Hari ini saya telah mempraktikkan contoh akhlak Rasulullah semasa kelas Pendidikan Moral tahun 3. Saya laksanakan aktiviti membuat kad ucapan perayaan bersama mereka. Semua murid membawa bahan kecuali Alson. Saya mula bertanya kepada Alson.
Saya mengaku pada awalnya saya rasa geram juga tengok mukanya yang slamber sambil minum air bila saya dapat tahu dia tidak membawa bahan. Cuba tenangkan hati dan berkata.
"Alson, kamu kan murid yang bijak. Murid bijak mesti bawa bahan yang cikgu suruh."
Dari riak wajah yang saya tak kisah saya tak bawa bahan tetiba air mukanya berubah dan terdiam.
Kemudian saya bertanya kepada yang lain
"Siapa yang ada kertas lebih untuk diberi kepada Alson?."
Semua tidak mempedulikan permintaan saya. Pura-pura sibuk menghias kad masing-masing. Ini tak boleh jadi ni.
Lantas saya mengambil tindakan untuk gunakan ayat begini
"Baiklah, siapakah murid cikgu yang paling baik hati hari ini untuk beri kertas kepada Alson?"
Barulah seorang murid perempuan bernama Ashley bangun dan memberikan kertas kepada Alson.
"Terima kasih Ashley. Hari ini, murid yang paling baik hati adalah Ashley....."
Semua bertepuk tangan dan meneruskan kerja masing-masing.
Subhanallah. Betapa indahnya hidup ini bila kita mempraktikkan akhlak Rasulullah. Saya masih beginner. Masih dalam permulaan, dan masih teragak-agak. Hari ini saya cuba dan tidak sangka suasana kelas lebih tenang termasuk diri saya sendiri. Geli hati juga bila terkenang kembali pendekatan saya dengan anak murid tahun lepas. Cakaplah macammana pun, keadaan tenang cuma sekejap. Selepas itu chaos kembali. Sebab apa? Sebab yang keluar semua kata-kata negatif.
"Siapa bising, cikgu cubit!"
"Kamu ni kenapa nakal sangat?????"
"Duduk tempat masing-masing sebelum cikgu mengamuk..."
"Jangan bercakap! Diam.."
Haish! Tak sesuai sangat kan? Macammanalah tak stress?. Sekarang ni balik rumah pun dah tak rasa penat. Hati pun senang. Hihihi.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari saya.....
2 comments:
teh masa aku dkt uk..aku selalu dgr mak2 yg anak dah sekolah citer cara cikgu kat sana handle budak...diorg dah practice cara yg islam suruh. kalu budak nakal..cikgu datang peluk bg dia calm down...that's why sometimes org ckp kita lebih nmpk islamnya sesuatu bangsa dan peradaban dkt negara bukan islam...
Aku setuju etty.. sangat setuju... banyak cntoh boleh tengok bukan dari segi pembelajaran je... macammana mereka tarik org islam ke agama mereka pun guna teknik yang sama....
aku pun baru nk belajar... biasalah bangsa kita ni, kalau tak memekik, cekak pinggang dan segala harsh words mmg tak sah... lagi2 dengan keadaan sekolah aku yang crowded with kids... semua kelas hampir 50 orang....
cuma bab nak pelok tu.. pike sejuta kali kot sebab budak-budak kat sekolah aku mostly dr kawasan setinggan.... hr isnin dah bau masam....belum lagi selasa, rabu, khamis dan jumaat.... boleh pitam... hihihihihi
Post a Comment