Monday, February 11, 2013

GILA TUDUNG

Azam tahun 2013 I salah satunya adalah untuk berhenti bershopping online. Inilah masalahnya. Bila takde shopping mall like you have at KL, di facebook dan internet bagaikan shopping mall yang terbesar di dunia. Seriously, kadang-kadang takda guna pun benda yang aku beli tu. Tapi sebab best main klik-klik, lantas bermaybank2u yang kita tak terasa pun duit tu makin menyusut. Maka ketagihan macam makan candu pun berlaku. Shopping online is like candu u know!~

I siap cakap dengan besfren I yang I nak stop shopping online and save my money banyak-banyak.

Tetapi




Akhirnya I tertewas jua hendaknya.

Sekarang ni I tengah gila tudung ala far**da tu. "Ala" je la pun, but still I rasa mahal la jugak. Seriously, since last time I bought Ariani (almost 4 years ago- masa i start pakai tudung pergi kerja), I dah tak beli dah tudung-tudung mahal ni. Masa tu almost RM400 jugak habis sekali beli untuk 3-4 helai tudung aje. After that, kalau beli Ariani pun yang plain harga RM30 tu je. My daily wear is my mom's tudung bawal and I really like it. Rasa confident gitu.

Tapi sejak menyedari kita perlu mengikut peredaran masa. Haha. Takla. Sebenarnya, I mmg teringin nak pakai tudung ekspress. Sebab I perlu bergerak pantas untuk mengejar masa. Yerla, I kan sekolah petang. Solat Zohor dan Asar pun dah tentu-tentu kat sekolah. Masa lapang I bukan banyak sangat. Other than that, I memang nak cepat. Pasal tudung bawal senget2 tu not the issue because I feel itu STYLE....Cuma masa tu belum jumpa yang menepati citarasa I.

Sampailah kawan sekolah lama I bukak page jual tudung "Ala" ni. I pun terjebak. Dari nak support member, terus ketagih sebab I feel gorgeous with that design. Confident tu melampau-lampau. Yang bestnya lagi, I am the only one yang pakai that style for the time being. Kawan baik I ada jugak pakai. Tu pun sebab beli bersama, cuma she prefer to choose warna-warna selamat. Tak macam I yang main redah je semua. I like the layer and the colour. Colourblock gitu.....

So far, dalam genggaman I dalam bulan ni je dah ada 5 helai. Yang dalam booking buat masa ini sehelai aje la. Tapi I belum puas selagi belum cukup semua warna. Ada jugak page lain yang offer best price for the same design tudung. Tapi I tak yakin sebab bila pakai tudung ni, kualiti awning adalah amat penting supaya anda kelihatan gorgeous sentiasa.

So ni I nak share few design yang I dah beli...





Tengok price tu. Murah kan? Masa second batch, my friend ni buat promo. Beli 2 percuma postage. Tapi new batch, dia charge la pos tu. Tp still I rasa antara yang murah dan yakin nak beli. Memang ada orang lain yg jual lebih murah. Tapi, awningnya hancur. (my friend dah try beli at other seller). Tak semua la macam tu, cuma dari experience I aje. Just in case my reader ni ada cadangan penjual tudung macam ni yang jual lagi murah, cantik, berbaloi dan yang penting berkualiti. Sila suggest kepada I di kotak komen ye.

Teringin gak nak pakai yang ori. Tapi, apalah ada pada nama kan? I respect dengan orang yang sanggup beli original because they have a lot of money selain dari menyupport bisnes orang kita. Alhamdulillah. Kalau I ada rezeki lebih, memang I teringin kot selai dua. Kalau ada yang nak sponsor pun best jugak kan? Hihihihi.... (attention: mrhusband).

So, korang-korang kalau teringin nak cuba, feel free to browse my friend page k.

TUDUNG ALA FAREEDA DANIA

Selamat bershopping!~

5 comments:

NiK SeNsEI said...

aku pun dah giler tudung ekspress skrg.. tp syg xberani online.. laki aku mana bg aku pakai tudung singkat2.. yg ala fareeda pun aku try bw balik umah.. xdiluluskan... nnt nk cri online ala fareeda saiz L.. =).. ko ada cdgn xnak beli kt ne?

Teh said...

Saiz L ni susah sikit Nik. Pertama kali aku jumpa yang labuh kat JB dengan supplier tudung aku. Tu pun aku amek sehelai je and terus jual kat member sekolah. The rest kebanyakkannya saiz M and tak begitu labuh...

Cer carik kat FB

Gumaisha
Koleksi Tudung Bawal

Salunya tiap kali aku like page tudung ni, dia akan suggest aku other page. Kat sana la aku mengexplore...

Nanti aku jumpa aku tag ko ek?

NiK SeNsEI said...

ok teh..tq.. Aku pun mcm ko.. Duit dlm bnk cpt menyusut.. Beli mcm2... Skrg sibuk tudung ekspress sbb xpyh pki pin.. Nnt susah nk pangku adam klu pki tudung bawal..

ibu DIna said...

teh, beli ngan yeng ke?
nnt letakla gambar pakai tudung tu nak tgk camne.. klo comel teringin gaks nak comel sekali hehehehe
mintak komisyen model ngan yeng okeh

-piah-

Teh said...

Nik Asma,

Betul tu. Aku yang tade dukung sapa2 ni pun boleh tersenget2 tudung kalau pakai bawal sbb tertarik bila galas beg yang berat tu.... Nanti aku tanya gak member sekolah aku mana dia beli tudung ekspress yang murah... Sebab hari2 ada parcel dia datang sekolah...

Piah,

Ha'a... aku beli dengan yeng. So far ok la tudung dia... Nanti aku amek gambo pakai tudung ni k... Mana tau ko suka... Aku suka je sebab awning dia cantik and muka besar... Batch baru, Yeng siap bagi aku request kaler lagik... Tak sabarnya....