Thursday, August 12, 2010

DEBARAN

Oho. Tengok countdown kat atas, dah semakin hampir nampaknya nak ke 100 hari sebelum Ketika Cinta Bertasbih.

Macam biasa, chat dengan encik other half. Baju nikah dia dah siap. Baju nikah aku? Tunggu balik ni baru pergi fitting. Rasa tak sabar pulak nak tengok baju sendiri bila dia kata baju dia dah siap. Baju Melayu Johor ok. Samping dah ade ke bang?

Jadi, balik ni pakaian yang kena finalize ialah fitting baju nikah, baju sanding dan baju bertandang. Kitorang bawak baju dari AS je senang. So, kat belah sana tak perlu la nak mencari-cari dan menyewa baju di butik kat Kulai pulak. Cuma sekarang ni tukang mekap kat Johor la. Sape ek nak mekapkan I ni?

Bila cakap pasal baju akad nikah, alamak.. tudung ke, veil ke, kasut ke.. satu haper pon aku tak pike lagi. Ok ow!

Barang-barang hantaran masih dalam proses. Separuh beli je kat online, the rest belikan aje di JB nanti. Semua hantaran untuk kedua belah pihak di buat di Alor Star.

Err. Lepas tu aper ek?

Set Bilik Tidur dibelanja ummi. Aku request semua putih, ummi dah order dah pon. Last-last dia letak set tu dalam my sister's room. So, untuk aku, kena tunggu aku balik la pilih mana yang berkenan. Tinggal planning dengan Huda nak beli cadar dan sebagainya utk hiasan bilik pengantin. Oh! Langsir jugak....

Kad jemputan kahwin di buat di Johor. Satu kad ada untuk both side. Mudah dan murah.

Guest's souvenir akan ditest balik nnt juga. Rasanya nak bagi cupcake untuk semua tetamu yang hadir. So, comfirmation akan dibuat balik raya nanti.

Souvenir untuk VIP dan VVIP pulak, I plan to give them kain batik and kain pelekat including some of kueh mueh tradisi melayu and cupcake. Tengoklah budget yang ciput ni cemane. Kalau tetiba duit tu boleh beranak, mmg I la yang paling happy sekali.

Kami ni guna duit mana yang ada. Tak sanggup nak buat loan. Huhu.

Bunga telor dan bunga pahar. Rasanya yang ini ummi akan uruskan. Tapi, takpon aku je yang beli balik nanti.

3 set of kain ela for my family. Untuk masa akad nikah, untuk masa sanding and masa majlis bertandang. Colour tak decide lagi and of course la tak boleh sama sebijik untuk pengantin kan? Nanti orang kompius mana pengantin ni.


Photographer dah comfirmkan tarikh baru. Catering, harap-harap ummi dah tolong selesaikan secepat mungkin.... Hmmmp.

HIV Test, InsyaAllah akan dibuat di Johor. Haih.. other half tu, kursus kahwin pon tak pegi lagi tu. Tapi ada hati nak kawen sebelum raya...

Barang kemas untuk pembatalan air sembahyang akan juga dibeli di Johor... Rasanya tak perlu la I bagitau ape dia kan? Tapi ntah-ntah other half letak jongkong emas je kat kepala aku ni. Hehehe.

Transportation untuk family dari Kedah/Selangor/KL ke Kulai, Johor. Budget minyak derang. I dont think derang semua nak naik bus. Satu kete paling-paling pun RM200 satu kete. Other half sewa bas dari Johor ke Kedah pon dah 2k satu hari ok. Sentap mak dengar.

Oh! Perlukah aku mencari sugar daddy disaat-saat begini?

Errm... ade apepe lagi yang aku tertinggal???

Risau jugak ni. Sebab sambil lewa nak booking tarikh kenduri dengan orang kampung la aku terpaksa tangguh pernikahan dan kenduri sehari selepas tarikh sebenar. Takmo dah pisang berbuah dua kali. I need to settle everything as soon as possible walaupun aku sendiri pon blur. Hehehehe.

Oklah, friends.... or maybe Sis Wana, ade apepe lagi tak yang Kak Teh tertinggal? Macam banyak je ni.....

6 comments:

h-huda said...

Oh! Perlukah aku mencari sugar daddy disaat-saat begini? -- samseng punya statement.haha.

tuh la,nanti kita apa kata survey cadar sesama eh.i pi anak bukit nanti.

tetiba rasa nak kena revise balik gak inya preparation.hoho.

LUTH ^_^ LUNA said...

ishh entry yg buat saya rasa nk bersanding balik...nk bersanding je..nk make up cantik2. pastu pki baju yg lagiiii cantik.preparation x mau sakit kepala..

Teh said...

Huda.
Zawi pun bercita-cita nak cari sugar mummy untuk tmpung duit kawen ye. Dia kata org keje bank tgh dapat durian runtuh ni. Jomlah kita serbu bank. Hahaha.

Etty.
Itula pasal. Ni pun dah pening-pening. Dah la masing-masing jauh. Dengan dugaan pertama pertukaran tarikh tu. Alhamdulillah, on the next day terus line ada...

Taktau la cemane perasaan masa hari sebenar nnt ni... hihihi

ruru said...

vavavavavav! banyaknya benda kerja kawen ni eh. masak mak dibuatnya nookS! haha.

Teh said...

itula. ni pun rasa ada yang tertinggal neh... uhuks

Wana said...

akak,

hurm, nk kawen mmg pening. wana ari tu pun byk benda setel through online and phone call. pape pun yg penting, buat list dulu..

start dengan nikah day, the klu ader berinani and sanding.. nnt br tau aper yg kurang.. kire mcm tentative la...

for the door gift make sure siap awal coz nnt tak kelam kabut.