Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

DOUBLE WEDDING

Hari raya ke 5 hari tu telah berlangsungnya double wedding di rumah gua.

Eh? Gua.

Hahaha. Masa menaip ni jiwa kacau. So gua pakai lu gua aje la ek...

Di pagi hari. Ketika marhaban. Masa ni juga berlangsungnya Akad Nikah untuk adinda gua yang ketiga. Gua tak pergi sbb gua kena serve orang marhaban dan jaga rumah.

Baju merah tu laki gua. Baju biru muda tu Pak Mentua gua. We ols all the way from Johor.


Ini pelamin adik gua. Pengantin baru dinikahkan pagi tadi. Seronokla tu akhirnya disatukan setelah berkawan selama like 6-7 years.

Sungguh setia.

Kalau gua tanya pasal boyfriend dia ni. Harus dia jawab...

"Nak buat cemane. Itu je yg nak kat kita..."

Ayat kesian tak hengat.

Ini pengantin lama. Mereka telah dinikahkan pada 9 April 2011. Adik gua yang keempat bersama suami nya. Dijangka bertiga Januari tahun depan.

Awal2 dah sound duit raya untuk anak dia. Habis anak gua? Sapa nak bagi duit raya?

Eh?

Ketika makan beradab. Patutnya gua ada sama sebab gua dan suami pengapit untuk pengantin lama. Tapi kerusi tak cukup, maka kami pun sambung kerja-kerja tuan rumah orang kawen.

Takpe. Gua tak kisah. Sebab baju gua dengan laki gua tak cantik masa tu. Haha.

Eh? Gambar dah habis.

Gua berenti dulu.

Bubye.

Sunday, April 17, 2011

JODOH DI TANGAN ALLAH


Akhirnya mereka disatukan dalam sebuah majlis yang serba sederhana. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

Semoga perkahwinan ini dirahmati dan diberkati olehNya.

Doakan kebahagiaan untuk mereka hingga ke syurgaNya.

Tahniah untuk adinda.

p/s: Minta maaf, gambar yang lebih jelas tak dapat disiarkan atas menghormati permintaan pengantin.

Friday, March 25, 2011

CINTA

Saat sah menjadi suami dan isteri. Kenangan terindah dalam hidup. Tak pernah jemu menatap gambar-gambar sepanjang majlis kami berlangsung.

Alhamdulillah.


Ciuman pertama untuk suami.

Ciuman pertama untuk isteri.

"Kerana tidak penting siapa yang pertama kuberikan rasa, tapi siapa yang memiliki cintaku untuk selamanya...."

Tuesday, February 15, 2011

MEMORI 7 : OH! ABAH

One of the memories yang aku takkan lupa. Di saat-saat akan dinikahkan dengan lelaki pujaan Malaya. Hihihihi!~


Abah : Adalah saya, mewakilkan tuan untuk menikahkan anak perempuan saya Teh xxxxxx binti Abdul Hamid dengan xxxxxx

Pak Imam : Sebut bagi penuh.


Abah : Adalah saya, mewakilkan tuan untuk menikahkan anak perempuan saya Teh xxxxxx binti Abdul Hamid dengan xxxxxx

Pak Imam : Ada lagi satu nama anak tu...

Abah dah terpinga-pinga.

Ulang lagi sekali.

Abah : Adalah saya, mewakilkan tuan untuk menikahkan anak perempuan saya Teh xxxxxx binti Abdul Hamid dengan xxxxxx

Pak Imam : Kena sebut nama penuh anak tu.

Abah : Betul la tu.... (Konfiden ni)

Aku : Shazana laaaaaa abah......

Abah : Oh! Adalah saya, mewakilkan tuan untuk menikahkan anak perempuan saya Teh xxxxxx xxxx binti Abdul Hamid dengan xxxxxx
Selesai je terus abah cakap macam ni

Abah : Haih... pasaipa berpeluh ni? Macam kita pulak yang nak menikah....


Sebenarnya, nama bakal menantu pon abah susah nak sebut. Hazami youuuuuuuuuuuu!!~ Kerlas sangat I kawen dengan artis u ols....Abah... Oh! Abah.

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Itu yang paling penting.

Monday, February 7, 2011

MEMORI 6 : BESTIES


Dalam gambar ni ada dua orang rakan baik yang hadir ke majlis perkahwinan aku.

Diella dan Nik. Dua insan berbeza dari segala segi tapi dekat di hati aku.

Aku kenal Diella since 2006. Betul ke Diella? Ko masuk SII 2006 kan? At that time, I was a graphic designer in Cyberjaya. Diella ni QA yang selalu mereject artwork aku. Cerewet gila. Tapi, lantak dia la. Dia suh aku ubah cemane pun, ada aku kisah? Hahaha.

Kitorang start close atas sebab beberapa insiden. Kisah awek jepun putus cinta, kisah aku putus cinta dan macam-macam lagi. She were there when I need her the most. Cuma aku je yang belum mampu untuk menjadi kawan terbaik untuk dia. Dan sangat susah ok nak jumpa kawan yang setia macam dia. Sampaikan aku yang rasa segan dengan dia. Tak kisahla how she present herself, how her social life, and how huru hara she was, yang penting hati mau baik.

And yang paling mengejutkan aku, mr husband merestui persahabatan aku dengan Diella. Di tambah lagi dengan doa dia supaya Diella bertemu dengan jodoh yang baik. InsyaAllah....

Yang monyok kat belakang tu Nik. Baru bangun tido agaknya. Hahaha.

Aku kenal nik kat airport Kota Kinabalu. Masa tu kitorang nak ke Tawau untuk posting guru yang pertama. Sejak dr saat itu, ke mana-mana mesti ada Nik. Dalam flight kat sebelah Nik, sampai Tawau pun ada Nik. Naik bus dari Tawau ke Semporna sebelah Nik. Sampai ke PPD pun sekolah feeling2 ingat sebelah sekolah Nik. Tapi sebenarnya tidak. Nama je dekat-dekat.

So we move in to our rumah sewa together till now.

I love u both so much! Thanks for being there when I need you the most.

Sunday, February 6, 2011

MEMORI 5 : GOSIP LAGI?


Bila aku tengok gambar ni. Serious rasa nak gelak guling-guling. Tengokla expression mr husband tu. Aku pun tak ingat sebab apa dia ternganga macam tu sekali lepas aku menyampaikan laporan khas.

Dah la asyik bercakap je masa kat meja pengantin. Hahahahahaha!

Makan pon tak kontrol-kontrol. Belasahkan aje.

The sweetest things was mr husband la yang susah payah menyendukkan aku nasi dan lauk. Romantikkan dia?

p/s: teringat dia suapkan makanan masa first date kitorang. berdebar jantungku.

Thursday, February 3, 2011

MEMORI 4 : GOSIPPING!


Ni lagi antara memori kami. Masa ni tengah berarak untuk ke kerusi bersanding. The funny part was, kitorang siap berbual-bual masa tengah jalan berarak tu. Aku pun tak ingat apa yang kitorang bualkan. Tapi, bila tengok gambo ni macam kepoh gla je kitorang orang ni.

My yayang siap cakap lagi, kitorang ni pengantin paling sempoi. Tak reti nak control langsung.

Nasib baik ada org backing,

"Maklumle dah lama tak jumpa. Sekali jumpa, banyak betul benda nak cerita. Tak menyempat-nyempat.."

Thursday, January 27, 2011

MEMORI 3 : DRIVE SENDIRI

Salah satu saat indah setelah bergelar suami isteri. Dengan baju nikah masih di badan, kami drive sendiri ke butik untuk bertukar ke persalinan seterusnya.

Adik manis pengapit yang amek gambo nih. Dia kata, sorry dia kacau daun.

Masa ni macam malu-malu gak sebenarnya. Sebab baru je jadi suami isteri. First time naik kete oren round Alor Setaq.

Tetiba teringat insiden first time mr husband bagi bunga.

Bulan posa 2010.

Kitorang jalan2 kat Alor Setaq. Sekali dia ajak aku singgah kedai bunga tepi jalan. Aku pelik. Dia kata saja nak pi tengok. Dia kata dia suka tengok bunga. Lagilah aku pelik.

Seorang lelaki yang gagah perkasa suka menengok bunga? Apakah?

Aku layankan aje sebab aku pun boleh survey-survey handbouquet utk wedding nnt. Tengah aku dok leka tengok bunga, dia pon leka layan diri dia.

Sekali tetibe masa nak balik tu...

Jeng jeng jeng....

"Nah ameklah. First time tau ni I bagi orang perempuan bunga..."


Sambil sengih-sengih.

Terkesima aku. Like hello............ perlu ke mention first time bagi bunga kat perempuan?. Hahaha. Nak gelak sebenarnya tapi control sbb blushing jugak time tu. Perasaan yang tak tau nak describe sbb aku pun first time dapat bunga tanpa sebab.

Bunga dia pon special gak.

Sekuntum bunga rose kaler merah. Pastu banyak gila bunga baby breath yang kecik-kecik tu. Yang salu orang guna untuk menambah keindahan bouquet tu.

Pastu siap cakap macam ni lagi...

"I ingat memula takmo bagi bunga rose. Nak bagi bunga kecik ni je. Tapi u macam suka bunga rose je... I suh la dia letak satu..."

Bila masa ntah aku kata aku suka rose. Hihihi. Comel betul la dia nih. Tapi, aku memang happy sangat-sangat masa tu. Sampai rumah, tayang kat satu family.

Aduhai....

Rindunya sama lelaki itu.

Thursday, January 20, 2011

MEMORI 2 : SUAMI KU YANG BERTENANG


Mana pengantin lelaki ni?
Tak sampai-sampai lagi....

Hehe.
Sebenarnya....
Yang baju kelabu tu la mr husband.

Masa ni kitorang tengah tunggu time 9.30 pagi.
Jurunikah lak dok sebok isi-isi borang.

Aku lak tercongok kat belakang tu.

Sekali,
One of my bestie berjaya capture antara aksi menarik mr husband.

Amboi-amboi,
Bertenang nampak cik abang?

Bersantai-santai je dia menunggu saat dinikahkan.

Lepas majlis, aku ada tanya dia...

Mrs Wifey : Yang, u berdebar tak masa nak nikah hari tu?
Mr Husband : Takdela. Biasa je. Tak sabar adela. Bila la nak selesai....
Mrs Wifey : Tapi, kenapa u salah sebut nama I?
Mr Husband : Sebab I blur dengan akad. Panjang sangat. Pastu lain dari biasa...

Ye ke? Ke alasan tu??? Hehehe.....

Ini contoh akad di Mukim Anak Bukit.

............., Aku nikahkan dikau atau aku kahwinkan dikau dengan ...................................... untuk menjadikan dia sebagai isteri kau dengan mas kahwinnya............

Wednesday, January 19, 2011

MEMORI 1 : LAWAK TAK KELAKAR


Me and Nik depan rumah.
Masa ni macam emo kejap.
Padahal nak pergi menikah ni.

Diela mana kau masa ni?
Ke kau yang amek gambar nih?

Tengah bersiap, ummi SMS.
Pengantin lelaki dan family dah kat masjid.
Nikah kol 9 pg.

Apakah?
Janji kol 9.30 pg kan?

Sampai je rumah, ummi takde.

Menyorok mana pulak ummi ni.
Jenuh aku call tak dapat.

Pelik.
Tadi kata semua dah ready kat masjid.

Gelabah dah aku!

Nak tau sebab apa?

Sbb pagi-pagi aku nak bersiap tu ummi buat lawak tak kelakar ok.

Dia kata.

"Nanti ummi tak pergi masjid la ek?"


Tak ke kau sentap dan gelabah bila mak ko tetiba hilang di pagi hari pernikahan ko?

Rupanya dia tengah sebok berurusan kat surau.

Nasib baik abah dah ready kat masjid.

Alhamdulillah,

Majlis Pernikahan kami berjalan dengan sangat lancar.
Seluruh ahli keluarga menjadi saksi pernikahan kami.

Kecuali adik yang no 2.
Tido sampai tengahari budak tu.
Sukati dia jek!

Dengan dua kali lafaz tu.
Maklum la.
Bercinta tak sampai setengah tahun.
Dating tak sampai 5 kali.
Nak hafal nama pon tak sempat.

Hihihihihi.

Ada lagi memori tentang nama aku yang panjang berjela nih.

Tuesday, January 18, 2011

JURUSOLEK AKAD NIKAH

Jurusolek masa akad nikah aku diimport dari Selangor Darul Ehsan.

Actually she is my cousin. Dia ada butik kat Ampang, Selangor. Jadi, dah alang-alang dia dia datang masa my wedding, why not aku minta tolong dia je yang mekapkan....


Smokey eyes in action



Ni je la gambar yang ada. Nak tengok hasil penuh, cuba tengok kat entry ni. Ni untuk mekap masa akad nikah. Aku berbaju grey masa tu....

Any review sila usha website ni ok?

andamanpesona

Sesuai untuk B2B dia Kuala Lumpur dan Selangor.

Tuesday, January 11, 2011

DIY : BILIK PENGANTIN

Ok. Nak sambung balik pasal preparation my wedding.

Sebelum ni for my sister wedding, kitorang serah dari A to Z kat wedding planner. Lagipun masa tu buat majlis kat homestay. Hasilnya memang cantik.

Tapi untuk majlis aku sendiri, I've decided to decorate by myself. Sendiri nak tido, sendiri la kemas dan hias kan?

Set bilik tidur memang dah ada dalam bilik tu. Kira aset kekal la. Actually bilik aku ni kecik je, tapi perabotnya masyaAllah.... sampai sesak. Mak aku kata, pening memikirkan susun atur. Style gini je yang muat masuk semua benda.

Ini kos ye

Set Bilik Tidur
Tidak di kira sebab termasuk dalam aset kekal rumah.

Langsir
Sama seperti di atas. Cuma for my room, my mom buat bagi match dengan wedding theme.

Lampu tidur.
Memang dah ade kat rumah.

Kain alas side table and dressing table.
Kain beli kat kamdar dalam 2 meter x RM 7.00 = RM 14.00
Aku memang suka beli kain kat Kamdar. Hehehe.
Upah : RM 25.00
Actually tak yah upah. Aku yang saja bagi.... :D
Jumlah : RM 39.00

Butterfly kat langsir.
Recycle from my sister hantaran last year.

Cadar.
Memula aku beli cotton cadar Jean Perry.
After less RM 300

Tapi, sayang nak pakai. Bagus aku yang tido kat atas tu kan? So, pinjam dari G-Glamour. Nasib baik dia tau my taste. Aku tak suka yang berkilat-kilat or satin. So he gave me cadar yang tak berkilat, tp ada beadeds yang tak serabut sangat.

Abang G ni memang study kehendak dan taste aku la sebenarnya.

Decoration
Fresh flowers and vase : RM 22.40
Flower Bloomy Frame : RM 50.00

Kos penuh? Tak masuk cadar Jean Perry sebab aku tak pakai pun....

Tak sampai RM 150 pun for my Bilik Pengantin.

Sapa kata kita tak boleh berjimat?

Monday, January 10, 2011

JOHOR!

Ni aku nak cerita pulak majlis menyambut menantu sebelah my husband.

Majlis menyambut menantu berlangsung pada 4hb Disember 2010 at Johor and apple green was our theme colour. Warna kegemaran mr husband.

Ketika berarak. Hari tersebut hujan sangat-sangat lebat. Tunggu sampai hujan berhenti baru kami berarak. Just nice kami selesai berarak, hujan kembali turun. Kata orang, murah rezeki. InsyaAllah....


My sister as my bridemaid di Johor. Bidan terjun. Tak sangka pulak hujan, jadi kena bawak payung. Ikutkan mr. husband, dia nak kuar dr bilik dan melayan tetamu je. Tak sangka pulak, his family prepared a very well sambut menantu with kompang and silat pengantin. Meriah dengan bunga manggarnya...

Kawan-kawan maktab yang hadir di majlis Johor. Most of them memang Johorian sejati. Hidup Johor! Hahaha. Tetiba Johor. Mana pegi Alor Star hang tu Teh? Kikikikiki....


Thanks untuk semua yang hadir memeriahkan majliis. Kami nak masuk dulu nih. Ehem! Ehem!

Wednesday, December 1, 2010

TERIMA KASIH UNTUK KAWAN-KAWAN YANG HADIR

Untuk slot entry ni, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih untuk semua kawan-kawan yang hadir memeriahkan lagi Majlis Pernikahan dan Persandingan kami di Alor Setar....

Dari Selatan ke Utara, dari UK ke Alor Setar, dari segala ceruk tempat kat Malaysia ni la...

So, aku nak share la sedikit sebanyak gambar kekawan yang ada dalam simpanan photographer-photographer sampingan sempena majlis kami hari tu....


Untuk yang ini. Terima kasih sangat-sangat Nik sebab sudi datang. Walaupun ko orang terakhir yang datang tido umah aku, ko jugaklah yang terakhir balik dr umah aku. Ni hosmet aku kat Semporna. Kawan susah senang jugak ni. Apepehal aku cari dia, dia cari aku. Terharu sangat sebab Nik awal2 lagi dah booking tiket untuk hadir ke kenduri aku..... Really appreciate it dear...

With geng-geng Gerik. Bed, Huda, Wafa, Etty, Yeen, Wawa, Nah and Rozek. Ni semua kawan susah senang sama-sama mandi Sungai Lawin bila takde air masa kat MRSM Gerik dulu.

Geng gerik again campor Ruby, our junior. Thanks dear for coming all the way from KL... Lelain pun sama datang dari KL. Huda from Perlis kot.... Paling jauh Etty yang tudung pink, baru sampai dari UK. She further her PHD study kat sana....


Kat gambar bawah kiri tu Sarah and her husband. Kawan sejak zaman kecik-kecik lagi. Masa darjah dua kot aku kenal dia. Sama-sama main kat padang permainan.

Sebelah yang ramai-ramai atas katil. All are my bestie... Nik, Yat and Diella... Belakang tu Ina and Arah next pengantin.... Derang datang pun dah petang, maybe ada kenduri lain nak kena hadir...

Ex-officemates kat SII, Cyberjaya. Anum and Diella. Actually aku tak jemput semua SII sebab jauh kan KL.. Lagipun lama dah aku meninggalkan SII tu, ntah derang ingat ke tak aku kan?... Kebetulan Anum skang memang dah menetap kat Sungai Petani, so I invited her to my wedding....

My Yayang. Kawan susah senang.

Ex-schoolmate kat Beseri. Actually ada lagi kekawan Beseri yang hadir. Tapi tak terjumpa derang. Aduhai... sedihnya.....

Azhan coming all the way from Kelantan. Member kat Semporna. Thanks buddy!

Geng-geng Semporna yang hadir memeriahkan majlis. Ada Ustaz Azman and Ustaz Sharkban. Kak Mas and Kak Wahida. Azhan and Nik. Jumpa kita lagi di Semporna ek?

Linda and tunangnya yang tak sempat kitorang nak bergambar.

Ok tu je. Ada lagi kekawan yang tak sempat kitorang nak amek gambar sama. Mantan tuan Pengetua MRSM Gerik, Cikgu Zakaria, Shaana, Cikgu Misnadi (cikgu aku masa sekolah rendah ni)... dan beberapa lagi.


Ralat juga sebaab tak dapat nakkeep track sapa kekwn yang hadir....

Apepun, Alhamdulillah.. majlis went smoothly.

Tuesday, November 30, 2010

INAI

Bila bercerita pasal inai untuk perkahwinan, mesti ramai yang membayangkan inai india yang bercorak-corak kan?

Tapi, untuk aku, aku lagi prefer inai biasa. I'm really not into that inai india yang berkerawang-kerawang tu. So, I decided to ask my lil sister untuk buatkan inai homemade.

Adik aku ni memang pakar buat inai sebab dia memang sepanjang masa tangan berinai. Adik aku ni siap buat sample lagi sebab nak test whether inai yang dia buat tu cukup merah ke tak...

That is my sister yang bertungkus lumus memakaikan inai ke jari kaklongnya...


Time ni dia membebel-bebel kat aku sebab aku gi letak selotape kat keliling jari. Kononnya nak kasi lurus la kan. Hahaha. Maklum la, dia kan expertise dalam arena perinaian....

Untuk tips kepada semua B2B,

Seboleh-bolehnya pakai awal 2 hari inai di jari untuk check kadar kemerahan inai yang korang pakai tu. Macam aku, Alhamdulillah inai aku turn on very-very nice red on my finger.... Ada jugak yang tak jadi sebab warna inai ni ikut jugak dengan kesesuaian darah.

Nak resipi buat inai?

Ada nasi, gambir, asam jawa, daun inai. Adik aku blender semua tu sekaligus.

Inai homemade ni, selain dari mudah, cepat dan tak rumit... yang paling penting MENJIMATKAN!

Kalau kat kedah ni rate design inai india tu dalam RM80 - RM200, tp yang ini adalah percuma. Semuanya sumber dari dapor rumah, daun inai mintak kat kawan, gambir beli kat kedai india singgit.

Hasilnya?

KEPUASAN!

Monday, November 29, 2010

28.11.2010


28.11.2010

Alhamdulillah. I'm now officially Mrs Zawi.
Syukur atas kurniaanMu Ya Allah.

FINAL TOUCH


Meja makan beradap.


Pelamin with lighting dari box.


