Sunday, August 29, 2010

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

KISAH 1

Teacher Teh masuk kelas 5D. Waktu akhir persekolahan. Budak-budak dah nak balik. Bila loceng bunyi, aku pun lepaskan la budak-budak ni keluar. Sekali ada yang nak bersalam.

Aku pikir panjang, lalu cakap tak payah la salam teacher, kamu balik jer la.

Sekali budak tu jawab

"Oh ye kan. Teacher puasa. Tak boleh salam lelaki. Nanti batal."


KISAH 2

Masa tu ceramah ramadhan kat dewan sekolah. Seat sebelah kiri dah penuh. Tinggal sebelah kanan yang kosong. Cikgu-cikgu dah memenuhi seat depan. Jadi, kami bertiga duduk la kat belakang. Sekali, ada sorang cikgu laki datang mencari tempat duduk.

"Cikgu, pindah la sebelah sana."


Aku terpinga-pinga. Sekali GB masuk campur.

"Teh, pindah sebelah sana. Sini tempat lelaki."


Aik? Padahal ade je cikgu-cikgu pompuan lain yg duduk depan kitorang nih. Sekali cikgu yang mencari seat tu berkata...

"Tak boleh duduk dekat-dekat perempuan, nanti batal puasa."


Eh? Apakah? Kekawan, sila komen.

Saturday, August 28, 2010

ABAH MERTUAKU LA PULAK

Dalam keghairahan aku bermain internet dan bercakap-cakap dengan si Nik, tetiba telefon aku berbunyi. Tengok jam. Eh? Waktu macam ni selalunya bakal mak atau abah mertua yang call ni. Terus berdegup kencang jantung I ni.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam"


After a few intro ada kat mana buat ape bila berbuka and the list go on, maka terus ke topik asal.

"Teh bila balik?"

"Jumaat petang dalam pukul 6 petang."

"Nanti kita ambik la ye? Balik rumah kan?"

"Takpe ke pakcik? Tak menyusahkan ke?."

"Ek eleh... ko niiiiiiiiiiieeee..... Takde apela... Nanti kita amekla.."

"Teh segan sebenarnya ni."

"Hahaha. Kalau segan tutup muka tu..."

"A'ahkan pakcik, nanti Teh pakai purdah la. Kasi tutup semua."


Gelak-gelak.


"Ok ye. Nanti kita ambek ok."

"Ok. Nanti Teh komfemkan balik flight kul berapa sampai sebenarnya. Rasanya pukul enam."

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam..."



Getaran dan debaran ended after a short conversation with future mother in law. Haih. Bahagia pula rasanya.

p/s: Sebenarnya my lil sis, Ame dah warning, future abah mertuaku itu seorang yang klakar. Haha!

Friday, August 27, 2010

KELEGAAN HATI

Tadi other half called. Tapi, tak dapat dengar suara dia.

"Hello... hello....."


Bunyi angin sayup-sayup je. Dia tak dengar kot. Dia letak. Tiga kali dia call, tiga tiga tak dapat dengar suara.

Aku SMS.

"Dengar bunyi angin...."


And he replied,

"Line problem agaknya. Berpeluh dah ni cari line"


Masuk lagi SMS dari dia,

"Sebelah sini kot yang problem. Takpe. I just nak tau u ok je"


Last SMS received,

"I dengar suara u tadi. Lega dah hati ni..."

Dan sekarang aku harap mereka faham kenapa lelaki ini bisa membuatkan hati aku cair dan terlalu sayang akan dia dalam sekelip mata.

He treats me like a princess. Insan yang menyayangi aku tanpa syarat dan sebab.

Dan jika dari mendengar suara aku dia menjadi lega. Begitu juga hati aku setelah menerima dia sebagai sebahagian dari hidup ini.

Terima kasih Allah atas rasa ini.

Wednesday, August 25, 2010

CASTELLO IN THE HOUSE

Ni budak kelas 5D.


Tengok budak kepala botak tu. Ala-ala Castello katanya. Tak tau apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi, tidakkah dia perasan budak yang dia nak lawan tu besar berkali kali ganda dari dia?

Almari belakang tu dah retak sbb budak gemuk tu pi hentak ada lagi sorang budak kat pintu almari tu di depan mata I. Ganas kan?


Nampaknya dia takut lalu beralih arah mencari musuh. Lebih tinggi dari dia tetapi sama kurus. Lepas tu, seperti biasa... akak dapat tengok wayang wrestling free u ols.

Setakat ini masih belum ada kecederaan dilaporkan.

Makcik-makcik Bedah 5 orang kat tepi tu, tak tau dok gossip apa. Memang tak peduli langsung la pasal alam sekeliling. Depa dok dengan dunia depa ja...

Inilah kerja I bila I rasa penat sangat nak melayan satu satu budak. Sorang pon takleh dok statik kat satu tempat. Last-last lantak korang la.

Tuesday, August 24, 2010

IBU MERTUA KU

Ketika hampir tiba waktu berbuka other half telepon. Terkejut tapi excited. Dia punya feel tu lebih-lebih. Tau la kekasih hati tu perlu meredah bukit, gunung ganang kalau nak call aku, dengan aku sekali gi panjat sofa. Kononnya sama-sama merasai susah payah dan hebatnya percintaan jarak jauh kami.

Ouch! Romentik kan I ni?

"Abah tanya, kenapa tak ajak Teh balik Bukit Besar?"

"Jadi, u cakap ape?"

"I cakap takpela, dia tido rumah kawan dia. Nanti I bawa u berbuka sama."


Okei. Gelak-gelak.

So, after the jiwang syahdu la sangat scene between us padahal dedua ekoq dok terjerit-jerit sebab line tak clear. Letak phone tp tak cakap I love you dan I miss you. Hish. Cepat betul letak tepon. Namun, hatiku ini tetaplah berbunga riang.

Kata cinta tanpa syarat dan sebab kan? Sentap kejap je, pastu girang kembali.

Tetiba, jeng jeng jeng.

Ibu mertua ku call babe. Dah agak dah topik hangat. After a few intro hari ni masak ape dan kantoi sbb tak masak gi beli kat bazar terus tiba ke topik tersebut.

"Teh balik mana nanti?"

"JB"

"Berapa haribulan?"

"Hari Jumaat, 3 haribulan makcik"

"Nanti kalau nak amek, boleh amekkan..."

"Takpela makcik, Teh dah janji dengan kawan Teh"

"Ala takpela, makcik boleh jemput. Balik Bukit Besar ye? Tak pernah nampak lagi, teringin nak nampak..."

"InsyaAllah...."

"Okla ye, nak berbuka dah kan.. selamat berbuka....kim salam kat semua."


Terus aku menggigil memikirkan apelah idea aku nk cari demi selamatkan diri. Tapi risau kecik hati bakal abah dan mak mertua I tu pulak kan. Yang kita pulak segan sangat-sangat.

Jadi pagi ni, other half forward his father's SMS to my cellphone.

"A'kum. Wi, emak dan abah harap Teh balik BB."

"Sila komen." <---- ini message dr other half.


Ape aku nak komen ni? Sungguh mencabar minda betul la encik other half ni.

Nota kaki: Ni tak best ni. Tido umah u. Tapi takleh tido dengan u. Ops! Puasa ni, puasa.

Sunday, August 22, 2010

PENANTIAN

Lagi 12 hari untuk dihitung. Makin nak dekat hari, makin tertekan nak tunggu. Terseksa pulak aku rasa dok kat tempat orang ni. Lagi terseksa nak menghadap suasana yang membosankan hari-hari.

Tapi bila fikir anak murid nak exam. Sabar je la.

Sebenarnya tak sabar nak mengadap si pecinta walaupun hati berdebar. Last time I met him was on 15th June 2010 at the JB Airport. Itupun, setakat tengok sekelip mata. Salam mak dia, senyum kat ayah dia, dan ucap Bye, take care kat dia. Me and Kak Fathin was rushing on that day.

Will write about this in detail later.

On 14th June ada jumpa gak. But, together with his bestfriend, Arief. So, most of the time, communication masing-masing adalah dengan Arief. Tapi, kalau kitorang berdua je, mmg kena bercakap la kan? Tak tau la samaada malu dengan Arief atau malu malu kucing antara satu sama lain.

Since this coming holiday Arief pun balik lambat which is on 6th September, maka masa yang ada akan dipergunakan sebaiknya untuk kenal hati budi masing-masing.

I'm not saying Arief kacau daun ke ape but I should thank him for that. At least, we managed to control our jiwa bergelora, malu tapi mahu at that time. Haha. Rasa itu sentiasa ada bila ada dengan dia, tapi peram sampai 2 tahun. Lagipun, tak comfirm lagi kan pasal nak kawen.

So, dah nak kawen ni kan. Should be ok for us to have a talk about our marriage and future. Cari peluang nak kenal masing-masing lebih banyak walaupun tahu, dah nikah nanti, terlalu banyak lagi akan tahu. Kena bersedia mental dan fizikal.

Nota kaki: Tak sabar nak explore lebih banyak tentang dia. I know he is fun to be with!

Saturday, August 21, 2010

REALITI CINTA

Realiti Cinta? Ini bukan tentang Reality Show yang tumbuh bak cendawan. Tapi boleh la kalau nak dikatakan. Siapa yang tak cukup kriteria dan tak menunjukkan improvement, akan di vote keluar. Ok gak kan? Haha.

Cinta pari-pari dan cinta realiti.

Ada orang kata cinta pari-pari ini mengkhayalkan dengan kata-kata romantis sehingga membuatkan diri kita terbuai sama. Cinta yang penuh dengan kata-kata memuja sang gadis atau sang arjuna. Cinta pari-pari tak mampu menebalkan poket. Cinta pari-pari hanyalah cinta khayalan. Tapi, harus diingat, tak semua cinta yang membuatkan kita bahagia dan terawang-awang itu cinta pari-pari.

Mentang-mentang terawang-awang. Ingat boleh terbang macam pari-pari ke?

Dan boleh ke kalau kita kategorikan hubungan antara dua insan yang bercakap dengan baik dan bersopan santun. Saling nasihat menasihati. Ingat mengingati. Dikatakan sebagai cinta pari-pari disebabkan keindahan yang mereka rasa?

Ada org kata dia punya cinta realistik. Cinta yang berasaskan material la terus terang cakap. Kisah cinta poket tebal, hujan duit dan materialistik. Cinta yang pada asasnya adalah kerana duit. Kerana orang itu bekerjaya. Kerana orang itu jawatannya tinggi. Kerana cinta realistik menggariskan troli perlu diisi penuh semasa di Carrefour atau Tesco. Kisah cinta yang tangan mesti penuh dengan paper bag bila pulang dari Pavillion. Terapi cinta makan sedap di restoran-restoran mewah dan hotel-hotel lima bintang.

Tetapi pada hakikatnya, di mana kebahagiaan andai terseksa segalanya? Di luar memang semua nampak indah, tapi ada pernah kamu cuba bertanya apa yang dia simpan di hatinya?

Aku?

Lebih rela bahagia makan di gerai-gerai dari derita makan di restoran-restoran mewah.

Lebih rela bahagia membeli belah di Padang Besar dari derita membeli belah di Pavillion.

Lebih rela bahagia ke pasar tani dari derita ke Tesco membeli barang-barang dapor.

Lebih rela bahagia hidup di kampung dari derita hidup di kawasan bandar berteknologi tinggi.

Lebih rela bahagia dengan keberkatan rezeki yang Allah bagi dari derita dengan kemewahan melimpah ruah yang tidak pasti keberkatannya.

Lebih rela bina hidup bersama asalkan rasa diri dihormati, dari hidup dalam lubang emas tapi harga diri hanya di tapak kaki.

Walau aku sudah biasa hidup dengan ada semua. Walau aku sudah biasa dihujani material dan wang ringgit. Walau aku sudah biasa diberi apa yang aku minta. Tapi untuk bahagia, aku relakan diri ini memulakan semua segalanya. Mahu kita sama-sama bina masa depan. Mahu sama-sama bina keluarga bahagia.

Biarlah apa orang kata. Cinta ini untuk kepentingan sendiri. Cinta ini kerana mahu keluar dari Semporna. Cinta ini ada agenda tersembunyi. Cinta ini tidak ikhlas.

Tetapi bolehkah bantu aku bagi jawapan, tentang keikhlasannya menerima aku seadanya? Tentang penantiannya selama dua tahun? Tentang keberaniannya melamar aku untuk kali kedua? Tentang bagaimana dia memujuk hati ini bila aku kata aku sudah jemu dengan cinta? Tentang kasih sayang yang dia salurkan disaat kali pertama kami bertentang mata?

Yang penting hanya kami sahaja yang tahu kebenaran cinta ini. Segalanya kerana Allah.

Sayang, aku memilih kamu sebagai isteriku kerana Allah. Dan begitu juga yang aku harapkan dari kamu menerima aku juga keranaNya.
Jawapan kenapa aku bisa meninggalkan dia kerana lelaki ini. Kenapa aku bisa berubah hati yang sangat cinta akan dia kerana lelaki ini. Kenapa aku sanggup meninggalkan segala kemewahan dan masa depan yang sudah tentu cerah kerana lelaki ini.

Dan kerana lelaki ini juga yang memberi aku kekuatan dalam meneruskan kehidupan. Yang pernah mengesat air mata yang tak pernah berhenti. Yang membuatkan aku tersenyum. Yang telah merubah kehidupan aku kepada yang lebih bermakna. Yang memberi aku gambaran realiti cinta.

Cinta ini adalah keranaNya.

SO EXCITED



Ni travel itinerary kitorang for this coming holiday. Tiket untuk pulang ke Alor Star tapi touch down at Penang.

Rasa macam tak percaya ada nama bersama-sama and we are going to travel together. Walaupun bukan untuk holiday still rasa hati berbunga-bunga.

Macam tak percaya nama kitorang akan ada kat satu dokumen yang sama.

Ni baru kat itinerary, belom lagi kat atas kad jemputan kawen, kat atas sijil nikah, kat atas kad nikah.

p/s: Rasa macam mimpi basah indah.... terawang-awang.


Friday, August 20, 2010

100 HARI

Tengok countdown kat atas tu.
Gambar nak yang cium-cium je kan?
Tak menahan.
Tengok gak kat nombor.
Tinggal 100 hari je lagi.
Nak hidup berdua.
Two become one.
One become three.
Eh? Belom kawen dah berangan nak ada anak.
Gatal!~

So far so good.
Alhamdulillah.
Walaupun jauh beribu batu.
Dengan kekangan dan dugaan yang melanda.
Internet dia yang tak berapa nak ada.
Streamyx rumah ni yang kekadang merajuk.
Elektrik dia yang ada ikut jadual.
Maka, selalu terpaksa curi-curi masa supaya dapat komunikasi.

Lately,
Dah nampak dah he contributes a lot for our preparation.
He gives some ideas.
Some opinion.
Some arguements.
We plan together.
Our dream is just a simple but memorable wedding day.

"U tolong listkan ye. I harapkan u je jadi setiausaha I je skang ni. Takut I lupa."

"Nanti u listkan ape lagi. Tapi jangan list yang bukan-bukan. Tanya I dulu."

Mak ai.
Awal-awal dah dapat arahan.
Tapi aku faham.
Biarlah majlis kami tu seadanya tapi bermakna.
Kalau bole dia request takde pelamin.
Dengan alasan supaya banyak masa nak beramas mesra dengan saudara mara dan tetamu.

Dari kat maktab.
Most of them labelled me as a high maintenance girl.
High maintenance kat mane ntah.
Aku rasa aku hanya wanita biasa.
Jadi, haruslah dia risau aku nak membeli yang bukan-bukan kan?
With a tight budget tanpa bantuan kewangan dari pihak-pihak berkenaan.
Tapi tataula kalau balik ni he decide to...
Minta disimpangkan.
Harapnya rezeki kami murah la.
InsyaAllah.

Balik ni,few things jugakla nak kena selesaikan.
Barang-barang hantaran untuk dia.
Cari jewels.
Pegi bank.
HIV Test.
Tempah kad kahwin.
Booking make up untuk majlis kat Johor.
Jumpa bakal mak dan abah mertua serta ipar duai.

Sebenarnya,
Yang last tu la yang paling BEDEBAR.

Kat Kedah pulak nanti.
Fitting baju untuk sanding dan bertandang.
Selesaikan borang-borang.
Pergi survey goodies. (Cupcakes kot)
Jumpa mak andam dan ke butik pengantin.
Catering and canopy and kek pengantin (ni ummi dah selesaikan)
Kasut nikah.
Tudung nikah.
Veil nikah.
Bunga tangan nak kene pike.
Bilik pengantin.
Beli kain untuk baju family.
Bunga pahar.

Honeymoon? Mana-mana yang sempat. Haha.
Sewa homestay untuk family dia and friends yang datang dari jauh.

Ini hasil perbincangan dalam minggu ni.
Kena check balik ni ape yg tertinggal.

Monday, August 16, 2010

DUGAAN

Dah dua hari dah.
Dua hari dah nampak dia.
Tapi tak dapat nak bertanya khabar.
Bayang-bayangnya sering bermain di fikiran.
Ingin ku sentuh dia tapi dia jauh.
Ingin ku tegur tapi dia hanya berdiam.
Sekejap dia muncul, sekejap dia hilang.

Oh! schoolnet.
Tolonglah bagi aku kerjasama untuk bercengkerama.

Tak keruan aku jadinya dua hari ini.

Saturday, August 14, 2010

RAMADHAN 20 TAHUN DULU

Terus-terang, kalau nak diikutkan masa aku sekolah rendah, aku tak pernah dapat puasa penuh. Rasanya nak cukupkan 15 hari dalam sebulan tu pon adalah satu misi mustahil. Ntahlah. Mungkin faktor sekeliling jugak. Hari-hari aku pergi sekolah. Kawan-kawan ramai bukan Islam. Diorang pergi kantin, aku pun pergi kantin. Tapi bila sampai rumah, aku bagitau ummi yang aku puasa.

Ummi pulak layankan aje.

Salunya, ummi suka buat air sirap dalam tupperware letak kat peti sejuk. Jadi, sebelum ummi balik tu, aku selalu curi-curi minum air sirap tu. Selalunya ummi akan perasan kalau air tu berkurang. Masa tu, mulalah menuduh adik-adik. Maklumlah, kaklong kan kuasa veto.

Sebenarnya ade sebab kenapa aku takot kantoi tak puasa dengan ummi walaupun ummi tak pernah paksa.

Masa bulan puasa, ummi akan upah sehari puasa dapat seringgit. Kalau setengah hari, dapat la lima posen. Kalau tak puasa, maknanya tak dapat la upah.

Jadi bila raya tu, dah siap-siap bagitau ummi berapa duit raya ummi kena bagi hasil daripada puasa yangyok aku tu.

Masa bulan puasa jugak, akulah yang paling rajin pergi masjid depan rumah nak tarawikh. Ummi tak pergi pon. Aku yang beriya. Tapi bukan pergi solat pun. Pergi masjid sebab nak jumpa kawan-kawan and makan moreh. Teruk betul aku ni. Selalu je kena marah dengan orang-orang surau sebab bising dah giat bermain keliling masjid. Kadang-kadang ummi tak bagi jugak sbb adik aku report aktiviti aku dengan kawan-kawan. Mengamok-ngamok sampai ummi kata ok pergi la tapi balik sebelum pukul 10.Kadang-kadang lajak jugak. Pastu, mulalah aku create macam-macam alasan... Hihihi.

Zaman budak-budak, mana la kenal erti penat kan? Puasa ke tak puasa ke sama je. Tapi aku memang tak pernah puasa penuh sehari masa sekolah rendah.

Bila masuk sekolah asrama. Perlahan-lahan belajar dari kawan-kawan. Belajar dari apa yang kita belajar.... Mula belajar puasa cukup sebulan. Mula belajar menahan lapar dan dahaga. Belajar macam-macam tentang ilmu agama dan survivor hidup.

Sekarang ni, kalau di Semporna, setakat puasa je la. Ada kerajinan, buatlah tarawikh sendiri-senndiri. Tapi selalunya lagi banyak tak rajin. Bila balik kampung barulah merasa suasana Ramadhan. Pergi bazaar dan bukak puasa bersama keluarga. Bila maghrib je ummi dah mula kerah suruh pergi sembahyang tarawikh kat surau.

Ummi dah tak macam masa aku kecik-kecik. Nak puasa ke, nak solat tarawikh ke... terpulang lah. Skang dah tua bangka, liat segala bagai, baru la ummi nak suruh-suruh.

Hmmmp.

Tahun depan, lain pulak cerita Ramadhan aku kan? :)

Friday, August 13, 2010

KISAH AKU DAN DIA 2

12 June 2010 date pertama kami di Johor Bharu.

Dia jemput aku di Larkin dan kami ke Plaza Angsana untuk lunch. Kebetulan aku sampai pun dah tengahari.

"You nak makan aper?"

"I ikut je.."

"Kita makan Kenny Rogers nak?"

Aku tengok dia penuh makna.

" Mana u tau I memang dah lama teringin nak makan Kenny Rogers?"

Dia senyum je dan tengahari tu kami berborak sakan tentang hidup dan masa depan. Flash back balik kisah-kisah lama. Update cerita-cerita terbaru selepas setahun setengah terpisah.

Kemudian ke Jusco Tebrau cari hadiah birthday Rayyan dan beli baju. Seronok. Dah lamanya aku tak dilayan sebegini. Dia pilihkan aku baju. Dia pilihkan aku sandal. Dia bawakkan barang-barang aku. Dia layankan karenah aku. Rasa sangat bahagia. Selang seli ada juga dia selitkan tentang proposal dia tempohari. Tapi aku belom ada kekuatan untuk menjawab.

Kak Ida kata, "Teh, cari kekuatan dari dia...."


Hampir maghrib kami ke Tesco Kulai. Dia pilihkan aku jersi Netherlands warna oren yang aku sayang sangat.

Bertemu kawan-kawan sekampung dia. Makan-makan sebelum dia balik ke Sarawak. Makan di Pizza Vivo.

Yang menjadi ingatan hingga ke hari ini bila dia suapkan makanan ke mulut aku.

Rasa darah naik ke muka. Rasa terawang-awang.

Hampir jam 10 dia hantar aku pulang ke JB dan bermulalah perbincangan serius kami tentang proposal itu.

Thursday, August 12, 2010

DEBARAN

Oho. Tengok countdown kat atas, dah semakin hampir nampaknya nak ke 100 hari sebelum Ketika Cinta Bertasbih.

Macam biasa, chat dengan encik other half. Baju nikah dia dah siap. Baju nikah aku? Tunggu balik ni baru pergi fitting. Rasa tak sabar pulak nak tengok baju sendiri bila dia kata baju dia dah siap. Baju Melayu Johor ok. Samping dah ade ke bang?

Jadi, balik ni pakaian yang kena finalize ialah fitting baju nikah, baju sanding dan baju bertandang. Kitorang bawak baju dari AS je senang. So, kat belah sana tak perlu la nak mencari-cari dan menyewa baju di butik kat Kulai pulak. Cuma sekarang ni tukang mekap kat Johor la. Sape ek nak mekapkan I ni?

Bila cakap pasal baju akad nikah, alamak.. tudung ke, veil ke, kasut ke.. satu haper pon aku tak pike lagi. Ok ow!

Barang-barang hantaran masih dalam proses. Separuh beli je kat online, the rest belikan aje di JB nanti. Semua hantaran untuk kedua belah pihak di buat di Alor Star.

Err. Lepas tu aper ek?

Set Bilik Tidur dibelanja ummi. Aku request semua putih, ummi dah order dah pon. Last-last dia letak set tu dalam my sister's room. So, untuk aku, kena tunggu aku balik la pilih mana yang berkenan. Tinggal planning dengan Huda nak beli cadar dan sebagainya utk hiasan bilik pengantin. Oh! Langsir jugak....

Kad jemputan kahwin di buat di Johor. Satu kad ada untuk both side. Mudah dan murah.

Guest's souvenir akan ditest balik nnt juga. Rasanya nak bagi cupcake untuk semua tetamu yang hadir. So, comfirmation akan dibuat balik raya nanti.

Souvenir untuk VIP dan VVIP pulak, I plan to give them kain batik and kain pelekat including some of kueh mueh tradisi melayu and cupcake. Tengoklah budget yang ciput ni cemane. Kalau tetiba duit tu boleh beranak, mmg I la yang paling happy sekali.

Kami ni guna duit mana yang ada. Tak sanggup nak buat loan. Huhu.

Bunga telor dan bunga pahar. Rasanya yang ini ummi akan uruskan. Tapi, takpon aku je yang beli balik nanti.

3 set of kain ela for my family. Untuk masa akad nikah, untuk masa sanding and masa majlis bertandang. Colour tak decide lagi and of course la tak boleh sama sebijik untuk pengantin kan? Nanti orang kompius mana pengantin ni.


Photographer dah comfirmkan tarikh baru. Catering, harap-harap ummi dah tolong selesaikan secepat mungkin.... Hmmmp.

HIV Test, InsyaAllah akan dibuat di Johor. Haih.. other half tu, kursus kahwin pon tak pegi lagi tu. Tapi ada hati nak kawen sebelum raya...

Barang kemas untuk pembatalan air sembahyang akan juga dibeli di Johor... Rasanya tak perlu la I bagitau ape dia kan? Tapi ntah-ntah other half letak jongkong emas je kat kepala aku ni. Hehehe.

Transportation untuk family dari Kedah/Selangor/KL ke Kulai, Johor. Budget minyak derang. I dont think derang semua nak naik bus. Satu kete paling-paling pun RM200 satu kete. Other half sewa bas dari Johor ke Kedah pon dah 2k satu hari ok. Sentap mak dengar.

Oh! Perlukah aku mencari sugar daddy disaat-saat begini?

Errm... ade apepe lagi yang aku tertinggal???

Risau jugak ni. Sebab sambil lewa nak booking tarikh kenduri dengan orang kampung la aku terpaksa tangguh pernikahan dan kenduri sehari selepas tarikh sebenar. Takmo dah pisang berbuah dua kali. I need to settle everything as soon as possible walaupun aku sendiri pon blur. Hehehehe.

Oklah, friends.... or maybe Sis Wana, ade apepe lagi tak yang Kak Teh tertinggal? Macam banyak je ni.....

Wednesday, August 11, 2010

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah.. Syukur kepada Illahi...

Isu tarikh dah selesai. Mudah je penyelesaiannya. Janji other half bercakap to his parents dan bersuara dengan keputusan, maka segala kesulitan akan terungkai.

Jadi the date will be on 28th November 2010. Tak dapat la nak buat double celebration kan? Actually, tarikh asal adalah birthday other half which is on 27th November. :).

Apepepun, on November there will be triple celebration!~ My birthday, his birthday and our anniversary.

Mesti yakin, ada hikmah dengan setiap yang berlaku. InsyaAllah.

Thanks dear for your effort. Sampai naik bukit tu cari line to make sure this things settle as soon as possible.

Thanks juga untuk semua keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami.

Dan yang paling penting...

THANK YOU ALLAH.....

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua.

Masa ni la kita nak kumpul pahala lebih kan. Kesabaran pon nampaknya InsyaAllah meningkat....

Perancanganan perkahwinan kami nampaknya didatangi satu ujian. Sebenarnya kecil sahaja ujian tu. Tapi disebabkan masalah komunikasi antara keluarga kami berdua dan si dia, maka ada sedikit kepayahan untuk menyelesaikannya. Kemungkinan besar tarikh perkahwinan akan ditangguhkan lewat sehari iaitu pada 28hb November 2010 disebabkan ada double wedding di Alor Star.

Sebab kami hidup bermasyarakat, maka itu antara perkara yang perlu diambil kira.

Semoga comfirmation dapat dibuat lebih awal sebab banyak lagi proses yang perlu kami lakukan. Tunggu si dia je lagi untuk menghubungi ayahbonda di kampung. Nak dijadikan cerita lagi, line celcom di tempat dia ada masalah. Beberapa hari dah tak dapat berhubung kecuali melalui YM.

Ada beberapa perkara perlu ditukar tarikhnya terutama untuk catering. Tentang photography dan Mak Andam, InsyaAllah boleh selesai kan?

Harap kekawan semua dapatlah sama-sama doakan agar perjalanan berjalan dengan lancar dan sempurna serta kekal bahagia hingga ke akhir hayat kami.

Itu yang penting untuk kami berdua.

Monday, August 9, 2010

GILA GILA REMAJA 2010

Korang pernah tengok GILA-GILA REMAJA tak? Yang hero dia Faizal Hussin tu....

Sebenarnya aku ni dah selalu kena kacau dengan budak ni. Asal mana aku pergi mesti dia muncul. Takpun, ade je ayat dia nak mengacau. Nak tolong angkat buku la. Nak pinjam lima posen la. Nak itula. Nak inila. Ada juga dia slamber masuk kelas aku, kenalkan diri dia sebagai cikgu baru..

Ada sekali tu aku cubit lengan dia. Sekali dia cakap macam ni..

"Oh, my god. What are you doing under my body?"


Hahaha. Bolehla. Janji ko speaking.



Ini dia. Tatau apa modus operandi. Datang mengintai dengan jaket dan spek stylo ala-ala Cat Ruffedge.

Cepat-cepat aku snap gambar.


