Thursday, March 31, 2011

AYAM OH! AYAM.

Sejak dari dua minggu lepas, murid-murid tahun enam ni semua sedang menduduki ujian bulanan dan ujian pra-UPSR peringkat daerah.

Kerlas kan? Siap ada peringkat daerah bagai, tapi skema jawapannya??? NAN ADO!!!

So, kat sini aku nak share la jawapan-jawapan yang diberikan oleh anak-anak murid aku.

Kes yang pertama :

"My friend celebration the chicken."

Aku tak nampak dimana relevennya celebration the chicken ni. Aku assumed dia nak menyambut hari ayam? Hari ayammmmmmmmmmmm??? Ok, fine.. dalam gambar banyak paha ayam KFC dihidangkan di dalam pinggan di atas meja.

Kita rest kejap. Mereka ni pura-pura menjawab dengan tekun.


Tengok dari gaya menjawab tu, komfem dapat A lah. Sampai aku snap gambar pon tak perasan beb!

Ok, kita teruskan.

Kes yang kedua :

Ini adalah soalan Bahasa Inggeris. Tetapi yang bijak pandai tu boleh pulak menjawab dalam Bahasa Malaysia.

"Abang mengajakan ayam??"

Ayam lagik??? Kenapa diorang ni asyik cerita pasal ayam je nie??? Tak faham plis.



Kes yang ketiga:

Yang ni tak pandai tapi tunjuk pandai. Pandai-pandai nak betulkan tukang buat soalan punya soalan. Pandai-pandai menambah "available' kat atas Madani Store tu. Kononnya, teacher kamu ni nak bagi betul la?

Kim salammmmmmmmmmmmmmm. Telor ayam jugak aku bagi. Eh? Ayam lagi???


Kes yang keempat:

Apala yang kau merepek ni labu????? Cuba korang baca satu persatu.

Bila aku belek balik apa yang dia tulis tu, macam berzikir pun ada.

Kes yang kelima :

Yang ni paling kesian dan tak dapat nak diterima dek akal aku ini.

" Where is the capital city of Malaysia?"

Kalau korang jawab apa?

Anak murid aku jawab Sabah ok. Terus musykil dengan tahap kewarganegaraan mereka. Haih!

Belum lagi korang tanya "Siapa Perdana Menteri Malaysia?"

Aku rasa aku nak buat soalan pengetahuan am la kat budak-budak ni. Boleh pitam ok!!!

Inilah antara sebabnya kenapa title blog aku jugak sudah tukar,

"If u need me, I'll be at school screaming!"

Ada satu lagi batch of paper menanti. Mak pengsan macam ni u ols!~

Sebelum berundur aku nak share gambar ni. Sempena dengan tema ayam yang dipersembahkan oleh anak-anak murid aku ni....


"Mak nak bersauna la kejap. Pening kepala mak ni check kertas anak-anak ayam ni sume..."


Sunday, March 27, 2011

THE REASON

Its been a week since the last time I met mrhusband.

SMS terakhir dia before dia masuk ke kawasan yang takde line telephone was

"Nanti cari lagu the reason..."

So, here you are sayang.....


i’m not a perfect person
there’s many things i wish i didn’t do
but i continue learning
i never meant to do those things to you
and so i have to say before i go
that i just want you to know i’ve found the reason for me
to change who i used to be
a reason to start over new
and the reason is you

i’m sorry that i hurt you
it’s something i must live with everyday
and all the pain i put you through
i wish that i could take it all the way
and be the one who catches all your tears
that’s why i need you to hear

i’ve found the reason for me
to change who i used to be
a reason to start over new
and the reason is you

and the reason is you
and the reason is you
and the reason is you

i’m not a perfect person
i never meant to do those thing to you
and so i have to say before i go
that’s i just want you to know

i’ve found the reason for me
to change who i used to be
a reason to start over new
and the reason is you

i’ve found the reason to show
a side of me you didn’t know
a reason for all that i do
and the reason is you

Kenapa dengan lagu ni?

Bercinta selepas kahwin, memang best sebab its an adventure for us. Learn to learn a new person. Tapi, ada pro and cons nye....

Selebihnya, mungkin kitorang je yg tau the reason... atau mrhusband je yang tau apa kene mengena lagu ni dengan kitorang.

Kesannya, setiap kali dengar lagu ni, mesti aku jadi over sensitif dan emotional. Tetiba je air mata ni kuar. Rindu... rindu sangat-sangat.

Tak sabar nak tunggu our next date.

POPLOOK VS ILHAM ASYIQ


Seperti yang telah dijanjikan.... Inilah dia hasil dari poplook dan ilham asyiq.


Ini baju poplook yang aku order online hari tu.


Ini pulak baju poplook dan anak tudung ilham asyiq.
Anak tudung ini cuma berharga RM20.
Sebenarnya dia boleh digayakan dalam 4 corak yang berbeza.
Tapi, aku tak ambik gambar satu2 la pulak.
Korang boleh tgk kat fb diorg. Dalam folder ready stock.

Diorang ni memang kreatif dalam memudahkan pelanggan.
Shawl pulak, beli kat Alamanda dua tahun lepas dengan harga RM20.



(abaikan kening yang macam semak samun itu. lama tak pegi threading atas sebab-sebab tertentu.)

Close up anak tudung Ilham Asyiq.
Kalau terbalikkan anak tudung ni, korang boleh dapat corak plain, with stripes border kat anak tudung tu.
Atau terbalikkan, full stripes.
Atau terbalikkan lagi, full plain.

Yang aku pakai ni, stripes with plain border.

Jadi, apa tunggu lagi? Selamat membeli belah!~

Saturday, March 26, 2011

FAVOURITE ONLINE SHOP

Aku agak susah bila part nak pilih baju. Bila beli baju online pun dah makin memilih-milih. Material dan saiz. Lepas tu, tutup auratkah? Kecikkah? Besarkah? Nampak body shape tak?

Yerla, I am a wife now. Jadi, tatasusila kena la jaga. Alhamdulillah, mendapat suami yang sentiasa mengingatkan dalam segala aspek termasuklah kejujuran dalam bekerja.

Ok. Ni dah masuk topik lain.

Maybe ramai yang dah tau site ni. Aku dah lama tau, tp ni baru tergerak hati nak beli bila akhirnya aku jumpa statement yang mengatakan boleh bayar pakai maybank2u.

Fine, mak takde credit card u ols. Kesian kan?


Korang try la surf. Menarik jugak design2 baju dia. Harga pun berpatutan dan yang paling penting, free shipping within Malaysia.

Ini antara baju yang aku order.


RM 49


RM 54

RM 59

Material dia memang sangat memuaskan hati.

Tudung pulak aku suka shopping kat ilham asyiq. Actually tukang jahit dia ni my ex officemate kat Cyberjaya dulu. Aku sangat-sangat puas hati dengan jahitan diorang ni. Kemas dan ikut citarasa aku.

Hari tu tukang jahit dia ni hadiahkan aku tudung as my wedding gift. Sekali, termasuk dalam washing machine. Habislah kemek. Seminggu gak la aku biarkan dalam bakul. Sedih kalau tengok sebab aku sayang sangat tudung tu.

Until one day, tergerak hati nak try iron awning dia. Miraclenya, straight balik ok. Macam takde ape yang berlaku. Sebab itu, till now I trust their products...

Korang try usha kat sini ek


Nanti aku postkan gambar-gambar aku memakai produk-produk diorang ni on my next entry.

Friday, March 25, 2011

CINTA

Saat sah menjadi suami dan isteri. Kenangan terindah dalam hidup. Tak pernah jemu menatap gambar-gambar sepanjang majlis kami berlangsung.

Alhamdulillah.


Ciuman pertama untuk suami.

Ciuman pertama untuk isteri.

"Kerana tidak penting siapa yang pertama kuberikan rasa, tapi siapa yang memiliki cintaku untuk selamanya...."

LELAKI PILIHAN?

Entry ni dah lama tertulis, tp baru tergerak hati nak publish.

Nak kata aku berpengalaman, tak jugak. Tapi, aku mampulah untuk membezakan antara kaca dan permata bila bertahun-tahun melalui saat-saat getir bergelar seorang pecinta. Setialah macammana pun, kau tetap di gelar curang. Sedangkan hakikat yang berlaku adalah sebaliknya.

Ramai kawan-kawan aku yang mengadu tentang kisah percintaan mereka. I only can response based on my knowledges. Yang lain terpulang pada mereka sebab itu pilihan hidup mereka. Macammana kawan-kawan dan keluarga aku bagi aku hak untuk memilih jalan hidup, macam tu jugak aku praktikkan bila kawan-kawan mengadu tentang perkara yang sama.

Tapi, selalunya apa yang aku expect dari penceritaan kawan-kawan adalah betul.

Jadi, ni ada sedikit nasihat dan panduan untuk mereka yang bercinta dan dilanda masalah.

Please say a BIG NO to this type of a guy.


1. Jenis cepat tangan. Kalau korang pernah kena belasah, please stop your relationship. Mungkin sekali dua korang rasa boleh dimaafkan. But, percayalah. Lelaki jenis ini susah untuk berubah.

2. Panas baran. Mulut asyik nak maki hamun or jadikan korang sebagai his punching bag. Semuanya korang yang salah. Yang tak kena semua korang. Ini pun jenis susah nak berubah.

3. Kalau dia mula bercakap " I dont want to have any commitment...". Tapi, korang dilayan macam gf dia. Cemburu bila ada lelaki lain yang cuba nak berkawan dengan korang... Percayalah, sebenarnya dia ada orang lain. Cemburu-cemburu tu hanyalah DRAMA.

4. Bila korang dapat tangkap yang boyfriend korang tido dengan pompuan lain. Siap berbukti bagai. Jadi, nak tunggu ape lagik kan? Dah terang lagi bersuluh.

5. Bila handphone adalah barang yang paling korang tak boleh sentuh. Seriously, u shud be suspicious about this condition. Kalau tak da apepe, kenapa mesti sorok atau takut? Takut terkantoi kau sebenarnya berskandal dengan pompuan lain? Takut terkantoi SMS2 or maybe gambar-gambar pompuan lain yang tak sepatutnya?

6. Bila korang call tak berangkat. SMS tak berjawab. Kalau tak angkat sbb ada hal, alasan boleh diterima. SMS tak berjawab sebab sibuk pun boleh diterima. But, tak boleh ke reply call or SMS bila segala kerja selesai. Kalau dia betul sayang habis kat korang, mesti dia akan return ur call or SMS punyalah.

7. Banyak alasan bila diajak berdating.

8. Forever out station tak kena tempat. Forever busy. Forever marah-marah bila korang call. Sedangkan selama ni takda pulak out station, busy dan marah-marah. Ada yang tak kena la tu.

9. Sweet talker. Percayalah, lelaki jenis macam ni kebanyakkannya adalah hipokrit. Cakap baik, alim... tak pernah lepas dari bercakap tentang agama dan tuhan, tp sebenarnya? Hanya Allah sahaja yang tahu.

10. Yang suka cemburu buta dan cari pasal tak tentu arah secara tiba-tiba. Must be something wrong somewhere. Cuba selidiik kalau tetiba bofren korang buat tebiat kan....

1o je dulu....

Ada lagi satu.

Think twice dengan lelaki yang lebih suka korang berseksi meksi tayang body dari tutup aurat atau berpakaian sopan.... Kenapa? Sendiri mau ingatlah.....

Oh, ada lagi satu. Dont judge the book by its cover.

Lain-lain, korang buat la kaji selidik sendiri.

Pesanan penaja:
Kesetiaan, cinta dan kasih sayang tidak boleh diukur dari pakaian, pangkat dan wang ringgit. Ianya lahir dari hati yang ikhlas.

Thursday, March 24, 2011

OH! SUAMIKU

Aku berniat nak register untuk insurans.

Lagipun, mrhusband dah banyak kali pesan to sign up. Pastikan benda tu untuk saving jugak.

Maka pewarisnya, telah diletakkan mrhusband. Niat di hati, untuk sementara je tu. InsyaAllah, esok dah ada zuriat, tukar la ke nama anak-anak.

Tapi, I love to make mrhusband being excited. So, I SMS him to inform about it.

Me : U, I letak pewaris I nama u tau.

Husband : Bole2. Suka2. Setuju2. Hehehehe.

Me : Nanti kalau I mati dulu, kaya la u nanti. Tapi, ada syaratnya. Tak boleh gunakan duit tu untuk kawen lagi satu ok.

Husband : Tapi, takda tulis dalam polisi kan? Walaubagaimanapun, I nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih la. Hahaha.

Me : Ah, tak kira! Nanti hantu I cari u tiap-tiap malam.

Tertekan dengan jawapan mrhusband. Aku nak buat dia excited, aku pulak yang jadi geram.


Walaupun dia suka bagi jawapan yang menggeramkan hati. Tetap sayangkan dia. I miss my teddybear so much!

Tuesday, March 22, 2011

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah satu minggu dah pun berakhir dan jadual aku kali ni adalah sangat padat.

Kitorang sampai JB on Sunday morning disebabkan flight delayed. Skarang ni kan musim hujan, maka tersadai la kitorang selama hampir 2 jam kat airport.

Oh lupa nak cerita.

Mrhusband telah membuat surprise yang tak terjangka. I was in the hotel's room sambil berSMS dengan dia. Masa tu tak expect pon yang dia dah kuar dari hutan. Aku ingat, mungkin dia dekat Long Lama or maybe kat area-area yg dah maju. Yerla, boleh SMS kan. Cepat lak tu dia reply. So, soalan aku adalah.

"U dah kat mana? Agak-agak pukul berapa sampai?"

"Dalam 3 jam lagi sampailah..."

I was like Ya Allah lamanya nak kena tunggu. Tapi sabar je la. Aku pun main game segala dan rilek-rilek. Lambat lagi ni nak jumpa Mrhusband. Jadi, tak perlu la kot nak berdebar-debar bagai lagi kan? Jumpa sekali sekala, memang la berdebar. Tiap kali jumpa, mesti rasa macam cinta pandang pertama. Muahahahaha!

Pls. Jangan muntah pls. :P

Sekali.... lepas 10 minit, ada orang ketuk pintu.

"Room Service!"

Haaaaaaaaaaa? Macam suara mrhusband, tapi tadi dia kata lagi 3 jam. Yang aku dah kejung kat dalam tu sbb dok fikir. Sapela pulak ketuk-ketuk pintu, room servis bagai ni.

Pastu, intai kat lubang pintu....

Macam nak pengsan tengok jejaka pujaanku sudah berada di depan pintu....

Terawang-awang ok!

Terus kuar love love dari telinga. Hahaha.

Konon berangan-angan nak pelok dia kuat-kuat bila dia sampai kat depan pintu terus tak menjadi sebab masih terkejut dengan kemunculan mrhusband. Haihla Teteh... dengan suami sendiri pon nak kejung. Pelok je la kan?????

Jadi, sepanjang cuti adalah sangat sibuk dan padat.

Hari ahad mrhusband nak siapkan data sekolah dan segala jenis bagai borang. Isnin kitorang kuar beli barang keperluan. Selasa dan Rabu kitorang gi KL bersihkan rumah Puchong. Khamis siang gi cari brang lagi and malam kitorang jemput Ngah and Kak Ngah yang baru balik dari umrah. Jumaat pulak kenduri kesyukuran dan aqiqah kt rumah mertua.

Sabtu dah balik semula ke Miri. Ahad aku pulak bergerak ke Semporna and mrhusband terus ke dalam hutan belantara.

Maka, inilah alasan kenapa aku tak update blog sepanjang cuti.

Saturday, March 12, 2011

KALAU LAH KAN

Ni anak murid aku yang memang muka-muka inilah yang selalu tak bawak buku atau tak siap kerja rumah. Yang bising pun dia jugak. Yang kuat menyampuk pun dia jugak.

Bila tengok lagak budak-budak ni, teringat zaman aku sekolah rendah dulu.

Aku pun salu jugak tak bawa buku atau tak siap kerja rumah.

Kalau buku hilang, mak aku la yang jadi pengantara untuk bagitau kat cikgu.

Kalau kerja rumah tak siap, mak aku juga yang tolong terangkan kat cikgu.

Kalau kawan aku buli aku, mak aku juga yang pergi slow talk dengan kawan aku tu supaya jangan buli aku lagi.

Dan segala jenis kalau, comfirm muka mak aku yang terpacul kat sekolah.

Aku rasala kan, mesti cikgu-cikgu sekolah aku rasa ralat juga sebab si budak Teh ni asyik-asyik mak dia yang muncul kat sekolah.

Bapak aku muncul gak. Tapi muncul bila hari pendaftaran dan pembayaran yuran. Itu memang kerja abah.

Kalaulah kan ada anak murid aku yang macam aku masa sekolah rendah, agak-agak apalah perasaan aku masa tu kan?

Tapi....

Tak kisahlah kan. Aku tak siap keje cemane pun. Tak bawak buku cemane pun. I was a smart student. Aku cuma belajar dalam kelas dan terus melekat dalam otak. The rest aku adalah main, main, main dan main. I dont go for tuition except rumah Puan Murdiana sebab nak enjoy dengan kekawan.

I maintain my first place in class and year.... get 4A's in UPSR and received best student in academic/curriculum for every year i studied in SRK St. Mary KL....

Ok fine. Aku bukan riak, saja nak berkongsi.

Till I further my secondary studies at MRSM....

Sesetengah orang akan tanya, kenapa tak jadi doktor atau pekerjaan-pekerjaan yang berkaitan. Yang nampak gah di mata masyarakat.

Aku percaya, rezeki setiap manusia telah ditetapkan oleh Allah. Ada hikmah kenapa dia berikan aku rezeki dari pekerjaan sebagai seorang guru.

Guru itu pekerjaan yang mulia dan aku juga percaya inilah caranya untuk aku membuat kebajikan kepada masyarakat dan menebus dosa silam yang pernah aku lakukan.

Wallahualam.


Friday, March 11, 2011

BETWEEN JOHOR AND SARAWAK

Ketika aku dalaam penerbangan ke Miri, tetiba boleh pula terfikir sesuatu yang menarik tentang aku yang sangat berkaitan dengan mr husband. Macam satu kebetulan pulak.

Dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, cuma negeri Johor dan Sarawak je yang aku tak pernah bermastautin, menginap atau bermalam. Cuma dua negeri itu sahaja.

But, when I marry to mr husband... both Johor and Sarawak adalah destinasi utama aku kunjungi dan bermalam bila ada kelapangan.Johor adalah destinasi pertama bila pulang bercuti. Sarawak? I really love to be in Miri.

Mungkin dua negeri ini sengaja disimpan sebagai tanda pertemuan antara aku dan mr husband.

Who knows kan?

So now, I am safely arrived at Miri and going to meet mr husband this evening.

Sangat-sangat tak sabar.

p/s 1: Cikgu tret tet tet pesan suruh tambah stamina sebab comfirm akan di "tapau". Hahaha.
p/s 2: Bapak mertua pulak pesan nanti dah jumpa, peloklah puas-puas.

I'm in love.
Macam cinta pandang pertama.

Sunday, March 6, 2011

KAU BAGAI UDARA


Ditujukan bahagian korus lagu ini buat suami tercinta.

Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta



Tuesday, March 1, 2011

HENFON YANG ROSAK

Hampir dua tahun dia bersama aku. Ajalnya belum tiba, tapi penyakit kronik pula menjelma. Maka, bersemadilah dikau di dalam kotak ajaib itu.

Memori aku dengan handphone terlalu banyak.

Yang paling berharga ialah SMS mr husband dari saat dia nak mengorat aku sampailah dia berjaya menikahi aku.

Bila bosan-bosan, itulah peneman jiwa raga. Buat hati gembira, gelak sendiri-sendiri. Terkenang-kenang macammana mr husband proposed to be his wife.

"Sampai bila u nak hidup macam ni? U bahagia ke hidup macam ni?"

Lama dia tenung mata aku.

Aku tunduk. Geleng. Sikit pun tidak aku ceritakan apa sebenarnya yang berlaku tapi dia faham gejolak hati ini.

"I tekad untuk jadikan u isteri I..."

Eh? Apehal ni. Nak cerita pasal handphone. Tetiba masuk cerita novel pulak.

Lagi 5 hari dapat tengok muka buah hati saya itu.

Ya Allah...
Tak sabarnya...
Semoga Allah permudahkan segalanya...