Monday, October 28, 2013

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG

"Teh tu, dah dapat APC, terus mengandung..."

Memula aku tergelak. Dah rezeki bertimpa-timpa. Nak buat macammana kan? Atau dia buat lawak? Atau apakah?

Semua staff diam, buat tak tahu.

Siapakah dia untuk menidakkan rezeki dari Allah?

Siapakah dia untuk tahu setiap cerita dan kisah hidup aku dan suami. Macammana kitorang berusaha dan bersabar dalam menanti zuriat impian kami ini?

Siapakah dia untuk aku luahkan setiap susah payah yang aku rasa?

Dimana dan apa sakitnya?

Yang aku sentiasa berdoa agar anak ini terus kuat dan sihat.
Sekuat abahnya.
Segagah abahnya.
Sebaik budi abahnya.
Serajin abahnya.
Sepenyayang abahnya.
Setabah abahnya.

Dan seperti abahnya yang sentiasa mengingati yang Esa.

Dan betapa mudahnya airmata aku mengalir apabila ada yang mengambil mudah dan sinis dengan sikap aku yang terlalu mengambil berat dengan zuriat di dalam kandungan ini.

Yang aku jaga.
Yang aku tatang.
Yang aku sering risau jika terkasar.
Yang aku sering menangis bila kehendak untuknya tak dipenuhi.

Kerana ini harta yang tak ternilai.
Harta akhirat. Saham akhirat.
Yang tak terbanding dengan urusan-urusan duniawi.
Yang hanya memikirkan kepentingan diri dan jiwa masing-masing.


Friday, September 20, 2013

MISTERI DI MALAM YANG SEPI

Setiap malam yang aku lalui ditemani dengan kesan-kesan bunyi yang menenangkan jiwa sebab aku tahu dia ada di situ.

Tapi,

Adakalanya malam sepi aku juga ditemani dengan bunyi-bunyi pak iman sedang azan atau orang yang sedang berbual dalam bahasa Sarawak. Pernah juga aku terdengar bunyi orang Sarawak sedang bergaduh. Sehingga aku sudah lali. Mula-mula dulu berdiri juga bulu roma ni... lagi-lagi bila pukul 2-3 pagi pak iman melaungkan

"Allahuakbar... Allahuakbar..."

Nampak hantu ke?

Sehinggalah pada satu malam...............


"Shut Up! You Get Out!"

Astaghfirullahalazim......

Aku tau la negara kita baru lepas menyambut Jubli Emas Malaysia yang ke 50 selepas di jajah oleh British....

Takkan hantu british pun nak datang merasuk tengah-tengah malam buta ni?

Memang betul-betul merasuk jantungku. Aku tunggu jugak ni, bila hantu Korea pulak nak datang merasuk.... Hahahaha.....

Thursday, September 19, 2013

HOMECOOK

Sejak pregnant ni, amat jarang aku memasak di rumah. Ikut mood, perasaan dan nafsu aku ketika itu. Tapi selalunya bila hujung minggu memang kitorang berdua akan makan di luar. Alang-alang penuhkan barang dapor.

Barang dapor beli bukan mainnya lagi. Tapi, akhirnya mrhusband jugak yang masak.

Minggu terakhir berpuasa di Sarawak, boleh kata hari-hari berbuka kat luar. Kalau kira dengan hari2 sebelumnya yang kitorang makan luar, ditambah tolak, memang lebih dari itu.

Masa balik kampung hari tu, lepak dengan kawan mrhusband. Tetiba dia cerita la pasal kawan dia yang tak pernah masak di rumah sekaligus dengan impak terhadap sikap anak yang hari-hari makan air tangan orang luar. Kalau orang luar tu nenek mereka ke ibu saudara atau mana-mana saudara terdekat mungkin boleh diterima akal. Tetapi, faham-fahamlah kalau dah makan lauk kedai tu kan... Sapa yang masak?

Impak yang paling aku ingat : Anak tak berapa nak dengar cakap dia.

Nampak kan, air tangan seorang ibu tu penting?

Lepas raya, minggu pertama balik Sarawak pun kami masih makan di luar. Sampailah satu hari mrhusband tu bersuara.

"Kita ni hari-hari makan luar..."

Aku ni cam biasa la. Lampi sket. Tengok aje la muka dia tanpa respons. Tak larat nak tafsir maksud tersirat.

"I teringat Zila cerita hari tu..."

Aku tengok je lagi muka dia tu. Malas nak pikir banyak.

"Yang kawan dia tak pernah masak then anak dia tak dengar cakap tu."

"I rasa betul apa dia cakap tu. Pentingnya air tangan ibu.... errr... air tangan kita dalam mendidik anak. Lepas ni kita kurangkanlah makan luar. Makan je kat rumah ok?"

Memang betul apa mrhusband cakap tu. Lagi aku terasa sebab sejak pregnant ni yang makin kerap makan luar. Tak la sampai hari-hari, tapi lagi banyak dari zaman tak pregnant dulu. Makan kat rumah, tetap diteruskan cuma rutinnya dah berkurang.

Lagipun, bukankah mendidik anak tu biarlah sejak dari dalam kandungan lagi? Walaupun bapak dia tu tak berapa nak tunjuk excited nak dapat anak. Takde pun dia nak cakap2 dengan anak dia ni sedangkan anak dia nak mula sangat aktif lately.... Biarlah aku yang layan dia.. Abah tolong masak untuk Mummy and baby aje la ok... dengan selesaikan kerja-kerja rumah yang Mummy tak larat nak buat. Heee :D

Eh aku ni.. Kejap Mummy, kejap Ummi... Still cant decide tp yang penting maksudnya sama.... IBU....

So, today I cook Asam Pedas Ikan Pari.

Wednesday, September 18, 2013

SEJUJURNYA


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Seandainya (seandainya) kamu bisa (kamu bisa)
Mengulang kembali lagi cinta kita (cinta kita)

Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Seandainya (seandainya) kamu bisa (kamu bisa)
Mengulang kembali lagi cinta kita (cinta kita)

Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)

Takkan ku sia-siakan kamu lagi..
Takkan ku sia-siakan kamu lagi..

Friday, September 13, 2013

ALAHAI KEMBANG PAYUNG!

Alahai kembang payung mak buyong.

Dah lama dah si buyong ni tak mengupdate cerita kan? Ntah-ntah kawan-kawan pun dah lupa tentang kewujudan I di alam maya ni. Kikiki.

Bukanlah sebab I busy sangat. Dulu busy mampu je update blog. Tapi itu angin tak dak mari lah. Lagipun internet connection kat rumah I ni sesak nafas dibuatnya. Kengkadang OK, kengkadang KO.

Tengok lah ticker kat sebelah tu... dah 87 days left to meet my little angel. Skang ni dia dah pandai dah menendang-nendang tanda protes. Kalau I golek kiri, dia kuis belah kiri. Kalau I golek kanan, dia kuis belah kanan. Kalau I menelentang, gedebok gedebok dia tendang2 I. Geram! Last-last, I tido duduk.

Kadang-kadang sambil baca buku ke, main sudoku ke, saja je letak buku tu beralaskan perut. Satgi, dia mula la tolak-tolak buku I tu. Amboi-amboi.. takleh tengok ummi senang langsung dia tu....

Next Monday will be my 28 weeks of pregnancy. Cepat betul masa berlalu kan? Semalam I bagi ceramah LDP pun, I dah termengah-mengah. Bagus jugaklah. At least, rakan-rakan sekerja I tau betapa I dah tak larat dah nak berlari dan aktif macam dulu. Sebab kenaikan berat badan I ni melampau pulak I rasa. Tak pernah ok segemok ini. I am 70kg at last time appointment. Hari ni nak jumpa doktor lagi, tak tau la berapa pulak dah meter berat tu nak menipu I. Haha. Adakah anak I ni kategori big baby? Wallahualam. Tapi I tetap risau anak I ikut genetik bapaknya. Berat husband I masa lahir 4.4kg ok and he is homebirth. Salute la kat mak mertua I!

Nah! Tengoklah gambar terlatest I. Ni di ambil masa 6 September 2013. Yang diambil semalam belum ada update dari boss. Nanti I nak minta dia gambar tu.

Ni perot tak nampak sangat kan sebab I duduk. Tapi memang segala anggota badan I membesar la....

Cuba u ols bezakan dengan gambar yg lagi satu ni....


Di saat diriku masih dara. Hahaha. Tak la. Ni bulan berapa ek? Tapi I tak sure la I dah pregnant ke belum at this time. Kalau ni February, belum lagiklah. Tapi kalau gambar ni dalam area March, masih dalam proses kemenjadian. Hahaha.


Oh! Kurusnya masa ni kalau nak dibanding sekarang. Tapi waktu ni I belum rasa kurus lagi sebab baju tu sebenarnya ngam-ngam dengan figure I. Lepas bersalin nanti I nak jadi lebih kurus daripada ni.

Jamu apa yang bagus ek?

Tuesday, July 30, 2013

THE GOOD NEWS

Terlalu banyak good news tahun ni. Dari kisah pregnancy dan bersusun-susun cerita yang menggembirakan hati.

Hari tu aku janji nak update pasal berita gembira hasil perjumpaan/meeting dengan Guru Besar tu kan?

So, this is the news....


Alhamdulillah. I am one of them. Rezeki yang tak disangka-sangka. Rasanya ramai pun yang tak sangka eventhough they know I work too hard last year 2012.

One of the reasons, some of them ingat aku baru posting. And lagi satu, haruslah sebab aku ni baru je transfer ke Miri on Julai, 2011. Jadi possibility tu tak la tinggi mana. Lagi satu, dengan staff almost 80 orang tu, sudah tentulah sengit persaingan. Sekolah aku ni banyak sangat aktiviti dan programnya which tiap cikgu ada kepakaran bidang masing-masing.

Walaubagaimanapun, kalau dah namanya rezeki, sudah tentu rezeki tu milik kita.

Teringat nak update ni pun sebab hari ni baru dapat wang saguhati tersebut. Rupanya sekarang ni diorg bagi dalam bentuk **ijil Simpanan *remium B*S**N kan? Aku suka je dan bersyukur. Rezeki masih cukup dan melapangkan dada. Alhamdulillah sekali lagi.

Kisah pregnancy pulak,

This week should be my 21 weeks. So, tadi gi scan sebab macam kena mild braxton hicks. Actually baca kat babycentre orang cakap normal sebab baby sedang nak berkembang and cari space untuk dia landing. Tapi risau juga kalau kena urine infection since bulan puasa ni amat kurang minum air. Alhamdulillah semuanya ok. Puasa miss sehari sebab mrhusband tak kejut sahur. Sampai hati tau dia tu... Haha.

My baby weight is 340gram. Tapi tu pun dah terasa keberatannya tu. Belum lagi sekilo.. dua kilo dan tiga kilo. Cuma due date dah makin lewat pulak. Aku tak kisah sangat tapi kesian mrhusband. Kalau ikut latest due date 15/12/13... berapa hari la sangat dia boleh mengelek anak kesayangan dia nanti kan? Aku ok je sebab I am more concern dengan kebenaran menaiki flight ketika sedang sarat mengandung untuk pulang ke kampung halaman... Takpela, semuanya Allah dan tentukan. . . .Harap-harap sempat balik bersalin kat kampung.

Tu je cerita hari ni.

Rindu kat fatehah. Sapa fatehah? Ni budak debab debab kesayangan tak reti dok diam ni la....


Muka innocent la pulak. Eeeee... geram. Bila nak jalan ni? Manja betul.

Friday, July 5, 2013

HAPPINESS

Semalam I kena datang sekolah awal sebab ada perjumpaan dengan Guru Besar.

Macam biasalah. Kena "Ceramah" sikit. "Motivasi" sikit. "Peringatan" sikit.

Dan seterusnya pengumuman berita gembira.

Bukan naik gaji ke apa. Rasanya naik gaji semua org gomen dapat kan?

Tapi ini yang bukan semua orang akan dapat pada waktu yang sama. InsyaAllah giliran yang lain juga akan menanti. Maka I makin bersemangat untuk meneruskan perjuangan mencapai cita-cita seperti yang dibincangkan dengan my bff. :D

Tunggu aku balik sana la k!

Cerita akan disambung nanti. Tunggu benda dalam genggaman.

Alhamdulillah. Syukur nikmat MU, Ya Allah.

Atas anugerah ini juga buat aku sedar tentang sesuatu. Tentang hidup dan orang sekeliling. :)

p/s: Semalam juga mrhusband bagitau kitorang dapat cabutan bertuah. Tak kisahlah apepepun. asalkan percuma. Kalau dapat voucher, boleh guna untuk shopping barang anak. Sekarang semua fikirkan anak walaupun sekali sekala fikir diri sendiri nak beli baju batik harga ratus2 tu. Hahahaha.

Tuesday, July 2, 2013

HELLO!

Pada tarikh ini 2 Julai 2013. I am 17 weeks and 1 day pregnant.

Alhamdulillah. Akhirnya penantian ini berakhir dengan berita yang amat menggembirakan.

Jika sudah sampai masanya, tentu Allah akan beri.

Setakat ni Alhamdulillah. Takde mabuk-mabuk. Cuma allergic dengan ubat gigi yang bercampur air paip. Sakit kepala bila minum kopi tapi itu la yang paling sedap. Loya bila minum susu. Suka lauk yang ringan-ringan macam ikan goreng. Sup. Tomyam. Sup paling suka sampai terliur kalau terbayang.

Kesihatan baik. Alhamdulillah sampai ada orang hairan. Teh ni pregnant ke? Laju betul berjalan. Waktu sekolah memang laju sebab semua nak cepat. Sampai masa penat dah. Terus malas. Balik rumah, dinner, solat maghrib, terus tido. Tengah malam bangun solat isyak, sambung makan nasi lagi as supper sebab lapa yang tak terkawal.

Mood sensitif terlebih kalau dengan mrhusband. Dia tegur sikit dah melalak. Dia tak jawab soalan pun dah melalak. Dah tu bukan nak melalak sikit-sikit. Yang siap tersedu sedan. Agaknya silap haribulan boleh meraung-raung macam kena dera kot. Tak tau la kenapa sensitif sangat tu. Rasa terguris-guris di hati bila melibatkan mrhusband.

Anak ini adalah rezeki yang tak ternilai dan InsyaAllah sepanjang berada dalam kandungan ini, macam-macam rezeki yang datang bergolek. Cakap la teringin nak makan ape pun, InsyaAllah tertunai dan dapat makan. Cuma rezeki pindah je belum lagi. Tu pun sebab tak tergerak hati nak isi borang dan tak sangka pulak KPM nak buat perpindahan guru dah cukup syarat secara berjemaah. Takpela, kena percaya, mesti ada hikmah. :)

Tu je laporan untuk kali ini. Laporan seterusnya, nntlah bila rajin. ;)

Doakan semuanya selamat hingga ke akhir pregnancy ni.


Sunday, May 12, 2013

MENYAMPAH!

Sebenarnya banyak isu yang aku nak bangkitkan selepas PRU13 ni.

Yang pertama, sebelum aku tulis apa-apa. Aku mendoakan kesejahteraan DSAI. Aku mendoakan supaya dia insaf dan kembali ke pangkal jalan. Sedar akan hakikat bahawa perjuangan dia selama lima tahun ini belum bertemu kemenangan. Orang dok cakap penyokong PR ramai. Tapi orang tak tahu penyokong BN juga ramai. Tapi lebih mengamalkan sikap berdiam diri. Nampak sendiri kan kat laman muka buku masing-masing, pihak mana yang selalu menaburkan fitnah? Sampai kawan baik aku yang juga penyokong BN boleh cakap, nampak gaya tahun ni BN kalah.

Marah betul aku! Sebab analisis dia hanya dari laman muka buku yang 100% tak betul. Senang terima info bulat-bulat. Cuma dia kata dia tak suka Najib sebab ada Rosmah. Dah tu nak buat cemane? Takkan nak suruh dia tukar bini kot. Weheeeeeeeeeeeeeee!~

Back to isu barang naik.

Aku naik lemas tengok kat fb tu berduyun-duyun orang pos kata barang dah naik harga. Minyak RON97 pun naik harga. Gula, minyak masak dan segala bagai semua naik harga. Dengan roti Gardenia sekali jadi mangsa. Tau tak Roti Gardenia tu telah diambil alih oleh Tan Sri Syed Mokhtar? Ke aku yang tak perasan barang-barang semua naik harga? Yerla, sbb aku dengan mrhusband selalu beli barang sekali banyak untuk stok seminggu. Mungkin kitorang ke yang tak check resit atau memang jenis tak peduli.

Cuma yang memelikkan adalah. Kabinet baru pun belum dilantik. Menteri KPDNKK pun tak tau sapa. Tiba-tiba yang depa dok kecoh barang naik harga sebab BN menang tu sebab apa? Siapa yang naikkan harga sebenarnya? Sebab kabinet belum dilantik, maka inilah masanya untuk mengambil kesempatan disamping melaksanakan politik kotor oleh pihak di sana.

Adakah korang semua tahu siapakah yang mendominasi ekonomi Malaysia ? Dan setelah menguasai ekonomi, adakah korang sedar apa pula yang mereka nak kuasai? Ya, negara. Jadi, selepas kegagalan dalam PRU13 baru-baru ini, mulalah mereka cari jalan macammana nak protes dengan keputusan PRU13 memomokkan rakyat dengan isu harga barang. Dan antara dalangnya ialah DSAI lah. 

I dont get him! Kalau betul lah dia tu bagus sangat. Islamik sangat. Kenapalah mesti nak berkempen buat berhimpunan segala bagai. Sedih tengok anak-anak muda zaman sekarang ni. Senang sangat terpengaruh. Bak kata mak aku, sebab mereka tak pernah susah. Tak pernah rasa kesusahan orang-orang dulu nak bebaskan negara dari penjajah dan berusaha nak majukan negara Malaysia. Mereka cuma nampak yang nyata dan apa yang ada sekarang sahaja.

Adakah korang semua jatuh miskin sejak BN memerintah? Adakah korang terus hidup susah? Adakah dari tinggal rumah besar, korang tinggal bawah jambatan? Tak kan? Aku bersyukur dengan taraf hidup aku yang semakin baik. Sampai aku mampu beli apa yang aku mahu. Bukan tujuan aku nak riak, tapi ini hakikatnya. Aku sedih tengok penjawat-penjawat awam yang banyak keistimewaan tapi tak tahu nak bersyukur. Bukan nak majukan diri sendiri, malah dikutuk-kutuk lagi majikan. 

Yang dapat scholarship belajar luar negara dan dalam negara pun ramai yang against government. Tapi tak sedar, makan minum pakai duit yuran segala siapa yang bantu? Kalaupun tak cukup, tapi korang dapat juga bantuan tu. Dapat juga merasa belajar di luar negara secara tajaan/percuma. Apa lagi yang korang mahu sebenarnya?

Memang rezeki tu dari Allah, tapi Allah tak bagi terus by hand kat kita. Mesti melalui apa, siapa dan bagaimana. Bila keadaan macam ni berlaku, tak mustahil satu hari nanti Allah akan tarik nikmat ini.

Yang orang sekarang dok sibuk. Sibuk dengan cincin berlian Rosmah, corruption, kronisme dan sewaktunya. Orang atas kaut untung la, itu la ini. Kalau boleh semua keburukkan nak dikorek. Sedangkan korang tak sedar, perkara-perkara tu semua berlaku dalam semua peringkat. Dari individu itu sendiri, masyarakat dan seterusnya pemimpin. Kat sekolah tempat mendidik anak bangsa pun sebenarnya benda-benda tu wujud.

Bagi BR1M pun kata duit rakyat. Memang la duit rakyat dan antaranya duit cukai yang aku suami isteri bayar pada kerajaan yang mana kami sesen pun tak layak untuk sebarang bantuan. Ramai orang lagi yang masih memerlukan bantuan. Anggap aje la tu sedekah. Bukan ke dalam Islam digalakkan bersedekah untuk setiap rezeki yang kita dapat. Saham akhirat tu.

Isu racist aku akan bebel di entry akan datang. Ni pun aku geram dengan orang yang kononnya melaungkan SAYA BUKAN RACIST. This is not about RACIST. This is about kelangsungan bangsa. Tentang bangsa kita yang semakin dipijak-pijak.

Thursday, May 2, 2013

MARILAH MARI

Deman PRU13 makin menjadi-jadi kat FB tu. Sebenarnya aku serabut dan ada la sekali dua kali tiga kali aku bangkang kata-kata pembangkang ni.

Whatever it is, I tetap cinta dekat Tun M.

Memang aku suka gak menyakat kawan-kawan sekolah yang aku rasa ehem ehem. Saja la nak tengok reaksi diorg. Padahal sebenarnya, aku apa peduli. Sukati koranglah nak undi sapa, cuma aku sangat risau bila pemimpin kerajaan ini bertukar.

Aku risau dengan apa yang berlaku sebab yang bercita-cita tinggi nak jadi PM tu.... Eh, malas la nak cerita.

Jelaskan aku ni sebenarnya PRO sapa? So, tak perlu la aku sebutkan.

Yang aku rimaskan bila ada orang cuba-cuba nak invite aku like page yang tak sepatutnya. Paling best adik ipar sendiri yang tak tentu hala tuju tu. Semua kerja kata susah. Hidup nak senang je. Dia dapat further study kat Jepun pun hasil idea sapa?

Kau nak bangkang sana sini takpa. Tapi pastikan hidup tu ada hala tuju. Ada tanggungjawab. Nampak sangat terpedaya dengan segala tawaran PERCUMA.

Pastu, kawan-kawan yang berjaya dalam kehidupan hasil bantuan kerajaan yang sedia ada pun dok komdem itu ini. Last-last, ada yang aku delete sebab aku tak suka nak baca. Semua orang cakap ikut nafsu je, takde logik akal langsung.

Itu tak kena. Ini tak kena.

Korang pasti ke bila apa yang korang nak sangat tu berlaku, hidup korang akan jadi lebih baik? Sebab bagi aku setiap parti dah tentu akan bagi janji-janji manis walaupun tak releven langsung. Bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati sekarang. Bukan korang mati kebuluran pun kan? Adakah korang semua hari2 dok kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Orang-orang VVIP yang kaya raya tu sebab diorg VVIP. Diorang yang tadbir dan uruskan negara. So, memang dorang layak dapat segala kemewahan. Kalau korang jadi Boss pun, sanggup ke dapat gaji lagi rendah dari makcik cleaner?

Korang sepatutnya fikir balik, manusia yang bercita-cita nak jadi PM tu, tidak menguruskan hal tadbir negara, pernah masuk penjara, tapi hidup dalam kemewahan. Mana dia dapat duit tu semua? Kenapa takde orang kondem? Takde orang pertikaikan? Buat rusuhan sana sini. Mana dia dapat budget? Bukan ke orang yang keluar dari penjara selalunya hidup tak semewah dia tu? Adakah dia naik kereta kancil dan tinggal di rumah setinggan? Tidak kan???

Semua nak FREE. Baik pergi matilah. Nak mati pun kena bayar tau. Kena guna duit.

Sunday, April 14, 2013

LOVE MY HUSBAND

Suddenly I feel like sharing something about my husband. Yup, my unique and unpredictble husband.

Love him when he admonishes you to wear the hijab. He wants to be sure you enshrouded by Allah’s Mercy when you leave the home.
Alhamdulillah. My future husband (at that time), once said to me. "Nanti u pakai tudung k. I sebenarnya suka tengok u tak pakai tudung. Tapi, u akan lebih cantik kalau u pakai tudung. Tak pakai tudung dengan I je ok."

Love him when he is jealous. Out of all the women he could have, he chose you to be his wife.
:). My husband susah nak jealous  But he is too jealous with my past. At last, I am yours dear. Jodoh itu ketentuan Allah. Dari zaman belajar dulu u selalu cakap u tak faham kenapa I choose my past. Hint la tu u syok kat I kan?

Love him when he forgets that special occasion. For him every moment with you is special so he does not need an occasion.
Aduh! Terkena batang hidung beb. Honestly, last year I mengamuk sebab my husband tak wish pun my birthday. Tahun sebelumnya he just said, u zikir banyak-banyak ok hari ni. Dulu memang tak faham sebab I dah terbiasa with celebration and surprise. Tapi sebenarnya he teach me something that I dont realized. Bersyukur Allah panjangkan umur.


Love him when does not praise your cooking. He told you as newlyweds that yours was indeed always the best.
Never praise but he finished my cooking. :). Tapi, kawan-kawan I cakap I masak sedap tau.


Love him when he does not reply to your questions. He does not want to hurt your feelings or is absorbed in thinking about your welfare.
This is one of my husband habits. Awal-awal dulu memang I mengamuk but now tidak lagi. Dah tak kuasa nak layan but still I love him for not saying or talking or answering my nonsence questions. Haha!

Love him when he is working till late. At least he comes home and you still get to sleep and wake up in his loving and caring arms.

Love him when he has annoying little habits that drives you nuts. You have them too (and maybe more).


Love him…when he looks dishevelled. He was busier caring for the family than grooming himself. By the way he is still cute!
Love him…when he does not help in the home. He is out earning a halal (pure) income for the family.

Love him…when he looks beautiful. He’s yours to appreciate!
Love him…when he goes out in the Path of Allah. He is preparing a blissful eternal home for you in Jannah.
Love him…when he does not comment when you get angry. He is a good listener.
Love him…when he buys you gifts you don’t like. Smile and tell him it’s what you’ve always wanted. He took the time and money out just for you!
Love him…when he has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help him change.
Love him…when he is irritable and moody. Buy chocolates, massage his back and feet and just chat to him. He will become your slave!
Love him…when whatever you do is not pleasing. It’s like a storm; it happens and will soon pass by.
Love him…when he drives so fast. He only wants you to be there in time.
Love him…when he extends his period of rest. He is re-charging himself to serve you the best.
Love him…when he forgets to say “I love you”. He actually shows his love in many other ways.
Love him…when he forgets to buy the bread or milk. He was rushing home to be with you.
Love him…when he does not give you a chance to talk. He just knows what is in your heart and what it is you want to say.
Love him…when he demands respect. After all he is the head of the house.
Love him…when he shouts at the kids. He only wants to ensure they are corrected and have a good moral upbringing.
Love him…he is yours. You don’t need any other special reason!!!!

All this forms part of a man’s character. Your Husband is part of your life and should be treated as the King!

Almighty Allah Ta’ala says:
“And among His Signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that you may dwell in tranquillity with them, and He has put love and mercy between your (hearts)…” (Qur’an 30:21)

The Messenger of Allah (peace be upon him) is reported to have said:

"Any woman who dies, and her husband is pleased with her, will enter Paradise.”(Hadith-Ibn Majah)

“If a woman prays her five daily prayers, fasts her month (of Ramadan), obeys her husband and guards her chastity, then it will be said to her: ‘Enter Paradise by whichever of its gates you wish.”(Hadith-Ahmad and al-Tabarani)

“Pay attention to how you treat him (husband), for he is your Paradise and your Hell.”(Hadith-13 Ahmad and al-Nisa’i)

“No human being is permitted to prostrate to another, but if this were permitted I would have ordered wives to prostrate to their husbands, because of the greatness of the rights they have over them.”(Hadith: Ahmad and al-Bazzar)

Don’t wait for that special occasion, take time NOW to make him feel special in Every Way! Just give him a HUGE HUG and if he asks why then say: ” It’s just because you are so SPECIAL.”

Wednesday, March 27, 2013

HARI YANG BAHAGIA

Hari gaji yang bahagia. Haha.

Kad ATM I dah hampir expired. So, cuti sekolah ni la peluang yang ada nak pergi renew. Yang buat I terkejut sbb servis BSN sangat cepat this time. Memang salute habis. Selalu sangat dengar khabar angin kata BSN lambat kan, tapi sebenarnya sekarang tidak lagi. Nampak je dalam bank tu penuh manusia, tp setiap urusan selesai dengan amat pantas sekali.

Then I and husband gi KWSP pulak. Jeng! Jeng! Jeng!

Letih dok bergurau dengan husband yang kitorang ni orang kaya. Padahal berapa je duit dalam tu kan? Dipendekkan cerita, pun selesai dengan amat pantas sekali. Salute lagi kepada staff KWSP. Cuma tang masa menunggu 21 hari tu yang tak seronok tu. Tapi takpe, sabar itu separuh dari iman....

Kemudian menyelesaikan segala urusan di bank-bank berkenaan dan satu je tak dapat iaitu ke OUM. Saja nak tanya kot layak ke tak layak nak jadi student kat sana. Tapi sebenarnya hati I lebih kepada nak sambung belajar kat tempat lain.... ;)

Cuma urusan-urusan jumpa tailor je yang belum selesai lagi. Maklumla, dah membesar dengan jayanya. Segala benda kena tempah baru. Haha.

Ok. Tu je update buat masa ni.

Saturday, March 16, 2013

HAPPY SANGAT

Mula-mula pagi tadi tak happy sangat. Ntahlah. Rasa macam putus harapan walaupun harapan tu masih ada. Haihhh.... Macam-macam ada dalam kepala ni tau.

Drama queen sangat kan aku ni?

Tapi tak tak tak. I am hurt so much but pretending to be OK.

Tajuk happy kan?

Apa yang happynya?

Today is the day.

After almost 2 weeks coaching my little lady for her storytelling competition, at last we manage to win dan akan mewakili daerah Miri untuk Science Storytelling peringkat negeri pulak.

Sebenarnya dalam keadaan aku sedih dan kecewa. Frust dan rasa terpinggir, ada ramai sangat kawan-kawan aku yang bagi moral support. Seriously, memang byk perkara yang buat aku terasa hati. I use my own money to buy all the costume and accesories. Alhamdulillah my KP ada offer untuk claim dari Panitia... tengoklah macammana, kalau aku rajin, aku claim la.... GB memang bagi tapi mestilah ada sokongan kan? Tapi sokongan tu sekadar memandang sepi je atas usaha aku. Storytelling je kan?

Thanks Amy sebab selalu teman aku melatih my little lady. Selalu juga dia bawak anak-anak murid dia sama-sama dengan aku melatih my little lady.

Thanks Wani sebab tolong siapkan jahitan costume my little lady. Aku ni jahit tak kemas sbb nak cepat siap and rasa dah tak larat dah. It was too little time to prepare. Tak sangka Allah berikan insan-insan yang baik hati.

Anis for the kata-kata hikmah dan kekuatan and Kem who being there to give me moral support. Dia siap tanya, "Nak aku datang tak for moral support?". Mestilah aku ok je. Wanie pun nak datang jugak, tapi aku tak bagi sbb the parking space is limited. Lagipun dia bawak anak kecik dia. Tak sesuai for that place. Jauh nak menapak ke tempat bertanding nanti.

Ceritanya aku cuba cari di internet. Cari idea and olah sket supaya related to the sylibus. I choose TEETH. Aku rasakan kemenangan ini termasuk dengan fakta sains yang kuat dan mengikut silibus tahap satu.

Alhamdulillah syukur kerana usaha ini amat berbaloi. Ya Allah. Sujud!~


The storytelling winners.


Wakil from our school. Tiga orang je. Tak payah ramai-ramai. Yang penting FOKUS!


Before performing her story. ;)

Next? Kitorang akan ke Mukah!~

Yeay!~

Should I bring my husband? Ahaks.

My yayang once said..." Mesti best kan kalau kau yang latih bercerita?"...

Hahaha... Bercerita gossip aku pandai la.... yang berilmiah tu.... Hahahaha... Sorry!~

Monday, March 11, 2013

CIKGU BARU

I dengar, 14 Mac ni cikgu-cikgu baru akan mula posting ke sekolah masing-masing. Tapi yang I pelik tu kan, kenapa dah nak dekat-dekat cuti sekolah disuruh posting?. Apalah salahnya suruh posting lepas cuti sekolah tu kan? Ngam-ngam mula April, gaji pun senang nak kira.

And lagi satu kan, kesian la kat cikgu-cikgu baru yang kena posting pedalaman or yg kena naik flight nak balik kampung. Komfem gaji tunggu la 3-4 bulan baru dapat. Mana nak cekau duit nak bayar duit transport? Malu la nak susahkan mak bapak.

I dulu pun macam tu.. Dok sebulan, pastu cuti raya. Pastu  I ni tak malu sbb I pinjam duit abah I buat duit tambang kapal terbang. Hihi.

Lagi satu I pelik, kenapa I busybody sangat hal orang ni? Lebih-lebih kesian pulak kan? Padahal banyak lagik hal nak kena pike kot...............

Sikit sangat lah keje ni... sampai I blur. I pun tak tau I buat apa hari ni kat sekolah. Hahaha. *sarkastik.

Sunday, March 10, 2013

6TH SENSE

No, I am not talking about the sixth sense which in my previous post. Blood B person has sixth sense but somehow it make sense after this incident happened.

Sebenarnya, sampai sekarang I rasa tertanya-tanya.

Tadi, tengah I sibuk melayan kebun dan segala benda di alam maya ni, my husband yang tengah buat kerja di working room tetiba muncul berdiri di antara pintu dapur dan hall.

"CD printer mana?"

Terkejut mak yang tengah kusyuk ni ok.

Seriously I was panicked sebab I tak tau kat mana benda tu. I rasa dia yang simpan segala benda penting. I rasa dia lagi organized than me. I rasa dia lagi tau mana dia simpan barang dia.

I takut la pulak benda tu hilang dan I dituduh menghilangkan harta.

I suruh dia tengok dalam kotak printer sambil I pura-pura cari kat tempat lain.

"Takda", husband I berkata.

"Kat mana letak warranty card printer ni?" dia tanya I pulak dah..... Ish! Tak taula.... Tak tau ok.

Seingat I warranty segala barang elektrik je yang I dok simpankan dan ada dalam drawer kat dapur. Demi menjaga hati I gi la cari. Memang takda.

Stress tau mencari benda yang bukan kita yang simpan walaupun dia pun dok punggah sana sini.

Lastly, I yang jumpa. Dalam plastik yang dia simpan segala benda installer yang dia ada. Itu plastik dia, mestilah sepatutnya dia yang simpan dan tahu.

Nasib baik I ni darah B. Ada sixth sense. Jangan main-main ok! Haha.

Note: Eventhough kitorang husband and wife, still ada space masing-masing untuk diri masing-masing. Sebenarnya, kalau I ni jenis tak kisah la apepe. Tapi myhusband tidak. Dia kan darah A... I ni darah B. Ada benda yang dia tak share dengan I. Maka, I pun tak nak la share dengan dia. Last-last I share dengan orang lain which are my friends. Hahaha!

I heran.

Dia yang malas cari ke atau sebab ada isteri, harapan diletakkan sepenuhnya kepada isteri?

Tapi tak kisahlah. At least I tau, kalau I takde mesti dia rindu kat I sebab takda mangsa nak suruh carikan barang dia walaupun dia yang simpan.

Dan lagi satu, takde orang nak fire dia kalau dia tak nak menjawab persoalan I. Ntah apepe. Eksyen dengan I bukan main, tapi bila tak jumpa barang...baru nak kawan dengan I.

Nyampah.

Dan saling melengkapi is the right word.

Sunday, March 3, 2013

DARAHKU


Jenis darah kumpulan B sering dikaitkan dengan personaliti berikut ; subjektif , peramah,kreatif dan fleksibel.

Selain itu , darah kumpulan B mempunyai daya mengesan sesuatu perkara melalui deria rasa yang keenam [instinct]. 

Mereka yang berdarah jenis B ini cenderung kepada individu yang berwawasan , sedikit misteri[4D],idealistik, imaginasi yang baik dan optimis. Mereka juga sangat penyayang terhadap binatang. 

Individu ini juga mempelajari sesuatu dengan baik melalui pendengaran berbanding apa yang dilihat dari mata kasar. 

Individu yang ramah dan menawan. Mereka juga mampu membaca pemikiran orang lain dan mampu memberi sokongan padu pada orang lain. Dalam situasi yang kritikal , mereka tidak terlalu memilih dan mereka selalu hidup dengan pilihan sendiri. Individu yang sangat optimis. 

Individu berdarah B juga dikenali sebagai 'Individualist'

Thursday, February 28, 2013

SWEET

Pagi tadi, masuk la toilet yang selalu mrhusband guna.

Bersih. Goodboy!

Pastu tengokla sabun-sabun dan syampu dia.

Terkedu jap.

Macammana sabun susu beras I ada dalam toilet ni?

Mesti mrhusband guna stok-stok yang aku ada kemain banyak tu. Maklumla, pompuan kan.

Bak kata mrhusband kepada kawan dia,

"Esok kalau ko dah kawen, jangan heran bila jalan-jalan wife ko beli barang. Orang perempuan ni memang akan membeli tak kira masa..."

Sukala ayat you!

Back to the toilet story.

Sengih sorang-sorang la I pastu. Simple thing that make me happy and smile. Cheer up my day tanpa perlu tabur wang ringgit atau harta benda pun. Amek barangI kot.... Haha.

Tapi, tak kisahlah sebab I rasa suka la.... bila sama-sama guna sabun susu beras.

Bila ada konsep sharing is caring. ;)

LAGU

Melankolik jap dan minta maaf jika entry ini buat ada yang tersinggung.


Saja layan youtube. One of my favourite song. 

Bila layan lagu ni kan, banyak betul memori muncul. 

Aku dah lupakan ke? Am I ready to let go everything once I decided to accept my husband proposal? Berat betul beban yang ditanggung. Tapi perlahan-lahan ianya berlalu dan muncul tanpa aku sedar. Mungkin ramai yang tidak tahu, terlalu banyak dugaan yang berat terpaksa aku tempuh dalam usaha aku melupakan kenangan silam dan membina kebahagiaan yang baru.

Allah itu sayangkan aku sebab itu Dia uji. Itu yang aku tanam dalam hati. 

Tapi, untuk menyesal atau berpatah balik adalah amat mustahil kerana tiap bicara manis bagai menghiris kalbu. Seriously, sakitnya masih terasa sampai ke hari ini. 

Lirik lagu ni somehow tepat terkena ke batang hidung sendiri lantas mengingatkan aku pada setiap memori. Tak mungkin la aku dapat tipu kata aku tak teringat langsung. Ingat tetap ingat, tapi lama-lama perasaan itu akan hilang.

Contohnya semalam, seseorang puji telekung aku sangat cantik. Selama guna kat sekolah tu, aku tak pernah peduli pun pasal telekung tu. Bila aku tengok tangan dia membelek-belek setiap sulaman yang ada, on the spot aku cakap...

"Oh. Tu boyfriend lama bagi..."

"Kau kata takda sapa nak kat kau Teh...."

Terus aku gelak. Gelihati betul masa tu.

"Punya baik boyfriend lama bagi telekung cantik ni, ko boleh tinggalkan...?"

Aku gelak lagi.

"Memang dia baik kak. Sangat baik. Macam-macam dia buat untuk saya. Macam-macam kenangan dia dengan saya..."

Pastu aku diam.

Satu persatu teman, ada di sekeliling mu, satu persatu teman tinggalkan dirimu...
Cumalah aku saja yang mampu bertahan memendam rasa

Kata-kata manis, tiada lagi ku dengar...
Hidupku pula makin tawar....

Tiap bicara manis, bagaikan selumbar bisa....
Kau tanam di jiwa, tak terlihat oleh pandangan matamu
Tiap bicara manis, bagai memujuk dan merayuku
Tak usah berlalu dan merajuk bawa hati pilu
Andai sudah tiba masa, tiada jodoh kita
Biar kita berpisah dari merana.....

I just wish. Tiap solat aku yang menggunakan pemberian dia tu, tak dapat banyak, sikit pun jadilah memberikan pahala dalam meniti sisa-sisa kehidupan yang masih ada.... 

Tu je la kot sebagai tanda aku nak balas tiap kebaikkan dia. Apa yang pernah berlaku, aku dah pun lupakan kerana dari dugaan itu semua, Allah berikan aku suami yang terbaik.... suami yang aku perlu.... untuk aku bersama-sama meniti hidup ini hingga ke jannah...

Syukur Alhamdulillah kerana mengurniakan dia seorang suami yang sentiasa membimbing dan mengajar..... Yang sabar dan menerima aku apa adanya....

Tuesday, February 26, 2013

CIK TI!

Ingat lagi tak I cerita pasal meja I yang penuh dan bertimbun buku tu?

Refer sini

Boleh tengok jugak gambar ni


Semalam I ada taklimat di PKG. So hari ni, hari Selasa baru I masuk sekolah. Kebetulan dua masa pertama I free. So, I ingat nak la lunch yang ditapaukan oleh kawan I.

Akibat stress makan mihun dengan sudu plastik, nak amek la sudu dan garpu dalam laci drawer I.

Sekali...............

Terkejut beruk I bila terjumpa CIKTI yang agak besar dalam drawer I tu.

Menjerit-jerit I dalam bilik guru.

Lalu datang HERO penyelamat. Memang nasib I baik cikgu tu belum gi kelas. Dia la yang tolong selamatkan tempat I dengan menghalau tikus tersebut.

Cikgu cikgu lain siap melompat-lompat dengan tinggi sekali. Amek kau... terus tunjuk bakat gitu....

I kemas-kemas laci I.. Habis maggi rusky/tomyam I sebungkus dia makan. Mesti dah lama tu buat bekalan kot. Sebab sempat dia tinggalkan bahan kumbahannya.

Lepas tu, kopi kacip fatimah I pun selamat dia rasa. Nasib kau la kan... Kau tu dah la jantan... terkepit-kepit la kau pasni sbb termakan kopi kacip fatimah.

Kawan I la agak jantan sbb agak besar dia tu.

Ishhhhhhhhh..... Memang syok dia dok dalam laci I tu. Sebab, dalam tu la ada kain telekung. Kain sejuk plak tu. Heaven la ko berumahtangga kat situ kan? Haish... nasib ko tak sempat kawen dgn sapa-sapa.. Jadi zoo penternak tikus la tempat aku maknanya nnt... Mementang jugak lah bilik guru tu berhawa dingin.... Senang lenang la ko ye. Makanan pun terhidang gitu.

Please dont come again and a big NO FOOD in the drawer anymore.

Monday, February 25, 2013

BILA

Bila rasa banyak kerja,

Fikirkan orang lain yang takda kerja, yang takde pendapatan, yang hidup bergelandangan.

Bila terfikir kenapa aku?,

Fikirkan orang lain tidak dapat peluang yang macam kita dapat. Anggap ini ilmu yang tak semua orang mampu kuasai dan buat.

Bila penat,

Rehatlah. Kopi secawan!

Friday, February 22, 2013

PENAT SANGAT

Seriously.

Penat mental dan fizikal.

Penat mental sebab banyak nya kerja bersusun-susun. Antara yang tengah memeningkan kepala I adalah nak mengira jumlah stok buku yang nak diorder tahun depan.

Dan juga segala dokumentasi berkaitan. Tapi, dah kerja I kan. Buat ajela slow-slow. Maybe salah I kot. Tak pandai nak manage time and I tak boleh nak extend waktu tidur I yang akan bermula jam 10 malam.

I never though kerjaya sebagai pendidik adalah sebegini mencabar.

Walaupun kitorang tak kerja satu hari/8 jam macam yang orang selalu canang-canangkan, untuk yang bekerja separuh hari tu penat jugak ko sebab keep on moving. Seriously memerlukan energy, fizikal yang fit serta kekuatan mental dan emosi.

I tak taula.

I tak cukup kuat kot.

Bebetul rasa flat. Tiap kali bangun pagi, mesti segala benda sakit dan lenguh. Sampai projek besar-besaran pun kena rilek-rilek aje.

Alhamdulillah husband I faham.

Semalam kan, bila I SMS bgtau I penat dan stress sepanjang sesi sekolah tahun ni, bila I balik... I bau rumah ni wangi sangat.

Memang I bebetul rasa masa I penuh. Hari sabtu I, sampai Sabtu 16 Mac adalah penuh dengan jadual bekerja. Nasib baik I dah stop dan memang tak nak ambil tusyen. I really need my own time. Tambah lagi I tengah berkira-kira to further studies...

Oklah. Tu je update sbb amat busy.

Nanti I cite pengalaman I makan ambuyat dan tumpik.

Sunday, February 17, 2013

PERIHAL LIDAH

Lidah itu lagi tajam dari pedang walaupun tidak pernah di asah.

Belajar menghormati jika ingin diri rasa dihormati.

Damage done! And most of them lost their respect on YOU!

How could people will corporate with this type of people yang mem"BODOH"kan orang sesuka hati di khalayak ramai? Penakut dan pengecut!

Apalah salahnya kira berani berjumpa dan berbincang. Menasihati dan mendidik.

Darah ini masih muda, ilmu ini masih cetek.

Jika nak dibandingkan dengan kamu yang "terkenal" seantero dunia.


...................................................................................................................................................................

Duhai hati,
Bertabahlah,
Tidak selalu kita berada di atas,
Tidak semestinya juga kita sentiasa di bawah,
Kerana hidup ini umpama roller coaster,

Kejap kita di bawah,
Kejap kita di atas,
Kejap kita berdiri tegak,
Kejap kita jatuh terbalik,
Kejap kita menjerit takut,
Kejap kita tertawa gembira,
Kejap kita menangis hiba,

Kerana ujian itu juga tidak pernah berhenti,
Untuk dirimu yang disayangi Allah,

Yakinlah,
Setiap ujian itu hikmah,
Dan bertabahlah duhai hati.


- teacher teh. miri, sarawak -

Friday, February 15, 2013

2 DOWN

Hari ni I tak berapa nak gembiralah. Banyak betul perkara yang mengganggu saraf neuron otak I ni. Bukan hal I pun, tapi sebab dah melekat dalam otak. Secara tak langsung I terfikir-fikirkan jugak.

Walaubagaimanapun,

Dalam keadaan ni ada dua perkara yang buat I tersenyum walaupun perasaan I terganggu. Dah kahwin ni takde la perasaan lovey dovey tak tentu arah kan? Dengan suami ajela tempat I memadu asmara. Ops!

Balik ke dua perkara itu.

Yang pertama.

Akhirnya berat I turun 2 kilogram tanpa I sedar. Memang I selalu cakap nak diet. Tapikan, everytime mrhusband cakap hari ni tak yah masak, kita makan buah. Siang tu komfem I akan pulun mengisi perut I. Lagipun I tak letakkan harapan tinggi untuk berat badan I turun sebab ada feeling macam give up pun ye jugak.

Yang kedua.

Paperwork/ Proposal I dah siap. Macam tak percaya. Syukur Alhamdulillah. Cuma nak tunggu feedback besok je ape ceritanya. Risau juga sbb GB I terkenal dengan hobi suka mendelete dan mencancel dan mengchanging. I harap dia puas hati. Amendment sesikit tu biasalah.

Itu ajerlah.

I can't imagine if I pregnant with all workloads that I need to handle now. Baru sikit peratus je siap. Tapi sedaya upaya I akan cubalah sebab dah jadi tanggungjawab kan. I will whine because people always need a shoulder to cry on right? But, at the other side, kena cubalah yang termampu.

Life is not as easy as what people always want.

You have to struggle hard, sacrifice and be strong to take the challenge and face the circumstance to get a better life in the future.

Setiap perkara ada hikmah. Bila I dapat tugas dan tanggungjawab, I akan cuba take it at positive side. Memang I akan merungut but I will do it no matter what.

Itu I. Tak tau lah orang lain sbb pada I, masa depan I, I yang kena tentukan.

Done!

MELAWAN ARUS CINTAMU



Every seconds, every minutes, every hours, every days, every week, every month, every year...

Kerna ku tak daya...
Melawan arus cintamu.

Thursday, February 14, 2013

MY PLACE

Hari Khamis lepas cuti Chinese New Year, I dah mula sekolah balik.

Seriously, rasa blur pulak kali ni. Ntah sebab I dok leka main game kot selama cuti 5 hari tu. I dengan husband memang tak gi memaner kecuali gi beli barang dapur. Selainnya dok rumah, tengok TV. Mrhusband I kan penjimat. Eheh.

Later I cerita pasal game yang I main tu k. Bukan game pelik-pelik ok.

Ingat nak gi sekolah awal, tapi terbabas jugak akhirnya. Walaubagaimanapun, misi I untuk hr Khamis tercapai untuk pergi sekolah rendah lagi satu dan bayar bil. Cuma yang tak setel, operasi menanda buku latihan budak-budak ni.

First day of school lepas cuti 5 hari agak chaos. Dengan cikgu tak datang lambat informnya. Dengan barang tertinggal. Dengan sexcited jumpa kekawan. I jadi serabut pulak. Yang cikgu tak datang tu satu hal. Lenkali, nak sama-sama menyambut CNY bagitau la awal-awal. Boleh kami arrange jadual tu, takpun carilah inisiatif ke kan.

Sampai sekolah, sakit kepala bila tengok ni


Ini tempat I. Memang tak kemas. Banyak gila buku. I tak tau nak mula dari mana. Kelas mana nak buat dulu. Pening kepala. Dah la kelas I full hari ni disebabkan menggantikan kelas orang lain which I think tak patut kot dia pilih I untuk bertukar jadual. I am too busy u know!~

Buku-buku yang bertimbun tu untuk PBS. Dokumen pun I belum siap susun. Belakang-belakang tu ada exercise book campur dengan activity book yang belum di semak. Atas meja I tu ada invois buku teks untuk di key in secara online. Ada data enrolmen murid juga untuk di key in serta borang BTBT190 untuk order buku teks sesi 2014.

Belum lagi I masuk bilik BOSS. Belum lagi I siapkan proposal projek SPBT. Belum itu ini dan hari ini juga I terima surat lantikan rasmi menjadi MC. Tambah pening kepala I.

Hmm. I just wish for the best. I tak pernah rasa sekolah kecil. I tak pernah rasa mengadap budak bawah 30 orang. I tak pernah rasa rileks bila menjadi seorang guru.

Ok. Sabtu ni I ada LDP. Sabtu depan ada event kat school.

Tarik nafas........ Lepas......

Tarik nafas......... Lepas........


Tarik nafas........ Lepas......

Tarik nafas......... Lepas........


Tarik nafas........ Lepas......

Tarik nafas......... Lepas........

ANAK-ANAK KU

Banyak sebenarnya perkara yang terjadi dalam hidup I dan keluarga I. Cuma I takde mood nak berblogging selama I banyak mendiamkan diri tu. Ditambah lagi dengan kesibukkan kehidupan dek sebab perasaan yang tak terlayan. Maka, layan kerja yang banyak tu ajelah.

Cucu-cucu ummi I dah ada dan bertambah.

Bermula dengan kelahiran arwah Omar pada 12 November 2011.

Kemudian kelahiran Nur Anis Fatehah pada 1 Julai 2012.

Dan kelahiran Muadz pada 14 Januari 2013.

Rezeki dari Allah yang tak ternilai. Walaupun I takde semasa mereka membesar, tapi kasih sayang ini tetap kuat. Rindu tu dah tentulah.

So, I nak share la gambar diorg except arwah Omar. I tak dapat tengok rupa dia yang dikatakan lagi comel dari adiknya Muadz. Ummi cakap, tak elok ambil gambar orang yang dah meninggal. :(.


Nur Anis Fatihah yang sangat cheeky.
Hari-hari aku call dia nak dengar dia membebel. (babytalk la)



Muadz. Lahir dengan berat 2.45kg. Tapi baru 20 hari dah naik 3.2kg. Membesar dengan jayanya!


Sape ni? My god son. Anak angkat aku. Tapi mak ayah dia ada lagi. Cuma nanti bila mak ayah dia kerja shift on weekend atau kerja malam. Dia hantar kat kamiorg.

Bestnye!

Semoga Allah kurniakan rezeki yang satu ini untuk kami satu hari nanti. Amin... InsyaAllah..........



Wednesday, February 13, 2013

MAULIDUR RASUL 2013

Backdated sikit entry ni.

Akhir Januari lepas, seperti tahun sebelumnya, I join perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah. Jarak perjalanan lebih kurang sama je dengan tahun lepas. Cuma tahun ni, kami berlepas lebih awal.

Alhamdulillah. I berjaya habiskan perarakan dengan amat cemerlang sekali tanpa rasa penat. Sambil berjalan tu pun enjoy je. Cuma tapak kaki I melecet sikit la. Termasuk peha memandangkan diri I yang semakin mengembang ni. Mengembang kot depan takpe gak. Ni mengembang kot tepi. Haha.

"Blame on the hormone pills!"

Sebelum kahwin dulu sibuk nak telan "Happy Pill". Dah kawen, tak pasal-pasal nak mengadap "Hormone Pill" pulak.

Perarakan ni kira sebagai pertandingan jugak.

My school telah berjaya mendapat tempat kedua sepanduk terbaik kategori sekolah rendah dan yang paling happy, sekolah I juga berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan mengalahkan sekolah2 menengah, badan kerajaan, badan swasta, kampung-kampung, surau-surau dan sebagainya. Pendek kata, memang ramai group yang join perarakan ni. Team yang paling ramai adalah 500 orang.

Kategori keseluruhan dimenangi oleh geng Penjara dan tempat kedua geng sekolah rendah lagi satu. Tapi sepanduk dan pakaian mereka memang cantik. Team kitorang tak ramai orang sedangkan uniform memang dah marvelous dah. Satu Malaysia gitu.

So, I share lah sekeping gambar berkaitan. Malas nak letak banyak-banyak. Tak baik riak. Hihi.


Spot me yang bulat itu. Hahahaha! Tapi I tetap menten kan?

Whatever it is. I puas hati sebab I dapat bakar lemak. Jadi I lebih kurus dari mrhusband yang ketika itu berada di rumah serta menidurkan diri sebelum beliau menyelesaikan kerja-kerja rumah.

Terima kasih kerana memahami I yang penat berjalan pada hari tersebut. (Cess! Macamlah selama ni dia tak pernah buat kerja rumah kan?).

Tuesday, February 12, 2013

MALAM TADI

Semalam kan, I keluar dengan kawan mrhusband. Beliau seorang perempuan. Ini lagi satu keunikkan suami I yang I tak pernah jumpa lagi pada lelaki lain.

Dia sangat suka duduk rumah dan memerap. Selama dua tahun perkahwinan ini, belum lagi dia keluar lepak mengeteh dengan kawan-kawan tanpa I. Kalau I ada aktiviti hari Sabtu, dia kat rumah ajelah. Buat kerja rumah. Kalau dia keluar pun, gi cuci kete and potong rambut. 

Bayangkanlah, selama cuti CNY yang panjang ni dia boleh memerap dalam rumah sahaja. Hari Sabtu dan Ahad tak keluar langsung. Hari Isnin petang, keluar kejap tengok rumput depan rumah. Malam tadi, terkeluar angkara isterinya ini. Nasibla kan. 

I rasa mrhusband ni introvert. Tapi bila dah jumpa orang dan ngam, terover extrovert la pulak.

Sebab habitat dia yang suka memerap tu, I la yang kena entertain his friend. I prefer dia ikut sama sbb dah itu kan kawan dia. Haruslah mereka itu nak bergossip bersama. Last-last dia cakap,

"U nak keluar, u keluarla dengan Do..."

I ni memang totally different with mrhusband. I kaki jalan. I tak boleh terlalu lama memerap kat satu tempat. Rimas. So, bersinar-sinarlah mata I. Terus siap, keluar dan kita enjoyyyyyyyyyyyy. Haha. Yang tak bestnya, dah komfem jumlah wang I makin menyusut. Hihi.

Setel meronda dengan Do. I bawak Do balik rumah sebab I belum solat Asar lagi. Dah alang-alang lepak je kat rumah sampai Maghrib. Lagipun, saja nak bagi mrhusband tu bersosial sket. Memang rancak la gossip mereka. Kalah Kak Nam.

Dalam kul 8 lebeh hantar Do balik. Mrhusband offer diri nak hantar sama. Nasib baik. Kalau tak, mau I muncung 14 inci.

I pernah tau mengamuk dengan mrhusband disebabkan satu hal yang memang patut semua wanita mengamuk. Tapi, mrhusband tu sangat baik. Dia suruh I istighfar. Ingat Allah dan tidak pukul I. I rasa bersalah tapi at least, amukan I tu menyedarkan dia dan buat dia berubah. Alhamdulillah.

On the way tu, I cakap dengan mrhusband.

"U, boleh tak singgah maybank kejap?."

Sekali dia cakap.

"U nak beli apa lagik?"

Terus mak diam.

I stress ok. Dia rupanya memerhati apa yang I dok tengok selama I online ni. Dalam maybank I dah takde duit. Cash in hand yang berkepuk-kepuk. So, nak transfer la semua tu dalam bank. Untuk keselamatan I jugak kan. 

Tetapi,

Selamat memang selamat.  Bila bab online shopping tu memang tak selamat. Haha. Macammana dia tau dalam neuron saraf otak I ni ada banyak sangat benda yang I nak beli?

Dia tak banyak cakap but he observed. Aku tak tau la apa yang dia dok mengumpat aku dalam hati bila tengok koleksi tudung yang bertimbun-timbun. Baju baru yang berpasang-pasang. Kain ela yang menimbun-nimbun. 

Monday, February 11, 2013

GILA TUDUNG

Azam tahun 2013 I salah satunya adalah untuk berhenti bershopping online. Inilah masalahnya. Bila takde shopping mall like you have at KL, di facebook dan internet bagaikan shopping mall yang terbesar di dunia. Seriously, kadang-kadang takda guna pun benda yang aku beli tu. Tapi sebab best main klik-klik, lantas bermaybank2u yang kita tak terasa pun duit tu makin menyusut. Maka ketagihan macam makan candu pun berlaku. Shopping online is like candu u know!~

I siap cakap dengan besfren I yang I nak stop shopping online and save my money banyak-banyak.

Tetapi




Akhirnya I tertewas jua hendaknya.

Sekarang ni I tengah gila tudung ala far**da tu. "Ala" je la pun, but still I rasa mahal la jugak. Seriously, since last time I bought Ariani (almost 4 years ago- masa i start pakai tudung pergi kerja), I dah tak beli dah tudung-tudung mahal ni. Masa tu almost RM400 jugak habis sekali beli untuk 3-4 helai tudung aje. After that, kalau beli Ariani pun yang plain harga RM30 tu je. My daily wear is my mom's tudung bawal and I really like it. Rasa confident gitu.

Tapi sejak menyedari kita perlu mengikut peredaran masa. Haha. Takla. Sebenarnya, I mmg teringin nak pakai tudung ekspress. Sebab I perlu bergerak pantas untuk mengejar masa. Yerla, I kan sekolah petang. Solat Zohor dan Asar pun dah tentu-tentu kat sekolah. Masa lapang I bukan banyak sangat. Other than that, I memang nak cepat. Pasal tudung bawal senget2 tu not the issue because I feel itu STYLE....Cuma masa tu belum jumpa yang menepati citarasa I.

Sampailah kawan sekolah lama I bukak page jual tudung "Ala" ni. I pun terjebak. Dari nak support member, terus ketagih sebab I feel gorgeous with that design. Confident tu melampau-lampau. Yang bestnya lagi, I am the only one yang pakai that style for the time being. Kawan baik I ada jugak pakai. Tu pun sebab beli bersama, cuma she prefer to choose warna-warna selamat. Tak macam I yang main redah je semua. I like the layer and the colour. Colourblock gitu.....

So far, dalam genggaman I dalam bulan ni je dah ada 5 helai. Yang dalam booking buat masa ini sehelai aje la. Tapi I belum puas selagi belum cukup semua warna. Ada jugak page lain yang offer best price for the same design tudung. Tapi I tak yakin sebab bila pakai tudung ni, kualiti awning adalah amat penting supaya anda kelihatan gorgeous sentiasa.

So ni I nak share few design yang I dah beli...





Tengok price tu. Murah kan? Masa second batch, my friend ni buat promo. Beli 2 percuma postage. Tapi new batch, dia charge la pos tu. Tp still I rasa antara yang murah dan yakin nak beli. Memang ada orang lain yg jual lebih murah. Tapi, awningnya hancur. (my friend dah try beli at other seller). Tak semua la macam tu, cuma dari experience I aje. Just in case my reader ni ada cadangan penjual tudung macam ni yang jual lagi murah, cantik, berbaloi dan yang penting berkualiti. Sila suggest kepada I di kotak komen ye.

Teringin gak nak pakai yang ori. Tapi, apalah ada pada nama kan? I respect dengan orang yang sanggup beli original because they have a lot of money selain dari menyupport bisnes orang kita. Alhamdulillah. Kalau I ada rezeki lebih, memang I teringin kot selai dua. Kalau ada yang nak sponsor pun best jugak kan? Hihihihi.... (attention: mrhusband).

So, korang-korang kalau teringin nak cuba, feel free to browse my friend page k.

TUDUNG ALA FAREEDA DANIA

Selamat bershopping!~

Sunday, February 10, 2013

A COURSE

Sekejap je dah Februari kan?

Pejam celik pejam celik esok dah Mac.

Cepat sungguh masa berlalu.

Kelmarinkan, I was stumbled at one website. Offer pergi kursus kat UK for 4 months. Pergi masa tahun 2014 nnt. Dalam hati rasa nak sangat pergi. Tapi, husband bagi ke? Dia kisah tak kalau aku takde kat rumah for 4 months? Atau dia suka. Haha! Seriously nak tanya dia takut sbb knowing my husband, dia punya analisa tu sangat detail. Selalunya, kalau ada masalah, dia akan minta izin nak masuk toilet dan bercakap...

"Kejap I fikir..."

Unik sungguh lelaki itu. Hehe.

Bayangkanlah. Pinggan kat dapur tu terkurang satu pun dia boleh tahu ok. Ayat dia pun senang hati je tanya macam ni.

"Ada pinggan pecah ke?"

Dah tau la tu, mesti dia dok mengira pinggan tu cukup ke tak. Padahal takde pun. Another pinggan, ntahlah. I pun tak ingat I letak kat mana. Tapi, lepas tu cukup balik la pinggan tu. Ni sudu dan garpu ada sepasang I bawak pi sekolah sbb senang I nak makan kalau tapau. Harap2 dia tak perasan sbb so far belum ada persoalan jumlah sudu dan garpu di dapur lagik.

See. How detail he is. Tu belum dia mencari satu rumah kalau stapler ke, gunting ke, gam yang ada dalam study room tu takde. Dan haruslah I yang jadi kaunter pertanyaan. Yela, sapa lagi nak guna dan ambil kalau bukan I yang memang terkenal dengan letak brg merata2.

Ada sekali tu, kat hotel. Barang-barang I ni merata. Kat meja kopi, dalam almari, dressing table, side table. Hari tu, dia siap dulu. Sementara I bersiap tu dia perhati je I. Masa tu, perasan cantik la sebab diperhatikan oleh suami kan....

Sekali, bila I dah siap, dia cakap....

"U boleh tak letak barang u satu tempat? Ni merata2 u jalan dalam bilik ni cari brg u."

I sentap ok. Putus feeling2 cantik I tu. Haha. Sentap2 lawak je sbb lepas tu I gelak. Ntah apela husband I tu. Kalau kat rumah ni memang tak merata la sbb bilik pun sekangkang kera. Tapi kadang2, I sikat jugak rambut I and pakai perfume kat study room.

Panjang pulak selingan cerita husband I.

At last, I download ajer la all the forms. Dan lagik satu, wonder mana nak dapat markah LNPT I pada tahun 2010. Tahun 2011 bersyukur sangat Semporna tak nak buat LNPT I and tahun 2012 haruslah di Miri ni jugak.

Tengok la macammana. This is good for my future sementara belum Allah beri rezeki yang satu itu. Haih. Banyak sangat fikir nnt kang sakit pulak kepala I ni. Tapi, memang I nak sangat cuba. Due date will be on this coming 15th February.

Then, last-last I isi borang kursus di INTAN. Tengoklah dapat ke tak. Macam takde harapan je kan. Cuba ajelah. Boring jugak asyik kursus dan taklimat kat tempat yang sama. Tak hotel sekitar Miri, kat PKG ni je pun. Tu je lah.

Karier I sebagai guru makin berkembang. Kembang la sangat kan? Siapa cakap jadi cikgu ni mengajar je. I pun macam u ols yang jadi pegawai-pegawai vavavoom tu tau. Hihi. 23 Februari ni ada event peringtkat Zon kat sekolah I. I kena jadi MC for that event. Tu memang kerja tetap dan berpencen I. But, this time in English!

Masak mak u ols!~

Selain itu, I adalah penjaga Skim Pinjaman Buku Teks sekolah. Our 2013 project will be TAMAN ASTAKONA. Eh, TAMAN RASHIDAH UTAMA. Haha. Taklah. TAMAN SPBT. Nama ape tak tau lagi nak letak. So, I nak buatlah paperwork nya tu.

Last year, projek kami hiaskan bilik tu. Alhamdulillah mendapat pujian ramai termasuk pihak PPD. I am so happy.

So, itu je la update untuk cuti CNY ni.

Doakan yang baik-baik untuk I. Amin. InsyaAllah.

Sunday, February 3, 2013

TERPAKSA

Selalunya terpaksa meluahkan rasa marah dan kata-kata benci untuk membuang rasa sayang dan rindu.

Itu aku. Tak tau la kamu bagaimana.

Friday, February 1, 2013

PENAT

Penat dua tiga hari. Rasanya macam non stop bergerak. Seriously, mengajar petang ni terkejar-kejar with the time and workloads. Sekejap je dah malam dan datang hari baru. Sampai rumah dah penat. Nak sambung kerja tergendala pun tak terbuat. Sudahnya pagi baru buat. Itupun kalau tak kena gi sekolah awal.

However.

Syukur Alhamdulillah Allah beri pekerjaan. Cuma terkilan kalau orang ingat kerja seorang pendidik ini mudah, dan rileks. Its not easy as what people see.


RAMBLINGS

Tahun 2013 yang kabur.

Awal tahun 2013 dah bagi petanda skill memasak aku akan berkurangan di mana lately dinner dimasak oleh suami tercinta kecuali breakfast di hujung minggu.

Awal tahun 2013 dah dapat complaint tentang buku teks tahun 3 yang katanya lambat diberi. Itu memang rasa geram dan marah. Why and why oh parents? Please understand us the teachers.

Awal tahun 2013 dah buat spoilt tak selesaikan tugas dengan baik. Walau berjuta alasan aku bagi pun, yang salah tetap aku kerana tanggungjawab itu adalah aku.

Harap-harap kejadian tu semua sebagai peringatan untuk diri sendiri supaya jangan sambil lewa, dont take things for granted, jangan menjadi seorang yang tidak produktif, dan ingat apa dia azam tahun lepas yang belum tertunai. Cuba tunai tahun ini.

InsyaAllah, azam yang secara fizikal itu mampu tertunai jika rajin dan usaha. Tapi azam yang melibatkan batin dan atas kuasa Allah itu hanya Allah yang lebih mengetahui.... 

PASRAH itu MENYERAH.

REDHA itu IKHLAS.

Walaubagaimanapun, aku ada azam penting hujung tahun ni yang ingin ditunaikan. Semoga Allah izinkan dan menjemput aku serta suami ke sana. 

Selain itu, selepas setahun membazir masa dengan kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya. Tahun ini aku ingin manfaat sepenuhnya masa yang aku dan suami ada untuk bermuhasabah diri, perbaiki diri, menambah kasih sayang dan merapatkan jurang antara kami. We plan few holidays during the school break. Balik kampung on cuti-cuti tertentu instead of tak balik langsung last year except cuti akhir tahun. Sungguh tak best. Bukan jimat duit sebab tak banyak pun duit kena simpan. Huhu.

Aku dan suami tidak pernah bercinta sebelum berkahwin. Kami cuma menyimpan hati dan perasaan. Walau jauh terpisah, terputus hubungan, tapi sebab ingatan itu kuat. Rasa itu ada walaupun tidak bertentang mata atau mengatur kata. Kerana Allah juga hendaknya walau hati ini telah diberi pada orang lain. Walaupun perancangan hidup itu tidak sama dengan apa yang ditetapkan olehNya.....

Serious, selalu terfikir kalaulah aku tahu begini cara aku bertemu jodoh. Tidaklah aku membuang masa begitu sahaja. Tapi, aku tidak menyesal kerana semua yang pernah berlaku adalah pelajaran dan pengajaran hidup. Terima kasih kepada yang pernah hadir dalam hidup ini. Yang pernah sedarkan aku tentang apa itu kehidupan dan masa depan.

Marriage is not a fairytale. Its real.

Wednesday, January 30, 2013

TEKNIK MENGUPAH?


Semalam dalam kelas Bahasa Inggeris, saya mengajar topik phonics. Sapu bersih dari topik satu sampai dua disebabkan kesuntukan masa membuat ABM. Walaubagaimanapun, saya rasa bersyukur dan gembira kerana anak-anak murid saya sangat berseronok dengan pengajaran saya semalam. Class control pun sangat baik. Bagaimana saya lakukan? Macam biasa, gunakan teknik memuji dan memberi penghargaan.

Apabila murid-murid saya dapat meneka dan mengeja gambar yang saya tunjukkan. Saya katakan pada mereka.

"Correct! Very Good Elly."

"Give a big clap to Elly."

"Good try Dickson. Any other friends want to help Dickson?"

Murid yang saya puji dan hargai ini, semakin bertambah semangat nak cuba meneka dan mengeja. Riuh kelas hari itu dicampur dengan gelak ketawa mereka.

Hari sebelumnya, saya gunakan teknik memberi upah yang amat jarang saya gunakan. Saya sebenarnya tak mahu mengajar anak-anak ini menjadi materialistik untuk menyiapkan kerja saya. Hari tersebut, saya beri mereka banyak latihan untuk disalin yang diluar kebiasaan mereka. Selalunya, bila kerja menyalin saya akan potostat kan lembaran kerja dengan duit saya sendiri.

Bila tengok penuh papan putih yang saya tulis. Mulalah mengeluh sorang-sorang. Saya kesian tapi dalam masa yang sama saya rasa kecewa. Mungkin dah terbiasa disogok bahan. Dah terbiasa guna buku aktiviti yang mereka hanya isi tempat kosong. Jadi saya cuba kaedah ini pula.

"First person who manage to finish this exercise, I will give you RM1."

Apalagi, makin cepatlah mereka menulis. Dan mengejutkan, seorang murid perempuan yang saya tidak sangka siap kerja saya yang pertama dengan tulisan yang cantik dan kemas.

Esoknya, masih ada lagi yang berusaha menyiapkan dengan meminjam buku latihan dari kawan sebab tak sempat salin di papan putih. Walaupun tak siap, saya gembira kerana mereka berusaha untuk siapkan sebab saya ada janji untuk yang betul semua. :)

Cuma yang saya masih keliru, adakah teknik beri upah ni sesuai diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran saya? Adakah ini memberi kesan negatif terhadap perkembangan anak-anak ini untuk jangka masa panjang?

Sunday, January 27, 2013

SIGH

Semalam kan, masa tengah browse info pasal PBS dan KSSR ternampak pulak mock up ujian APTIS dari BritishCouncil.

Teringat CPT hari tu. Comfirm lah I salah sorang yang gagal.

Kenapa diorang ni menentang sangat penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains? Sedangkan dah diberitahu ada dua option untuk mengajar. Boleh ajar in BM or BI. Up to you. Dah kerajaan terpaksa keluar duit berbillion untuk cetak buku baru versi Bahasa Melayu. Itu salah satu kerugian yang orang tidak nampak. Dalam masa yang sama membebankan guru buku teks nak rekod dan key in segala data sebab datang buku baru.

Dan yang peliknya, dalam keadaan dah keluar buku teks bercetak dalam BM, masih ada sekolah yang guna BI dalam pengajaran. Salutelah kat sekolah tu sebab pada aku, itu salah satu cara nak enrich budak-budak tu punya vocabulary. Based on my experience lah kan, masa aku sekolah rendah sampai menengah, semuanya adalah dalam BM. Kesannya, masa aku masuk university yang totally fully English, sangat terkial-kial aku dan sangat ketinggalan at the same time. Sebab aku tak biasa dan tak tahu term2 tu semua. Pergi kelas English pun kena repeat paper. Sedih bila ingat balik.

Kenapalah bila ada peluang belajar English dari kecil ni, ada yang membantah?

Tu satu hal.

Bila dah di BM kan. Maka wujudlah MBMMBI. Bertambahlah tugas guru. Bertambahlah lagi setelah ditambah dengan KSSR.

Cikgu BI pulak kena ambil test CPT dan APTIS. Datang pulak penjajah-penjajah ke Malaysia yang konon nak bimbing kitorang. Kalau dapat yang bagus takpa. Dapat yang ntahlah tak tau nak cakap apa cemaner?

Bila gagal CPT dan APTIS tu, maka cikgu2 kena pergi kursus selama 480 jam. Online dan class.

Semua ni pakai duit tau.

Aku ni bukan nak marah kerajaan kita. Aku geram kat orang-orang yang bangkang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains. Pandai bangkang je, tp realitinya di sekolah mereka tak tau yang cikgu-cikgu ni ajar jugak dalam BM. Walaubagaimanapun, bila buku teks tu dalam BI, budak-budak ni secara tak langsung belajar juga bahasa tu. Untuk masa depan diorang jugak.

Monday, January 21, 2013

GOOD NEWS

Tadi sebelum balik dapat berita gembira.

Oleh itu,

Janganlah menidakkan ketentuan Allah. Jika Dia tidak beri apa yang kamu minta, dia beri yang lain supaya kamu tidak terus berdukacita.

Alhamdulillah. Syukur atas rezekiMu.

Monday, January 14, 2013

MISSING

Seriously I feel missing.

At the other point aku rasa apa yang aku miss ni lebih kepada kehendak. Kehendak emosi, mental dan nafsu. Tapi biarlah. Nak rasa rindu jugak.

I miss KL, Putrajaya, Sunway, Pavillion, KLCC, Mid Valley and the list goes on. Aku sendiri pun dah banyak tertinggal apa shopping mall terlatest kat bandaraya KL tu. Sini pun bandaraya juga, but we got nothing here. Huhu.

I miss shopping there. I miss all the fancy restaurant. I miss window shopping. I miss ronda-ronda Jalan TAR. Banyak sangat yang aku rindu nih.

Biarpun bila balik JB tu semua benda ada depan mata tapi tak sama. Bila beritahu husband pun, dia diam je. Kitorang turun KL jugak, tp bertapa kat rumah adik dia je. Takde pun jalan-jalan dan kawasan larangan dia adalah Putrajaya. He said that once I ajak dia pergi Alamanda.

What past is past. After two years, everything goes fine I guess. InsyaAllah.

Semuanya Rahsia Allah.

Ya, rahsia Allah.

Friday, January 11, 2013

SHARING #2

Perkongsian hari ini.

Semalam, dalam kelas Dunia Sains dan Teknologi tahun 3 masih ada murid yang tidak membawa buku berkaitan. Saya sebenarnya sangat sensitif bila anak-anak ini tidak membawa buku teks yang diberi oleh kerajaan atas sebab "tertentu".

Kalau ikut hati saya, memang saya nak marah dalam keadaan ada yang tidak bawa buku, dan masing-masing tidak bersedia dan bercakap-cakap sedangkan saya sudah ada di depan mereka. Seperti biasa teringat tips akhlak Rasulullah. Saya tarik nafas dalam-dalam ketika keadaan yang hiruk pikuk mereka di dalam kelas.

"Baiklah murid-murid 3 Tekun. Siapa yang mahu belajar hari ini?"

Serentak keadaan sunyi sepi dan semua murid mengangkat tangan.

Saya teruskan bercakap dengan mereka....melalui panduan dari sahabat yang disayangi Hainey Sulaiman

"Kalau kamu mahu belajar, cikgu harap selepas ini semua murid mesti membawa buku masing-masing supaya cikgu senang nak mengajar dan kamu juga mudah untuk belajar dari cikgu. Kalau semua membawa buku dan mendengar arahan cikgu, sudah tentu cikgu akan gembira dan akan lebih sayangkan kamu semua..."

Semua diam.

Saya tak sangka, dengan hanya menggunakan ayat yang simple tersebut,

"Baiklah murid-murid 3 Tekun. Siapa yang mahu belajar hari ini?"

menyebabkan anak-anak murid saya senyap, memberi perhatian dan mengambil bahagian dalam pengajaran saya semalam walaupun dalam kelas ini ada antara mereka yang jenis tidak endah dengan pelajaran.

Berbeza jika dibandingkan kalau kata-kata sebelum ini...

"Semua senyap! Kalau kamu tak senyap, macammana cikgu nak mulakan pengajaran?"

atau mungkin macam ni

"Patutla kamu ni tak pandai-pandai, cikgu mengajar di depan, kamu bercakap di belakang..."

Kebanyakkan ayat-ayat adalah menuding kesalahan kepada murid dan sedikit pun tidak menaikkan motivasi mereka. Kesannya, kelam kabut P&P saya hari tu sehingga saya abaikan mereka yang tidak memberi perhatian. Dengan kaedah ini, bila murid dalam keadaan bersedia, saya sendiri nampak siapa yang tidak memberi perhatian dan siapa yang betul-betul mahu belajar.

Walaubagamanapun, saya faham jika ada rakan-rakan saya yang mengeluh kerana bukan mudah untuk menjaga anak murid yang hampir 50 orang di dalam sebuah kelas dan datang dari pelbagai latar belakang. :).... Saya juga antara mereka cuma dengan kaedah ini, I'm less stress.

Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan sahabat bidadari syurga yang dikasihi Allah kerana sudi berkongsi ilmu. Semoga kita semua mendapat manfaatnya. Terima kasih Hainey Sulaiman.

Wednesday, January 9, 2013

SHARING #1

Hari ini saya telah mempraktikkan contoh akhlak Rasulullah semasa kelas Pendidikan Moral tahun 3. Saya laksanakan aktiviti membuat kad ucapan perayaan bersama mereka. Semua murid membawa bahan kecuali Alson. Saya mula bertanya kepada Alson.

Saya mengaku pada awalnya saya rasa geram juga tengok mukanya yang slamber sambil minum air bila saya dapat tahu dia tidak membawa bahan. Cuba tenangkan hati dan berkata.

"Alson, kamu kan murid yang bijak. Murid bijak mesti bawa bahan yang cikgu suruh."

Dari riak wajah yang saya tak kisah saya tak bawa bahan tetiba air mukanya berubah dan terdiam. 

Kemudian saya bertanya kepada yang lain

"Siapa yang ada kertas lebih untuk diberi kepada Alson?."

Semua tidak mempedulikan permintaan saya. Pura-pura sibuk menghias kad masing-masing. Ini tak boleh jadi ni.

Lantas saya mengambil tindakan untuk gunakan ayat begini

"Baiklah, siapakah murid cikgu yang paling baik hati hari ini untuk beri kertas kepada Alson?"

Barulah seorang murid perempuan bernama Ashley bangun dan memberikan kertas kepada Alson.

"Terima kasih Ashley. Hari ini, murid yang paling baik hati adalah Ashley....."

Semua bertepuk tangan dan meneruskan kerja masing-masing.

Subhanallah. Betapa indahnya hidup ini bila kita mempraktikkan akhlak Rasulullah. Saya masih beginner. Masih dalam permulaan, dan masih teragak-agak. Hari ini saya cuba dan tidak sangka suasana kelas lebih tenang termasuk diri saya sendiri. Geli hati juga bila terkenang kembali pendekatan saya dengan anak murid tahun lepas. Cakaplah macammana pun, keadaan tenang cuma sekejap. Selepas itu chaos kembali. Sebab apa? Sebab yang keluar semua kata-kata negatif.

"Siapa bising, cikgu cubit!"

"Kamu ni kenapa nakal sangat?????"

"Duduk tempat masing-masing sebelum cikgu mengamuk..."

"Jangan bercakap! Diam.."

Haish! Tak sesuai sangat kan? Macammanalah tak stress?. Sekarang ni balik rumah pun dah tak rasa penat. Hati pun senang. Hihihi. 

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari saya.....