Saturday, August 21, 2010

REALITI CINTA

Realiti Cinta? Ini bukan tentang Reality Show yang tumbuh bak cendawan. Tapi boleh la kalau nak dikatakan. Siapa yang tak cukup kriteria dan tak menunjukkan improvement, akan di vote keluar. Ok gak kan? Haha.

Cinta pari-pari dan cinta realiti.

Ada orang kata cinta pari-pari ini mengkhayalkan dengan kata-kata romantis sehingga membuatkan diri kita terbuai sama. Cinta yang penuh dengan kata-kata memuja sang gadis atau sang arjuna. Cinta pari-pari tak mampu menebalkan poket. Cinta pari-pari hanyalah cinta khayalan. Tapi, harus diingat, tak semua cinta yang membuatkan kita bahagia dan terawang-awang itu cinta pari-pari.

Mentang-mentang terawang-awang. Ingat boleh terbang macam pari-pari ke?

Dan boleh ke kalau kita kategorikan hubungan antara dua insan yang bercakap dengan baik dan bersopan santun. Saling nasihat menasihati. Ingat mengingati. Dikatakan sebagai cinta pari-pari disebabkan keindahan yang mereka rasa?

Ada org kata dia punya cinta realistik. Cinta yang berasaskan material la terus terang cakap. Kisah cinta poket tebal, hujan duit dan materialistik. Cinta yang pada asasnya adalah kerana duit. Kerana orang itu bekerjaya. Kerana orang itu jawatannya tinggi. Kerana cinta realistik menggariskan troli perlu diisi penuh semasa di Carrefour atau Tesco. Kisah cinta yang tangan mesti penuh dengan paper bag bila pulang dari Pavillion. Terapi cinta makan sedap di restoran-restoran mewah dan hotel-hotel lima bintang.

Tetapi pada hakikatnya, di mana kebahagiaan andai terseksa segalanya? Di luar memang semua nampak indah, tapi ada pernah kamu cuba bertanya apa yang dia simpan di hatinya?

Aku?

Lebih rela bahagia makan di gerai-gerai dari derita makan di restoran-restoran mewah.

Lebih rela bahagia membeli belah di Padang Besar dari derita membeli belah di Pavillion.

Lebih rela bahagia ke pasar tani dari derita ke Tesco membeli barang-barang dapor.

Lebih rela bahagia hidup di kampung dari derita hidup di kawasan bandar berteknologi tinggi.

Lebih rela bahagia dengan keberkatan rezeki yang Allah bagi dari derita dengan kemewahan melimpah ruah yang tidak pasti keberkatannya.

Lebih rela bina hidup bersama asalkan rasa diri dihormati, dari hidup dalam lubang emas tapi harga diri hanya di tapak kaki.

Walau aku sudah biasa hidup dengan ada semua. Walau aku sudah biasa dihujani material dan wang ringgit. Walau aku sudah biasa diberi apa yang aku minta. Tapi untuk bahagia, aku relakan diri ini memulakan semua segalanya. Mahu kita sama-sama bina masa depan. Mahu sama-sama bina keluarga bahagia.

Biarlah apa orang kata. Cinta ini untuk kepentingan sendiri. Cinta ini kerana mahu keluar dari Semporna. Cinta ini ada agenda tersembunyi. Cinta ini tidak ikhlas.

Tetapi bolehkah bantu aku bagi jawapan, tentang keikhlasannya menerima aku seadanya? Tentang penantiannya selama dua tahun? Tentang keberaniannya melamar aku untuk kali kedua? Tentang bagaimana dia memujuk hati ini bila aku kata aku sudah jemu dengan cinta? Tentang kasih sayang yang dia salurkan disaat kali pertama kami bertentang mata?

Yang penting hanya kami sahaja yang tahu kebenaran cinta ini. Segalanya kerana Allah.

Sayang, aku memilih kamu sebagai isteriku kerana Allah. Dan begitu juga yang aku harapkan dari kamu menerima aku juga keranaNya.
Jawapan kenapa aku bisa meninggalkan dia kerana lelaki ini. Kenapa aku bisa berubah hati yang sangat cinta akan dia kerana lelaki ini. Kenapa aku sanggup meninggalkan segala kemewahan dan masa depan yang sudah tentu cerah kerana lelaki ini.

Dan kerana lelaki ini juga yang memberi aku kekuatan dalam meneruskan kehidupan. Yang pernah mengesat air mata yang tak pernah berhenti. Yang membuatkan aku tersenyum. Yang telah merubah kehidupan aku kepada yang lebih bermakna. Yang memberi aku gambaran realiti cinta.

Cinta ini adalah keranaNya.

3 comments:

h-huda said...

sweet:).

Teh said...

tetiba i rindu nk pi padang besaq

Darin Amani said...
This comment has been removed by the author.