Saturday, September 11, 2010

FIRST TIME I MET HIM AFTER WE DECLARE AS A LOVER

"Teh, lepas Isyak ye kita gi jemput Zawi..." pesan abah.

Lepas berbuka, kemas-kemas apa yang patut. Terus aku ke bilik tetamu untuk bersolat maghrib dan menunaikan apepe yang patut.

Sekejapnya masa berlalu. Selesai solat Isyak, dalam masa aku bersiap-siap, mak mengetuk pintu.

"Teh, dah siap?Jom..."

Hati berbunga riang dalam debaran. Betul-betul berdebar.

Bila turun je aku dari bilik, abah menegur...

"Amboi.. cantiknya dia nak jemput darling dia..."

Aku tergelak.

"Ala.. pakai t-shirt je abah..."

Sepanjang dalam perjalanan, memang hati aku berdebar-debar. Berpuluh kali rasanya aku mengadu pada mak dan abah betapa berdebar nya aku. Sambil-sambil tu, abah dan mak masih menginterview kisah percintaan kami. Soalan cepu emas yang terlekat dalam kepala aku ni.

"Teh takde kawan ke?"

Cepat-cepat aku menjawab.

"Mmm. Takde."

Tipulah kalau aku kata memori itu sudah hilang. Tapi, aku masih waras untuk memikirkan masa depan. Siapa yang tak mahu bahagia bukan? Biarlah dia kata dia sayang aku sampai dia mati. Takde maknanya sayang kalau kesakitan yang sering menjengah perhubungan. Titik.

Sampai airport, sekali lagi aku luahkan rasa berdebar. Kami tiba awal. Jadi, sempatlah aku duduk berbual dengan mak tentang dia dan kami. Memang tak tergambar rasa itu. Sehinggalah kapal terbang dari Miri mula mendarat. Mak jugaklah yang perasan kelibat other half, sama macammana mak perasan kelibat aku semalam.

Semua other half salam kecuali aku, bila kami bertentang mata, ayat yang terkeluar dari mulut dia...

"Eh? Ada orang baru?"

Semua gelak besar. Aku tersipu malu.

Other half jalan bersama abang ngah dan aku bersama mak dan abah.

"Tengokla tu Teh. Dia buat macam biasa je. Macam dia takde apepe dengan Teh. Macammana la kami nak tau dia ada sapa-sapa..."

"Takpela abah. Dah memang dia jenis macam tu."

Bila nak naik kereta tu, abah bersuara.

"Teh naik dengan Zawi ye, biar abah dengan mak hantar abang ngah."

"Eh, abah bagi chance ke?" seloroh aku.

"Kalau tak balik kitorang mlm ni, paham-pahamlah ek. Nak pergi check in hotel ni".

Dia pulak berseloroh.

Abah dan mak gelak besar.

Dan mlm tu date pertama kami setelah berstatus. Berbual panjang sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Sebab penat dan kesiankan other half. Kami terus pulang ke rumah dan sambung perbincangan di dapor bersama mak dan abah. Perbincangan tentang esok dan tarikh 28.11.2010.

Bahagianya rasa....

No comments: