Wednesday, January 30, 2013

TEKNIK MENGUPAH?


Semalam dalam kelas Bahasa Inggeris, saya mengajar topik phonics. Sapu bersih dari topik satu sampai dua disebabkan kesuntukan masa membuat ABM. Walaubagaimanapun, saya rasa bersyukur dan gembira kerana anak-anak murid saya sangat berseronok dengan pengajaran saya semalam. Class control pun sangat baik. Bagaimana saya lakukan? Macam biasa, gunakan teknik memuji dan memberi penghargaan.

Apabila murid-murid saya dapat meneka dan mengeja gambar yang saya tunjukkan. Saya katakan pada mereka.

"Correct! Very Good Elly."

"Give a big clap to Elly."

"Good try Dickson. Any other friends want to help Dickson?"

Murid yang saya puji dan hargai ini, semakin bertambah semangat nak cuba meneka dan mengeja. Riuh kelas hari itu dicampur dengan gelak ketawa mereka.

Hari sebelumnya, saya gunakan teknik memberi upah yang amat jarang saya gunakan. Saya sebenarnya tak mahu mengajar anak-anak ini menjadi materialistik untuk menyiapkan kerja saya. Hari tersebut, saya beri mereka banyak latihan untuk disalin yang diluar kebiasaan mereka. Selalunya, bila kerja menyalin saya akan potostat kan lembaran kerja dengan duit saya sendiri.

Bila tengok penuh papan putih yang saya tulis. Mulalah mengeluh sorang-sorang. Saya kesian tapi dalam masa yang sama saya rasa kecewa. Mungkin dah terbiasa disogok bahan. Dah terbiasa guna buku aktiviti yang mereka hanya isi tempat kosong. Jadi saya cuba kaedah ini pula.

"First person who manage to finish this exercise, I will give you RM1."

Apalagi, makin cepatlah mereka menulis. Dan mengejutkan, seorang murid perempuan yang saya tidak sangka siap kerja saya yang pertama dengan tulisan yang cantik dan kemas.

Esoknya, masih ada lagi yang berusaha menyiapkan dengan meminjam buku latihan dari kawan sebab tak sempat salin di papan putih. Walaupun tak siap, saya gembira kerana mereka berusaha untuk siapkan sebab saya ada janji untuk yang betul semua. :)

Cuma yang saya masih keliru, adakah teknik beri upah ni sesuai diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran saya? Adakah ini memberi kesan negatif terhadap perkembangan anak-anak ini untuk jangka masa panjang?

No comments: