Friday, January 11, 2013

SHARING #2

Perkongsian hari ini.

Semalam, dalam kelas Dunia Sains dan Teknologi tahun 3 masih ada murid yang tidak membawa buku berkaitan. Saya sebenarnya sangat sensitif bila anak-anak ini tidak membawa buku teks yang diberi oleh kerajaan atas sebab "tertentu".

Kalau ikut hati saya, memang saya nak marah dalam keadaan ada yang tidak bawa buku, dan masing-masing tidak bersedia dan bercakap-cakap sedangkan saya sudah ada di depan mereka. Seperti biasa teringat tips akhlak Rasulullah. Saya tarik nafas dalam-dalam ketika keadaan yang hiruk pikuk mereka di dalam kelas.

"Baiklah murid-murid 3 Tekun. Siapa yang mahu belajar hari ini?"

Serentak keadaan sunyi sepi dan semua murid mengangkat tangan.

Saya teruskan bercakap dengan mereka....melalui panduan dari sahabat yang disayangi Hainey Sulaiman

"Kalau kamu mahu belajar, cikgu harap selepas ini semua murid mesti membawa buku masing-masing supaya cikgu senang nak mengajar dan kamu juga mudah untuk belajar dari cikgu. Kalau semua membawa buku dan mendengar arahan cikgu, sudah tentu cikgu akan gembira dan akan lebih sayangkan kamu semua..."

Semua diam.

Saya tak sangka, dengan hanya menggunakan ayat yang simple tersebut,

"Baiklah murid-murid 3 Tekun. Siapa yang mahu belajar hari ini?"

menyebabkan anak-anak murid saya senyap, memberi perhatian dan mengambil bahagian dalam pengajaran saya semalam walaupun dalam kelas ini ada antara mereka yang jenis tidak endah dengan pelajaran.

Berbeza jika dibandingkan kalau kata-kata sebelum ini...

"Semua senyap! Kalau kamu tak senyap, macammana cikgu nak mulakan pengajaran?"

atau mungkin macam ni

"Patutla kamu ni tak pandai-pandai, cikgu mengajar di depan, kamu bercakap di belakang..."

Kebanyakkan ayat-ayat adalah menuding kesalahan kepada murid dan sedikit pun tidak menaikkan motivasi mereka. Kesannya, kelam kabut P&P saya hari tu sehingga saya abaikan mereka yang tidak memberi perhatian. Dengan kaedah ini, bila murid dalam keadaan bersedia, saya sendiri nampak siapa yang tidak memberi perhatian dan siapa yang betul-betul mahu belajar.

Walaubagamanapun, saya faham jika ada rakan-rakan saya yang mengeluh kerana bukan mudah untuk menjaga anak murid yang hampir 50 orang di dalam sebuah kelas dan datang dari pelbagai latar belakang. :).... Saya juga antara mereka cuma dengan kaedah ini, I'm less stress.

Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan sahabat bidadari syurga yang dikasihi Allah kerana sudi berkongsi ilmu. Semoga kita semua mendapat manfaatnya. Terima kasih Hainey Sulaiman.

No comments: