Dia jemput aku di Larkin dan kami ke Plaza Angsana untuk lunch. Kebetulan aku sampai pun dah tengahari.
"You nak makan aper?"
"I ikut je.."
"Kita makan Kenny Rogers nak?"
Aku tengok dia penuh makna.
" Mana u tau I memang dah lama teringin nak makan Kenny Rogers?"
Dia senyum je dan tengahari tu kami berborak sakan tentang hidup dan masa depan. Flash back balik kisah-kisah lama. Update cerita-cerita terbaru selepas setahun setengah terpisah.
Kemudian ke Jusco Tebrau cari hadiah birthday Rayyan dan beli baju. Seronok. Dah lamanya aku tak dilayan sebegini. Dia pilihkan aku baju. Dia pilihkan aku sandal. Dia bawakkan barang-barang aku. Dia layankan karenah aku. Rasa sangat bahagia. Selang seli ada juga dia selitkan tentang proposal dia tempohari. Tapi aku belom ada kekuatan untuk menjawab.
Kak Ida kata, "Teh, cari kekuatan dari dia...."
Hampir maghrib kami ke Tesco Kulai. Dia pilihkan aku jersi Netherlands warna oren yang aku sayang sangat.
Bertemu kawan-kawan sekampung dia. Makan-makan sebelum dia balik ke Sarawak. Makan di Pizza Vivo.
Yang menjadi ingatan hingga ke hari ini bila dia suapkan makanan ke mulut aku.
Rasa darah naik ke muka. Rasa terawang-awang.
Hampir jam 10 dia hantar aku pulang ke JB dan bermulalah perbincangan serius kami tentang proposal itu.
No comments:
Post a Comment