Wednesday, December 1, 2010

TERIMA KASIH UNTUK KAWAN-KAWAN YANG HADIR

Untuk slot entry ni, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih untuk semua kawan-kawan yang hadir memeriahkan lagi Majlis Pernikahan dan Persandingan kami di Alor Setar....

Dari Selatan ke Utara, dari UK ke Alor Setar, dari segala ceruk tempat kat Malaysia ni la...

So, aku nak share la sedikit sebanyak gambar kekawan yang ada dalam simpanan photographer-photographer sampingan sempena majlis kami hari tu....


Untuk yang ini. Terima kasih sangat-sangat Nik sebab sudi datang. Walaupun ko orang terakhir yang datang tido umah aku, ko jugaklah yang terakhir balik dr umah aku. Ni hosmet aku kat Semporna. Kawan susah senang jugak ni. Apepehal aku cari dia, dia cari aku. Terharu sangat sebab Nik awal2 lagi dah booking tiket untuk hadir ke kenduri aku..... Really appreciate it dear...

With geng-geng Gerik. Bed, Huda, Wafa, Etty, Yeen, Wawa, Nah and Rozek. Ni semua kawan susah senang sama-sama mandi Sungai Lawin bila takde air masa kat MRSM Gerik dulu.

Geng gerik again campor Ruby, our junior. Thanks dear for coming all the way from KL... Lelain pun sama datang dari KL. Huda from Perlis kot.... Paling jauh Etty yang tudung pink, baru sampai dari UK. She further her PHD study kat sana....


Kat gambar bawah kiri tu Sarah and her husband. Kawan sejak zaman kecik-kecik lagi. Masa darjah dua kot aku kenal dia. Sama-sama main kat padang permainan.

Sebelah yang ramai-ramai atas katil. All are my bestie... Nik, Yat and Diella... Belakang tu Ina and Arah next pengantin.... Derang datang pun dah petang, maybe ada kenduri lain nak kena hadir...

Ex-officemates kat SII, Cyberjaya. Anum and Diella. Actually aku tak jemput semua SII sebab jauh kan KL.. Lagipun lama dah aku meninggalkan SII tu, ntah derang ingat ke tak aku kan?... Kebetulan Anum skang memang dah menetap kat Sungai Petani, so I invited her to my wedding....

My Yayang. Kawan susah senang.

Ex-schoolmate kat Beseri. Actually ada lagi kekawan Beseri yang hadir. Tapi tak terjumpa derang. Aduhai... sedihnya.....

Azhan coming all the way from Kelantan. Member kat Semporna. Thanks buddy!

Geng-geng Semporna yang hadir memeriahkan majlis. Ada Ustaz Azman and Ustaz Sharkban. Kak Mas and Kak Wahida. Azhan and Nik. Jumpa kita lagi di Semporna ek?

Linda and tunangnya yang tak sempat kitorang nak bergambar.

Ok tu je. Ada lagi kekawan yang tak sempat kitorang nak amek gambar sama. Mantan tuan Pengetua MRSM Gerik, Cikgu Zakaria, Shaana, Cikgu Misnadi (cikgu aku masa sekolah rendah ni)... dan beberapa lagi.


Ralat juga sebaab tak dapat nakkeep track sapa kekwn yang hadir....

Apepun, Alhamdulillah.. majlis went smoothly.

No comments: