Showing posts with label him. Show all posts
Showing posts with label him. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

DINNER DATE WITH HUSBAND

After 2 weeks tak jumpa, last weekend dapat juga jumpa buah hati pengarang jantung saya itu.

Seronok tak terkata.

So, saturday nite kitorang pun dating la kat Starbuck Miri. Cik Puan teringin nak makan cake with hot chocolate la pulak kan..... Hihihi

Husband plak memang takmo makan nasi. Eksyen. Dia kata kat sekolah kampung dia tu dah puas makan nasik.

2 cakes, 2 puffs, hot chocolate and coffee terbaru for him.

Cubaan mencilok kek isterinya. Keskeskes.

Our dinner.

Beef puff and tuna puff.

Walnut carrot cake, and black forest cake. Yummy!

This weekend maybe he will be here again. Tapi.......... saya ada meeting staf akhir tahun dan persediaan persekolah 2012 on Saturday and he plan to go back on the same day. Bukan sebab apa, sbb transport yang ada this weekend hanya hari Sabtu. Kejap je la masa yang ada with him.

Maka,

Just wait and see lah!

Thursday, October 6, 2011

BILA HUSBAND MEMBEBEL.

Baru nak tau cemanee penangan lelaki yang banyak diam ni membebel?

Tapi, membebel dalam message FB je la.

For past these few days, husband adalah sering mengadu tentang sakit otak yang dialaminya kerana melayan seorang anak muridnya yang amat bermasalah. Jadi, hari-hari lah dok buat research cemane nak tangani masalah ni.

Oh! Husband saya adalah guru pemulihan. Membantu anak-anak slow learner. (Tetiba terasa suami saya hebat sebab diri sendiri akan naik angin bila mengadap budak-budak yang banyak pe'el ni). Haha.

Last weekend, tengah syok-syok lepak-lepak atas katil hotel, tetiba husband yang tengah surf internet bagitau macam ni.

"U kenal tak... (ok, lupa nama)?. U tak tau dia tu dulu ada brain damage tau masa umur dua tahun. Tapi sekarang dia adalah seorang doktor gigi. Lepas dia kena brain damage tu, mak dia selalu buat terapi. Tapi sampai sekarang, dia kena makan ubat anti stress untuk menenangkan otak dia....Walaubagaimanapun, dia tetap jadi somebody."

Tu takpe lagi. Dapat gak aku knowledge dan kesedaran.

DONT UNDER ESTIMATED YOUR SLOW LEARNERS!

Pastu pagi ni dia membebel lagi.

"I tengah baca ni. How to distinguish lazzzzzy anddddd sloooow leaaaarner. Lepas ni jangan nak kata orang malas. "

"Kalau takde orang malas, takde la remote TV. Nanti kenala kita berjalan ke TV kalau nak tukar channel. "

"Kalau takde orang malas, takde la aircond. Kenala kita cari kertas, kipas diri sendiri."

"Kalau takde orang malas, takde la komputer atau typewriter. Kena la kita menulis panjanggggggg berjela...."

Sekian bebelan dan motivasi untuk hari ini.

Mulai hari ini saya akan think positive dan cuba membantu anak-anak murid saya yang MALAS.

Tapi, kalau suami yang MALAS cemaner pulak ek?

Haha!

Tuesday, September 27, 2011

SUAMIKU YANG BERHIKMAH

Aku dan husband selalu contact thru message FB.

Sorry ye kami memang tak gunakan perkhidmatan telekomunikasi sbb memang tempat husband takde line pun. Kot ye nak ada, memanjatlah kau bukit di sana. Tu pun tak tentu dapat. Penat je yang lebih.

Yang ada satelit untuk perkhidmatan Jaring sahaja.

Hari tu we ols tersentap sampai tergelak guling-guling dengan kepoyoan husband we ols.

Tengah dok chatting sonok-sonok tu, tetiba……

Husband : Alamak ngantuk la pulak. Baik I pergi selamatkan diri dulu.

Wife : Nak pergi mana? Tido ke?

Husband : Ape pulak tido. Nak gi solat Isyak dulu. Nak selamatkan isi-isi I yang gebu ni dari terbakar dengan api neraka.

Wife : Ooookkkk……

*

*

*

Tak boleh ke bagi ayat yang lebih berhikmah wahai suamiku?

Tuesday, September 20, 2011

GAMBAR RAYA

To be honest, selepas gambar outdoor perkahwinan kami hampir 10 bulan yang lalu... aku memang takde langsung gambar yg really proper with mrhusband.

Even, masa Hari Raya baru-baru ni pun tak berjaya jugak nak ambil gambar skema dengan dia.

Mungkin ini adalah kesan daripada nak muntah dan sakit otak bila tengok gambar kahwin sendiri yang saaaaanggaaatt banyak..

Serius banyakkkk...

Dari OP, dari UOP, dan yang sewaktu dengannya. Yang orang-orang tagged kat fb.

Ok, balik kepada topik. Ini gambar raya kami. Tema adalah silver. Alasan sebab mrhusband nak pakai balik baju melayu nikah dia.

Jimat kos katanya.

We ols? Kenala berkejaran ke Kota Tinggi merembat sepasang. Takkan nak pakai baju nikah liplapliplap. Malllllllluuuuuuuuuuuuuuuuuu.... (tapi mawuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...)

Laki aku dah serupa hero hindustan dah dengan misainya yang tak ditrim. Aku malas nak sound suh cukur. Asalkan kau disisi ku sentiasa sudah. Hakhakhak.

Tapi raya kedua dah selamat licin. Sebabnya, cousins dia yang kecik-kecik pura-pura tak kenal dia. Bagus, lepas ni... apepe tektik aku akan gunakan budak2 tu. Hihihi.

Gambar atas ni second attempt.... mata pandang tempat in tapi terbeliak. Bila aku bising, dia kata ok la ni tak terpejam......

Tapi, apesal terbeliak?

Tetiba teringat game plants vs zombies. Macam mata zombie la pulakk aku tengok.

Ni sebenarnya gambar first attempt. Bila aku tengok gambar ni. Nyaammmpah okkkkkkkk.. Korang perasan tak laki aku ni macam senget ke tepi ala-ala mengelak dr aku yang menghimpit beliau?

Dah la mata terpejam.

Ok, fine. Mata terpejam tu mmg trademark dia sbb gambar kawen kebanyakkannya mata hampir-hampir terpejam (budget mata kuyu...)

Ok dah tu je.

Harap-harap tahun depan gambar raya kitorang ada kemajuan.

Sunday, August 28, 2011

NAK TERGELAK

Nak tergelak betul tadi masa shopping kat Kota Tinggi dengan husband and his friends...

Aku : Adik aku tu memang la, dia takleh berenggang dengan mak aku...

His friend : Ko untung la zawi... Nasib baik ko dapat bini yang boleh berenggang dengan mak dia...

Husband : Tu la masalahnya... Aku ni yang tak boleh berenggang dengan mak aku.

Aku?

Senyum meleret.

Manja juga rupanya husband ni.

Friday, August 19, 2011

HUSBAND SAID

Husband once said,

"Kenangan lama memang indah dan susah nak dilupakan, tapi kita kena maju ke depan untuk membina kenangan yang lebih indah dan takkan dilupakan..."

" Setiap kelemahan dan kekurangan you I takkan sebut atau ungkit. Biarlah ia menjadi perkara yang paling indah dalam hidup I...."

Thank you husband. For accepting me the way I am.

I miss you.

Monday, July 4, 2011

BIAR BETUL???

Itula ayat pertama yang mrhusband sebut bila aku bagitau "rahsia" ini.

Nak tergelak pun ada.

Kenapalah mrhusband ni takmo percaya dengan aku?
InsyaAllah sayang.
InsyaAllah.
Impian kita akan menjadi kenyataan.

Syukur padaMu.

Dalam keluh kesah dengan setiap perkara yang aku tidak dapat.
Pada setiap kesedihan yang aku lalui setiap hati.
Saat marah menyelinap jiwa bila rasa teraniaya.

Ketika itu sebenarnya jiwa ini sedang diuji.

Kadangkala aku tewas.
Adakala rasa sabar ini menang.

Sesungguhnya memang besar kasih dan sayangMu.

Terima kasih Ya Allah.

Semoga inilah permulaan yang terbaik untuk kami.

Alhamdulillah.

Tuesday, May 31, 2011

FLATTERED

Walaupun jarang-jarang jumpa. Dia tau semua jenis baju yang aku ada.

Tengah surrfing poplook

Isteri : Sayang. Sesuai tak I pakai baju ni?

Suami : Mmmm. Sesuai ke?

Isteri : Tak boleh ek? Kalau baju ni yang ni?. (tnjk baju yg versi lebih sopan)

Suami : Kan u dah ada baju macam tu. Yang warna hitam tu.

Isteri : Ala. Tertinggal kat Johor. Nak warna lain.

Gila bagi alasan sampai dua semata-mata nak shopping. Hahahaha.

Tapi sempat lagi tu mencairkan diri.

At least, walaaupun dia tade la romentik di campur dengan jarang gila jumpa, tapi dia tau juga setiap jenis baju yang aku ada.

Ni yang tambah-tambah sayang ni.

Sunday, May 29, 2011

NERVOUS

Selamat pagi semua!

Dalam sejarah, cuti sekolah kali ni aku tak balik semenanjung. Mrhusband decided tak payah balik tetapi habiskan masa bersama kat Sabah.

Nak gi Mabul. Itu aktiviti wajib. Lepas tu, kalau masa mengizinkan akan ke Manukan Island. Lagi satu kemungkinan adalah ke Kundasang dan kawasan berdekatan.

Kita tengok masa cemane because we prefer to be together at home. The only precious time we have. :). Mrhusband kata, kalau kita nak baling-baling pinggan pun boleh.

Hahahaha! Teringin sangat agaknya tu bergaduh dengan aku. Yerla, selama ni mmg tak sempat pun nak gaduh. Kalau tak puas hati pun, takkan nak gaduh depan mak bapak kan? Aku ni dah la kalau nangis stok org perasan. Hidung tu merah je sepanjang hari.

The good news is,

Mrhusband akan sampai pagi ni from Kota Kinabalu. Masa untuk melangsaikan segala projek yang terbengkalai. Ops!

Pergh! Nervous macam first date.

Doakan perjalanan aku ke airport berjalan lancar dan selamat.

Thursday, May 5, 2011

INI ADALAH ENTRY MERINDUI SUAMI

Mrhusband adalah sangat particular bila bab duit. Kalau dia rasa apa yang aku nak tu tak berbaloi dengan yang sepatutnya, akan terus terpacul dari mulut dia

"Berbaloi ke u beli?"

Terus mak sentap, lepaskan barang dari tangan.

Satu hari tu, tgh kami jalan-jalan berpegangan tangan nak melintas jalan ke shopping mall, tiba-tiba dia cakap camni...

" U cuba la kurang-kurang shopping tu. Tak payah dah beli apepe ek? Cukup dah semua."

" Tapi kalau I beli apepe untuk u cemane?"

" Abis u ingat kalau u beli apepe untuk I, I tak membebel la?"

"Yela, nak buat cemane. Kalau nampak apepeje, mesti teringat nak belikan untuk you. Jadi, I beli je la. Satu untuk I, satu untuk you..."

Terus diam tak terkata. Ataupun mungkin dia malas nak layan aku yg kuat menjawab ni. Haha.

Walaupun dia suka membebel kalau aku bershopping, tp tanpa aku sedar sebenarnya mrhusband ni appreciate for everything that I gave to him.

Contohnya jam dan minyak wangi hantaran. Dia cuma pakai bila bersama dan berjumpa aku je. Selain dari itu, simpan dalam almari. Kalau pergi sekolah hari-hari pun dia cuma pakai body spray atau perfume2 murahan.

Ada sekali terbaca komen dia kat FB bila kawan dia minta kopi sebungkus.

"Kopi yang dibekalkan oleh isteriku juga banyak... Kopi Tenom....."

Kalau aku tanya dia sihat ke tak. Dia akan jawab.

"Alhamdulillah, I sihat. Minum madu hari-hari..."

Aku la tu yang bekalkan dia kopi dan madu.....

Memang kalau depan mata, tak pasti tentang perasaan dia. Mrhusband tu kan heartless. Tapi, kat sebalik hati dia tu, perlahan-lahan aku belajar mengenali dia dengan lebih dalam.

Ah! Benci rasa ini.

Rindu setengah mati.

Friday, April 29, 2011

TAKDE JIWA

Hari tu aku ada chat dengan salah sorang member mrhusband.

Diorang ni classmate. Pastu, dia ada la cakap pasal mrhusband ni. Lebih kurang macam ni la ayat dia.

"Kadang-kadang, kitorang pun tak faham abang long kitorang tu. Nampak macam takde jiwa je. Tapi sebenarnya penyayang...."

Part penyayang tu yang best dengar tu. Haha.

So, aku ni macam biasa la. Mana boleh nak simpan rahsia. Masa kat Miri tu, terus bagitau mrhusband.

Aku tukar nama kawan mrhusband tu Jessica Alba la ek? Comel sket. Barulah feeling artis hensem kacak bergaya. Muahahaha.

Aku : Sayang, hari tu I chat dengan Jessica Alba tau. Dia cakap u takde jiwa.

Him : Dia kata I takde jiwa? Apesal pulak? Apa maksud dia tu?

Aku : Takde jiwa tu macam heartless la.....

Him : Ohhhh... I memang heartless pon. Lagi apa dia cakap pasal I?

Patotla... memang heartless rupanya. Kataku di dalam hati. Sebenarnya husband aku ni memang heartless sampai aku pun tak faham apa la yang ada dalam kepala dia.

Aku : Dah takde. Tu je dia cakap pasal u.

Mrhusband pon pergi la kat depan cermin sambil membelek-belek dirinya dan memakai jaket uniform rasmi.

Tetiba dia bersuara.

" Eleh.... Jessica Alba tu.... cakap je laa nak ngorat I tak dapat.... Kata I takde jiwa konon...."

Sentap aku dengar statement beliau. Nak gelak guling guling pun ada. Angkat diri tak agak-agak.

Macam semua perempuan la nak ngorat dia tak dapat?

Kira, aku ni champion laa kan?

Eh, apesal macam aku pulak yang angkat diri ni? Hahahaha....

Tuesday, April 26, 2011

CUTI CUTI DI MIRI

Antara yang best di Miri

JUMPA MRHUSBAND!

* kek lapis dan kali ni dapat beli yang murah dan agak enak rasanya.

* nasi lalapan yang sangat-sangat buat aku teruja.

* mee kolok yang ala-ala maggi goreng je pun tp ntah nape aku rasa sedap.

* massage satu badan. aktiviti wajib mrhusband sampai aku pun terjerat.

* jalan-jalan tepi pantai dengan mrhusband.

masa kitorang kat tepi pantai tu, banyak betul pasangan yang sedang bercinta. pastu mrhusband pon cakap la.....

"kita takde pun peluang macam tu kan? bercinta-cinta... dah kawen baru la merasa kan?."

"takpela sayang, kurang la dosa kita..."

i am not perfect. banyak dosa aku. namun aku bersyukur sebab dipertemukan dengan mrhusband. yang dapat membimbing dan memimpin aku ke jalan yang lurus.

tak perlu rasanya aku nak bercerita panjang atau menunjuk-nunjuk pada orang yang aku ini berubah. biarlah perubahan itu antara aku dengan Allah dan datang dari hati yang ikhlas.

* teh 3 lapis. kek lapis... teh pon nak berlapis-lapis. hihi.

* jumpa kawan lama, azlina yang keje di tower airport.

* precious time with mrhusband. paling lega bila dapat dengar dia gelak sakan kalau aku ngusik dan mengutuk dia. oh. sangat comel!

ok dah tu je.

Sunday, March 27, 2011

THE REASON

Its been a week since the last time I met mrhusband.

SMS terakhir dia before dia masuk ke kawasan yang takde line telephone was

"Nanti cari lagu the reason..."

So, here you are sayang.....


i’m not a perfect person
there’s many things i wish i didn’t do
but i continue learning
i never meant to do those things to you
and so i have to say before i go
that i just want you to know i’ve found the reason for me
to change who i used to be
a reason to start over new
and the reason is you

i’m sorry that i hurt you
it’s something i must live with everyday
and all the pain i put you through
i wish that i could take it all the way
and be the one who catches all your tears
that’s why i need you to hear

i’ve found the reason for me
to change who i used to be
a reason to start over new
and the reason is you

and the reason is you
and the reason is you
and the reason is you

i’m not a perfect person
i never meant to do those thing to you
and so i have to say before i go
that’s i just want you to know

i’ve found the reason for me
to change who i used to be
a reason to start over new
and the reason is you

i’ve found the reason to show
a side of me you didn’t know
a reason for all that i do
and the reason is you

Kenapa dengan lagu ni?

Bercinta selepas kahwin, memang best sebab its an adventure for us. Learn to learn a new person. Tapi, ada pro and cons nye....

Selebihnya, mungkin kitorang je yg tau the reason... atau mrhusband je yang tau apa kene mengena lagu ni dengan kitorang.

Kesannya, setiap kali dengar lagu ni, mesti aku jadi over sensitif dan emotional. Tetiba je air mata ni kuar. Rindu... rindu sangat-sangat.

Tak sabar nak tunggu our next date.

Friday, March 25, 2011

CINTA

Saat sah menjadi suami dan isteri. Kenangan terindah dalam hidup. Tak pernah jemu menatap gambar-gambar sepanjang majlis kami berlangsung.

Alhamdulillah.


Ciuman pertama untuk suami.

Ciuman pertama untuk isteri.

"Kerana tidak penting siapa yang pertama kuberikan rasa, tapi siapa yang memiliki cintaku untuk selamanya...."

Thursday, March 24, 2011

OH! SUAMIKU

Aku berniat nak register untuk insurans.

Lagipun, mrhusband dah banyak kali pesan to sign up. Pastikan benda tu untuk saving jugak.

Maka pewarisnya, telah diletakkan mrhusband. Niat di hati, untuk sementara je tu. InsyaAllah, esok dah ada zuriat, tukar la ke nama anak-anak.

Tapi, I love to make mrhusband being excited. So, I SMS him to inform about it.

Me : U, I letak pewaris I nama u tau.

Husband : Bole2. Suka2. Setuju2. Hehehehe.

Me : Nanti kalau I mati dulu, kaya la u nanti. Tapi, ada syaratnya. Tak boleh gunakan duit tu untuk kawen lagi satu ok.

Husband : Tapi, takda tulis dalam polisi kan? Walaubagaimanapun, I nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih la. Hahaha.

Me : Ah, tak kira! Nanti hantu I cari u tiap-tiap malam.

Tertekan dengan jawapan mrhusband. Aku nak buat dia excited, aku pulak yang jadi geram.


Walaupun dia suka bagi jawapan yang menggeramkan hati. Tetap sayangkan dia. I miss my teddybear so much!

Friday, March 11, 2011

BETWEEN JOHOR AND SARAWAK

Ketika aku dalaam penerbangan ke Miri, tetiba boleh pula terfikir sesuatu yang menarik tentang aku yang sangat berkaitan dengan mr husband. Macam satu kebetulan pulak.

Dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, cuma negeri Johor dan Sarawak je yang aku tak pernah bermastautin, menginap atau bermalam. Cuma dua negeri itu sahaja.

But, when I marry to mr husband... both Johor and Sarawak adalah destinasi utama aku kunjungi dan bermalam bila ada kelapangan.Johor adalah destinasi pertama bila pulang bercuti. Sarawak? I really love to be in Miri.

Mungkin dua negeri ini sengaja disimpan sebagai tanda pertemuan antara aku dan mr husband.

Who knows kan?

So now, I am safely arrived at Miri and going to meet mr husband this evening.

Sangat-sangat tak sabar.

p/s 1: Cikgu tret tet tet pesan suruh tambah stamina sebab comfirm akan di "tapau". Hahaha.
p/s 2: Bapak mertua pulak pesan nanti dah jumpa, peloklah puas-puas.

I'm in love.
Macam cinta pandang pertama.

Tuesday, March 1, 2011

HENFON YANG ROSAK

Hampir dua tahun dia bersama aku. Ajalnya belum tiba, tapi penyakit kronik pula menjelma. Maka, bersemadilah dikau di dalam kotak ajaib itu.

Memori aku dengan handphone terlalu banyak.

Yang paling berharga ialah SMS mr husband dari saat dia nak mengorat aku sampailah dia berjaya menikahi aku.

Bila bosan-bosan, itulah peneman jiwa raga. Buat hati gembira, gelak sendiri-sendiri. Terkenang-kenang macammana mr husband proposed to be his wife.

"Sampai bila u nak hidup macam ni? U bahagia ke hidup macam ni?"

Lama dia tenung mata aku.

Aku tunduk. Geleng. Sikit pun tidak aku ceritakan apa sebenarnya yang berlaku tapi dia faham gejolak hati ini.

"I tekad untuk jadikan u isteri I..."

Eh? Apehal ni. Nak cerita pasal handphone. Tetiba masuk cerita novel pulak.

Lagi 5 hari dapat tengok muka buah hati saya itu.

Ya Allah...
Tak sabarnya...
Semoga Allah permudahkan segalanya...

Monday, February 28, 2011

ULANGBULAN KETIGA

Dan di saat ini rasa mahu sujud di kaki suami.
Kerana terlupa satu tarikh penting.

Susah payah dia.
Cuma dibekalkan dengan tawa riang.
Dan cerita cinta.

Dengan harapan itu mampu membuatkan dia tersenyum

Sebagaimana dia yang sentiasa membahagiakan diri ini.

Ini perjuangan kita sayang.

Perjuangan antara cinta kita dan cinta keranaNya.

Selamat ulangbulan yang ketiga.

Kerana jarak ini, kita disatukan dengan redha Illahi.

Wednesday, February 23, 2011

MEMORI LAGENDA BUDAK SETAN


Lagenda Budak Setan.

First movie I watched with mr husband.

Perjumpaan kali kedua after he proposed me.

Lepas tengok movie ni la, dengan bersaksikan Ariep, I say YES to his proposal.

Yang dia terkedu, yang aku termalu. Dua-dua macam tak percaya atas keputusan yang kami ambil.

Memang masa tu aku dah rasa he's the one for me.

The way he treat me.
The way he spoke to me.
The way he comfort me.
The way he makes me stronger.
The way he makes me confident of myself.
The way he makes me fall for him.

Segalanya masih segar.

Rindu!

Nota kaki :

Bila dengar lagu ni, tetiba I teringat masa kita tengok wayang sama-sama. Baru je nak gatal-gatal... sekali Ariep potong line daaaa......

Kitorang tengok cite ni bertiga. Mr husband, me and Ariep. Tu pasal ada watak Ariep dalam imaginasi dia tu. Haha!

Saturday, February 19, 2011

TULISAN RINDU

Aku ni kan rabun. Jadi bila bukak spek, memang la tak nampak langsung.

Jadi, masa ada dengan mr husband, mestila dia yang menjadi mangsa bila aku missplace my spek.

Sekali........

Diejeknya aku....

"Haha... tak nampak, tak nampak.... Mesti u tak nampak muka I kan?"


Cisss....

Memperkotak katikkan kerabunan I ye wahai suami.

Tunggu la bila u dah tua nanti.... I ni masih muda trang tang tang...

Haih!

Thinking of him makes me miss him more.

Rindu sangat-sangat-sangat-sangat!!!!!

3 more fridays to go.