Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

MY MOM IS HERE

My mom is here for a week. Tengokla tu, sikit-sikit menantu. Sikit-sikit dating dengan menantu. Kesian si anak yang seperti menumpang kasih je. Hehehe.

I am so happy and hidup terasa amat bermakna.

Sunday, November 13, 2011

I AM 29

Syukur Alhamdulillah sudah menjangkau usia 29 tahun.

Hadiah hari ulangtahun kelahiran terbaik seumur hidup setakat ini ialah ini...


Walaupun keputusan pertukaran antara daerah husband ni keluar awal 2 hari dari hari lahir, aku tetap anggap ini hadiah terindah dan terbaik sepanjang hidup ini.

Syukur, Alhamdulillah telah dimakbulkan.

Aku patut gembira di hari ulangtahun kelahiran. Tapi tahun ini tidak begitu ceria. Pagi di sekolah busy bergotong royong dan menyiapkan urusan SPBT.

Dalam pada itu, hati tidak tenang. Aku sampai terfikir, adakah kerana umur kita semakin singkat, jadi hari lahir ulangtahun tidak di sambut dengan meriah? Kerana itu juga husband pesan, zikir banyak-banyak sempena hari ulangtahun kelahiran tanda bersyukur kerana masih dipanjangkan umur.

Di hari ulangtahun kelahiran aku juga, aku telah kehilangan anak buah yang pertama yang juga lahir sama dengan tarikh ulangtahun kelahiran aku. Namanya Omar, seorang bayi lelaki yang sangat comel.

Sedihnya hati maklong tak dapat nak menatap wajah kamu buat kali pertama dan yang terakhir.

Omar lahir pada 12.11.2011 pada usia 31 minggu di dalam kandungan. Ibunya mengalami kontraksi secara tiba-tiba dan bila diperiksa sudah terbuka 4cm. Walaubagaimanapun, ibunya terpaksa dibedah kerana kedudukan bayi yang melintang.

Omar dapat menghirup udara dunia tidak sampai satu jam dan Allah lebih sayangkan dia.... Subhanallah, kuasa Allah melebihi segalanya. Segala yang berlaku tidak kita sangka.

Semoga roh Omar tenang di sana dan menanti kehadiran ummi dan abahnya di pintu syurga.

Al-Fatihah.


Tuesday, September 20, 2011

GAMBAR RAYA

To be honest, selepas gambar outdoor perkahwinan kami hampir 10 bulan yang lalu... aku memang takde langsung gambar yg really proper with mrhusband.

Even, masa Hari Raya baru-baru ni pun tak berjaya jugak nak ambil gambar skema dengan dia.

Mungkin ini adalah kesan daripada nak muntah dan sakit otak bila tengok gambar kahwin sendiri yang saaaaanggaaatt banyak..

Serius banyakkkk...

Dari OP, dari UOP, dan yang sewaktu dengannya. Yang orang-orang tagged kat fb.

Ok, balik kepada topik. Ini gambar raya kami. Tema adalah silver. Alasan sebab mrhusband nak pakai balik baju melayu nikah dia.

Jimat kos katanya.

We ols? Kenala berkejaran ke Kota Tinggi merembat sepasang. Takkan nak pakai baju nikah liplapliplap. Malllllllluuuuuuuuuuuuuuuuuu.... (tapi mawuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...)

Laki aku dah serupa hero hindustan dah dengan misainya yang tak ditrim. Aku malas nak sound suh cukur. Asalkan kau disisi ku sentiasa sudah. Hakhakhak.

Tapi raya kedua dah selamat licin. Sebabnya, cousins dia yang kecik-kecik pura-pura tak kenal dia. Bagus, lepas ni... apepe tektik aku akan gunakan budak2 tu. Hihihi.

Gambar atas ni second attempt.... mata pandang tempat in tapi terbeliak. Bila aku bising, dia kata ok la ni tak terpejam......

Tapi, apesal terbeliak?

Tetiba teringat game plants vs zombies. Macam mata zombie la pulakk aku tengok.

Ni sebenarnya gambar first attempt. Bila aku tengok gambar ni. Nyaammmpah okkkkkkkk.. Korang perasan tak laki aku ni macam senget ke tepi ala-ala mengelak dr aku yang menghimpit beliau?

Dah la mata terpejam.

