dulu takde la pulak. menggatal dengan cikgu ganti ada kot .

"Mana Hafid? Ni teacher nak bagi balik buku dia ni..."

"Haaa... Tak tau teacher.. Hafid marah teacher..."

Ada budak bersuara.

Sentap aku.

Apehal pulak korang nak marah aku? Sedangkan sepatutnya korang la cari aku minta buku tu dan minta maaf kan?

Hangen akak u ols.

"Kenapa orang @#$@%@% tak pandai nak hormat guru? Tak berdisiplin dan kuat menjawab?"

Semua diam. Aku tahu aku dah bangkitkan isu perkauman. Tapi, itu yang aku rasa. Aku tak maksudkan semua but most of them. Tua atau muda, sama je.

Tapi, lepas tu aku cool down. Buat tatau dan meneruskan sesi pengajaran.

Bila time nak check kertas sorang-sorang, budak yang pandai-pandai kata Hafid marah aku tu memaksa-maksa pulak aku check kertas dia. Dia ni mmg masalah sket. Macam mengada-ngada pun ye jugak. Panggil ke depan dan aku pun cakap kat dia before aku tanda dan explain.

"Sebelum teacher tanda dan terangkan kenapa kamu salah, kamu nak ikut kata kamu atau kamu nak dengar cakap teacher?"

Dia diam.

"Sebab tu, walaupun kamu nampak hebat dalam kelas, kamu tak berjaya nak dapat A dalam Bahasa Inggeris. Sebab kamu tak nak dengar nasihat teacher...Ayat kamu tunggang langgang. Tak payah tunjuk hebat konon nak buat ayat bombastic tapi takde maksud..."

Bila aku bagi maksud perkataan Bahasa Inggeris, atau bagi perkataan yang sesuai untuk ayat dia nak buat, boleh pulak dia keluar ayat was-was dengan aku. Pastu mula la dia tulis mengarut-ngarut.

Contohnya : breech.

Aku tanya ape benda? Dia kata seluar panjang. Tulis je la pants atau trousers kan?

Oklah. Malas nak mengumpat anak murid sendiri lagi. Muahahahahahaha!

Tengokla sekeping gambar di bawah ye.

Inilah diorang semua pada hari rabu yang lepas dengan uniform masing-masing.

Akhir kata,
Teacher Teh risau ok!


Sunday, July 18, 2010

BAHAGIA ITU SUBJEKTIF

" Kadang-kadang I tak tau, I dah cukup membahagiakan u ke belum... Sorry banyak-banyak kalau ada yang kurang..."

Bahagia itu sesuatu yang subjektif. Bahagia itu datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Kita saja yang tau apa dan siapa yang mampu membuatkan kita bahagia.

Bila aku baca soalan diatas, rasa terharu dan sebak sangat. Bergenang air mata ni. Dia dah buat aku bahagia lebih dari apa yang aku mahu. Memberi kekuatan dan menarik diri ini dari hidup yang gelap. Hidup yang penuh dengan drama air mata dan kesakitan.

Dia adalah kekuatan aku.

Kerana dia aku masih mampu meletakkan harapan dan impian yang indah bersama insan bernama lelaki walaupun dihimpit kenangan silam yang melukakan.

Aku dah cukup bahagia dengan cinta ini walaupun jarak dan masa sentiasa memisahkan kami. InsyaAllah, atas keredhaanNya suatu hati nanti, masanya akan tiba.

Pesan dia,

"Selalu ingat Allah. Jangan tinggalkan dia. Dia tak pernah tinggalkan kita. Ingat ye, Dia adalah pengikat kita. Pengikat kasih sayang kita...."

Sekali lagi, dia membuatkan hati ini sebak.

Sungguh. Sungguh aku bersyukur atas kurniaan Mu ini.

Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

CHECKLIST #3 : WEDDING PHOTOGRAPHER


She is a female photographer from JB. She is my schoolmate back in MRSM Gerik (1995-1997). One of a kind hearted and nicest friend I have.

She offered me a great package with a good price, covered all events at both sides.

So, another item done!

Thanks friend. ;)

Saturday, July 17, 2010

HATI YANG BERBUNGA-BUNGA

Hari ni tak macam biasa. Buat hati ini tambah rindu. Buat cinta ini makin membuak-buak.Ada kejutan. Dia telefon petang tadi. Sangat gembira sampai tak terkata.

Saya sangat rindu!

Bukan mudah untuk terima panggilan telefon dari dia. Bukan mudah untuk menerima SMS dari dia. Usaha itu sebagai ukuran. Dia tidak akan membiarkan aku tertunggu-tunggu melainkan dalam keadaan yang sangat tidak mengizinkan.

Walaupun kami jauh terpisah beribu batu. Komunikasi yang terhad. Cinta dan hati ini tidak pernah goyah. Kasih sayang ini tidak pernah rapuh. Kepercayaan itu sentiasa milik kami.

Semoga cinta ini sentiasa direstui dan diredhai.

Alhamdulillah. Syukur atas rasa ini.

Tuesday, July 13, 2010

MARI MENDENDA

Ada beberapa perkara membuatkan aku naik darah hari ini. Maklumlah, bila dapat cuti free sehari... pergi je sekolah mulalah banyak perkara bersusun-susun di sekolah tu.

Dengan kegusaran pencapaian akademik budak-budak ni lagi terutamanya subjek Bahasa Inggeris. Ditambah lagi, masa kelas SBT tadi aku telah mendiscover something yang kurang menyeronokkan. Semak perut aku ni weh!!!

Butterfly is flying in my stomach. Sungguh gembira ia terbang. Haruskah aku bunuh rama-rama itu menggunakan ridsect atau fumakilla?

Tapi, aku nak highlight kan isu yang ini. Tahun 6. Kelas target lulus semua.


Korang nampak cemaner dia tulis hurup M? Nampak tak? Cantik punya dia tarik ekor M dia tu... Inilah boleh menimbulkan kemarahan pada suhu 100 darjah celcius.



Kemarahan aku telah menghasilkan ini. Selamat kembali ke tahun 1 ye wahai adik tahun 6.



Tekun membuat denda sambil dikerumuni oleh rakan-rakan lain. Kesian kena gelak dengan rakan-rakan sekelas. Tapi, dia macam rilek je kena gelak....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Yang ni takde kene mengena. Budak ni yang sendiri suruh aku ambik gambar dia. Dia rasa dia hensem.

Nama dia Jayson Esquerna. Canggih kan nama dia?

Sape-sape nak berkenalan, sila private message cikgu dia ye?

Sunday, July 11, 2010

KEM MOTIVASI UPSR

Kem Motivasi UPSR bermula 9 Julai hingga 11 Julai 2010 untuk semua anak-anak didik tahun 6 dan separuh dari tahun 5.

Masa memula dilantik jadi AJK ni, rasa tak best jugak sbb aku kan ada fix agenda on weekend. Tapi memikirkan amanah dan tanggungjawab, maka kita buang segala negative thought. Pastu, bila sendiri dah berada di tempat kejadian, rasa bertanggungjawab tu sendiri datang.

Tu pasal sepanjang program, balik-balik muka aku dengan Linda yang ada di sekolah walaupun ada masa tertentu aku lepak je kat bilik GB. Hihihi. (buat apela agaknya tu kan? sakan beronline.)

Ni sekitar hari pertama program 9 Julai 2010.



Murid-murid tahun 6 dan 5 sudah mula memacakkan khemah masing-masing. GB decided bagi derang tido khemah instead of ramai-ramai dalam kelas. Senang nak monitor katanya. Mereka dibahagikan ikut kumpulan khemah masing, dan pasang khemah sendiri. Hasilnya... berjaya!~

Program ni dah bermula dari pagi Jumaat di mana mereka ni dibahagikan ikut kumpulan masing-masing bersama dgn fasilitator. Aku pon terlibat jadi fasilitator group 7. Ok jugakla group aku tu sbb ketua dia bertanggungjawab. Senang keje Teacher. Nama group plak APACHE. Maksud dia ape pun aku tatau. Layankan....

Lukis jangan tak lukis. Macam crown joker pon ye jugak. Ikut korang la. Janji bahagiaaaaaaa macam Teacher korang ni ye tak?

Petangnya slot pertama dimulakan dengan slot Bahasa Melayu sebagai panduan mereka untuk menjawab kertas soalan peperiksaan UPSR. Riadah dan seterusnya solat berjemaah.



Aktiviti kerohanian. Solat maghrib dan isyak berjemaah diimamkan oleh Cikgu Ismail dan Ustaz Azman. Sekurang-kurangnya dapat juga mendidik diorg tentang solat berjemaah. Masa ni, terus akak transform jadi ustazah u ols!~ Ada pulak yang macam jakun tengok aku bertelekung. Ingat cikgu BI takleh pakai telekung ke?


Ini Cikgu Siti Haslinda. Another pok gad yang "on duty" malam itu. Sedang menjaga pintu surau. Hihihihi. Bagus juga ada Linda ni, sekurang-kurang ada la budak-budak ni tempat bermanja. Kalau dapat kat Teacher Teh, derang mengadu lapar pun aku rasa macam nak makan diorang.

"Sakit perutt? Lapar? Ada rasa macam nak mati tak? Kalau ye, baru teacher bagi makan..."



Mode ustazah solehah wal muslimah gitu.... Alamak! terinterprem diri sendiri laa pulak...


Ini pandangan dari belakang. Korang jangan ingat derang tgh kusyuk mendengar tazkirah yer. Sebenarnya diorg ni tengah rancak berbual. Hari pertama, takpe sabar... Hari kedua esok, kita tunggu Teacher mengaummmm....

Last shot dari tuan punya blog yang di shoot kan oleh Cikgu Linda. Aku je boleh bersandar kat dinding sambil berangan. Murid-murid, sila dengar tazkirah dengan kusyuk ye? Hihihihihi.

Next report? Tunggu!!!~ Kalau rajin.

p/s: Sengaja letak gambar pakai telekung. Baru la sejuk hati abah dan mak mertua tengok nnt. Ops!!~

Friday, July 9, 2010

CHECKLIST #2 : DULANG HANTARAN 1

Pening juga kepala memikirkan apa yang nak diletakkan atas dulang nanti. Padahal bukan banyak pun dulangnya. 5 berbalas 7. Tapi tetap runsing.

Hmm. I am looking for Coach brand of handbag. Dah lama ada impian nak letak Coach as one of my hantaran. Lalu berpinar-pinar la mata mencari mana yang berkenan. Kita onlinekan saja since kat Semporna ni takde la pulak boutique Coach kan?

So, here are some items that make my eyes drooling....


This is my first choice of all. Tapi dok tanya sana-sini semua out of stock. Sangat-sangat berkenan. Tambah-tambah lagi, other half pun kata yang ni cantik. Haish. Mana nak cari ni?


Wristlet ni match jugak kan dengan handbag kat atas tu. Tapi, selamat menyediakan 2k la kan? Ops.. U kan yang tolong bayar? Hihihi...


Nice and simple. Colour pun striking. Hihi. I like striking color. Design dia ni pun dah lama aku teringin nak sebiji. Hmm....


Wow. Wallet baru yang bole menggantikan wallet Liz Clairborne itew.... Tp terlampau striking la pulak kan. Tak pasal2 menarik perhatian. Tp tetap akak shortlisted kan sbb suka.



Ranggi kan? Macam nak juga yang ni untuk pergi jalan-jalan. Pergi dating. Pergi shopping. Pastu harus kena sound...

" U ni nafsu besar sangat. Istighfar 3 kali boleh tak?"

Ye baiklah. Saya yang menurut perintah. Baguskan future aku tu?

Ni pun cantik juga di mata kerana diri ini mudah tertarik dengan colorful things. Cane ni????


Suka juga yg ini. Salah satu sebab, sbb aku takde beg yang kecik molek. Semuanya besar-besar.
Banyak pulak pink kan? Bukan aper... memang dok mencari barang-barang yang berwarna pink. Tapi, tak silap dulang dari pihak lelaki akan berwarna bronze... sesuai ke ek?





Tiga jenis handbag yang lain color, lain style tapi ala-ala serupa la jugak kan? Kenapala sukar nak membuat pilihan nih?

Takpe, kita tunggu response dari akak supplier dulu..... Harap-harap masih ada stok. Aminnnn.....

p/s: Encik other half, selain dari yang u berkenan tu.. takde ke lain2 yang u rasa cantik? Jangan cadang beg plastik pls. U yang malu kang. Hihihi

Tuesday, July 6, 2010

CHECKLIST #1 : BAJU AKAD NIKAH


Inilah theme color untuk majlis akad nikah nanti. I choosed grey as the theme color. Other half pulak mengikut saja. Saja nak kelainan sket since most of people use white as their solemnization dress. I guess this color looks elegant and classy for our special moment nanti.

Mulanya ingat nak pergi beli sendiri di Gulatis, tp rasa tak sempat since keputusan dibuat sehari sebelum saya berlepas ke KL. Terus ke Butik G-Gl*amour, mintak tolong abang G yang carikan material. Saya pulak dah siap-siap pilih design and ukur badan.

I choosed chiffon as the material since kain tu tak panas dan untuk simpanan sendiri, while other half memakai satin. Design pulak, mine will be kurung mini and him, of course la baju melayu JOHOR dan ditempah di JOHOR juga.

Semangat JOHOR betul pakcik tu.

Well, lets wait until September how our dress will look alike. Harap-harap it will turn nice but simple as what we always plan.

Yang penting, selamat!!~

OH! HUJAN

Alhamdulillah, pagi ni sejuk je dengan suasana yang mendung dan titik-titik hujan renyai di daerah aku mengajar. Tapi, ada sesuatu yang menyakitkan minda dan deria bau kami. Sbb sekolah aku ni dekat dengan tempat pembuangan sampah (ni akan diceritakan lain kali kalo rajin), setiap kali hujan komfem bau-bau yang sangat 'enak' tu akan menusuk ke hidung.

Pagi ni macam bau barang-barang basah yang dah berulat dan busuk. Sangat-sangat busuk sampai muka pun nak bertukar jadi biru. Kalau hijau takpe gak kan. Leh jadi hulk hogan.

Hujan di tempat orang. Masa ni baru nak mula hujan lebat. Best sebab sejuk, tapi tak best sebab busuk....

Ni pulak suasana dalam kelas. Pagi ni aku ada kelas English with this kids selama 3 masa direct. Kenapa gelap ek? Oh, tak semua kelas ada bekalan letrik termasuk kelas aku. Yang boleh on cuma plug. Itupun, tanggung la risiko sendiri ye.

Yang ada kipas dan lampu je untuk buat hiasan kelas. Janji ada.

Memang tak selesa kalau hari panas. Haruslah rasa macam sauna kan. Tak payah akak gi spa. Bagus.

Kesian diorang ni. Tapi, tiap kali kalau diorang merungut gelap tak nampak nak tulis, jawapan aku senang je...

"Lain kali kalau hujan, kamu bawak lilin ye... kita pasang lilin di kelas..."

Diorang sengih je.


Another view outside from my class, berderet kereta-kereta cikgu sekolah aku ni...

Ehem! Besar-besar kan kereta diorang? Kalau kat hujung-hujung sana, boleh nampak kereta yang mahal-mahal.. Ni baru sesi pagi, sesi petang ada 2 biji Mercedez ye.

*terus terbatuk penuh makna....

Saturday, July 3, 2010

KENAPA MEMILIH....


Dia dalam sekelip mata?

Semuanya bermula sejak tahun 2008. Dalam kehidupan aku yang terumbang-ambing, aku rasakan ada sesuatu yang sedang cuba mengisi hidup aku.

Pernah kami bertentang mata, panahan itu sangat menusuk ke dalam jiwa.

Tapi aku simpan, kerana terlalu banyak hati yang perlu di jaga termasuk hati yang tidak pernah menjaga hati aku. Mungkin kerana kasih dan sayang ini telah tertumpah pada hati yang sebenarnya tidak mahu disayangi oleh aku.

Mata yang berselindung itu sebenarnya ikhlas.

Butanya aku. Aku hampakan keikhlasan itu dan mengejar sebuah impian yang tak pasti dengan harapan hati yang tidak pernah menjaga hatiku akan berubah dan menerima aku dengan apa yang aku ada... Bila akhirnya aku rasa hilang harapan, perlahan-lahan aku melepaskan hati itu pergi. Tak sanggup lagi aku disakiti dan dikecewakan. Air mata juga sudah kering setelah 3 tahun mengalir tanpa henti.

Akhirnya aku bertemu kembali mata yang berselindung di sebalik sebuah cahaya yang terang sebagai petunjuk kepada aku menuju jalan yang lurus.

Kenapa dia?

Kerana dia ikhlas. Kerana kesungguhan dan keberanian yang dia ada. Kerana niat dan imannya. Redha dan tawakalnya kepada Allah SWT. Nasihat dan kata-katanya yang penuh berhikmah. Mengingatkan aku supaya sentiasa bersyukur kepadaNya atas kurniaan cinta dan kasih sayang ini.

Dia membawa dan menarik aku untuk lebih dekat kepadaNya. Mendidik diri ini. Membimbing dan memimpin.

Keserasian itu yang membuatkan hati ini dekat. Dia memberikan aku kebahagiaan, menenangkan dan menerima aku seadanya. Melayan aku dengan baik, tutur kata yang menyenangkan menyebabkan hati ini terpaut.

Menghargai diri ini lebih dari yang sepatutnya.


Ya Allah,

Sekiranya dia telah kau ciptakan untukku,
Dan jika dari rusuknya juga telah kau jadikan aku,
Kau titipkanlah kasih sayang dan rindu sebagai peneguh cinta kami,
Agar sentiasa cinta mencintai antara satu sama lain,
Agar hati sentiasa dekat dan saling ingat mengingati,
Redhakan niat dan impian kami ini,
Tetapkanlah iman dan hati kami agar sentiasa berserah kepadaMu,
Tabahkan hati kami dalam menghadapi dugaan hidup ini,
Kurniakanlah kami kebahagiaan dan temukan kami di syurga,
Jadikan zuriat kami insan yang soleh dan solehah,
Dan jauhi kami dari godaan syaitan yang direjam...

Amin....

Terima kasih Allah atas kurniaanMu ini....