Ni dari jarak jauh. Kasi nampak suasana kelas. Korang tengok la tu. Sempat sengih-sengih lagi tu. Aku tatau la ape dia merepek masa ni. Aku buat tatau je...


Pas aku bo-layan. Dia pun blah macam tu je..

"Ah, teacher nih.. jual mahal pulak...."


Ko tak rasa nak hantuk kepala kat dinding ke dapat anak murid camnih?

KISAH AKU DAN DIA 1

Cuti tengah tahun ada 3 minggu.

Bosan dan takde life. Hari-hari layan perasaan. Nangis. Emo. Pakej lengkap.

Satu hari tu tengah layan tv dan perasaan, tiba-tiba ada number tak dikenali call. Terus aku angkat.

"Hello.."

"Hello. Assalamualaikum.."

"Err. Waalaikumsalam.."

"Apa khabar?"

"Khabar baik. Sapa nih?"

"Aaaa. Sapa? Tak kenal ke?"

"Sape nieee....?"

"Ish. U boleh tak kenal I yang hensem ni? U nak kawen dengan I tak?"

"Aaaa... saper nih???"

"Ish. I la.... xxxxx....."

"Astaghfirullahalazim..."

"Hahahahaha... Astaghfirullahalazim pulak dah... Jadi cemaner, u nak kawen dengan i ke tak?"

"Aaaaa... ape nih? U ni... suka sangat main-main kan?"

"I dah pernah cakap kan, kalau hal kawen I tak main-main.."


Ni jugak yang dia pernah cakap masa tahun 2008.

"Err.. nanti I fikir dulu. Istikharah dulu... Jangan la macam ni..."

"Ok. Ok. U pike baik-baik ye..."

"Ok.."

"Bye. Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam.."



Berdegup kencang jantung aku ni. Rasa macam mimpi pun ada. Tapi diam-diam, tersengih juga aku sorang-sorang.

Dejavukah?

Thursday, August 5, 2010

KISAH AKU DAN DIA

Aku dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur ke Alor Star. Tiba-tiba ada SMS masuk. Dari seorang kawan.

"Salam Teh. Kau single ke sekarang ni?"


Wow. Soalan apekah ini. Direct ni terus tanya status aku.

"Kenapa?"

"Kalau ada orang nak jadikan kau isteri kau nak tak?"


Aku diam. Tidak mahu membalas. Terlalu banyak yang aku fikirkan. Di tambah dengan kelukaan zahir dan batin yang aku tanggung.

Berat. Sangat berat dugaan hidup ini.

Tiap hari aku berdoa agar Allah sentiasa memberi petunjuk kepada aku.

Wednesday, August 4, 2010

MAJLIS PERPISAHAN 2010

Sekitar Majlis Perpisahan Hajah Intan Sahaya binti Balimbang... Takde apa yang nak diceritakan sangat. Sila tengok gambar dan boleh la kalau nak komen.


Perarakan menuju ke Pejabat Sekolah. Tu la GB I...


Anak-anak didik. Siap ada bunga manggar ye...


Guru-guru yang menonton persembahan murid dan wakil guru untuk Hajah Intan.

Pemberian cenderakenangan dari murid-murid SKPSD.

Selamat berpencen dan selamat berehat Hajah Intan. Semoga sukses!

Sunday, August 1, 2010

ULANGTAHUN KE 2

1 Ogos 2010.

Genap dua tahun aku di Semporna bumi "bertuah". Banyak pahit manis yang dilalui bersama rakan-rakan seposting. Kepayahan dan keperitan yang mematangkan kami semua.

Tapi, 2010 ni lah tahun yang paling mencabar dalam hidup aku.

Kontroversi dan konfrontasi.

Alhamdulillah. Masih mampu bernafas meneruskan perjuangan mendidik anak-anak bangsa Malaysia. Semoga satu hari nanti, Semporna akan berubah sejajar dengan pembangunan negara Malaysia.

Kat bawah ni beberapa gambar tugas pertama sebagai pendidik di Semporna sempena Hari Kemerdekaan Malaysia tahun 2008. Masa memula posting, aku masih "freehair"... Jadi, jangan hairanlah tengok gambar2 di bawah.

Me, Kak Ina and my forever housemate, Nik.

Together with my kids from SKPSD

Yang ni pulak masa sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah 2008

2 tahun... Baru 2 tahun...