Showing posts with label husband. Show all posts
Showing posts with label husband. Show all posts

Monday, May 21, 2012

MENCURI RESEPI SUAMI

I can cook but not as good as my husband. Bila husband aku masak, segala jenis rasa ada. Tak pernah pun dia masak sayur yang cuma tumis bwg merah dan putih. (aku punya style la tu). Mesti ada perasa ikan bilis ke, udang ke atau yg sewaktunya. Tapi, kalau masak yang pedas, serius menangis2 aku makan.

Ada satu menu yang aku tak pernah pass dengan selera suami. Pernah dia request masak kicap. Tapi bila aku masak, sikit ja dia makan. Tak seselera bila aku masakkan kari atau sambal. I was so frustrated. Always kalau husband tak makan banyak. Sensitif lebih la kononnya kan.

So one day husband cakap dia nak makan ikan kerisi masak kicap. Aku dengan slamber nya cakap,

" Cemaner nak buat masak kicap? "

"Buat macam biasa la"

Selang lagi beberapa minit, aku tanya lagi.

"Kalau buat masak kicap tu kita kena letak kicap masin ke manis?"

Penat dengan persoalan atau maybe dia faham sendiri.

"Takpela. U defrost je ikan tu. Esok I masak."

Horey!!!

Dan bila mlm tu aku jamah masakan husband, akhirnya aku tahu RESEPI RAHSIA beliau and the list goes on.

Semoga dalam tempoh mengenali dan bersama dia ni (yela, umur kita tak tau sampai bila, aku pun tak bercinta before kahwin) aku akan dapat lebih faham kehendak dan kemahuan dia. Yang penting sekali, perut diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yang semakin comel itu.

Wednesday, October 19, 2011

SUAMI YANG PENYABAR

Jam pukul 6.30. Husband dah banyak kali suruh aku mandi dan solat maghrib.

Husband : U.... pergila mandi. Pastu solat sekali.

Wife : Kejap-kejap. Ada benda nak baca ni. (meneruskan surfing)

5 minit kemudian,

Husband : U... pergila mandi. Solat maghrib. I takpe, I boleh jamak.

Wife : Ye... kejapp.....

Tak lama lepas tu, dengar bunyi air dalam toilet. Aku toleh belakang, husband dah takde. Sudah! Dahla husband ni mandi lama. Paling kejap 20 minit.

Aku dah gelisah takut terlepas waktu maghrib sbb waktu isyak pukul 7.24 di Miri.

Aku pun mulala berapi-api. Duduk diam-diam, muncung tepi katil.

25 minit lepas tu husband pun keluar dari toilet, bila dia nampak je muka aku muncung macam tu, terus dia tanya.

Husband : Apahal ni?

Maka, meletup sudah la itu gunung berapi.

Wife : U laaaaaaa!!!!! Bukan nak bagitau u nak mandi. (suara tinggi)

Husband : Apehal? Selama ni I mandi, I bagitau u ke? (bertenang je)

Wife : U dah la mandi lama. Nanti I tak sempat nak semayang maghrib. U jangan semayang dulu, bagi I semayang dulu. U semayang pun lamaaaa.....

Husband diam je, aku terus lari ke toilet.

Dalam hati masa tu rasa bersalah sangat sebab tinggi suara kat dia. Tapi husband tu bertenang je macam takde apa yang berlaku. Aku paling takut kalau weekend kami spoil dengan benda-benda remeh macam ni sebenarnya.

Keluar je dari toilet, husband tengah pakai baju sambil mulut terkumat-kamit beristighfar.

Mungkin tu cara dia nak menenangkan perasaan dia dengan perangai wife yang tak tentu arah ni.

Esoknya masa kitorang borak-borak, tetiba dia kuarkan satu ayat;

"Kalau I, I pun tak suka orang tinggi-tinggi suara dengan I. Marah-marah I...."

Dear husband,

I minta maaf dan terima kasih kerana tidak pernah meninggi suara ataupun marahkan I tak tentu pasal. Terima kasih kerana sentiasa menyedarkan I dengan cara yang paling berhikmah. I janji I akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk you.....

DINNER DATE WITH HUSBAND

After 2 weeks tak jumpa, last weekend dapat juga jumpa buah hati pengarang jantung saya itu.

Seronok tak terkata.

So, saturday nite kitorang pun dating la kat Starbuck Miri. Cik Puan teringin nak makan cake with hot chocolate la pulak kan..... Hihihi

Husband plak memang takmo makan nasi. Eksyen. Dia kata kat sekolah kampung dia tu dah puas makan nasik.

2 cakes, 2 puffs, hot chocolate and coffee terbaru for him.

Cubaan mencilok kek isterinya. Keskeskes.

Our dinner.

Beef puff and tuna puff.

Walnut carrot cake, and black forest cake. Yummy!

This weekend maybe he will be here again. Tapi.......... saya ada meeting staf akhir tahun dan persediaan persekolah 2012 on Saturday and he plan to go back on the same day. Bukan sebab apa, sbb transport yang ada this weekend hanya hari Sabtu. Kejap je la masa yang ada with him.

Maka,

Just wait and see lah!

Thursday, October 6, 2011

BILA HUSBAND MEMBEBEL.

Baru nak tau cemanee penangan lelaki yang banyak diam ni membebel?

Tapi, membebel dalam message FB je la.

For past these few days, husband adalah sering mengadu tentang sakit otak yang dialaminya kerana melayan seorang anak muridnya yang amat bermasalah. Jadi, hari-hari lah dok buat research cemane nak tangani masalah ni.

Oh! Husband saya adalah guru pemulihan. Membantu anak-anak slow learner. (Tetiba terasa suami saya hebat sebab diri sendiri akan naik angin bila mengadap budak-budak yang banyak pe'el ni). Haha.

Last weekend, tengah syok-syok lepak-lepak atas katil hotel, tetiba husband yang tengah surf internet bagitau macam ni.

"U kenal tak... (ok, lupa nama)?. U tak tau dia tu dulu ada brain damage tau masa umur dua tahun. Tapi sekarang dia adalah seorang doktor gigi. Lepas dia kena brain damage tu, mak dia selalu buat terapi. Tapi sampai sekarang, dia kena makan ubat anti stress untuk menenangkan otak dia....Walaubagaimanapun, dia tetap jadi somebody."

Tu takpe lagi. Dapat gak aku knowledge dan kesedaran.

DONT UNDER ESTIMATED YOUR SLOW LEARNERS!

Pastu pagi ni dia membebel lagi.

"I tengah baca ni. How to distinguish lazzzzzy anddddd sloooow leaaaarner. Lepas ni jangan nak kata orang malas. "

"Kalau takde orang malas, takde la remote TV. Nanti kenala kita berjalan ke TV kalau nak tukar channel. "

"Kalau takde orang malas, takde la aircond. Kenala kita cari kertas, kipas diri sendiri."

"Kalau takde orang malas, takde la komputer atau typewriter. Kena la kita menulis panjanggggggg berjela...."

Sekian bebelan dan motivasi untuk hari ini.

Mulai hari ini saya akan think positive dan cuba membantu anak-anak murid saya yang MALAS.

Tapi, kalau suami yang MALAS cemaner pulak ek?

Haha!

Tuesday, September 20, 2011

GAMBAR RAYA

To be honest, selepas gambar outdoor perkahwinan kami hampir 10 bulan yang lalu... aku memang takde langsung gambar yg really proper with mrhusband.

Even, masa Hari Raya baru-baru ni pun tak berjaya jugak nak ambil gambar skema dengan dia.

Mungkin ini adalah kesan daripada nak muntah dan sakit otak bila tengok gambar kahwin sendiri yang saaaaanggaaatt banyak..

Serius banyakkkk...

Dari OP, dari UOP, dan yang sewaktu dengannya. Yang orang-orang tagged kat fb.

