Saturday, April 30, 2011

RESIPI : NEW OBSESSION

Motif letak nama resipi "New Obsession"?

Kira omputeh habis la nih?

Padahal............. SAMBAL JAWA!

Mementang kahwin dengan jawa, selera pon sudah tukar ke?

Dulu, sebelum kitorang sah jadi suami isteri. Mrhusband pernah cakap. Hari-hari masakkan dia sambal tempe, tahu campor suhun pun dah cukup. Tak payah masak nasi pun takpe. Dia boleh makan benda tu hari-hari tanpa jemu.

Aku mula-mula pelik juga. Sambal tempe dengan tahu tu biasa aku makan. Tapi, suhun? Pelik ni. Salu kitorang makan suhun bila dibuat masakk lemak putih je......

Google punya google, tetap takut nak try. Takut tak jadi. Sampailah aku ditest memasak sambal jawa ini masa kenduri aqiqah anak buah sebelah husband hari tu.

Berpeluh babe!!! Nasib baik menjadi la jugak. Konfiden je yang takde. Kikikiki.

So, inilah resipinya.

1.Tempe dan tahu digoreng garing.
2.Cili kering, bawang merah dan bawang putih diblend.
3.Suhun direndam sampai kembang.
4.Sedikit ikan bilis sebagai perasa.
5.Sos tiram.
6.Kicap.

Cara-caranya:

1.Tumis cili kering yang dikisar bersama bawang merah dan putih.
(yang suka pedas boleh letak lebih atau tambah cili padi)
2. Bila sudah naik minyak, tandanya cili sudah masak.
3. Masukkan sos tiram secukup rasa.
4. Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
5. Masukkan tempe dan tahu yang telah di goreng garing.
6. Masukkan suhun yang telah kembang.
7. Gaul rata.
8. Tambahkan kicap sehingga kegelapan warnanya mengikut citarasa anda.
9. Siap untuk dihidang.


Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama dengan nasi.

6 comments:

Dark @ng3L said...

tajuk entri ko mengenangkan aku kepade zaman sii dulu..
kite dulu sket2 new obsession..iaitu brg2 XOXO..kannnn..

hahahahha..
skang ai ade new obsession juga..
teddy bear besaq punyaaa..hahahahha...

Teh said...

itula..

dah lama tak ade new obsession ni...

ngarot je keje kita kan. zaman muda remaja gitu.. skang dah nak masuk 3 series dah nie... hahaha....

beli kat mana teddy besaq tu?

Dark @ng3L said...

ish..rindu nk jalan2 mengarot ngan ko lah..agak2 laki hang kasik pinjam sat tak kalo cuti..

die tak kasik ko duit pon takpe..kite jln2 window shopping..makan ai banje..okeng..?

teddy besaq i jumpak kat sepang..ngahahahha

Teh said...

itula pasal. rindu betul zaman muda-mudi. jalan2 cuci mata, window shopping, makan ape segala jenis yang dicravingkan....

agak-agak tu yang aku musykil tu. setakat ni, masa kat johor je yang dia pernah cakap...

"kalau u nak keluar gi memane, pergila..bawak je kete i tu...."

masalahnya.........

aku tak reti jalan johor weh... berani la dia suruh aku keluar jalan.. wakakakaka....

takpe... akan dibuat percubaan sekali lagi dengan harapan dia pon ade date with his friends... hihihi...

Dark @ng3L said...

tp kalo kt kl..die ade date ke ngan kengkawan die...

kalo tak dapat kan..ko nyanyi cani

patahhhhhhhhhhlaaaaaaaa hatiiiiiiiii...paaaatahhhhhhhlaaaa hattiiiiiii...

hahahahaha...agak2 die kesian tak weh..?

Teh said...

kesian?

dia akan gelakkan aku dengan bunyi yang super annoying adalaaa...

macam yang dia gelakkan aku nak hotel 600 tp dapat yang 60 je...

adoih.... rindu la plak...

rindu nak dgr dia gelak...