Showing posts with label thought. Show all posts
Showing posts with label thought. Show all posts

Monday, October 24, 2011

SENTAP

Sentap jugaklah sikit-sikit.

Tapi aku sabarkan ajelah diriku ini sebab mengenangkan nasib orang merantau kan.

Aku rasa macam dah banyak mengalah, membantu dan menolong. Aku menolong dengan seikhlas hati. Sebab aku tau, insyaAllah satu hari nanti Allah akan beri ganjaran yang lebih besar kepada aku.

I did everything from scratch till its nearly done. Sedangkan its not my job, bukan di assignkan untuk aku pun.

Tapi orang tu tak pandai pulak nak appreciate.

Lepas tu tadi, aku rasa ter"smash" kat batang hidung bila orant tu tegur anak murid yang membantu aku buat keje-keje tu semua.

Kalauu dia rasa insecure with that little kids help. Apakata kamu yang membantu.

I have thousands paper to staple, arrange and distribute. Including yours.

Itupun request tulis nama anak murid dia seksiap.

Ah! Takde masa.

Aku pun banyak lagi urusan nak kena fikir.

Monday, August 15, 2011

DARI KACAMATA SEORANG KANAK-KANAK

Minggu lepas, aku minta anak-anak murid 1 Amanah lukis Rumah Saya...

Macam biasa, kalau korang follow blog aku ni kan.... Mesti dah tau kan nama dia sapa.... Ye betul.... Shah Faiz nama di beri....

Masa ni dia datang tunjuk drawing dia. Suruh aku tanda la tu.....

Tengok kat tingkap rumah dia tu.. Ada sorang perempuan dan seorang lelaki.... Aku pun tanya la kat dia....

Cikgu : Shah Faiz, ni sapa ni yang duduk dekat tingkap ni?

Shah Faiz : Ini mak saya, ini saya....

Cikgu : Ayah kamu pulak mana?

Shah Faiz : Ayah ada di Kuching.

Tanpa aku sedar, sebenarnya lukisan kanak-kanak ini terlalu banyak cerita tentang kehidupan mereka sehari-hari. Dari lukisan Shah Faiz, aku tau dia hidup dalam long distance family.... Dalam hidup dia cuma ada dia dan emak dia.... Dia mempunya rumah yang bertingkat, kereta berwarna biru....

Terasa juga yang dia amat sayangkan mak dia... Kalau tak, takkan dia lukis gambar mak dia kan?

Ada juga aku tengok lukisan kanak-kanak lain, rumah besar... kereta beberapa buah... pagar batu bersama nombor rumah....

Gambar keluarga mereka....

Semuanya ada cerita.... dan dalam masa yang sama, kita sebagai guru pun dapat kenal kanak-kanak ini secara peribadi.....

Selain dapat memupuk rasa sayang dan ambil berat dengan mereka.....

:).

Alhamdulillah....

I really love my job. Thank you Allah.

Sunday, June 26, 2011

SEPAH

Akhirnya Sepah jadi juara Maharaja Lawak 2011.

Sambil tu nak cerita jugak satu kisah pasal sepah. Pernah dengar peribahasa habis madu sepah dibuang?

Alkisahnya, sebab hal yang boleh dibincang, setiap kebaikkan, pertolongan dan tolak ansur dilupakan.

Kalau nak disenaraikan satu persatu, sentap hati nanti.... Tapi, kerana manusia ini tidak semua yang sempurna, maka dah banyak kali kita mengalah kerana sedar diri ini juga tidak begitu sempurna.

Kalau ada hati yang terluka, luka dihati kita ada dipeduli? Kita pendam sampai ia bernanah.

Datang disambut secara baik tapi pergi seperti orang tiada adab.

Tak siapa halang kalau mahu pergi. Pergilah, kalau itu yang membahagiakan.

Tapi, itukah ciri-ciri wanita solehah?

Terima kasih. Ternyata anda memang hipokrit.

Allah Itu Lebih Mengetahui.

Thursday, June 23, 2011

MENGADU DOMBA

Aku memang cepat semak otak kalau ada isu-isu muncul dan puncanya adalah dari mulut orang lain.

Tapi tadi tetiba aku terfikir...

"Kan best kalau perkara yang diberitahu kepada orang lain itu hanya perkara yang baik-baik dan menyenangkan hati orang itu, selain daripada menceritakan orang ni cakap kau macam ni dan macam itu yang menimbulkan rasa kurang senang hati orang itu."

Perkara yang baik, bagus kita sebar-sebarkan. Tapi bila ada orang mengumpat atau mengutuk kawan kita, tak perlu la kot kita beritahu. Diam dahla. Allah itu lebih besar kuasaNya. Lambat laun akan ada petunjuk untuk yang mengumpat dan mengutuk itu.

Peringatan untuk diri sendiri juga.

Wallahualam.

Thursday, April 28, 2011

ALKISAHNYA

Perjalanan pulang aku dari Miri ke Tawau pada hari Ahad lepas tidak begitu lancar. Flight dari Miri terkandas hampir sejam menyebabkan aku tak dapat nak catch up flight dari KK to Tawau on the same day.

Agak terkial-kial aku di airport dan sangat-sangat frust memandangkan jarak masa yang cuma 5 minit. Aku sampai 7.35 malam, dan flight ke Tawau terbang pada jam 7.30 malam akibat kelewatan tersebut.

Bernasib baik sebab ada kawan yang kerja di airport. Jadi, dicadangkan aku ke transit kaunter minta pendapat.

Tiket aku tu terpaksa ditukar ke penerbangan esoknya memandangkan penerbangan 7.30 malam adalah yang terakhir dari KK ke Tawau.

Jadi, esoknya hari Isnin aku amek flight terawal. Pukul 7.45pagi sebab kalau boleh aku nak juga pergi sekolah biarpun separuh hari.

Selain dari tukar tiket secara percuma. MAS juga telah baik hati menyediakan tempat penginapan untuk aku di Megah D'Aru berserta dengan transport pegi balik airport dan makan minum secara percuma.

Alhamdulillah. (tp dalam hati dok risau apa nak jadi esok ni)

So, ini sikit gambar dari camera phone murah aku kat hotel tu. Hotel biasa je... tp sapa nak bagi free kan?


Pemandangan tingkap.


Kat luar bilik aku ni pemandangan taman perumahan. Okla. Takdela sesak sangat dengan hutan kan?

Tandas. Sorry, takde bathtub. Kalau ada pun takde maknanya sebab dok sorang-sorang je pon.

Sorry bersepah. Hahaha. Katil king size yang super luas.. TV. Coffee table. Semuanya lengkap.

Inilah tempat I beradu. Tapi, takbest sebab tido sorang-sorang. Tengok la bantal kat sebelah tu tak berusik pun.

So, at last... aku telah disuruh amek CRK selama satu hari.

Ada perkara yang membuatkan aku sangat-sangat terkilan. Biarlah. Aku cuma mampu berdoa. Dunia ini bulat.

"Semoga aku sentiasa ditempatkan dikalangan hambaNya yang bersabar...."

Friday, April 8, 2011

KLIA TO ALOR SETAR

Sekarang aku kat Mc D KLIA. Waiting for next flight to Alor Setar at 1.50pm. Ni pun cadangan mrhusband suruh lepak kat Mc D or KFC bila aku merengek kebosanan sebab takde Starbuck or Coffee Bean.

Mengada-ngadakan?

Padahal, kat Mc D pun ada jugak coffee nye...

Masa ni la rasa nak teringat kat Mrhusband. Selalunya kan kalau balik Tanah Melayu, mesti untuk berjumpa Mrhusband atau bersama-sama dengan dia. But, this is totally different and disturbing my emotion.

Benci bila berperasaan macam ni.

Memang rindu. Sangat-sangat rindu. 2 weeks more to go for our next meet up.

Doakan pertemuan kami berjalan dengan lancar ye?

Ni pemandangan belakang aku. Letih juga nak tunggu nie... Dah la sorang-sorang. Mrhusband tak dapat hadir sama ke majlis pernikahan dan kenduri kecil-kecilan adik aku.

Nak keluar pon ambil masa seharian. So, just imagine berapa hari dia nak kena ambil masa untuk sampai ke Alor Setar bersama-sama meraikan majlis adik aku tu? Tambah dengan kos yang mencecah ribuan ringgit.

Aku redha. Lagipun, in laws dan ipar pon akan sampai gak esok pagi mewakili dia. Bak kata bapa mertua aku bila aku appreciate kesudian dia untuk hadir dari Johor....

"Demi anak..."

Aku ambil cuti dan terbang ke Alor Setar untuk menghadiri majlis pernikahan adik aku.

Adik yang mana satu?

Tunggu la my next entry.

Friday, March 25, 2011

LELAKI PILIHAN?

Entry ni dah lama tertulis, tp baru tergerak hati nak publish.

Nak kata aku berpengalaman, tak jugak. Tapi, aku mampulah untuk membezakan antara kaca dan permata bila bertahun-tahun melalui saat-saat getir bergelar seorang pecinta. Setialah macammana pun, kau tetap di gelar curang. Sedangkan hakikat yang berlaku adalah sebaliknya.

Ramai kawan-kawan aku yang mengadu tentang kisah percintaan mereka. I only can response based on my knowledges. Yang lain terpulang pada mereka sebab itu pilihan hidup mereka. Macammana kawan-kawan dan keluarga aku bagi aku hak untuk memilih jalan hidup, macam tu jugak aku praktikkan bila kawan-kawan mengadu tentang perkara yang sama.

Tapi, selalunya apa yang aku expect dari penceritaan kawan-kawan adalah betul.

Jadi, ni ada sedikit nasihat dan panduan untuk mereka yang bercinta dan dilanda masalah.

Please say a BIG NO to this type of a guy.


1. Jenis cepat tangan. Kalau korang pernah kena belasah, please stop your relationship. Mungkin sekali dua korang rasa boleh dimaafkan. But, percayalah. Lelaki jenis ini susah untuk berubah.

2. Panas baran. Mulut asyik nak maki hamun or jadikan korang sebagai his punching bag. Semuanya korang yang salah. Yang tak kena semua korang. Ini pun jenis susah nak berubah.

3. Kalau dia mula bercakap " I dont want to have any commitment...". Tapi, korang dilayan macam gf dia. Cemburu bila ada lelaki lain yang cuba nak berkawan dengan korang... Percayalah, sebenarnya dia ada orang lain. Cemburu-cemburu tu hanyalah DRAMA.

4. Bila korang dapat tangkap yang boyfriend korang tido dengan pompuan lain. Siap berbukti bagai. Jadi, nak tunggu ape lagik kan? Dah terang lagi bersuluh.

5. Bila handphone adalah barang yang paling korang tak boleh sentuh. Seriously, u shud be suspicious about this condition. Kalau tak da apepe, kenapa mesti sorok atau takut? Takut terkantoi kau sebenarnya berskandal dengan pompuan lain? Takut terkantoi SMS2 or maybe gambar-gambar pompuan lain yang tak sepatutnya?

6. Bila korang call tak berangkat. SMS tak berjawab. Kalau tak angkat sbb ada hal, alasan boleh diterima. SMS tak berjawab sebab sibuk pun boleh diterima. But, tak boleh ke reply call or SMS bila segala kerja selesai. Kalau dia betul sayang habis kat korang, mesti dia akan return ur call or SMS punyalah.

7. Banyak alasan bila diajak berdating.

8. Forever out station tak kena tempat. Forever busy. Forever marah-marah bila korang call. Sedangkan selama ni takda pulak out station, busy dan marah-marah. Ada yang tak kena la tu.

9. Sweet talker. Percayalah, lelaki jenis macam ni kebanyakkannya adalah hipokrit. Cakap baik, alim... tak pernah lepas dari bercakap tentang agama dan tuhan, tp sebenarnya? Hanya Allah sahaja yang tahu.

10. Yang suka cemburu buta dan cari pasal tak tentu arah secara tiba-tiba. Must be something wrong somewhere. Cuba selidiik kalau tetiba bofren korang buat tebiat kan....

1o je dulu....

Ada lagi satu.

Think twice dengan lelaki yang lebih suka korang berseksi meksi tayang body dari tutup aurat atau berpakaian sopan.... Kenapa? Sendiri mau ingatlah.....

Oh, ada lagi satu. Dont judge the book by its cover.

Lain-lain, korang buat la kaji selidik sendiri.

Pesanan penaja:
Kesetiaan, cinta dan kasih sayang tidak boleh diukur dari pakaian, pangkat dan wang ringgit. Ianya lahir dari hati yang ikhlas.

Saturday, March 12, 2011

KALAU LAH KAN

Ni anak murid aku yang memang muka-muka inilah yang selalu tak bawak buku atau tak siap kerja rumah. Yang bising pun dia jugak. Yang kuat menyampuk pun dia jugak.

Bila tengok lagak budak-budak ni, teringat zaman aku sekolah rendah dulu.

Aku pun salu jugak tak bawa buku atau tak siap kerja rumah.

Kalau buku hilang, mak aku la yang jadi pengantara untuk bagitau kat cikgu.

Kalau kerja rumah tak siap, mak aku juga yang tolong terangkan kat cikgu.

Kalau kawan aku buli aku, mak aku juga yang pergi slow talk dengan kawan aku tu supaya jangan buli aku lagi.

Dan segala jenis kalau, comfirm muka mak aku yang terpacul kat sekolah.

Aku rasala kan, mesti cikgu-cikgu sekolah aku rasa ralat juga sebab si budak Teh ni asyik-asyik mak dia yang muncul kat sekolah.

Bapak aku muncul gak. Tapi muncul bila hari pendaftaran dan pembayaran yuran. Itu memang kerja abah.

Kalaulah kan ada anak murid aku yang macam aku masa sekolah rendah, agak-agak apalah perasaan aku masa tu kan?

Tapi....

Tak kisahlah kan. Aku tak siap keje cemane pun. Tak bawak buku cemane pun. I was a smart student. Aku cuma belajar dalam kelas dan terus melekat dalam otak. The rest aku adalah main, main, main dan main. I dont go for tuition except rumah Puan Murdiana sebab nak enjoy dengan kekawan.

I maintain my first place in class and year.... get 4A's in UPSR and received best student in academic/curriculum for every year i studied in SRK St. Mary KL....

Ok fine. Aku bukan riak, saja nak berkongsi.

Till I further my secondary studies at MRSM....

Sesetengah orang akan tanya, kenapa tak jadi doktor atau pekerjaan-pekerjaan yang berkaitan. Yang nampak gah di mata masyarakat.

Aku percaya, rezeki setiap manusia telah ditetapkan oleh Allah. Ada hikmah kenapa dia berikan aku rezeki dari pekerjaan sebagai seorang guru.

Guru itu pekerjaan yang mulia dan aku juga percaya inilah caranya untuk aku membuat kebajikan kepada masyarakat dan menebus dosa silam yang pernah aku lakukan.

Wallahualam.


Saturday, February 12, 2011

"BUKAN" YANG TERBAIK

Seorang Pengetua memanggil 3 orang guru di sekolahnya.

"Kamu adalah antara 3 guru yang terbaik di sekolah ini. Saya ada tugas untuk kamu semua. Mulai minggu depan, kamu semua akan mengajar sekumpulan murid yang terbaik di sekolah ini." beritahu Pengetua.


"Buktikan kepada saya yang kamu sebagai guru cemerlang sekolah ini mampu melaksanakan misi ini dengan cemerlang. Saya mahukan keputusan yang cemerlang dari murid-murid ini." tambah Pengetua lagi.


Dalam masa yang sama, Pengetua tersebut memanggil sekumpulan pelajar yang terlibat dalam misi tersebut.

"Saya ada satu misi khas untuk kamu semua." beritahu Pengetua.


'Kamu semua merupakan antara pelajar yang cemerlang di sekolah ini. Kamu semua akan diajar oleh 3 orang guru yang juga cemerlang di sekolah ini." beritahu Pengetua.


"Buktikan kepada saya bahawa kamu sebagai antara pelajar yang cemerlang di sekolah ini, mampu melaksanakan misi ini dengan cemerlang. Saya mahu kamu semua mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan besar yang akan kamu duduki nanti." jelas Pengetua.


Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan dan akhirnya, genap setahun misi itu dilaksanakan oleh 3 orang guru dan sekumpulan pelajar cemerlang sekolah itu.

Setelah keputusan peperiksaan diumumkan, kesemua pelajar tersebut mendapat keputusan yang cemerlang. Selesai majlis penganugerahan, ketiga-tiga guru dan kesemua pelajar tersebut sekali lagi dibawa masuk berjumpa dengan Pengetua sekolah mereka.

"Hari ini saya ingin membuka rahsia di atas kejayaan ini." beritahu Pengetua.


Mereka semua terpinga-pinga. Ada yang teruja ingin mengetahui rahsia tersebut.

"Sebenarnya, kamu semua bukanlah guru dan pelajar yang terbaik di sekolah ini. Tetapi, kamu semua merupakan guru dan pelajar yang bermasalah di sekolah ini. Walaubagaimanapun, saya percaya setiap manusia jika di beri penghargaan, semangat dan dorongan oleh orang terdekat dan rapat dengan mereka, sudah pasti sesiapa sahaja mampu melakukan yang terbaik."


"Itulah rahsia kejayaan kamu semua. KEYAKINAN YANG KAMU BINA DARI PENGHARGAAN."


Fitrah manusia apabila harga diri meningkat, seseorang akan mampu berusaha secara optimun dengan memafaatkan potensi, bakat dan kelebihan yang ada pada dirinya.

...............................................................................................

Wednesday, February 9, 2011

MARAH

Orang yang gagah ialah orang yang mampu mengawal kemarahannya.

Imam Ghazali menyatakan marah adalah pintu utama yang digunakan syaitan untuk masuk.

Contohnya apabila seorang suami memukul isteri dan anak, khianat, sabotaj, sihir dan banyak lagi perbuatan negatif yang menggambarkan kemarahan menunjukkan seolah-olah mereka yang marah itu lupa akan dosa dan pahala. Realitinya ini berlaku apabila seseorang itu tidak mampu untuk mengawal kemarahannya.

Tindakan yang lahir dari perasaan marah dan tidak terkawal ini amat meninggalkan kesan yang besar dalam kehidupan seseorang. Seperti orang yang panas baran, adakah dia disenangi oleh kawan-kawannya? Tidak ramai juga kawan yang mahu berkawan dengannya.

Begitu juga dengan majikan yang selalu memarahi pekerjanya, secara luaran, dia mungkin ditaati kerana ditakuti. Tetapi, sudah pasti perasaan benci tersemat di lubuk hati para pekerjanya. Anak-anak mungkin diam setelah dimarahi, namun perasaan dendam dan marah terhadap ibubapa mula berputik. Anak murid mungkin akan patuh apabila dimarahi oleh gurunya, tetapi disebaliknya akan menyebabkan anak murid ini tiada motivasi untuk belajar.

Situasi-situasi ini jelas menunjukkan betapa relevennya nasihat Rasulullah S.A.W supaya

"JANGAN MARAH".

Saturday, February 5, 2011

PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN


Eh? Tak sabarnya rasa.
Bila la nak sampai harinya ni.
Jiwaku meronta-ronta ingin melihatnya.
Lagi tak sabar nak melihat hasilnya.
Rasanya sempat kot demi mr husband tercinta.
Hik hik hik.

Paling berharga kalau dapat dikongsi bersama.

Betullah.

Penantian itu satu penyiksaan.

Friday, February 4, 2011

TERFIKIR

Semalam, kitorang lepak Tawau. Aku and Nik lepas hantar mertua ke airport. Tengah makan-makan kat pizza hut tu, tetiba terbuka la satu topik pasal perangai manusia ni.

At the same time, untuk muhasabah diri juga.

Selalu juga kitorang berhadapan dengan orang yang suka syak wasangka dengan orang lain. Yang terlalu berhati-hati. Yang salu ingat orang lain akan buat jahat dengan dia. Yang suka fikir bukan-bukan pasal orang lain. Dan segala jenis perkara negatif dalam perhubungan manusia dengan manusia yang lain.

Kenapa ye?

Pada pendapat aku simple je.

Kalau kita selalu berniat baik dan berfikiran positif terhadap orang lain, InsyaAllah kita tak akan juga berfikiran yang sama terhadap niat dan fikiran orang lain.

Kalau kita tak pernah terfikir untuk berbuat jahat atau menganiaya orang lain, InsyaAllah perkara yang sama juga orang tak akan buat pada kita.

Kalau kita tak buat jahat kat orang, orang pun takkan buat jahat kat kita.

Dah kita dah biasa menipu. Mestilah kita akan ingat orang lain pun akan buat perkara yang sama dekat kita iaitu menipu.

Dah kita dah biasa menganiaya manusia lain. Mestilah kita ingat orang lain pun akan menganiaya kita.

Pokok pangkalnya, hati dan diri kita sendiri.

Redha dengan setiap ketentuan Illahi.

InsyaAllah, selamat dunia akhirat.

Wallahualam.