Ehey! Dah 2013. Alhamdulillah. Syukur.
Lama sangat tak update kan. Busy dengan cuti-cuti Malaysia. Tahun lepas adalah cuti sekolah akhir tahun yang paling panjang walaupun me and mrhusband balik ke semenanjung seminggu lewat dan kembali ke Miri seminggu awal.
Tapi, inilah kisah percutian yang paling indah! Kasih sayang yang mendalam. Cewah! Kita akan rasa apa yang pasangan kita rasa kan?
Rasa macam jatuh cinta sekali lagi dengan mrhusband dan semoga rasa ini berkekalan hingga akhir hayat kami. Aamin.
Anak-anak baru dah masuk sekolah. Sad to say, this year aku tak berapa nak masuk kelas tahun 1. 30 minit seminggu sahaja untuk kelas Pendidikan Kesihatan. Sihat sangat ke I? Hehehe.
So, semalam ada taklimat disiplin. Cikgu disiplin menerangkan pasal barang yang tak boleh dibawa ke sekolah. One of them adalah arak. Bila cikgu tunjuk je tin arak dan kasi lecture sedas dua. Tiba-tiba...
Cute chubby little girl :
"Cikgu, bapak saya sukaaaaaaaaa tu cikgu......"
Habis semua orang gelak. Kantoi! Macammana la perasaan bapak dia ni kalau tau... Heheh... Kids will never lie kan...
Another story from my friend masa diorg ni tgh perhimpunan on the first day of school.
Ada sorang budak menangis. Cikgu bagi mic dan tanya....
"Kenapa kamu menangis? Beritahu cikgu..."
"Mak saya tinggalkan saya kat sini. Dia dah tak sukakan saya. Sebab itu dia tinggalkan saya kat sini...."
Dah la cakap dekat mic...
Sangat DRAMA ok....
Well, inilah life seorang cikgu/pendidik/guru. But, it was fun thought.... Seronok melayan karenah anak-anak ni sekali sekala.... Lebih membahagiakan bila melihat kejayaan mereka nanti.
No comments:
Post a Comment