Ok, balik kepada topik. Ini gambar raya kami. Tema adalah silver. Alasan sebab mrhusband nak pakai balik baju melayu nikah dia.

Jimat kos katanya.

We ols? Kenala berkejaran ke Kota Tinggi merembat sepasang. Takkan nak pakai baju nikah liplapliplap. Malllllllluuuuuuuuuuuuuuuuuu.... (tapi mawuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...)

Laki aku dah serupa hero hindustan dah dengan misainya yang tak ditrim. Aku malas nak sound suh cukur. Asalkan kau disisi ku sentiasa sudah. Hakhakhak.

Tapi raya kedua dah selamat licin. Sebabnya, cousins dia yang kecik-kecik pura-pura tak kenal dia. Bagus, lepas ni... apepe tektik aku akan gunakan budak2 tu. Hihihi.

Gambar atas ni second attempt.... mata pandang tempat in tapi terbeliak. Bila aku bising, dia kata ok la ni tak terpejam......

Tapi, apesal terbeliak?

Tetiba teringat game plants vs zombies. Macam mata zombie la pulakk aku tengok.

Ni sebenarnya gambar first attempt. Bila aku tengok gambar ni. Nyaammmpah okkkkkkkk.. Korang perasan tak laki aku ni macam senget ke tepi ala-ala mengelak dr aku yang menghimpit beliau?

Dah la mata terpejam.

Ok, fine. Mata terpejam tu mmg trademark dia sbb gambar kawen kebanyakkannya mata hampir-hampir terpejam (budget mata kuyu...)

Ok dah tu je.

Harap-harap tahun depan gambar raya kitorang ada kemajuan.

Friday, September 16, 2011

HIM

Saya yakin, mesti ramai para isteri yang mendambakan suami yang romantik. Mungkin seperti suami Nora Elena?

Bila muncung, dapat bunga.
Bila makan, pantas disuap.
Bila ada keraian, pantas dirai.

Dan segalanya indah ibarat "fairy tales" movie.

Pernah juga saya mengimpikan suami yang begitu. Yang sangat romantik dan jiwang jiwanya. Yang hati penuh bunga-bunga. Yang sentiasa mengeluarkan kata-kata manis memuji muja setiap keindahan dan kelebihan yang kita ada.

Tapi perancangan Allah itu melebihi dari segala pengharapan yang kita ada. Dia mengurniakan saya seorang suami yang jauh dari apa yang selalu saya impikan atau dengan kata mudahnya tidak romantik.

Kami berkawan tanpa menyulam sebarang kata cinta dan sayang. Walaubagaimanapun, suami adalah tempat saya bergantung dan melepas rasa di saat hati ini kecewa dan ketika itu saya betul-betul jatuh tersungkur. Dia sentiasa ada di situ, memberikan kekuatan yang dalam diam membuatkan saya rasa, saya masih ada dia. Seorang kawan yang melegakan segala kekusutan.

Itu antara kebaikkan suami. Sangat penyayang dan marah apabila wanita dianiaya.

Dalam tempoh sembilan bulan perkahwinan kami, saya dan suami masih belajar mengenali hati budi masing-masing. Menerima setiap kelemahan dan kekurangan. Menjadikan kelebihan dan kekuatan sebagai sandaran hidup. Memahami setiap gerak laku dan isyarat badan yang cuba disampaikan yang sentiasa menjadikan saya insan yang lemah jiwa ini menangis bila tidak berjaya memahami isi hati suami ketika itu.

Ya, saya pernah menangis kerana tidak berjaya memahami hati suami dan berprasangka yang bukan-bukan.

Dan tipulah saya jika saya kata saya tidak pernah cemburu. Cemburu saya terlalu kuat. Pantas berfikir yang bukan-bukan bila mendengar perbualan mesra suami dengan kawan perempuannya yang saya kenal. Yang juga sudah berkahwin. Kerana apa? Kerana pada saya, masa singkat yang dia ada bersama saya, hanya untuk saya. Tidak sepatutnya dikongsi bersama orang lain.

Saya lupa, setiap yang Allah kurniakan untuk kita itu sebenarnya hak milik Allah. Pinjaman dari Allah dan saya tidak sepatutnya berperasaan begitu. Selagi kita yakin dengan Allah, InsyaAllah kita sentiasa terpelihara, rumahtangga kita sentiasa dijaga.

Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana mengurniakan suami yang sentiasa membimbing saya ke jalan yang diredhai olehNya. Selalu saya dengar isteri yang mengejut suami untuk solat Subuh. Tapi saya? Malu nak mengaku, acapkali suami yang kejutkan saya.

Suami juga yang sentiasa mengingatkan saya tentang sunat Dhuha dan Hajat supaya murah rezeki dan tercapai impian. Seringkali mengingatkan saya bahawa hanya Allah sahaja tempat kita bergantung dengan penuhi masa lapang dengan zikir-zikir kepadaNya.

Bila marah meledak jiwa, suami juga yang sentiasa menenangkan. Mengingatkan saya untuk sabar. Bila saya mula merungut tentang beban kerja yang tidak pernah berhenti, suami juga yang nasihatkan saya untuk buat segalanya ikhlas kerana Allah.

Walaupun kami berjauhan, terpisah oleh alat perhubungan, kerana Allah, hati kami lebih dekat dan semakin menyayangi antara satu sama lain.

Itulah kuasanya bila kita yakin dan berserah segalanya kepada Allah.

Saya tidak perlukan suami yang romantik, tidak perlu suami yang beri bunga, suami yang hujani isteri dengan wang ringgit, suami ibarat prince charming.

Saya dah cukup bersyukur kerana mengurniakan suami yang menyelitkan nama penuh saya pada setiap doanya. Sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan dan keselamatan saya di dunia dan di akhirat. Mendoakan kebahagiaan rumahtangga kami.

Alhamdulillah.


Sunday, August 28, 2011

NAK TERGELAK

Nak tergelak betul tadi masa shopping kat Kota Tinggi dengan husband and his friends...

Aku : Adik aku tu memang la, dia takleh berenggang dengan mak aku...

His friend : Ko untung la zawi... Nasib baik ko dapat bini yang boleh berenggang dengan mak dia...

Husband : Tu la masalahnya... Aku ni yang tak boleh berenggang dengan mak aku.

Aku?

Senyum meleret.

Manja juga rupanya husband ni.

Wednesday, August 24, 2011

THE HUSBAND

Nak cite pasal husband lagi har ni.

Biasalah rumahtangga mesti la ada gigit lidah kan.

Aip! Aip! Jangan pk lain.

Pernah je husband tegur bila aku buat benda yang tak kena di mata dan hati dia. Lepas tu mula la aku tarik muncung berinci-inci dicampur lagi dengan emo tak tentu hala.

Tapi husband ni, tenang je....

"I cuma tegur je. Salah ke cara I bagitau you? Kasar sangat ke bahasa I?"

Mestila aku terdiam.

Takpun bila aku meroyan ke, cemburu tak tentu hala ke, apepe je la.... jawapan dia macam ni

"I tak kisah u nak cemburu. Sebab I tau u sayang. Tapi kalau dah cemburu sampai menyusahkan diri sendiri, I rasa tak patut....."

Atau macam ni...

"Bila u cuba cari kesalahan I, I kecewa sebenarnya..... I minta maaf, kalau semua I yang salah..."
eEeeee.... suka buat aku rasa bersalah tau.

Friday, August 19, 2011

HUSBAND SAID

Husband once said,

"Kenangan lama memang indah dan susah nak dilupakan, tapi kita kena maju ke depan untuk membina kenangan yang lebih indah dan takkan dilupakan..."

" Setiap kelemahan dan kekurangan you I takkan sebut atau ungkit. Biarlah ia menjadi perkara yang paling indah dalam hidup I...."

Thank you husband. For accepting me the way I am.

I miss you.