Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Friday, March 23, 2012

CUTI SEKOLAH PUNYA CERITA


Kitorang tak balik cuti sekolah yang lepas. Dan akan tak balik untuk cuti seterusnya. InsyaAllah hujung tahun. KALAU aku tak sarat la masa tu. Hahaha. Pregnant pun tak lagi, berangan.

Tu LAW OF ATTRACTION namanya.... Hihihi...

Disebabkan kitorang tak balik, maka mertua ku yang datang melawat kamiorang. Baguskan. Patutnya anak yang melawat parents kan?

Ni antara tempat yang kitorang pergi. Bukan jauh sangat pun... dekat je dengan rumah. Baru aku tau, kat sini sebenarnya tempat yang mrhusband aku pergi beli ikan.

Cantik... Masa ni dok tengah tunggu orang balik dari menangkap ikan.

Tiga beranak pinak. Pinak? Belum lagi...

Yours truely.

Thursday, March 22, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Bulan lepas sekolah aku join perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak yang diadakan di Miri.

Sekolah we ols menang perarakan tempat pertama u ols. Kitorang menang jugak tempat ketiga untuk kategori sepanduk tercantik.

Sepatutnya kitorang no satu ok. Dah macam pagar rumah dah aku tengok sepanduk kitorang ni. Takkan takleh menang kot kan?

Tapi, keputusan di tangan pengadil. Dia kata A, A lah dia.

Apepepun, Alhamdulillah.

Tak sesia aku berjalan sejauh 5 kilometer dari stadium sampai ke pasar return.

Friday, March 16, 2012

JANGAN PANGGIL CIKGU LAGI!

Karenah murid tahun satu ni macam-macam.

Ini cerita kawan aku...

Memandangkan ini tahun pertama aku betul-betul fokus dengan murid tahun 1 dan 2.  Jadi bykla ceritanya dengan budak-budak ni.

Penuh dengan excitement.

Tau je la kan perangai budak-budak ni. Kejap-kejap cikgu... kejap-kejap cikgu.

"Cikgu, dia ambil pemadam saya."

"Cikgu, dia jelir lidah kat saya.."

"Cikgu dia kata saya paloi"...

Dari sesimple-simple masalah hingga ke masalah negara, semua nak panggil cikgu.

Sampai satu hari, cikgu tak boleh nak sabar. Apa lagik, mengamuk la cikgu kan.... (sape ntah cikgu tu.)

"Sudah! Kamu ni, semuanya nak panggil cikgu. Lepas ni jangan panggil cikgu, cikgu lagi. Cikgu tak nak dengar lagi cikgu... cikgu...."

Tiba-tiba, seorang heroin berdiri dari tempat duduknya.

"Dengar tu! Jangan lagi panggil cikgu. Lepas ni panggil TEACHER!"

Ok. Fine. Message tak sampai.

Nak gelak ke nak marah?

Monday, October 24, 2011

EXAM WEEK AT SEKOLAH BARU

Exam week bermula. Hari ni aku jaga tahun 1 Amanah. Masuk kul 1 petang, tp exam mula pukul 1.30 petang.

Dah sangap tak tau nk buat apa. Aku pun dapat idea.

Cikgu
" Ok... tahu kan hari ni kita ujian. Kalau ujian tak boleh apa?"

Murid-murid
"Tak boleh bercakap, tak bolehh meniru, tak boleh bising..."

Cikgu
"Kalau nak pergi tandas, tolong angkat tangan dan jangan bising. Tak nak jerit cikgu! cikgu!. Mesti diam... Cikgu nampak kamu angkat tangan"

Murid A
"Bila cikgu tanya, kenapaa, baru beritahu, cikgu, saya nak ke tandas..."

Cikguu
"Ye, pandai..... cikgu tak nak kamu jerit-jerit panggil cikgu. Nanti bising. Terganggu kawan kamu nak jawab ujian.."

Murid B
"Nanti kawan sebelah terkejut. Lepas tu jawab salah kan cikgu?"

Cikgu
" Yer...." (rasa nak tergelak, pandai-pandai je reka cite)

Next, aku dapat idea lain pulak. Bosan nak tunggu setengah jam.


Cikgu
"Murid-murid semua baca doa. Baca dalam hati. Yang Islam baca doa kamu, yang kristian pun baca doa kamu..."

Murid-murid
"Aik.. kenapa cikgu?"

Cikgu
"Supaya tuhan tolong kamu. Supaya kamu dapat A dalam ujian atau betul semua...."

Murid C
"Cikgu, nanti kalau semua dapat betul semua. Nanti cikgu pengsan..." (sambil buat gaya muka terkejut)

Aduhaiiiiiiiiiiiiii..........

Tuesday, October 4, 2011

MC OF THE DAY


1 Oktober hari tu ada Majlis Ramah Tamah kat sekolah. Aku jadi MC. Bukan MC Hammer ok.

Ini kali kedua jadi MC untuk event di sekolah baru. Sblm ni majlis kecil je. Pastu sebenarnya serik dah sebab masa tu rasa tak da chemistry dengan partner.

Mungkin style berbeza.

Pastu, ada kawan minta tolong. Aku pun ON ajelah. Atas niat menolong. Kesian juga biar dia handle sorang-sorang.

Masa tgh dalam persediaan menunggu YB datang. Letih menunggu u ols... Standard VVIP.... Selalunya akan lewat few hours kerana ada event di tempat lain katanya.


Perbincangan teks dan skrip. Bila itu, bila ini. Eh eh... mengalahkan AJK Protokol pulak kau ye?


Backdrop hasil kerja tangan penulis. Silalah gelakkan. Maklumlah takde budget. Recycle je mana-mana yang ada. Yang penting ada backdrop. Rasanya, pasni harap sangat jangan diberi AJK yang ini kepada aku. Tolong.......

Gambar ni nak higlight tudung ILHAM ASYIQ. Lama sangat dah beli. Hari tu baru konfiden nak pakai.... dan terus konfiden. Komfem order lagik...... Sukerrrrrrr.....

Ok, tu je laporan hari ini.

Asalkan updateeeeee!!!~

Tuesday, August 16, 2011

KURSUS LAGI

Kursus Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Bagi Penyelia Daerah dan Guru SPBT.

15-17 Ogos 2011.

Mega Hotel Miri.


Cabaran baru, benda baru......
Alhamdulillah....
Syukur dengan tanggungjawab baru ini.....

Monday, August 15, 2011

DARI KACAMATA SEORANG KANAK-KANAK

Minggu lepas, aku minta anak-anak murid 1 Amanah lukis Rumah Saya...

Macam biasa, kalau korang follow blog aku ni kan.... Mesti dah tau kan nama dia sapa.... Ye betul.... Shah Faiz nama di beri....

Masa ni dia datang tunjuk drawing dia. Suruh aku tanda la tu.....

Tengok kat tingkap rumah dia tu.. Ada sorang perempuan dan seorang lelaki.... Aku pun tanya la kat dia....

Cikgu : Shah Faiz, ni sapa ni yang duduk dekat tingkap ni?

Shah Faiz : Ini mak saya, ini saya....

Cikgu : Ayah kamu pulak mana?

Shah Faiz : Ayah ada di Kuching.

Tanpa aku sedar, sebenarnya lukisan kanak-kanak ini terlalu banyak cerita tentang kehidupan mereka sehari-hari. Dari lukisan Shah Faiz, aku tau dia hidup dalam long distance family.... Dalam hidup dia cuma ada dia dan emak dia.... Dia mempunya rumah yang bertingkat, kereta berwarna biru....

Terasa juga yang dia amat sayangkan mak dia... Kalau tak, takkan dia lukis gambar mak dia kan?

Ada juga aku tengok lukisan kanak-kanak lain, rumah besar... kereta beberapa buah... pagar batu bersama nombor rumah....

Gambar keluarga mereka....

Semuanya ada cerita.... dan dalam masa yang sama, kita sebagai guru pun dapat kenal kanak-kanak ini secara peribadi.....

Selain dapat memupuk rasa sayang dan ambil berat dengan mereka.....

:).

Alhamdulillah....

I really love my job. Thank you Allah.

Wednesday, August 10, 2011

AKU INGAT DIA KENA PUASA....

Korang tengok betul-betul nama budak yang berdiri di belakang sket tu...

Nama dia Norshafikah Peni.

Mati-mati aku ingat dia muslim.. pelik gak tetiba ada dalam kelas moral aku...

Rupanya dia berbangsa Iban.....

Pernah gak terjadi di kelas 2 Tekun... Ada sorang budak lelaki bermuka melayu rilek je minum air....

Aku pun sound...

Cikgu : Fazley, awak tak puasa ke?

Fazley tercengang-cengang.

Tiba-tiba ada pulak budak lain bersuara...

"Cikgu... dia Iban laaaaaaaaa..... "

Astaghfirullahalazim... sangat mengelirukan......

Tuesday, July 26, 2011

CEMANER NAK SEBUT NI?

E-zi-key-ell E-di-syen

Baru satu nama, belum lagi nama-nama lain yang unik. Kadang-kadang aku yang termalu sendiri sebab tersalah pronounce. Kihkihkih.

Monday, July 25, 2011

7 YEARS OLD KIDS IMAGINATION....

Hari ini ikut jadual pukul 1 petang sampai 2 petang aku mengajar PSV untuk murid tahun 1A.

Patutnya buat kolaj kalau ikut silibus, tp memandangkan ada perkara yang tak dapat dielakkan, aku minta je diorg lukis gambar hidupan laut.

Before diorg melukis tu, aku melukis dulu kat papan tulis sambal tanya diorang,

"What animals live in the ocean?"

I ajar seni dalam english u ols. Kerlas tak? Hahaha. Lepas dah siap aku lukis baru aku bagi diorang kebebasan melukis ikut kreativiti diorang....

Tengah diorg melukis tu, datang pulak Shah Faiz.. salu cakap melayu, kali ni dia speaking u ols. Terkejut mak. Maklumla... kali ni we ols ajar in English pulak...

Gambar di ulang lakon ye.

"Teacher, u forgot to draw this..."

"What is that?"

"Fish with wings..." sambil mengepak-ngepakkan tangan dia.


Yang ni murid baru belajar bercakap.... aku duduk depan dia. Sambil-sambil dia lukis tu dia tetiba cakap...

"Cikgu, saya lukis ikan harimau...."

Ade ke ikan harimau? Hihihi

Lepas tu datang lagi sorang. Sorry, I forgot his name. Susah betul nak ingat nama diorg ni. Macam-macam. Maclaren la, Maximus la, Laurence la, Arnel la... Hellington la... Arggh! Pening....


"Teacher, I draw porcupine...."

"Are u sure porcupine lives in the ocean?"

"Yes...."

"Porcupine lives in the jungle dear..."

Dia diam... Pike idea....

"The porcupine comes from a broken boat..."

"Ok.. but I cant see any broken boat over there..."

"The broken boat is far away over there...."

"I want to see the broken boat..."

Dia pun gi balik kat tempat dia...

"Teacher, here the broken boat, together with the pirates..."

Ok. Fine. Sanggup tu gi lukis broken boat.

Tak pasal-pasal tergeliat lidah aku nak speaking. Tu la.. gatal sangat cakap omputeh masa kelas Seni Visual. Haha.

Sunday, July 24, 2011

KANTIN SEKOLAH SAYA

Inilah kantin sekolah saya. Saja snap sambil-sambil menjaga makanan untuk murid RMT. Saya bertugas setiap hari Isnin dan Selasa.

Hari itu mereka dijamu nasi lemak, buah tembikai dan air milo panas.

Alhamdulillah. Rezeki yang baik untuk mereka.

Friday, July 22, 2011

YE, SAYA NAMPAK.

Hari tu, aku ajar DSV untuk murid tahun satu.

Salah satu topik dia adalah melukis rama-rama.



Jadi, aku pun lukis satu di papan tulis. Murid-murid ikut je la lukisan aku itu. Tapi, mereka juga bebas melukis apa cara sekalipun, asalkan ada rama-rama.

Tiba-tiba ada budak kecil menyapa aku. Nama dia Shah Faiz.

Shah Faiz : Cikgu, rama-rama makan cacing...
Cikgu : Ye ke?
Shah Faiz : Ye, saya nampak.
Cikgu : Betul ke Shah Faiz?
Shah Faiz : Ye, saya nampak dia makan dekat tanah.
Cikgu : Bukan Shah Faiz, rama-rama hisap madu di bunga,

Dia pun diam je.



Lepas tu dia warna rama-rama dia dengan hijau. Aku pun tanye la.

Cikgu : Rama-rama kamu warna hijau?
Shah Faiz : Ye, saya nampak.
Cikgu : Kamu nampak di mana?

Diam.

Kesimpulannya, jawapan dia semuanya... YE, SAYA NAMPAK. Kita pun terus konfiden.

Saturday, May 28, 2011

CUTI SEKOLAH YEAY!


Holiday Mode
28 May 2011 - 12 June 2011

Percutian kali ini lebih bermakna dan lain dari yang lain.

Masa untuk bersama mrhusband after 10weeks berjauhan.


Friday, May 27, 2011

MASIH ADA YANG SAYANG

Antara yang tersayang.

Semalam kelas tambahan. Sambil diorang buat keje, sambil tu aku borak-borak dengan diorang.

" Teacher nak pindah la lepas cuti ni.."

" Ape dia teacher?"
Muka semua terkejut.

" Teacher nak pindahlah."

"Habis siapa mau ajar kami teacher?"

"Nanti teacher suruhlah orang lain pulak yang mengajar kamu.."

"Janganlah teacher. Kami ndak mahu..."

"La. Sama je kan mana-mana guru."

"Janganla teacher. Nanti kami ndak faham. Kalau teacher ajar je yang kami faham."

Yerla tu korang ni. Rasanya sepuluh kali dah pesan dont do this, dont do that. Itu jugak yang korang tulis dalam kertas 2. Kalau kertas 1 tu, dah dipesan macam-macam tips, buat dekk je....

Apepepun, thanks a lot children.

At least,

MASIH ADA YANG SAYANG.

Wednesday, May 18, 2011

HARI GURU 2011


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah aku hari tu kitorang buat on time. Betul-betul pada 16 Mei 2011.


Perhimpunan pagi. Guru Besar membaca perutusan Menteri Pelajaran.
Panjang berjela. Penat berdiri.
Budak-budak ni ntah faham ke tak.
Haha.

Pagi-pagi tu jugak kitorang nyanyi lagu Kami Guru Malaysia, dan lagu Guru Pembina Negara Bangsa.

Diteruskan lagi dengan Ikrar Guru.

Salu murid baca depan kitorang, kali ni kitorang lak baca ikrar depan diorang.

Agenda seterusnya, semua guru ke dewan. Sesi bertukar hadiah dan potong kek.
Kek di sponsor oleh kantin.
Bodek nak sambung tender la tu.
Ops!


Antara hadiah hari guru yang menarik.
Chocolates pls. More chocolates pls.
Ni anak murid yg obsess dengan aku yang bagi ni.

Another chocolates yang aku rasa berharga. Dapat dari murid kelas hujung. Sangat-sangat tak sangka because I dont expect them to give me present. Cukuplah dengan kejayaan dan ada penambahbaikan mereka dalam pelajaran.

Kad Hari Guru dari Omar Talib yang aku suka borak sebab ..... (rahsia)

Ini dari Ketua Murid. Saya minta maaf kerana tidak menulis kad ini di dalam bahasa inggeris. Terima kasih teacher kerana mengajar saya bahasa inggeris. Tanpa teacher, ntah apalah agaknya yang saya hendak tulis di kertas peperiksaan.

Antara kata-kata yang aku masih ingat. Terharu la plak.

Penuh kasih sayang ye. Aku lah antara yang garang. Habis semua kena piat perot dengan aku. Haha! Bila takde mood, aku jugaklah cikgu yang main angry bird dalam kelas.

Angry bird? Ops!

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia.

Monday, May 16, 2011

WHILE?

Satu lagi masalah yang dijumpai apabila menyemak kertas peperiksaan anak-anak murid aku.

WHILE? WHILE? WHILE? WHY WHILE?


Inilah soalannya. Gambar dengan 10 perkataan sebagai bantuan. Aku faham, kadang-kadang diorang ni tak faham pun perkataan-perkataan ni semua walaupun dah banyak kali didedahkan dalam latih tubi.

Paling-paling masalah kalau painting tu, dia tak tau pun root word nya paint. Kalau hangs dengan hanging plak, dia tak tau pun sama je maksudnya tapi situasi berbeza.

Haih.

Tapi skang ni aku nak share penggunaan perkataan WHILE yang berleluasa dalam paper budak ini.

Selama ni aku terangkan WHILE adalah CONJUNCTION bila diorang nak gabungkan dua ayat. Ini ikut kesesuaian ayat la jugak kan kalau nak guna WHILE. Bila diorang tanya maksud, aku pun jawab WHILE = SAMBIL.

Tetapi,

Ini yang telah berlaku.



Baca je jawapan, terus rasa nak minum air sirap kenduri kahwin paling sejuk di dunia. Menyirap babe!

Aku dah pesan jangan guna nama sapa-sapa bila buat ayat. Dia buat jugak!

Dah la ayat pun tunggang langgang.

Sarinah WHILE carring to ........... carring?

Two boys while hatching ...... Bila masa plak dua budak lelaki ni boleh menetas? Aku tau la budak lelaki ni ada telor? Motif ko kata dia menetas?

Pak Abu while painting.....

Sarah while hangs.....

The house Sarinah is beautiful. Ni akak no komen u ols. Translate terus dari BM ni.



The boy while participate? Tak faham kenapa kena letak while. Mmg while tu maknanya sambil. Tapi takkan forever diorang ni nak menyambilkan diri? Ape semua benda diorang sambil-sambil je ke?

Nak kata aku salah ngajo. Dia ni sorang je masalahnya begini. Tak tau kenapa masalahnya sama dengan penggunaan MEDIUM ni. Sape yang bukak kitab baru ntah ni?

Yang lain-lain adalah masalah biasa. Guna nama orang. Is/are tunggang langgang. .Grammar present, past dan continuous yang masih tak reti nak guna sbb tak boleh nak fikir yang bila buat ayat, boleh tukar words yang diberi ikut tenses yang betul.

Contohnya:
hangs - hanging

Tak mampu lagi nak pike ke tahap tu.

Risau dengan budak-budak year 6 tahun ni.

Kena ubah strategi ni...


Wednesday, May 11, 2011

EXAM WEEK

Exam week kat sekolah aku.
9 Mei 2011 - 12 Mei 2011.

Dan aku yang sedang busy menyemak kertas Bahasa Inggeris tahun 5 dan 6.
Setakat ni belum ada yang menggelikan hati.
Serius dah budak2 ni semua.
Dah tak pandai buat lawak.

Sama jugak la dengan aku.

Under-pressure mode.

Tapi tadi ada kawan aku tunjuk paper budak-budak kelas dia.
Majoriti kelas dia jawab style gini.

The mother is medium hanging the photos on the wall.
The father is medium painting the door.
The boys are medium carrying the sofa into the hall.
The family is medium moving to a new house.
The girl is medium pouring the paint into the tray.

(gambar takde, sbb bukan anak murid aku.)

Nampak medium?

Penat aku dan member aku tu siasat mana derang dapat perkataan medium.
Sapa pulak yang ajar.
Last-last, baru aku faham.

SMALL - KECIL
MEDIUM - SEDANG
LARGE - BESAR.

Medium yang diorang maksudkan dalam ayat di atas ialah SEDANG... setelah ditranslatekan directly from Bahasa Melayu.

Emak sedang menggantung gambar di dinding.
The mother is medium hanging the photos on the wall.

Pelik-pelik je diorang ni.
Penat dah dibagitau takde perkataan sedang dalam Bahasa Inggeris.

Haish!

Wednesday, April 20, 2011

SENGAL

Hari ni aku marah anak murid aku.
Kelas 5C.
Kelas dihujung hujung.

Bukan aku tak kawal.
Tapi diorang ni tak faham bahasa.

Aku marah sebab mula-mula diorang main judi.
Pastu, tetiba berlari lari satu kelas.
Diorang main rebut2 duit.

Aku pun marah dan jerit lah.

"Kamu ni macam tak pernah jumpa duit!!!!!!!!"

Tetiba si Abdul Salam bangun dan bersuara....

"Aku ada jumpa teacher. Sepuluh sen!"

Fine!
Nak marah, tp terus rasa nak tergelak.

Lain aku cakap, lain yang dia faham.

Patotla aku marah cemane pun, memang tak "lut" dek bebudak ni.

Monday, April 18, 2011

TINOMBONG?


Hari ni budak-budak ni perkotak katikkan aku. Aku tau la aku tak faham Bahasa Bajau.

Murid A : Teacher, tengok belakang tu... tinombong!!!

Aku : Penombong? Ape tu?

Murid A : Tinombong..... penipu!

Aku : Macammana sebut? Tinombong?

Murid A,B,C : (Gelak-gelak). Tinombong la teacher!!!!

Aku : Ape dia? Ti? Ti ke Pi? TI ke?

Murid B : (Angguk-angguk sambil sengeh). Tinombong!!!!

Murid D : Teacher, jangan teacher... Diorang cakap sabul.

Aku buat tak tau je. Semangat ni nak belajar Bahasa Bajau.

Aku : Tinombong? Ti ke? Tinombong? Cemane sebut? TINOMBONG kan?

Aku rasa ada beratus kali aku sebut kot. Aku tengok sekeliling, ada yang jeling, ada yang sengih, ada yang gelak-gelak.

Murid D : Teacher, tu maksudnya sabul teacher.

Murid A : Tak teacher. Itu bahasa diorang. Kalau bahasa kami, maksudnya penipu.

Yang aku ni still buat tak tau. Semangat lagi ni nak belajar. Asyik dok sebut je perkataan Tinombong tu. Nanti boleh aku guna bila nak marah budak-budak ni.

Murid E : Teacher, jangan teacher.... dibodoh-bodohnya kau tu teacher.... Sabul tu teacher....

Aku : Apa maksudnya sebenar?

Murid E : PANT*AT.


Aku tergamam.

Aku bukan mencarut ok. Budak-budak ni yang ajar aku mencarut. Mana aku tau maksudnya tu. Patot la bebudak ni dok bergembira je bila aku dok sebut-sebut perkataan Tinombong tu.

Hampeh betol!

Sebelum aku mengakhiri entry kali ini. Nak kasi hadiah gambar untuk tatapan korang.



Mak nak posing maut sket. Kasi lentik itu tinombong. Ada gaya model tak?




Kamus:

Sabul = Cakap Lucah
PANT*AT. = Punggung
Dibodoh-bodoh = Dipermainkan
TINOMBONG = Punggung


Thursday, March 31, 2011

AYAM OH! AYAM.

Sejak dari dua minggu lepas, murid-murid tahun enam ni semua sedang menduduki ujian bulanan dan ujian pra-UPSR peringkat daerah.

Kerlas kan? Siap ada peringkat daerah bagai, tapi skema jawapannya??? NAN ADO!!!

So, kat sini aku nak share la jawapan-jawapan yang diberikan oleh anak-anak murid aku.

Kes yang pertama :

"My friend celebration the chicken."

Aku tak nampak dimana relevennya celebration the chicken ni. Aku assumed dia nak menyambut hari ayam? Hari ayammmmmmmmmmmm??? Ok, fine.. dalam gambar banyak paha ayam KFC dihidangkan di dalam pinggan di atas meja.

Kita rest kejap. Mereka ni pura-pura menjawab dengan tekun.


Tengok dari gaya menjawab tu, komfem dapat A lah. Sampai aku snap gambar pon tak perasan beb!

Ok, kita teruskan.

Kes yang kedua :

Ini adalah soalan Bahasa Inggeris. Tetapi yang bijak pandai tu boleh pulak menjawab dalam Bahasa Malaysia.

"Abang mengajakan ayam??"

Ayam lagik??? Kenapa diorang ni asyik cerita pasal ayam je nie??? Tak faham plis.



Kes yang ketiga:

Yang ni tak pandai tapi tunjuk pandai. Pandai-pandai nak betulkan tukang buat soalan punya soalan. Pandai-pandai menambah "available' kat atas Madani Store tu. Kononnya, teacher kamu ni nak bagi betul la?

Kim salammmmmmmmmmmmmmm. Telor ayam jugak aku bagi. Eh? Ayam lagi???


Kes yang keempat:

Apala yang kau merepek ni labu????? Cuba korang baca satu persatu.

Bila aku belek balik apa yang dia tulis tu, macam berzikir pun ada.

Kes yang kelima :

Yang ni paling kesian dan tak dapat nak diterima dek akal aku ini.

" Where is the capital city of Malaysia?"

Kalau korang jawab apa?

Anak murid aku jawab Sabah ok. Terus musykil dengan tahap kewarganegaraan mereka. Haih!

Belum lagi korang tanya "Siapa Perdana Menteri Malaysia?"

Aku rasa aku nak buat soalan pengetahuan am la kat budak-budak ni. Boleh pitam ok!!!

Inilah antara sebabnya kenapa title blog aku jugak sudah tukar,

"If u need me, I'll be at school screaming!"

Ada satu lagi batch of paper menanti. Mak pengsan macam ni u ols!~

Sebelum berundur aku nak share gambar ni. Sempena dengan tema ayam yang dipersembahkan oleh anak-anak murid aku ni....


"Mak nak bersauna la kejap. Pening kepala mak ni check kertas anak-anak ayam ni sume..."