Motif letak nama resipi "New Obsession"?
Kira omputeh habis la nih?
Padahal............. SAMBAL JAWA!
Mementang kahwin dengan jawa, selera pon sudah tukar ke?
Dulu, sebelum kitorang sah jadi suami isteri. Mrhusband pernah cakap. Hari-hari masakkan dia sambal tempe, tahu campor suhun pun dah cukup. Tak payah masak nasi pun takpe. Dia boleh makan benda tu hari-hari tanpa jemu.
Aku mula-mula pelik juga. Sambal tempe dengan tahu tu biasa aku makan. Tapi, suhun? Pelik ni. Salu kitorang makan suhun bila dibuat masakk lemak putih je......
Google punya google, tetap takut nak try. Takut tak jadi. Sampailah aku ditest memasak sambal jawa ini masa kenduri aqiqah anak buah sebelah husband hari tu.
Berpeluh babe!!! Nasib baik menjadi la jugak. Konfiden je yang takde. Kikikiki.
So, inilah resipinya.
1.Tempe dan tahu digoreng garing.
2.Cili kering, bawang merah dan bawang putih diblend.
3.Suhun direndam sampai kembang.
4.Sedikit ikan bilis sebagai perasa.
5.Sos tiram.
6.Kicap.
Cara-caranya:
1.Tumis cili kering yang dikisar bersama bawang merah dan putih.
(yang suka pedas boleh letak lebih atau tambah cili padi)
2. Bila sudah naik minyak, tandanya cili sudah masak.
3. Masukkan sos tiram secukup rasa.
4. Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
5. Masukkan tempe dan tahu yang telah di goreng garing.
6. Masukkan suhun yang telah kembang.
7. Gaul rata.
8. Tambahkan kicap sehingga kegelapan warnanya mengikut citarasa anda.
9. Siap untuk dihidang.
Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama dengan nasi.