Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua.

Masa ni la kita nak kumpul pahala lebih kan. Kesabaran pon nampaknya InsyaAllah meningkat....

Perancanganan perkahwinan kami nampaknya didatangi satu ujian. Sebenarnya kecil sahaja ujian tu. Tapi disebabkan masalah komunikasi antara keluarga kami berdua dan si dia, maka ada sedikit kepayahan untuk menyelesaikannya. Kemungkinan besar tarikh perkahwinan akan ditangguhkan lewat sehari iaitu pada 28hb November 2010 disebabkan ada double wedding di Alor Star.

Sebab kami hidup bermasyarakat, maka itu antara perkara yang perlu diambil kira.

Semoga comfirmation dapat dibuat lebih awal sebab banyak lagi proses yang perlu kami lakukan. Tunggu si dia je lagi untuk menghubungi ayahbonda di kampung. Nak dijadikan cerita lagi, line celcom di tempat dia ada masalah. Beberapa hari dah tak dapat berhubung kecuali melalui YM.

Ada beberapa perkara perlu ditukar tarikhnya terutama untuk catering. Tentang photography dan Mak Andam, InsyaAllah boleh selesai kan?

Harap kekawan semua dapatlah sama-sama doakan agar perjalanan berjalan dengan lancar dan sempurna serta kekal bahagia hingga ke akhir hayat kami.

Itu yang penting untuk kami berdua.

No comments: