Terus-terang, kalau nak diikutkan masa aku sekolah rendah, aku tak pernah dapat puasa penuh. Rasanya nak cukupkan 15 hari dalam sebulan tu pon adalah satu misi mustahil. Ntahlah. Mungkin faktor sekeliling jugak. Hari-hari aku pergi sekolah. Kawan-kawan ramai bukan Islam. Diorang pergi kantin, aku pun pergi kantin. Tapi bila sampai rumah, aku bagitau ummi yang aku puasa.
Ummi pulak layankan aje.
Salunya, ummi suka buat air sirap dalam tupperware letak kat peti sejuk. Jadi, sebelum ummi balik tu, aku selalu curi-curi minum air sirap tu. Selalunya ummi akan perasan kalau air tu berkurang. Masa tu, mulalah menuduh adik-adik. Maklumlah, kaklong kan kuasa veto.
Sebenarnya ade sebab kenapa aku takot kantoi tak puasa dengan ummi walaupun ummi tak pernah paksa.
Masa bulan puasa, ummi akan upah sehari puasa dapat seringgit. Kalau setengah hari, dapat la lima posen. Kalau tak puasa, maknanya tak dapat la upah.
Jadi bila raya tu, dah siap-siap bagitau ummi berapa duit raya ummi kena bagi hasil daripada puasa yangyok aku tu.
Masa bulan puasa jugak, akulah yang paling rajin pergi masjid depan rumah nak tarawikh. Ummi tak pergi pon. Aku yang beriya. Tapi bukan pergi solat pun. Pergi masjid sebab nak jumpa kawan-kawan and makan moreh. Teruk betul aku ni. Selalu je kena marah dengan orang-orang surau sebab bising dah giat bermain keliling masjid. Kadang-kadang ummi tak bagi jugak sbb adik aku report aktiviti aku dengan kawan-kawan. Mengamok-ngamok sampai ummi kata ok pergi la tapi balik sebelum pukul 10.Kadang-kadang lajak jugak. Pastu, mulalah aku create macam-macam alasan... Hihihi.
Zaman budak-budak, mana la kenal erti penat kan? Puasa ke tak puasa ke sama je. Tapi aku memang tak pernah puasa penuh sehari masa sekolah rendah.
Bila masuk sekolah asrama. Perlahan-lahan belajar dari kawan-kawan. Belajar dari apa yang kita belajar.... Mula belajar puasa cukup sebulan. Mula belajar menahan lapar dan dahaga. Belajar macam-macam tentang ilmu agama dan survivor hidup.
Sekarang ni, kalau di Semporna, setakat puasa je la. Ada kerajinan, buatlah tarawikh sendiri-senndiri. Tapi selalunya lagi banyak tak rajin. Bila balik kampung barulah merasa suasana Ramadhan. Pergi bazaar dan bukak puasa bersama keluarga. Bila maghrib je ummi dah mula kerah suruh pergi sembahyang tarawikh kat surau.
Ummi dah tak macam masa aku kecik-kecik. Nak puasa ke, nak solat tarawikh ke... terpulang lah. Skang dah tua bangka, liat segala bagai, baru la ummi nak suruh-suruh.
Hmmmp.
Tahun depan, lain pulak cerita Ramadhan aku kan? :)

No comments:
Post a Comment