Saturday, January 29, 2011

2 MONTHS!

28.01.2011.

2 bulan dan masih teguh berdiri.

Syukur kepada Allah dengan rasa cinta dan limpahan kasih sayang yang tak terperi dikurniakanNya. Keindahan yang tak terungkap dengan kata-kata. Setiap detik adalah saat-saat manis yang tak terjangka dek akal fikiran.

Malam kelmarin, terima surat cinta dari mr husband.

Dalam setiap surat cinta mr husband, dia tak pernah miss dengan doa. Dan setiap kali baca surat cinta sampai part doa, mesti hati jadi sayu. Air mata pun berguguran.

Tak pernah sangka, akan hidup bersama seorang lelaki seperti mr husband. Setiap kata-kata dan perilaku dia tersangat-sangat indah. Yang sentiasa mengingatkan aku untuk sentiasa ingat dan berserah kepadaNya.

Sebab dialah suami aku dan aku adalah kekuatan dia. Titik.

"Dalam sejarah hidup I, I tak pernah dapat apa yang I nak. I berserah segalanya pada Allah. Dia Yang Lebih Mengetahui...."

2 MONTHS

Happy 2 months my love.
More seconds, minutes, hours, days, weeks, months and years to come, for us to treasure our love.

For all the love in me is all in you!
................................................................................................................................................................

"Ya Allah, Aku bermohon kepada Mu jangan Engkau timpakan dugaan dan cabaran dengan dugaan dan cabaran yang tidak mampu kami tanggung."

Friday, January 28, 2011

TETAMU KEHORMAT

Bzzzzzzzz!

Nah! Habis satu rumah aku sembur febre*ze walau hakikatnya takde pun benda alah tu kat rumah aku.

Pak Mertua, Mak Mertua dan Adik Ipar akan tiba di Semporna this coming Sunday.

Dapat je berita, terus aku bertungkus lumus memikirkan aktiviti nak dibuat bersama mereka. Tentatifnya bermula 31 Januari sehingga 2 Februari. Nak bawak gi pulau, nak ke derang pergi sana naik bot ape seme ek?

Cuma yang pastinya, aku akan bawak derang ronda pekan tret tet tet, dan ke pasar ikan. Mungkin juga nak ke Tawau.

Alhamdulillah. Tak adala aku kebosanan untuk cuti seminggu yang takde makna tu.

Ramai juga yang tanya dan ingat aku akan gi jumpa Mr husband. But, I am not. Soalan dan penyataan tersebut sebenarnya agak mengguris hati.

Mr husband takleh keluar during CNY disebabkan keadaan cuaca yang hujan. Ada kawasan yang banjir with jambatan runtuh lagi. Perjalanan dia untuk ke bandar Miri takes nearly 10 hours jalan balak. Kalau naik bot, it takes 2 days.

Dan ini juga jawapan kenapa I prefer to go Miri instead of menyusahkan dia datang sini. Mau 3 hari agaknya baru dia sampai ke sini. Jadi, biarlah dalam perjalanan dia yg sepuluh jam tu, dalam masa yang sama aku pulak dari tawau ke miri. Fair and square.

Ok. Dah lari topik.

Lepas kehadiran mertua... aku menunggu pulak kehadiran family aku dan kawan-kawan ke sini.

Mabul jom!

Thursday, January 27, 2011

MEMORI 3 : DRIVE SENDIRI

Salah satu saat indah setelah bergelar suami isteri. Dengan baju nikah masih di badan, kami drive sendiri ke butik untuk bertukar ke persalinan seterusnya.

Adik manis pengapit yang amek gambo nih. Dia kata, sorry dia kacau daun.

Masa ni macam malu-malu gak sebenarnya. Sebab baru je jadi suami isteri. First time naik kete oren round Alor Setaq.

Tetiba teringat insiden first time mr husband bagi bunga.

Bulan posa 2010.

Kitorang jalan2 kat Alor Setaq. Sekali dia ajak aku singgah kedai bunga tepi jalan. Aku pelik. Dia kata saja nak pi tengok. Dia kata dia suka tengok bunga. Lagilah aku pelik.

Seorang lelaki yang gagah perkasa suka menengok bunga? Apakah?

Aku layankan aje sebab aku pun boleh survey-survey handbouquet utk wedding nnt. Tengah aku dok leka tengok bunga, dia pon leka layan diri dia.

Sekali tetibe masa nak balik tu...

Jeng jeng jeng....

"Nah ameklah. First time tau ni I bagi orang perempuan bunga..."


Sambil sengih-sengih.

Terkesima aku. Like hello............ perlu ke mention first time bagi bunga kat perempuan?. Hahaha. Nak gelak sebenarnya tapi control sbb blushing jugak time tu. Perasaan yang tak tau nak describe sbb aku pun first time dapat bunga tanpa sebab.

Bunga dia pon special gak.

Sekuntum bunga rose kaler merah. Pastu banyak gila bunga baby breath yang kecik-kecik tu. Yang salu orang guna untuk menambah keindahan bouquet tu.

Pastu siap cakap macam ni lagi...

"I ingat memula takmo bagi bunga rose. Nak bagi bunga kecik ni je. Tapi u macam suka bunga rose je... I suh la dia letak satu..."

Bila masa ntah aku kata aku suka rose. Hihihi. Comel betul la dia nih. Tapi, aku memang happy sangat-sangat masa tu. Sampai rumah, tayang kat satu family.

Aduhai....

Rindunya sama lelaki itu.

Wednesday, January 26, 2011

BILA TERINGAT

Kadang-kadang, bila jiwa melankolik aku datang. Eh kadang-kadang ke? Macam selalu je kan....

Selalu je aku teringat kat mr husband. Dah tu nak ingat kat sapa pulak ye dak? Hahaha.

Masa kitorang mula-mula nak bercinta. Eh? bercinta ke tak ek... Ala-ala, macam sesi suaikenal la kiranya.... Mr husband ada turun Alor Star masa bulan puasa. Kejap je sebab nak perkenalkan diri kat my parents. Lagipun, lusa tu dah nak raya.

Ada one night tu, lepas kitorang pergi supper kat mamak Yasmeen, dalam kereta otw back home, mr husband tertanya satu soalan...

Mr Husband : U... u rasa cukup tak dengan apa yang I beri selama perkenalan yang singkat ni? U rasa cukup tak kasih sayang dari I?


Aku terdiam. Macam nak tak nak je tekan pedal minyak. Tak tau nak jawab ape. Jawapan standard aku, mestilah jawapan menjaga hati kan?

Mrs Wifey : I rasa ok je. I tak rasa apepe yang kurang. I am ok with what u give me.



Mr Husband : I minta maaf ye kalau U rasa kurang kasih sayang dari I... I bukan tak nak pegang tangan u... I bukan tak nak peluk u... I nak... Tapi kita ada agama kan? Kita tunggu lepas kahwin ye?


Terkesima aku dengan ayat dia. Rasa malu pun ada. Rasanya rendah diri sangat-sangat. Masa tu aku rasa, layakkah aku untuk lelaki sebaik ini?

Tapi, atas nasihat yang lebih tua, aku tau... lelaki inilah yang akan membimbing dan mendidik aku. Lelaki ini jugalah yang mampu mengubah aku kepada yang lebih baik. Alhamdulillah.

Mr Husband tidak pernah minta lebih dari apa yang aku mampu beri. He dont expect too much from me. Dia juga tidak pernah menuduh aku sebagai perempuan yang tak tahu bersyukur. Tidak pernah menuduh aku tidak menghargai dia. Tidak pernah merungut dengan setiap dugaan yang menjengah perhubungan kami.....

Sabar dan selalu istighfar bila syaitan mula menggoda nafsu. Itu pesan dia pada aku.

"Istighfar ni banyak fadhilatnya...."

Tuesday, January 25, 2011

DENDA PERTAMA 2011

Aku ingat, dah takmo lagi le main denda-denda budak ni. Bosan dah. Buat naik darah je. Yerla, mana tau kot aku ni termengandung ke kang. Tak pasal2 anak aku terkenan budak yang aku denda tu...

Tapi, hari ini... itu batu sudah ada dalam itu budak punya kepala laaaa....

Maka, mak terpaksa mendenda u ols... mak tak bersalah hokeyyy!!!

Memula berdiri atas kusi. Lepas tu we ols paksa berdiri atas meja pulak. Sebab masa berdiri atas kusi, kejap-kejap duduk tanpa di suruh. Tak faham aku anak-anak zaman skang ni.

Muka dipalingkan ke belakang sebab takut menjadi bahan bukti kepada pihak pentadbir. Cikgu dia ni pun bijak juga buat trick.

" Gambar ni teacher nak hantar kat guru besar. Biar padan muka kamu..."


Padahal nak letak dalam blog. Muahahahaha.

Lagi satu, budak ni sebenarnya baru je dapat surat amaran sebab bergusti dalam kelas di pagi-pagi hari.

Jadi, betul la kan mak tak salah kan? Budak ni yang nakal kan kan kan?

I LOVE HER

"yang..ai nak ngumpat yu lame verchenta ngan orang len..kawen ngan orang len..

kalo dh tetulih yu berkawen dgn org yg leklek kool tangkap gambar kawen cam gambar klas...verchenta lelame ngan orang suke kasik mental torture pown tak gune jugak yang..

oppsssssssss....."


Siapa yang tulis ni?

Sila angkat tangan.

Monday, January 24, 2011

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

Tahun ni selain aku ngajo mata pelajaran Bahasa Inggeris, aku kena gak ngajo subjek Kajian Tempatan.

Aku sapu kelas tahun empat dua kelas, kelas tahun enam satu kelas.

Tapi ni untuk sem satu ni je kot, sebab bila dah sem dua, jadual akan dianjalkan. Maka, akan berlakulah pemboringan diriku mengadap muka budak tahun enam hari-hari sampai aku dah hapal pe'el sorang-sorang.

Back to the topic. (Entry mmg nak terpesong aje)

Ini aktiviti hari ini.

4 orang murid yang terlibat sbb 4 orang ni je yang rajin bawak bahan-bahan yang dipesan. Yang lain, cikgu denda menyalin nota dalam buku teks termasuk melukis sekali gambarajah pondok dan ran.

Nasib koranglah!

Gagagagaga! Gua warna biru. Layankan aje... Kita tengok kreativiti derang sejauh mane.....

Ada gua warna coklat.... pokok-pokok sekeliling.... dan rumput2 di keliling gua... pokok tu, cikgu dia yang lebih-lebih join main plastesine.


Tu dia..... besaq gedabaq dia punya gua... dalam gua penuh rumput.... plastesine dia ni kualiti playdoh. Padahal beli kat kedai 99 sama dengan RM 3.00.


Tetiba muncul pembantu tak diundang konon-konon nak tunjuk cara-cara membuat gua. Sapa suruh tak bawak barang. Tengok kekawan dok syiok main plastersine, korang pon mula la gedik nak join sama....

Budak ni dia ada idea sket la.. sebab tak mcm bebudak lain yang terpinga-pinga tatau nak design gua cemane.... dia ni siap gelek dengan gam... gunting plastersine tu kasi lurus... eh, apepe je la kan?

Orang ni, cikgu dia yang lebih-lebih sebenarnya.... Tengok inai i yang semakin menghilang itu? Lagi 4 hari, genap dua bulan i bergelar isteri orang..... Alhamdulillah.....

Actually ni tajuk JENIS PETEMPATAN AWAL MANUSIA....

Kelas lain aku siap suh bawak ranting dan mancis untuk buat ran dan pondok, tp kelas ni satu ape pun tak bawak... Jadi, korang dapat kenal gua je la yeh?

Minggu depan kita masuk topik dua. No more tenyeh plastersine lagik!

NAK KURUS!

Aku nak kurus.
Tapi selalu program kurus aku gagal.
Bila tanya mr husband.
Jawapan dia mesti standard...

"Kalau u selesa badan macam ni, ok la... kalau u tak selesa, u diet la..."


Tapi,
Pernah gak dia cakap,

" I suka tengok u kurus macam kat maktab dulu..."


Hmmm...

Misteri dengan mr husband.

Tapi aku amek pendekatan dia suh kurus, sbb dia sokong betul aku beli her*bali*fe... pas habis herbalife baru dia suh belii premi*um beau*tiful... hahahaha!

Cuma satu la aku tak puas hati,

Dia tu tak kurus-kurus pun...........

Jawapan standard dia,

"Nanti masuk dalam I kurus laaaaaa............."

Tengok makin membesar ada la.

MONTEL!

Saturday, January 22, 2011

A MONTH!

This week dah masuk sebulan berada di bumi Sabah.
Tak sabarnya nak tunggu bulan 3.
Sebab nak jumpa mr husband yang chomel tu.

Actually we planned to meet up on CNY.
Jadi hal pulak, Miri banjir.
Jambatan runtuh.
Maka dia tak dapat nak keluar.

Ada my friend kat Ulu Teru,
Air naik sampai ke dalam rumah.

Alhamdulillah,
Last week dah berjumpa.
Takde la tersiksa jiwa raga sangat.

Walaupun sebenarnya,
Dua tiga hari ni rasa sangat cengeng.
Every nite nangis sampai tertido.
Kalaulah boleh meraung, memang nak meraung je.

Esok pagi mata rasa berat.
Sebab penuh taik mata.
Hahahahaha.

Nasib baik juga.
Lately ni mr husband kerap online.
Guna sebaiknya sebelum schoolnet tamat kontrak dengan KPM.
Huhuhuhuhu.

Satu persatu dugaan datang menjelma.

Dan itulah sebenarnya penguat kasih sayang antara kami.

Thursday, January 20, 2011

MEMORI 2 : SUAMI KU YANG BERTENANG


Mana pengantin lelaki ni?
Tak sampai-sampai lagi....

Hehe.
Sebenarnya....
Yang baju kelabu tu la mr husband.

Masa ni kitorang tengah tunggu time 9.30 pagi.
Jurunikah lak dok sebok isi-isi borang.

Aku lak tercongok kat belakang tu.

Sekali,
One of my bestie berjaya capture antara aksi menarik mr husband.

Amboi-amboi,
Bertenang nampak cik abang?

Bersantai-santai je dia menunggu saat dinikahkan.

Lepas majlis, aku ada tanya dia...

Mrs Wifey : Yang, u berdebar tak masa nak nikah hari tu?
Mr Husband : Takdela. Biasa je. Tak sabar adela. Bila la nak selesai....
Mrs Wifey : Tapi, kenapa u salah sebut nama I?
Mr Husband : Sebab I blur dengan akad. Panjang sangat. Pastu lain dari biasa...

Ye ke? Ke alasan tu??? Hehehe.....

Ini contoh akad di Mukim Anak Bukit.

............., Aku nikahkan dikau atau aku kahwinkan dikau dengan ...................................... untuk menjadikan dia sebagai isteri kau dengan mas kahwinnya............

Wednesday, January 19, 2011

MEMORI 1 : LAWAK TAK KELAKAR


Me and Nik depan rumah.
Masa ni macam emo kejap.
Padahal nak pergi menikah ni.

Diela mana kau masa ni?
Ke kau yang amek gambar nih?

Tengah bersiap, ummi SMS.
Pengantin lelaki dan family dah kat masjid.
Nikah kol 9 pg.

Apakah?
Janji kol 9.30 pg kan?

Sampai je rumah, ummi takde.

Menyorok mana pulak ummi ni.
Jenuh aku call tak dapat.

Pelik.
Tadi kata semua dah ready kat masjid.

Gelabah dah aku!

Nak tau sebab apa?

Sbb pagi-pagi aku nak bersiap tu ummi buat lawak tak kelakar ok.

Dia kata.

"Nanti ummi tak pergi masjid la ek?"


Tak ke kau sentap dan gelabah bila mak ko tetiba hilang di pagi hari pernikahan ko?

Rupanya dia tengah sebok berurusan kat surau.

Nasib baik abah dah ready kat masjid.

Alhamdulillah,

Majlis Pernikahan kami berjalan dengan sangat lancar.
Seluruh ahli keluarga menjadi saksi pernikahan kami.

Kecuali adik yang no 2.
Tido sampai tengahari budak tu.
Sukati dia jek!

Dengan dua kali lafaz tu.
Maklum la.
Bercinta tak sampai setengah tahun.
Dating tak sampai 5 kali.
Nak hafal nama pon tak sempat.

Hihihihihi.

Ada lagi memori tentang nama aku yang panjang berjela nih.

SANGAT CAIR

A little conversation mr husband and mrs wifey,

Cerita-cerita-cerita-cerita.... dan gosip-gosip-gosip-gosip...

Tetiba, I terstumble with a question.

Mrs Wifey : You, kalau tetiba i senyap je. Pastu tak SMS u kan... cemane?
Mr Husband : I carilah u nanti. (sambil merenung jauh)


And he never failed to SMS and update his condition everyday.

Padahal, nak anta satu SMS, kene bergantungan kat tingkap kelas di tingkat dua untuk mendapatkan reception.

Dan sebab itu juga aku tidak pernah tersampai hati untuk lupa bercerita tentang aku di sini.

Kerana dia tidak pernah lupa aku.

"You, kalau apepe jadi, u ingat satu je ye. I sayang u sangat-sangat... Jangan lupa itu."


Dan bila jiwa melankolik aku datang, tengok wajah dia masa dia tidur, buat hati ini rasa sayu sangat.....

Terima kasih Allah kerana mengurniakan lelaki seindah dia.

Tuesday, January 18, 2011

MIRI, I COME AGAIN!

Tetiba terbengkalaikan blog sendiri kan? Belom ada mood nak menulis actually. Lagipun, macam la ada readers....

Actually, last weekend I went to Miri. Keputusan mendadak. He texted me on Wednesday, terus zassstt beli tiket. Masa tu dah tak fikir dah how much it will cost. Janji I meet mr. husband.

Dari Semporna to Miri kene lalui beberapa pit stop.

Semporna - Tawau - Sandakan - Kota Kinabalu - Miri.

Flight dari Tawau pukul 5 petang. Selamat sampai Miri pukul 10.30 malam.

Jadi cerita pulak, mr. husband sakit gigi yang sangat teruk. Siap dapat mild fever lagik. Sedih sangat tengok keadaan dia.

Tapi, yang terbaiknya, he still entertain and care about me. Sepatutnya aku la jaga dia kan?

Eh, aku jaga ok... tp kalau waktu makan, kita gi la makan kan? Lagipun mr husband ni suka makan orangnya. Kecewa sket la dia sbb tak dapat makan dengan nikmat that day.

So, ini antara meal yang kitorang belasah kat Miri. Signature dishes of Sarawak kata orang!

Nasi Lalapan Bawal
Served with Ikan bawak goreng garing panas-panas, tahu goreng, ulam-ulam, sambal belacan dan nasi putih. Sedap gila!

Selalu aku order ikan keli, tapi habis lak malam tu....

The lauks.


The nasik.


Ok. Yang ni pula adalah Mee Kolok.
Mee kering digaul dengan kicap. Mr husband order special punya. Sebab tu dia nya mee ada ayam goreng.

Kalau yang biasa, takde ape. Mee dan kicap sahaja. Macam mee goreng indo mee tu.. Cane aku tau? Sbb esoknya aku breakfast dengan Mee Kolok.

Sedap!

JURUSOLEK AKAD NIKAH

Jurusolek masa akad nikah aku diimport dari Selangor Darul Ehsan.

Actually she is my cousin. Dia ada butik kat Ampang, Selangor. Jadi, dah alang-alang dia dia datang masa my wedding, why not aku minta tolong dia je yang mekapkan....


Smokey eyes in action



Ni je la gambar yang ada. Nak tengok hasil penuh, cuba tengok kat entry ni. Ni untuk mekap masa akad nikah. Aku berbaju grey masa tu....

Any review sila usha website ni ok?

andamanpesona

Sesuai untuk B2B dia Kuala Lumpur dan Selangor.

Wednesday, January 12, 2011

TAKDE TAJUK

Wah! Dah hari Rabu minggu kedua. Lambat betul masa berlalu...

Suasana hari pertama persekolahan untuk murid-murid tahun satu. Kecoh wa cakap lu...

Untuk pengetahuan korang, tahun ni aku telah dimandatkan untuk ajar tahap 1. Wowweee.... Junior Juice betol lah!

Minggu pertama rasa janggal. Minggu kedua ni dah rasa boleh sesuaikan diri. Memula aku rasa takut nak ajar year 1 sebab silibus baru.

Knowledge pasal KSSR pun takde.

Pastu, malu la nak menari-menari. Menyanyi-menyanyi depan bebudak ni. Kalau cikgu lain tengok, lagila aku malu tau.....

Fine. Internet kan ada. Carilah kat internet dan study apepe yang patut. Dan akhirnya dah dapat gambaran on how to teach year 1 kids ni. Memang best dan fun sebab Language Art. Nyanyi, nyanyi dan nyanyi. Storytelling.

So, dari semlm aku dah siapkan satu slideshow untuk bebudak ni. Kebetulan minggu ni masih minggu transisi. Boleh guna masa slot BI.

But, the sad thing is...........................


Esok, bermulah era kebusy-an dan kestress-an mak sebagai seorang pendidik.

MAK DAH NAK KENA AJAR TAHUN 6 BALIK U OLLSSSSSSSS!!!!!!!!

Tahun lepas percentage BI naik dari 14% ke 73%. Tahun ni mak nak naikkan berapa peratus pulak?

Pikir-pikirkan lah ye? Dan selamat beramal.....

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

Cantek kan tarikh hari ni? Nak share one of our post wedding photoshoot. :D

Picture credit to : rozekruzaini

Tengoklah muka dan gaya dia tu.

Cemana la hati tak sentiasa terhibur sepanjang bersama dia.

Ye sayang,
I rindu nak kacau u.
Rindu nak dengar u gelak berdekah-dekah.
Rindu nak tengok u senyum when I make a silly mistake.

I miss every single things about you.
Seriously!

15 days without Mr. Husband and

I miss him so much!

DIY : BILIK PENGANTIN

Ok. Nak sambung balik pasal preparation my wedding.

Sebelum ni for my sister wedding, kitorang serah dari A to Z kat wedding planner. Lagipun masa tu buat majlis kat homestay. Hasilnya memang cantik.

Tapi untuk majlis aku sendiri, I've decided to decorate by myself. Sendiri nak tido, sendiri la kemas dan hias kan?

Set bilik tidur memang dah ada dalam bilik tu. Kira aset kekal la. Actually bilik aku ni kecik je, tapi perabotnya masyaAllah.... sampai sesak. Mak aku kata, pening memikirkan susun atur. Style gini je yang muat masuk semua benda.

Ini kos ye

Set Bilik Tidur
Tidak di kira sebab termasuk dalam aset kekal rumah.

Langsir
Sama seperti di atas. Cuma for my room, my mom buat bagi match dengan wedding theme.

Lampu tidur.
Memang dah ade kat rumah.

Kain alas side table and dressing table.
Kain beli kat kamdar dalam 2 meter x RM 7.00 = RM 14.00
Aku memang suka beli kain kat Kamdar. Hehehe.
Upah : RM 25.00
Actually tak yah upah. Aku yang saja bagi.... :D
Jumlah : RM 39.00

Butterfly kat langsir.
Recycle from my sister hantaran last year.

Cadar.
Memula aku beli cotton cadar Jean Perry.
After less RM 300

Tapi, sayang nak pakai. Bagus aku yang tido kat atas tu kan? So, pinjam dari G-Glamour. Nasib baik dia tau my taste. Aku tak suka yang berkilat-kilat or satin. So he gave me cadar yang tak berkilat, tp ada beadeds yang tak serabut sangat.

Abang G ni memang study kehendak dan taste aku la sebenarnya.

Decoration
Fresh flowers and vase : RM 22.40
Flower Bloomy Frame : RM 50.00

Kos penuh? Tak masuk cadar Jean Perry sebab aku tak pakai pun....

Tak sampai RM 150 pun for my Bilik Pengantin.

Sapa kata kita tak boleh berjimat?

Monday, January 10, 2011

JOHOR!

Ni aku nak cerita pulak majlis menyambut menantu sebelah my husband.

Majlis menyambut menantu berlangsung pada 4hb Disember 2010 at Johor and apple green was our theme colour. Warna kegemaran mr husband.

Ketika berarak. Hari tersebut hujan sangat-sangat lebat. Tunggu sampai hujan berhenti baru kami berarak. Just nice kami selesai berarak, hujan kembali turun. Kata orang, murah rezeki. InsyaAllah....


My sister as my bridemaid di Johor. Bidan terjun. Tak sangka pulak hujan, jadi kena bawak payung. Ikutkan mr. husband, dia nak kuar dr bilik dan melayan tetamu je. Tak sangka pulak, his family prepared a very well sambut menantu with kompang and silat pengantin. Meriah dengan bunga manggarnya...

Kawan-kawan maktab yang hadir di majlis Johor. Most of them memang Johorian sejati. Hidup Johor! Hahaha. Tetiba Johor. Mana pegi Alor Star hang tu Teh? Kikikikiki....


Thanks untuk semua yang hadir memeriahkan majliis. Kami nak masuk dulu nih. Ehem! Ehem!

Sunday, January 9, 2011

HAPPY 2011!

Dah 9hb baru nak cerita pasal tahun baru kan?

Alhamdulillah 2011 membuka lembaran baru dalam hidup aku. I'm now a wife to Mr. Zawi. Ramai juga yang terkejut dengan keputusan drastik aku ni especially untuk mereka yang mengikut perkembangan aku since 2007.

Hanya sesetengah kawan rapat aku je tau since when I'm keep on thinking of his proposal.

"I tak main-main kalau bab kahwin."

Itu yang aku pegang sampai ke hari sah aku bergelar isteri dia. Alhamdulillah.

Dah semua orang tulis azam tahun baru, aku pun nak tulis jugaklah.

1) First thing of all, nak pindah berdekatan dengan suami. Yes, we are now PJJ. Not like other ordinary PJJ couple, we are too far away without phone and internet line. Bukan tak ada, ada... but the reception was too bad. Tak ada bercerita panjang. Only an important message dan bertanya khabar.

Allah je yang tau macammana perasaan ini. Kalau aku di Miri, at least dia pun boleh keluar at anytime untuk terus jumpa aku. Macam sekarang, satu pulak aku nak arrange tiket flight sebanyak 2 route tu.

Takpela, ini dugaan yang Allah beri untuk aku dan dia. InsyaAllah, ada hikmah disebaliknya.

Ingat Allah!. Itu yang selalu dia pesan.

2) Going to get our asset. Nak beli rumah!

3) Trying to conceive. InsyaAllah, semoga Allah makbulkan.

4) Menjadi isteri yang taat kepada suami, anak yang solehah serta muslimah sejati. Sedang cuba perbaiki diri sikit demi sedikit. Thanks to my husband yang byk guide dan mengingatkan.

5) More saving for our family!

Itu je kot.

Semoga 2011 ini memberi keberkatan kepada kami sekeluarga. Semoga lebih dimurahkan rezeki, InsyaAllah.

Saturday, January 1, 2011

GOODBYE 2010

Let's recap!

Ini adalah summary dari apa yang aku tulis dalam my secret diary....

Awal tahun 2010 was not a good start to me.

January to May
Tak nak ingat dah. Sakit jiwa raga! Sakit fizikal! Sakit semua!

June
I met my long lost friend. Aku pergi JB sebab dah lama teringin nak pergi. I went there alone dan overnite kat rumah Kak Fathin. Kebetulan Kak Fathin sambut birthday Rayyan. Kebetulan lagi, semua kekwn kat JB takda. Tinggal dia je yang baru balik dari Utara.

Ok, fine. Gi Kedah tak jumpa aku. Hahahaha.

Ini cerita lain.

Masa ni la first time aku jumpa my husband selepas terpisah setahun setengah. He proposed me for second time. First time was on 2008. Memang sebenarnya dialah penguat semangat aku selama aku jatuh terduduk masa kat KPLI dulu. Tapi satu nasihat pun tak termakan dek aku masa tu. Cinta punya pasal.

Berbalik cerita perjumpaan dengan my husband.

Selepas istikharah dan perbincangan, so I decided to accept his proposal. Kenapa? Kesungguhan dan keberanian dia. Kesediaan dia menerima setiap kekurangan dan kelebihan yang aku ada. Dan yang paling buat aku rasa dia adalah yang terbaik untuk membimbing aku sebab prinsip hidup dia yang hanya akan bercinta selepas kahwin.

So, terus kami berbincang tentang hantaran, mas kahwin dan sewaktu dengannya.

Alhamdulillah mendapat persetujuan kedua belah pihak.

July
Bahagia.

Ogos
Bahagia sangat.

September
Perjumpaan pertama dengan bakal mak dan abah mertua dia Johor. Persiapan perkahwinan.

Oktober
Kembali bertugas seperti biasa tapi aku berjaya juga ke Miri at the end of this month.

November
Alhamdulillah. I am officially his wife!

December
Honeymoon dan percintaan selepas perkahwinan. Genap sebulan perkahwinan, kami terpaksa berpisah menuju ke tempat bertugas masing-masing....Sedih sangat masa ni....

InsyaAllah. Ingat Allah dan aku akan terus berdoa untuk kebahagiaan kami di dunia dan di akhirat....