Monday, April 18, 2011

KISAH JAKUN DAN RM 3 JE?

Perjalanan dari Tawau hingga ke Alor Setar tak pernah berjaya selesai dalam masa satu hari. Misi yang sangat-sangat mustahil.

Isunya, how can I find transport yang boleh hantar aku ke airport Tawau seawal jam 7 pagi?

Perjalanan dari Semporna ke Airport Tawau mengambil masa hampir 2 jam. Pukul berapa nak gerak dari Semporna?

Oleh sebab itu, kepulangan aku tempoh hari menyebabkan aku bermalam di Putrajaya. Alhamdulillah. Connection ada di mana-mana. Dan bersyukur dan amat berterima kasih atas kesudian Pieja melayan aku dengan baik. Jemput di LRT. Bawak makan di mamak (tempat yg aku salu craving sbb takda mamak di Semporna yang sehebat mamak precint 9). Tolong sama-sama cari gardenia pesanan dari rakyat Sabah.

Thanks a lot dear friend. Sebelum ni, aku selalu mungkir janji dengan dia. Alhamdulillah, kali ini aku mampu tunaikan.

Baru aku tau, mamak skang dah tak pakai bil letak atas meja. Sekarang diorang dah ada smart card. Tunjuk card kat cashier, terus harga makanan kuar. Sila bayar.

Jakun sekejap.

Betul2 ketinggalan aku ni walaupun aku pakai t shirt MNG, jean levis dan handbag Coach.

Paling menarik bila Pieja bawa aku ke opis baru dia di MAMPU, Cyberjaya. Teruja dengan environment pekerjaan dalam ofis. Jakun lagi.

Pagi tu, kami breakfast di Cafe bawah opis dia. Aku teruja dan jakun kali ke seterusnya. Tak tau konsep layan diri dia camne sampai lupa nak bayar lepas cedok lontong dan pulut sambal kerang.

Sebab salu kat kantin sekolah, main order je. Kalau cedok sendiri pun, bila nak bayar, panggil adik tu ke meja tolong kira. Mamak style zaman purbakala.

Kat kantin tu, aku cedok ini. Tempe dan sayur kemain banyak. Nasik impit cukup untuk isi perot, 6 potong.

Menetes air liur tengok ni. Kat sini kat mana nak carik? Alamat, kalau teringin, bersilatlah ko di dapor.

Sesenduk pulut kuning dan sambal kerang yang sangat kaya dengan kerang. Kerang juga antara makanan yang aku salu craving. Kat Semporna tak pernah nak jumpa. Nampak je kat cafe opis Pieja, terus rembat. Abaikan bila makcik tu kata dia guna cili api.

Apepejela makcik. Janji saya dapat makan kerang.

Bila part nak bayar.

Aku kaget. Pegun dan sekali lagi jakun untuk tak tau kali ke berapa...

RM3 je dik....

RM3????? Untuk dua jenis makanan yang enak, lazat dan memuaskan hati? Putrajaya/Cyberjaya pulak tu......

3 tahun aku kat Semporna, tak pernah lagi aku jumpa makanan semurah ini. Sekali hadap, komfem lebih dari RM5. Bahan mentah je boleh dikatakan murah terutamanya ikan kerapu.

Kalau makan kat kantin sekolah, mesti lebih RM4. Makan kuih je pon boleh cecah RM3 sekali breakfast. Kuih sepotong pon dah 5 posen. Kalah harga kat KeyEll u ols.

Dari segi kemajuan memang kat sini agak ketinggalan tapi kalau bab harga makanan, mereka lagi advance.

Sapa kata meniaga murah-murah tak boleh nak untung?


2 comments:

Iron Butterfly said...

wei Teh aku gelak sorang2 baca ko pakai the word "purbakala".

hahahaha. dahla aku jarang berbunyi kat opis nih.

Teh said...

hahahaha.... ko belom dengar ayat

"anak dara purba"...