Monday, September 6, 2010

THE DAY I MET MY PARENTS IN LAW

3 September 2010.

Berdebar juga rasanya atau perasaan yang lebih dari itu. Ini pertama kali untuk berjumpa bakal mertua setelah bercakap melalui corong telefon sahaja.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Aura agaknya, senang je mak mengenali aku walaupun dari kejauhan. Awal-awal agak segan nak bahasakan mereka sebagai mak dan abah. Tapi, lama-kelamaan rasa janggal itu hilang.

Petang tu kami berbuka puasa di dalam kereta bersama kurma yang dibekalkan oleh Malaysia Airlines. Pulang ke rumah untuk bersolat maghrib dan seterusnya ke Bandar Tenggara untuk makan dan berjumpa adik beradik other half yang lain.

Seronok di Bukit Besar. Suasana kampung yang mendamaikan. Halaman rumah yang nyaman, penuh pokok dan kemas. Mak mertua yang sangat rajin menguruskan hal-hal pokoknya. Abah yang kelakar tapi dalam masa yang sama tegas. Zazi adik bongsu other half yang lucu.

Pagi Sabtu cuma duduk di rumah. Kemudian ikut mak dan abang ngah ke Kluang. Tolong bersihkan rumah di samping kena interview sedikit dua dikit tentang hubungan unik dan aneh kami.

Susah gak nak jawab kerana separuh dari jawapan itu hanya ada di dalam hati Zawi.

Kita tunggu cerita pertemuan pertama kali antara aku dan dia selepas berputiknya perasaan cinta, sayang dan rindu yang di lakar melalui alam maya....

No comments: