Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

I AM 29

Syukur Alhamdulillah sudah menjangkau usia 29 tahun.

Hadiah hari ulangtahun kelahiran terbaik seumur hidup setakat ini ialah ini...


Walaupun keputusan pertukaran antara daerah husband ni keluar awal 2 hari dari hari lahir, aku tetap anggap ini hadiah terindah dan terbaik sepanjang hidup ini.

Syukur, Alhamdulillah telah dimakbulkan.

Aku patut gembira di hari ulangtahun kelahiran. Tapi tahun ini tidak begitu ceria. Pagi di sekolah busy bergotong royong dan menyiapkan urusan SPBT.

Dalam pada itu, hati tidak tenang. Aku sampai terfikir, adakah kerana umur kita semakin singkat, jadi hari lahir ulangtahun tidak di sambut dengan meriah? Kerana itu juga husband pesan, zikir banyak-banyak sempena hari ulangtahun kelahiran tanda bersyukur kerana masih dipanjangkan umur.

Di hari ulangtahun kelahiran aku juga, aku telah kehilangan anak buah yang pertama yang juga lahir sama dengan tarikh ulangtahun kelahiran aku. Namanya Omar, seorang bayi lelaki yang sangat comel.

Sedihnya hati maklong tak dapat nak menatap wajah kamu buat kali pertama dan yang terakhir.

Omar lahir pada 12.11.2011 pada usia 31 minggu di dalam kandungan. Ibunya mengalami kontraksi secara tiba-tiba dan bila diperiksa sudah terbuka 4cm. Walaubagaimanapun, ibunya terpaksa dibedah kerana kedudukan bayi yang melintang.

Omar dapat menghirup udara dunia tidak sampai satu jam dan Allah lebih sayangkan dia.... Subhanallah, kuasa Allah melebihi segalanya. Segala yang berlaku tidak kita sangka.

Semoga roh Omar tenang di sana dan menanti kehadiran ummi dan abahnya di pintu syurga.

Al-Fatihah.


Friday, September 16, 2011

HIM

Saya yakin, mesti ramai para isteri yang mendambakan suami yang romantik. Mungkin seperti suami Nora Elena?

Bila muncung, dapat bunga.
Bila makan, pantas disuap.
Bila ada keraian, pantas dirai.

Dan segalanya indah ibarat "fairy tales" movie.

Pernah juga saya mengimpikan suami yang begitu. Yang sangat romantik dan jiwang jiwanya. Yang hati penuh bunga-bunga. Yang sentiasa mengeluarkan kata-kata manis memuji muja setiap keindahan dan kelebihan yang kita ada.

Tapi perancangan Allah itu melebihi dari segala pengharapan yang kita ada. Dia mengurniakan saya seorang suami yang jauh dari apa yang selalu saya impikan atau dengan kata mudahnya tidak romantik.

Kami berkawan tanpa menyulam sebarang kata cinta dan sayang. Walaubagaimanapun, suami adalah tempat saya bergantung dan melepas rasa di saat hati ini kecewa dan ketika itu saya betul-betul jatuh tersungkur. Dia sentiasa ada di situ, memberikan kekuatan yang dalam diam membuatkan saya rasa, saya masih ada dia. Seorang kawan yang melegakan segala kekusutan.

Itu antara kebaikkan suami. Sangat penyayang dan marah apabila wanita dianiaya.

Dalam tempoh sembilan bulan perkahwinan kami, saya dan suami masih belajar mengenali hati budi masing-masing. Menerima setiap kelemahan dan kekurangan. Menjadikan kelebihan dan kekuatan sebagai sandaran hidup. Memahami setiap gerak laku dan isyarat badan yang cuba disampaikan yang sentiasa menjadikan saya insan yang lemah jiwa ini menangis bila tidak berjaya memahami isi hati suami ketika itu.

Ya, saya pernah menangis kerana tidak berjaya memahami hati suami dan berprasangka yang bukan-bukan.

Dan tipulah saya jika saya kata saya tidak pernah cemburu. Cemburu saya terlalu kuat. Pantas berfikir yang bukan-bukan bila mendengar perbualan mesra suami dengan kawan perempuannya yang saya kenal. Yang juga sudah berkahwin. Kerana apa? Kerana pada saya, masa singkat yang dia ada bersama saya, hanya untuk saya. Tidak sepatutnya dikongsi bersama orang lain.

Saya lupa, setiap yang Allah kurniakan untuk kita itu sebenarnya hak milik Allah. Pinjaman dari Allah dan saya tidak sepatutnya berperasaan begitu. Selagi kita yakin dengan Allah, InsyaAllah kita sentiasa terpelihara, rumahtangga kita sentiasa dijaga.

Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana mengurniakan suami yang sentiasa membimbing saya ke jalan yang diredhai olehNya. Selalu saya dengar isteri yang mengejut suami untuk solat Subuh. Tapi saya? Malu nak mengaku, acapkali suami yang kejutkan saya.

Suami juga yang sentiasa mengingatkan saya tentang sunat Dhuha dan Hajat supaya murah rezeki dan tercapai impian. Seringkali mengingatkan saya bahawa hanya Allah sahaja tempat kita bergantung dengan penuhi masa lapang dengan zikir-zikir kepadaNya.

Bila marah meledak jiwa, suami juga yang sentiasa menenangkan. Mengingatkan saya untuk sabar. Bila saya mula merungut tentang beban kerja yang tidak pernah berhenti, suami juga yang nasihatkan saya untuk buat segalanya ikhlas kerana Allah.

Walaupun kami berjauhan, terpisah oleh alat perhubungan, kerana Allah, hati kami lebih dekat dan semakin menyayangi antara satu sama lain.

Itulah kuasanya bila kita yakin dan berserah segalanya kepada Allah.

Saya tidak perlukan suami yang romantik, tidak perlu suami yang beri bunga, suami yang hujani isteri dengan wang ringgit, suami ibarat prince charming.

Saya dah cukup bersyukur kerana mengurniakan suami yang menyelitkan nama penuh saya pada setiap doanya. Sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan dan keselamatan saya di dunia dan di akhirat. Mendoakan kebahagiaan rumahtangga kami.

Alhamdulillah.


Thursday, April 21, 2011

HOLIDAY MODE

MIRI
21 - 24 APRIL 2011

Terima Kasih Allah atas peluang ini.
Alhamdulillah.

Cinta!~

Sunday, July 18, 2010

BAHAGIA ITU SUBJEKTIF

" Kadang-kadang I tak tau, I dah cukup membahagiakan u ke belum... Sorry banyak-banyak kalau ada yang kurang..."

Bahagia itu sesuatu yang subjektif. Bahagia itu datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Kita saja yang tau apa dan siapa yang mampu membuatkan kita bahagia.

Bila aku baca soalan diatas, rasa terharu dan sebak sangat. Bergenang air mata ni. Dia dah buat aku bahagia lebih dari apa yang aku mahu. Memberi kekuatan dan menarik diri ini dari hidup yang gelap. Hidup yang penuh dengan drama air mata dan kesakitan.

Dia adalah kekuatan aku.

Kerana dia aku masih mampu meletakkan harapan dan impian yang indah bersama insan bernama lelaki walaupun dihimpit kenangan silam yang melukakan.

Aku dah cukup bahagia dengan cinta ini walaupun jarak dan masa sentiasa memisahkan kami. InsyaAllah, atas keredhaanNya suatu hati nanti, masanya akan tiba.

Pesan dia,

"Selalu ingat Allah. Jangan tinggalkan dia. Dia tak pernah tinggalkan kita. Ingat ye, Dia adalah pengikat kita. Pengikat kasih sayang kita...."

Sekali lagi, dia membuatkan hati ini sebak.

Sungguh. Sungguh aku bersyukur atas kurniaan Mu ini.

Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Friday, July 2, 2010

3 MINGGU DAN SYUKUR


Baru 3 minggu.
Baru 3 minggu setelah detik pertemuan yang menentukan segalanya.
Baru 3 minggu setelah melepaskan setiap perasaan yang terpendam sejak 2 tahun yang lalu
Baru 3 minggu ia berlaku.

Rasa ini terlalu kuat.
Sekuat kasih sayang Allah pada hambaNya.
Yang tidak pernah meninggalkan tetapi sering ditinggalkan.

Semoga sentiasa dipelihara olehNya.
Ditetapkan hati dan iman.
Dikuatkan semangat.
Dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang.

Terima kasih Allah atas kurniaan ini.

He's the best gift I ever had.


JODOH ITU RAHSIA ALLAH


“Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. “

(ar-Ruum:21)

"Benarlah sebagaimana yang dijanjikan Tuhan, saat itu tiba, tidak cepat atau lambat walau sesaat. Tuhan memberi apa yang dihajati pada saat dan ketika yang meminta sudah bersedia untuk menerima dan menjaganya sepenuh hati."


Bila berbicara soal jodoh. Pada aku ianya sesuatu yang subjektif. Selagi belum sah bergelar suami dan isteri, sentiasalah berdoa semoga sentiasa dilimpahkan kasih sayang antara kalian berdua, ditetapkan hati dan iman serta diberikan kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan dan cabaran.

Ada orang bercinta bertahun-tahun, tapi akhirnya berpisah. Ada yang berjumpa, dalam sekelip mata tiba serunya untuk diijabkabulkan.

Jodoh itu rahsia Allah. Kita hanya pelakon di dunia ciptaanNya.

Yang penting redha dan serahkan segalaNya pada Dia disamping berusaha untuk mendapatkan apa yang kita hajati dengan sentiasa berdoa.

InsyaAllah. Dengan izinNya.