Pelamin with lighting from box campor lagi dengan spotlight.
Bunga pahar tak susun lagi kat depan tu.


Full view dari tepi rumah.
Meja makan beradap tu mengadap pagar utama masuk ke rumah aku/porch.
Pelamin di buat kat beranda.

Jadi, untuk B2B yang berada di Utara. This is your another option.
Silalah ke

Butik G-Glamour.
Jalan Sultanah, Alor Setar.

Banyak pilihan dan idea menanti anda.

Sunday, November 28, 2010

PERSIAPAN AKHIR

Suasana persiapan majlis perkahwinan kitorang. Khemah dah siap pasang dari Jumaat petang lagik together with the scallops dan sewaktunya. Dalam pakej ada 5 khemah, tapi my parents telah menambah lagi satu khemah. Takmo bersesak katanya.


Kelibat hitam itu adalah mastermind persiapan majlis atau kata lain Wedding Planner. Sangat puas hati dengan perkhidmatan beliau walaupun dia tak dapat nak bagi I kerusi pelamin idaman... Uhuks!~

Pekerja-pekerja Wedding Planner tengah pasang backdrop untuk meja makan beradap. Konsepnya adalah taman-taman di rimba. Hahahaha. Kalot je masa ni sebab tak jumpa sumber elektrik dari ofis abah kat belakang backdrop tu. Ntah mane la Pak Amid ni sorok suis ntah.

Nenda yang memantau keadaan sekeliling. Ramai orang masa ni, jadi nenek lepak saje di beranda menikmati suasana yang sibuk di luar rumah.

My Home Sweet Home.

Ada nampak macam ada majlis tak?

Tak kan? Sebab pelamin ape seme buat kat luar except bilik pengantin.

Saturday, November 27, 2010

BUNGA PAHAR DARI PASIR GUDANG


Last minute order jugak ni. Memula ingat nak cari kat Alor Setar je nanti. Tapi aku teringin bunga pahar lily dip atau stokin. Kalau nak request bebenda gitu, komfemla tiada di pasaran.

So, search kat internet and found this fotopages. Discuss and terus komfem, bank in deposit. Masa tu gamble je. Yerla, risau gak fraud kat internet ni kan.... Doa dan tawakal je la.

Alhamdulillah, safely arrived on friday morning kalau tak silap.... Di hantar ikut bus and I pick up kat stesen bus shahab with Pae.

Harga yang berpatutan dan hasil kerja yang sangat memuaskan.

Untuk panduan korang B2B kalau ada yang membaca, aku order dari sini
Zilah's Creation

Wednesday, November 24, 2010

WALL DECO : BLOOMY FLOWER FRAME

Ni adalah salah satu DIY Project for my wedding day.

Aku tak hire mak andam untuk deco my room atas sebab:-

i. Ruang bilik yang terhad.
ii. Mak aku dah tempah langsir baru including for my room.
iii. Mak aku dah belikan new bedroom set yang simple tapi tebabom.
iv. Saje nak test creativity diri sendiri.

Benda pertama yang aku beli adalah polisterine empat segi.
3 keping x RM 1.50 = RM 4.50

Pastu, anta polisterine ke kedai frame suh dia framekan polisterine. Memang pelik pakcik tu dengan request aku.
3 x RM 8.00 = RM 24.00

Ni rate tempat aku, tempat lain taktau la kot lagi murah ke kan..

Bunga plastik satu tangkai ada 5 kuntum, RM 1.90. Aku beli 10 tangkai kot lebih kurang. Tak ingat sangat.
10 x RM 1.90 = RM 19.00

Potong bunga ikut kuntum. Tinggalkan sket batang untuk cucuk ke polisterine nnt. Aku mmg saje pilih bunga besar-besar supaya cepat siap dan kos rendah. Bunga kecik, rumit sket nak mencucuk dan mendesign nnt


Contoh frame berserta souviniers untuk guest nnt...

Jeng jeng jeng. Dah siap seketul.....


Dah siap dua ketul. Lagi satu pending, sebab beli bunga tak cukup. Memula nak guna kaedah cuba jaya je. Tak sangka menjadi. Hehehe...


Kita close up sket.



Inilah hasilnya dengan kos tak sampai RM 50.00. Murah kan?

Mak aku la yang paling excited nak buat benda ni. Lagipun boleh recycle. Esok, wedding adik aku, kita tukar je bunga warna lain ikut theme colour dia.

Jimat kan?