Ok, fine. Mata terpejam tu mmg trademark dia sbb gambar kawen kebanyakkannya mata hampir-hampir terpejam (budget mata kuyu...)

Ok dah tu je.

Harap-harap tahun depan gambar raya kitorang ada kemajuan.

Sunday, August 21, 2011

SEDIH DI PAGI HARI

Pagi-pagi lagi telefon aku berbunyi.

Abah aku rupanya.

Lepas a few conversation, abah cakap mcm ni...

"Abah mimpi Teh la mlm tadi. Abah mimpi Teh nangis. Terus abah terjaga. Pastu abah terfikir, Teh balik ke?"

Ya, Allah sedihnya... Lagi sedih bila dengar suara sebak abah.

Cepat-cepat abah letak telefon. Mesti airmata dia tengah mengalir lepas tu.

Memang. Aku mengaku. Dah lama sangat aku tak balik menjenguk abah dan ummi di Kedah.

Ampunkan aku. InsyaAllah, anakanda sampai nanti.

Sunday, April 17, 2011

JODOH DI TANGAN ALLAH


Akhirnya mereka disatukan dalam sebuah majlis yang serba sederhana. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

Semoga perkahwinan ini dirahmati dan diberkati olehNya.

Doakan kebahagiaan untuk mereka hingga ke syurgaNya.

Tahniah untuk adinda.

p/s: Minta maaf, gambar yang lebih jelas tak dapat disiarkan atas menghormati permintaan pengantin.

Thursday, February 24, 2011

SIBLINGS


Me and Ame

Pipah and Ame

Tetiba teringat kat diorang.
Time lepak Kenny Rogers Alor Setar last November.

Dapat ke nak lepak-lepak macam ni lagi?

2011 yang penuh komitmen for our family.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah.

I will make sure this will happened.
Together with our very own family.
And the children.

Kitorang melepak dan bergosip.
While our husband babysit our kids.

Tak lupa juga, with our one and only Ummi.


p/s: Yayang, u tak nak join ke? U kan calon adik ipar I.. Ummi I siap approved lagi tu. Hihiks.

Tuesday, February 15, 2011

MEMORI 7 : OH! ABAH

One of the memories yang aku takkan lupa. Di saat-saat akan dinikahkan dengan lelaki pujaan Malaya. Hihihihi!~


Abah : Adalah saya, mewakilkan tuan untuk menikahkan anak perempuan saya Teh xxxxxx binti Abdul Hamid dengan xxxxxx

Pak Imam : Sebut bagi penuh.


Abah : Adalah saya, mewakilkan tuan untuk menikahkan anak perempuan saya Teh xxxxxx binti Abdul Hamid dengan xxxxxx

Pak Imam : Ada lagi satu nama anak tu...

Abah dah terpinga-pinga.

Ulang lagi sekali.

Abah : Adalah saya, mewakilkan tuan untuk menikahkan anak perempuan saya Teh xxxxxx binti Abdul Hamid dengan xxxxxx

Pak Imam : Kena sebut nama penuh anak tu.

Abah : Betul la tu.... (Konfiden ni)

Aku : Shazana laaaaaa abah......

Abah : Oh! Adalah saya, mewakilkan tuan untuk menikahkan anak perempuan saya Teh xxxxxx xxxx binti Abdul Hamid dengan xxxxxx
Selesai je terus abah cakap macam ni

Abah : Haih... pasaipa berpeluh ni? Macam kita pulak yang nak menikah....


Sebenarnya, nama bakal menantu pon abah susah nak sebut. Hazami youuuuuuuuuuuu!!~ Kerlas sangat I kawen dengan artis u ols....Abah... Oh! Abah.

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Itu yang paling penting.

Wednesday, February 2, 2011

MY NEW FAMILY

Esok, mak, abah dan zazi dah nak pulang ke JB. Sedihnya rasa hati. Sunyi la rumah lepas ni. Kalau tak, meriah je rumah. Pastu keletung keletang kitorang ramai-ramai kat dapor prepare makanan.

First day, breakfast aku buat nasi lemak. Lunch biasa diorang tak makan. Petang lak, lunch + dinner kitorang masak kari ikan kembung, sayur sawi, ikan kembung goreng, udang goreng tepung dengan kerang rebus.

Esoknya, breakfast aku kukus kuih pau dan makan roti. Untuk lunch aku masak sotong masak kunyit, masak lemak ketam, sayur labu goreng. Kitorang makan sampai licin lauk. Berselera betul. Ditambah lagi sukun goreng yang mak bawak dari Bukit Besar.

Pagi tadi, aku gorengkan bihun goreng udang. Puas rasanya bila makanan yang kita masak, habis licin. Seronok sangat!

Beberapa hari bersama keluarga mertua sesekali buat aku terfikir. Aku bersyukur sangat dengan kurniaan dari Allah SWT. Mertua aku sangat baik. Sporting pun ye juga. Mereka layan aku seperti anak mereka sendiri. Diorang datang melawat aku pun salah satu sebab kerana anak. Bukan sebab lain.

Allah Maha Besar. Aku bersyukur sangat dengan apa yang Dia beri pada aku walaupun suami aku jauh di hutan sana. Sekurang-kurangnya aku masih ada keluarga mertua yang amat-amat mengambil berat. Kasih sayang mereka tu terasa jauh ke lubuk hati ini. Aku pun senang hati untuk bercerita dan mengadu jika masalah mengundang jiwa.

Sebenarnya, tak pernah terlintas di fikiran aku untuk berada di sini walaupun suami aku pernah termasuk dalam list calon-calon suami sejak tahun 2008. Tak pernah terbayang ia menjadi kenyataan. Inilah rahmat Allah.

Mungkin inilah hikmahnya juga atas kesengsaraan dan kesakitan yang pernah aku alami. Dulu, tak pernah ada siapa yang peduli jika air mata ini mengalir. Tak ada yang mahu peduli dengan sakit pening ini.

Alhamdulillah, syukur atas rahmatMu ya Allah.

Semoga kami sekeluarga sentiasa mendapat keberkatan dari Nya.

Thursday, November 25, 2010

NENEK YANG GIGIH

Inilah nenek kesayangan aku.
Yang juga sibuk membantu cucunya membuat persiapan perkahwinan.
:D

Tuesday, September 14, 2010

HARI BERDEBAR


Kat Airport Tawau. Menghitung detik untuk bertemu bakal mertua. Sempat lagi pose kat airport tu..


Itula tiket I. Tawau to KL pukul 11.55 pagi. KL to JB pukul 5.25 petang....

Takkan lupa hari ini sampai bila-bila.

3 September 2010.
6.30 ptg. First time I met my future parents in law.

Alhamdulillah, everything went very well.

Saturday, September 11, 2010

FIRST TIME I MET HIM AFTER WE DECLARE AS A LOVER

"Teh, lepas Isyak ye kita gi jemput Zawi..." pesan abah.

Lepas berbuka, kemas-kemas apa yang patut. Terus aku ke bilik tetamu untuk bersolat maghrib dan menunaikan apepe yang patut.

Sekejapnya masa berlalu. Selesai solat Isyak, dalam masa aku bersiap-siap, mak mengetuk pintu.

"Teh, dah siap?Jom..."

Hati berbunga riang dalam debaran. Betul-betul berdebar.

Bila turun je aku dari bilik, abah menegur...

"Amboi.. cantiknya dia nak jemput darling dia..."

Aku tergelak.

"Ala.. pakai t-shirt je abah..."

Sepanjang dalam perjalanan, memang hati aku berdebar-debar. Berpuluh kali rasanya aku mengadu pada mak dan abah betapa berdebar nya aku. Sambil-sambil tu, abah dan mak masih menginterview kisah percintaan kami. Soalan cepu emas yang terlekat dalam kepala aku ni.

"Teh takde kawan ke?"

Cepat-cepat aku menjawab.

"Mmm. Takde."

Tipulah kalau aku kata memori itu sudah hilang. Tapi, aku masih waras untuk memikirkan masa depan. Siapa yang tak mahu bahagia bukan? Biarlah dia kata dia sayang aku sampai dia mati. Takde maknanya sayang kalau kesakitan yang sering menjengah perhubungan. Titik.

Sampai airport, sekali lagi aku luahkan rasa berdebar. Kami tiba awal. Jadi, sempatlah aku duduk berbual dengan mak tentang dia dan kami. Memang tak tergambar rasa itu. Sehinggalah kapal terbang dari Miri mula mendarat. Mak jugaklah yang perasan kelibat other half, sama macammana mak perasan kelibat aku semalam.

Semua other half salam kecuali aku, bila kami bertentang mata, ayat yang terkeluar dari mulut dia...

"Eh? Ada orang baru?"

Semua gelak besar. Aku tersipu malu.

Other half jalan bersama abang ngah dan aku bersama mak dan abah.

"Tengokla tu Teh. Dia buat macam biasa je. Macam dia takde apepe dengan Teh. Macammana la kami nak tau dia ada sapa-sapa..."

"Takpela abah. Dah memang dia jenis macam tu."

Bila nak naik kereta tu, abah bersuara.

"Teh naik dengan Zawi ye, biar abah dengan mak hantar abang ngah."

"Eh, abah bagi chance ke?" seloroh aku.

"Kalau tak balik kitorang mlm ni, paham-pahamlah ek. Nak pergi check in hotel ni".

Dia pulak berseloroh.

Abah dan mak gelak besar.

Dan mlm tu date pertama kami setelah berstatus. Berbual panjang sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Sebab penat dan kesiankan other half. Kami terus pulang ke rumah dan sambung perbincangan di dapor bersama mak dan abah. Perbincangan tentang esok dan tarikh 28.11.2010.

Bahagianya rasa....

Saturday, August 28, 2010

ABAH MERTUAKU LA PULAK

Dalam keghairahan aku bermain internet dan bercakap-cakap dengan si Nik, tetiba telefon aku berbunyi. Tengok jam. Eh? Waktu macam ni selalunya bakal mak atau abah mertua yang call ni. Terus berdegup kencang jantung I ni.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam"


After a few intro ada kat mana buat ape bila berbuka and the list go on, maka terus ke topik asal.

"Teh bila balik?"

"Jumaat petang dalam pukul 6 petang."

"Nanti kita ambik la ye? Balik rumah kan?"

"Takpe ke pakcik? Tak menyusahkan ke?."

"Ek eleh... ko niiiiiiiiiiieeee..... Takde apela... Nanti kita amekla.."

"Teh segan sebenarnya ni."

"Hahaha. Kalau segan tutup muka tu..."

"A'ahkan pakcik, nanti Teh pakai purdah la. Kasi tutup semua."


Gelak-gelak.


"Ok ye. Nanti kita ambek ok."

"Ok. Nanti Teh komfemkan balik flight kul berapa sampai sebenarnya. Rasanya pukul enam."

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam..."



Getaran dan debaran ended after a short conversation with future mother in law. Haih. Bahagia pula rasanya.

p/s: Sebenarnya my lil sis, Ame dah warning, future abah mertuaku itu seorang yang klakar. Haha!

Tuesday, August 24, 2010

IBU MERTUA KU

Ketika hampir tiba waktu berbuka other half telepon. Terkejut tapi excited. Dia punya feel tu lebih-lebih. Tau la kekasih hati tu perlu meredah bukit, gunung ganang kalau nak call aku, dengan aku sekali gi panjat sofa. Kononnya sama-sama merasai susah payah dan hebatnya percintaan jarak jauh kami.

Ouch! Romentik kan I ni?

"Abah tanya, kenapa tak ajak Teh balik Bukit Besar?"

"Jadi, u cakap ape?"

"I cakap takpela, dia tido rumah kawan dia. Nanti I bawa u berbuka sama."


Okei. Gelak-gelak.

So, after the jiwang syahdu la sangat scene between us padahal dedua ekoq dok terjerit-jerit sebab line tak clear. Letak phone tp tak cakap I love you dan I miss you. Hish. Cepat betul letak tepon. Namun, hatiku ini tetaplah berbunga riang.

Kata cinta tanpa syarat dan sebab kan? Sentap kejap je, pastu girang kembali.

Tetiba, jeng jeng jeng.

Ibu mertua ku call babe. Dah agak dah topik hangat. After a few intro hari ni masak ape dan kantoi sbb tak masak gi beli kat bazar terus tiba ke topik tersebut.

"Teh balik mana nanti?"

"JB"

"Berapa haribulan?"

"Hari Jumaat, 3 haribulan makcik"

"Nanti kalau nak amek, boleh amekkan..."

"Takpela makcik, Teh dah janji dengan kawan Teh"

"Ala takpela, makcik boleh jemput. Balik Bukit Besar ye? Tak pernah nampak lagi, teringin nak nampak..."

"InsyaAllah...."

"Okla ye, nak berbuka dah kan.. selamat berbuka....kim salam kat semua."


Terus aku menggigil memikirkan apelah idea aku nk cari demi selamatkan diri. Tapi risau kecik hati bakal abah dan mak mertua I tu pulak kan. Yang kita pulak segan sangat-sangat.

Jadi pagi ni, other half forward his father's SMS to my cellphone.

"A'kum. Wi, emak dan abah harap Teh balik BB."

"Sila komen." <---- ini message dr other half.


Ape aku nak komen ni? Sungguh mencabar minda betul la encik other half ni.

Nota kaki: Ni tak best ni. Tido umah u. Tapi takleh tido dengan u. Ops! Puasa ni, puasa.

Saturday, August 14, 2010

RAMADHAN 20 TAHUN DULU

Terus-terang, kalau nak diikutkan masa aku sekolah rendah, aku tak pernah dapat puasa penuh. Rasanya nak cukupkan 15 hari dalam sebulan tu pon adalah satu misi mustahil. Ntahlah. Mungkin faktor sekeliling jugak. Hari-hari aku pergi sekolah. Kawan-kawan ramai bukan Islam. Diorang pergi kantin, aku pun pergi kantin. Tapi bila sampai rumah, aku bagitau ummi yang aku puasa.

Ummi pulak layankan aje.

Salunya, ummi suka buat air sirap dalam tupperware letak kat peti sejuk. Jadi, sebelum ummi balik tu, aku selalu curi-curi minum air sirap tu. Selalunya ummi akan perasan kalau air tu berkurang. Masa tu, mulalah menuduh adik-adik. Maklumlah, kaklong kan kuasa veto.

Sebenarnya ade sebab kenapa aku takot kantoi tak puasa dengan ummi walaupun ummi tak pernah paksa.

Masa bulan puasa, ummi akan upah sehari puasa dapat seringgit. Kalau setengah hari, dapat la lima posen. Kalau tak puasa, maknanya tak dapat la upah.

Jadi bila raya tu, dah siap-siap bagitau ummi berapa duit raya ummi kena bagi hasil daripada puasa yangyok aku tu.

Masa bulan puasa jugak, akulah yang paling rajin pergi masjid depan rumah nak tarawikh. Ummi tak pergi pon. Aku yang beriya. Tapi bukan pergi solat pun. Pergi masjid sebab nak jumpa kawan-kawan and makan moreh. Teruk betul aku ni. Selalu je kena marah dengan orang-orang surau sebab bising dah giat bermain keliling masjid. Kadang-kadang ummi tak bagi jugak sbb adik aku report aktiviti aku dengan kawan-kawan. Mengamok-ngamok sampai ummi kata ok pergi la tapi balik sebelum pukul 10.Kadang-kadang lajak jugak. Pastu, mulalah aku create macam-macam alasan... Hihihi.

Zaman budak-budak, mana la kenal erti penat kan? Puasa ke tak puasa ke sama je. Tapi aku memang tak pernah puasa penuh sehari masa sekolah rendah.

Bila masuk sekolah asrama. Perlahan-lahan belajar dari kawan-kawan. Belajar dari apa yang kita belajar.... Mula belajar puasa cukup sebulan. Mula belajar menahan lapar dan dahaga. Belajar macam-macam tentang ilmu agama dan survivor hidup.

Sekarang ni, kalau di Semporna, setakat puasa je la. Ada kerajinan, buatlah tarawikh sendiri-senndiri. Tapi selalunya lagi banyak tak rajin. Bila balik kampung barulah merasa suasana Ramadhan. Pergi bazaar dan bukak puasa bersama keluarga. Bila maghrib je ummi dah mula kerah suruh pergi sembahyang tarawikh kat surau.

Ummi dah tak macam masa aku kecik-kecik. Nak puasa ke, nak solat tarawikh ke... terpulang lah. Skang dah tua bangka, liat segala bagai, baru la ummi nak suruh-suruh.

Hmmmp.

Tahun depan, lain pulak cerita Ramadhan aku kan? :)

Saturday, July 3, 2010

LAMBAIAN TANAH SUCI

Future mother in law will be going to Makkah and Medina for umrah. Depart from JB at 3.30pm, transit at Singapore and direct to Jeddah.

InsyaAllah will be arriving at Jeddah on Sunday, 9.30 pm.

Friends,

Doakan semoga my future mother in law sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, selamat pergi ke sana dan selamat pulang ke pangkuan kami sekeluarga.

InsyaAllah.