Sunday, August 29, 2010

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

KISAH 1

Teacher Teh masuk kelas 5D. Waktu akhir persekolahan. Budak-budak dah nak balik. Bila loceng bunyi, aku pun lepaskan la budak-budak ni keluar. Sekali ada yang nak bersalam.

Aku pikir panjang, lalu cakap tak payah la salam teacher, kamu balik jer la.

Sekali budak tu jawab

"Oh ye kan. Teacher puasa. Tak boleh salam lelaki. Nanti batal."


KISAH 2

Masa tu ceramah ramadhan kat dewan sekolah. Seat sebelah kiri dah penuh. Tinggal sebelah kanan yang kosong. Cikgu-cikgu dah memenuhi seat depan. Jadi, kami bertiga duduk la kat belakang. Sekali, ada sorang cikgu laki datang mencari tempat duduk.

"Cikgu, pindah la sebelah sana."


Aku terpinga-pinga. Sekali GB masuk campur.

"Teh, pindah sebelah sana. Sini tempat lelaki."


Aik? Padahal ade je cikgu-cikgu pompuan lain yg duduk depan kitorang nih. Sekali cikgu yang mencari seat tu berkata...

"Tak boleh duduk dekat-dekat perempuan, nanti batal puasa."


Eh? Apakah? Kekawan, sila komen.

No comments: