Wednesday, September 28, 2011

DEMAM

Hari ni saya demam. Malam tadi tidur mimpi ntah apapa.
Bangun pagi terus lenguh2 satu badan.
Pening dan sakit tekak.

Haihla dugaan....

Tuesday, September 27, 2011

SUAMIKU YANG BERHIKMAH

Aku dan husband selalu contact thru message FB.

Sorry ye kami memang tak gunakan perkhidmatan telekomunikasi sbb memang tempat husband takde line pun. Kot ye nak ada, memanjatlah kau bukit di sana. Tu pun tak tentu dapat. Penat je yang lebih.

Yang ada satelit untuk perkhidmatan Jaring sahaja.

Hari tu we ols tersentap sampai tergelak guling-guling dengan kepoyoan husband we ols.

Tengah dok chatting sonok-sonok tu, tetiba……

Husband : Alamak ngantuk la pulak. Baik I pergi selamatkan diri dulu.

Wife : Nak pergi mana? Tido ke?

Husband : Ape pulak tido. Nak gi solat Isyak dulu. Nak selamatkan isi-isi I yang gebu ni dari terbakar dengan api neraka.

Wife : Ooookkkk……

*

*

*

Tak boleh ke bagi ayat yang lebih berhikmah wahai suamiku?

Sunday, September 25, 2011

RESIPI : RENDANG UMMI

Hari ni aku nak share resipi rendang dari ummi aku. Ni la rendang yang aku selalu molah setiap kali hari raya. Cuma hari raya 2011 je tak terbuat rendang ini kerana tak sempat nak masak pun. Hari-hari husband ajak kuar. Hahaha.

Tapi takpe, bapa mertua I pandai masak. Juadah hari raya kami ialah nasi tomato. Memang maveles.

Alasan sangat kan?

Bahan-bahan:

1. Daging sekilo.
2. Santan sekilo setengah.
3. Bawang merah .
4. Bawang putih.
5. Halia sebesar ibu jari.

Bahan 3,4 dan 5 dikisar bersama.

6. Cili kering yang dikisar ikut sedap rasa. (Nak pedas letak lebih ye)
7. Kulit kayu manis sebatang.
8. Lengkuas 1cm (tak payah pun takpe)
9. Serai.
10.Daun kunyit.
11.Kerisik.
12.Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:

1. Tumiskan bahaan yang dikisar bersama kulit kayu manis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering yang dikisar. Masak hingga naik minyak.
3. Masukkan serai dan daun kunyit.
4. Masukkan daging dan digaulkan rata.
5. Bila dah mendidih, masukkan santan sedikit demi sedikit.
6. Masak semua bahan tersebut sehingga kering dan daging empuk.
7. Apabila hampir kering, masukkan kerisik.
8. Gaul rata sehingga anda rasa yakin untuk dimakan.

Garam dan gula dimasukkan ikut kesesuaian citarasa anda.


Tuesday, September 20, 2011

GAMBAR RAYA

To be honest, selepas gambar outdoor perkahwinan kami hampir 10 bulan yang lalu... aku memang takde langsung gambar yg really proper with mrhusband.

Even, masa Hari Raya baru-baru ni pun tak berjaya jugak nak ambil gambar skema dengan dia.

Mungkin ini adalah kesan daripada nak muntah dan sakit otak bila tengok gambar kahwin sendiri yang saaaaanggaaatt banyak..

Serius banyakkkk...

Dari OP, dari UOP, dan yang sewaktu dengannya. Yang orang-orang tagged kat fb.

Ok, balik kepada topik. Ini gambar raya kami. Tema adalah silver. Alasan sebab mrhusband nak pakai balik baju melayu nikah dia.

Jimat kos katanya.

We ols? Kenala berkejaran ke Kota Tinggi merembat sepasang. Takkan nak pakai baju nikah liplapliplap. Malllllllluuuuuuuuuuuuuuuuuu.... (tapi mawuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...)

Laki aku dah serupa hero hindustan dah dengan misainya yang tak ditrim. Aku malas nak sound suh cukur. Asalkan kau disisi ku sentiasa sudah. Hakhakhak.

Tapi raya kedua dah selamat licin. Sebabnya, cousins dia yang kecik-kecik pura-pura tak kenal dia. Bagus, lepas ni... apepe tektik aku akan gunakan budak2 tu. Hihihi.

Gambar atas ni second attempt.... mata pandang tempat in tapi terbeliak. Bila aku bising, dia kata ok la ni tak terpejam......

Tapi, apesal terbeliak?

Tetiba teringat game plants vs zombies. Macam mata zombie la pulakk aku tengok.

Ni sebenarnya gambar first attempt. Bila aku tengok gambar ni. Nyaammmpah okkkkkkkk.. Korang perasan tak laki aku ni macam senget ke tepi ala-ala mengelak dr aku yang menghimpit beliau?

Dah la mata terpejam.

Ok, fine. Mata terpejam tu mmg trademark dia sbb gambar kawen kebanyakkannya mata hampir-hampir terpejam (budget mata kuyu...)

Ok dah tu je.

Harap-harap tahun depan gambar raya kitorang ada kemajuan.

Saturday, September 17, 2011

20 AMALAN MURAH REZEKI

Hari ni aku nak kongsikan 20 amalan yang boleh kita lakukan dalam memperolehi kemurahan dan keberkatan rezeki....

1. Menyempatkan diri untuk beribadah.

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Beristighfar.

Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Rintihan dan pengakuan dosa hambaNya kepada Allah SWT menjadikan Allah SWT berasa kasihan dan melapangkan hidup dan pintu rezeki hambaNya itu.

3. Tinggalkan perbuatan dosa dan maksiat.

Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah.

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

Dengan mengingati Allah dalam setiap perlakuan harian kita akan memberikan ketenangan dalam kehidupan kita.

5. Berbakti dan mendoakan ibubapa.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.

Berbuat baiklah kepada orang yang lemah seperti meraikan dan menggembirakan hati orang tua, orang yang sakit, anak-anak kecil, anak-anak yatim.......

7. Tunaikan hajat orang lain.

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat.

Selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak,

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi.

Sentiasa memulakan hari anda usai solat Subuh. InsyaAllah kita mendapat keberkatan rezeki dariNya.

11. Menjalinkan silaturrahim.

Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Mengamalkan kekal berwuduk.

Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah.

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.

14. Mengamalkan solat tahajud.

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Mengamalkan solat dhuha.

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah.

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Selalu berzikir dan membaca ayat Quran tertentu.

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa kepada Allah.

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar dan berusaha.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan dia berusaha..."

20. Bertawakal kepada Allah.

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Wallahualam.

AIR OREN KE AIR SIRAP?

(Sempat lagi tunjuk peace tu bila tau aku nk amek gambo dia.)


Ni masa PJ. Aku bagi diorg buat aktiviti bebas. Jadi, budak ni (lupa nama apa) rest dulu nak minum air kaler merah.

Cikgu : Awak minum air apa tu?

Murid : Air oren.

Cikgu : Air oren? Kenapa warna merah? Air sirap tak?

Murid : Ye... air oren.

Cikgu : Mana ada air oren warna merah.

Murid : Ada cikgu. Ni air oren.

Serius aku tak puas hati. Takkan kat Sarawak ni ada air oren warna merah. Betul-betul tak puas hati.

Cikgu : Awak ni minum air sirap ni. Cikgu nak bau boleh?

Aku amek bau. Memang betul.

AIR SIRAP ok!

Cikgu : Eh, ni bau macam air sirap la...

Murid : Air oren cikgu...

Cikgu : Yela. Air oren ye?

Sampai ke hari ni aku tak faham kenapa dia cakap tu air oren sedangkan bau mcm air sirap?

Friday, September 16, 2011

HIM

Saya yakin, mesti ramai para isteri yang mendambakan suami yang romantik. Mungkin seperti suami Nora Elena?

Bila muncung, dapat bunga.
Bila makan, pantas disuap.
Bila ada keraian, pantas dirai.

Dan segalanya indah ibarat "fairy tales" movie.

Pernah juga saya mengimpikan suami yang begitu. Yang sangat romantik dan jiwang jiwanya. Yang hati penuh bunga-bunga. Yang sentiasa mengeluarkan kata-kata manis memuji muja setiap keindahan dan kelebihan yang kita ada.

Tapi perancangan Allah itu melebihi dari segala pengharapan yang kita ada. Dia mengurniakan saya seorang suami yang jauh dari apa yang selalu saya impikan atau dengan kata mudahnya tidak romantik.

Kami berkawan tanpa menyulam sebarang kata cinta dan sayang. Walaubagaimanapun, suami adalah tempat saya bergantung dan melepas rasa di saat hati ini kecewa dan ketika itu saya betul-betul jatuh tersungkur. Dia sentiasa ada di situ, memberikan kekuatan yang dalam diam membuatkan saya rasa, saya masih ada dia. Seorang kawan yang melegakan segala kekusutan.

Itu antara kebaikkan suami. Sangat penyayang dan marah apabila wanita dianiaya.

Dalam tempoh sembilan bulan perkahwinan kami, saya dan suami masih belajar mengenali hati budi masing-masing. Menerima setiap kelemahan dan kekurangan. Menjadikan kelebihan dan kekuatan sebagai sandaran hidup. Memahami setiap gerak laku dan isyarat badan yang cuba disampaikan yang sentiasa menjadikan saya insan yang lemah jiwa ini menangis bila tidak berjaya memahami isi hati suami ketika itu.

Ya, saya pernah menangis kerana tidak berjaya memahami hati suami dan berprasangka yang bukan-bukan.

Dan tipulah saya jika saya kata saya tidak pernah cemburu. Cemburu saya terlalu kuat. Pantas berfikir yang bukan-bukan bila mendengar perbualan mesra suami dengan kawan perempuannya yang saya kenal. Yang juga sudah berkahwin. Kerana apa? Kerana pada saya, masa singkat yang dia ada bersama saya, hanya untuk saya. Tidak sepatutnya dikongsi bersama orang lain.

Saya lupa, setiap yang Allah kurniakan untuk kita itu sebenarnya hak milik Allah. Pinjaman dari Allah dan saya tidak sepatutnya berperasaan begitu. Selagi kita yakin dengan Allah, InsyaAllah kita sentiasa terpelihara, rumahtangga kita sentiasa dijaga.

Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana mengurniakan suami yang sentiasa membimbing saya ke jalan yang diredhai olehNya. Selalu saya dengar isteri yang mengejut suami untuk solat Subuh. Tapi saya? Malu nak mengaku, acapkali suami yang kejutkan saya.

Suami juga yang sentiasa mengingatkan saya tentang sunat Dhuha dan Hajat supaya murah rezeki dan tercapai impian. Seringkali mengingatkan saya bahawa hanya Allah sahaja tempat kita bergantung dengan penuhi masa lapang dengan zikir-zikir kepadaNya.

Bila marah meledak jiwa, suami juga yang sentiasa menenangkan. Mengingatkan saya untuk sabar. Bila saya mula merungut tentang beban kerja yang tidak pernah berhenti, suami juga yang nasihatkan saya untuk buat segalanya ikhlas kerana Allah.

Walaupun kami berjauhan, terpisah oleh alat perhubungan, kerana Allah, hati kami lebih dekat dan semakin menyayangi antara satu sama lain.

Itulah kuasanya bila kita yakin dan berserah segalanya kepada Allah.

Saya tidak perlukan suami yang romantik, tidak perlu suami yang beri bunga, suami yang hujani isteri dengan wang ringgit, suami ibarat prince charming.

Saya dah cukup bersyukur kerana mengurniakan suami yang menyelitkan nama penuh saya pada setiap doanya. Sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan dan keselamatan saya di dunia dan di akhirat. Mendoakan kebahagiaan rumahtangga kami.

Alhamdulillah.


Thursday, September 15, 2011

BANANA LEAF RICE, MIRI

Hari ahad malam, akibat terlalu lapar, maka terus keluar idea kami untuk ke Banana Leaf Rice. Kami tu refer kepada saya dan housemate saya.

Sampai-sampai je memang orang sangat ramai. Nasib baik kami dapat tempat duduk.

Beroperasi dari jam 11 pagi sampai 10 malamOrang silih berganti makan kat situ.

Rambang mata bila tengok menu dan akhirnya ini yang kami order. Recommendation by tokey kedai jugak....

Orange Lassi. My housemate order Mango Lassi.

Aneka kuah kari yang kitorang tak sentuh sangat pun.

4 jenis sayur yang enak. First time makan peria. Tu pun sebab peria dia digoreng tepun dan nampak lazat.... Pahit dah tentu...

Nasi putih atas daun pisang. Rasem dan Papadom.

Udang Deep Fried yang diperap enak. 5 ekor sebenarnya....

Sambal sotong yang lazat walaupun berperisa kari.

Tengok kanan, ada orang dok makan tosey. Wah. Ada jugak ke? Komfem pasni aku akan ajak husband datang sini dengan alasan....

"I teringin nak makan tosey..."

Kalau dia kata kat Miri takde jual. Aku akan jawab macam ni...
"I tau kat mana ada jual..."

Hahaha. Tu dia. Awal2 dah susun strategi.

Wednesday, September 14, 2011

DOUBLE WEDDING

Hari raya ke 5 hari tu telah berlangsungnya double wedding di rumah gua.

Eh? Gua.

Hahaha. Masa menaip ni jiwa kacau. So gua pakai lu gua aje la ek...

Di pagi hari. Ketika marhaban. Masa ni juga berlangsungnya Akad Nikah untuk adinda gua yang ketiga. Gua tak pergi sbb gua kena serve orang marhaban dan jaga rumah.

Baju merah tu laki gua. Baju biru muda tu Pak Mentua gua. We ols all the way from Johor.


Ini pelamin adik gua. Pengantin baru dinikahkan pagi tadi. Seronokla tu akhirnya disatukan setelah berkawan selama like 6-7 years.

Sungguh setia.

Kalau gua tanya pasal boyfriend dia ni. Harus dia jawab...

"Nak buat cemane. Itu je yg nak kat kita..."

Ayat kesian tak hengat.

Ini pengantin lama. Mereka telah dinikahkan pada 9 April 2011. Adik gua yang keempat bersama suami nya. Dijangka bertiga Januari tahun depan.

Awal2 dah sound duit raya untuk anak dia. Habis anak gua? Sapa nak bagi duit raya?

Eh?

Ketika makan beradab. Patutnya gua ada sama sebab gua dan suami pengapit untuk pengantin lama. Tapi kerusi tak cukup, maka kami pun sambung kerja-kerja tuan rumah orang kawen.

Takpe. Gua tak kisah. Sebab baju gua dengan laki gua tak cantik masa tu. Haha.

Eh? Gambar dah habis.

Gua berenti dulu.

Bubye.

Tuesday, September 13, 2011

COMEL SANGAT

Hari ni aku nak share gambar budak kelas yang aku mengajar. Coomellll sangat-sangat....



Nama dia Pricilla and she was born on 13 November. Memang SAH!. Sapa yang lahir bulan November memang comel-comel belaka. Haha.

Alert : Novemberian!

Monday, September 12, 2011

HARI RAYA SURPRISE FOR HUSBAND

2 hari sebelum hari raya, husband bawak aku ke Kota Tinggi and City Square JB untuk beli sepersalinan hari raya.

Its a surprise for me from him.

Sebab aku tak sangka pun dia akan bawak aku jalan-jalan shopping baju raya. Yerla, bila aku bebel pasal baju raya yang aku takde, husband buat tak reti je tanpa sebarang solution or idea.

Tapi... aku pun ada gak buat surprise untuk dia.

Masa hari raya pertama, memang tradisi felda. Diorang akan bermarhaban dari rumah ke rumah. Rasanya dari lepas solat raya sampailah ke tengahari husband join marhaban. Mak kata, tu cara diorg nak jumpa satu kampung dan bermaafan. Nak tunggu sendiri datang, memang tak sempat. Sebab ramai lagi keluarga yang perlu diziarah.

Dalam tempoh husband pergi bermarhaban tu. Aku pun tulis kad raya dan selitkan pada baju raya dia yang aku beli diam-diam masa kat City Square.

Aku letak atas bantal yang salu dia tido.

First attempt, aku kat dapor, husband dalam bilik bukak laptop. Takde response.

Tiba saat solat zohor. Husband solat dulu. Pastu baru turn aku. Masa aku tengah solat tu la baru dia perasan kad raya dengan shirt atas bantal dia. Dah kebiasaan, waktu tengahari adalah waktu nap mertua sekeluarga.

Selesai solat, aku rasa husband dah nampak surprise aku tu. Mula dah rasa malu gila. Tak pernah dibuat dek aku keje macam ni. Aku intai dia dari balik pintu. Husband tengah baring, bantal tutup mata sambil mulut senyum-senyum.

Sah!

Aku pun tarik nafas, terus gi baring sebelah dia.

"Sapa perempuan lagi sorang dalam kad tu?"

Ada gambar dua orang perempuan ucap selamat hari raya sebenarnya dalam kad raya tu.

"Madu ke?"

Cis!!!!!! Aku nak surprise kan dia. Dia pulak surprisekan dengan soalan cepuemas.

Aku pun jawab dengan muka slamber.

"Nak ke? I carikan..."

Dia senyum je....

" Terima kasih... Tu baju online mana pulak tu?"

Kena lagi sekali. Perli aku la tu.

" I beli la kat kedai masa u semayang tu....."

" Perempuan lagi sorang dalam kad tu kawan I. I malu nak ucap selamat hari raya dan minta maaf sorang-sorang. Suruh dia teman..."

Husband sengih je.

Dah memang style dia. Kalau tak sentapkan aku memang tak sah. Tapi, bila time nak berpisah ke destinasi tugas masing-masing. Dialah yang paling emosi. Emosi yang tak nampak.

p/s: Gambar takde, sbb lupa nak amek.