
Showing posts with label haha. Show all posts
Showing posts with label haha. Show all posts
Monday, October 17, 2011
JOM CIUM!

Nampak tak?
Jumpa dalam komik Upin Ipin anak murid aku.
Nasib la derang ni tak hantar peraduan ni ke pihak penganjur.
Kalau diorg hantar jugak, tak tau la nak cakap ape.
Baru lapan tahun dah pandai macam-macam. Tapi, aku fikir positif.
Mungkin abang dia yang conteng buku ni dah tulis merepek-repek.
Haih... kesian.
Tuesday, September 27, 2011
SUAMIKU YANG BERHIKMAH
Aku dan husband selalu contact thru message FB.
Sorry ye kami memang tak gunakan perkhidmatan telekomunikasi sbb memang tempat husband takde line pun. Kot ye nak ada, memanjatlah kau bukit di sana. Tu pun tak tentu dapat. Penat je yang lebih.
Yang ada satelit untuk perkhidmatan Jaring sahaja.
Hari tu we ols tersentap sampai tergelak guling-guling dengan kepoyoan husband we ols.
Tengah dok chatting sonok-sonok tu, tetiba……
Husband : Alamak ngantuk la pulak. Baik I pergi selamatkan diri dulu.
Wife : Nak pergi mana? Tido ke?
Husband : Ape pulak tido. Nak gi solat Isyak dulu. Nak selamatkan isi-isi I yang gebu ni dari terbakar dengan api neraka.
Wife : Ooookkkk……
*
*
*
Tak boleh ke bagi ayat yang lebih berhikmah wahai suamiku?
Sunday, May 29, 2011
NERVOUS
Selamat pagi semua!
Dalam sejarah, cuti sekolah kali ni aku tak balik semenanjung. Mrhusband decided tak payah balik tetapi habiskan masa bersama kat Sabah.
Nak gi Mabul. Itu aktiviti wajib. Lepas tu, kalau masa mengizinkan akan ke Manukan Island. Lagi satu kemungkinan adalah ke Kundasang dan kawasan berdekatan.
Kita tengok masa cemane because we prefer to be together at home. The only precious time we have. :). Mrhusband kata, kalau kita nak baling-baling pinggan pun boleh.
Hahahaha! Teringin sangat agaknya tu bergaduh dengan aku. Yerla, selama ni mmg tak sempat pun nak gaduh. Kalau tak puas hati pun, takkan nak gaduh depan mak bapak kan? Aku ni dah la kalau nangis stok org perasan. Hidung tu merah je sepanjang hari.
The good news is,
Mrhusband akan sampai pagi ni from Kota Kinabalu. Masa untuk melangsaikan segala projek yang terbengkalai. Ops!
Pergh! Nervous macam first date.
Doakan perjalanan aku ke airport berjalan lancar dan selamat.
Sunday, February 20, 2011
TAK SURUH
Aku ada masalah dengan komunikasi anak murid aku. Bukan sebab aku tak faham, tapi adakalanya membuatkan aku nak tergelak sorang-sorang.
Kang gelak depan diorang kang, ada yang kata aku gila kang.
Keadaan ini bukan menular dikalangan anak murid aku je. Dikalangan dewasa, dikalangan yang tua mahupun dikalangan yang berpelajaran.
Pernah la juga aku tanya anak murid aku kat kelas,
"Kenapa kamu tidak hadir ke sekolah semalam?""Semalam? Semalam mana sekolah teacher...."
Ok. Fine. Semalam diorang adalah malam tadi. Kau kenakan teacher ye......
Aku pun tukar ayat.
"Kenapa kamu tidak hadir ke sekolah kelmarin?"
Kelmarin? Kelmarin? Apa kelmarin?
Kalau hari ini Rabu, kelmarin Isnin la kan? Tapi aku bercakap tentang Selasa.
Aku yang salah ke, korang yang salah nih?
Takpe. Abaikan.
Ni jawapan anak murid aku.
"Mamak ku tidak suruh...."
Mamak? Mamak itu Emak.
Aku tatau pulak Emak boleh bertukar jadi Mamak. Kalau macam ni, semua Emak boleh bukak kedai mamak Pelita. Ish. Rindu nak lepak mamak tgh mlm macam masa zaman muda remaja.
Lagi rindu nak lepak NZ....
Tidak suruh?
Sampai skang aku tak faham kenapa mesti guna perkataan TIDAK SURUH. Takkan pergi sekolah pun kena disuruh-suruh?
Tuesday, February 15, 2011
I SELALU INGAT U
L : I selalu ingat u. U tau tak?
P : mmmmmm.....
P : I pun selalu ingat you.
P : Kan dalam wallet I ada gambar you....
P : Selalu la I bukak wallet tu.
P : Tu yang selalu "ter"shopping tu....
L : Cissssssssssss!!!
Korang agak-agak ni boleh ke dijadikan alasan bila nafkah zahir habis tak sampai seminggu?
Ke menyebabkan husband korang sentap? Erk!
Subscribe to:
Posts (Atom)